Thursday, December 2, 2010

Tak mengaku kedekut tapi memang kedekut

Salam,

http://4.bp.blogspot.com/_DK0XP4UPPt0/TCcvZdz9CrI/AAAAAAAAAeY/u8VO3MsI4vw/s1600/jering.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_DK0XP4UPPt0/TCcvZdz9CrI/AAAAAAAAAeY/u8VO3MsI4vw/s1600/jering.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_DK0XP4UPPt0/TCcvZdz9CrI/AAAAAAAAAeY/u8VO3MsI4vw/s1600/jering.jpg

Manusia mana yang tidak marah jika dipanggil kedekut. Namun, kedekut inilah yang menguasai sifat hidup manusia termasuk ahli-ahli jamaah.

Penulis juga banyak kali berhadapan dengan manusia yang seperti ini. Memang susah hati melihat perangai mereka yang kedekut tapi marah bila dipanggil kedekut.

Bagi penulis senang saja kalau kita nak tahu kita kedekut atau tidak. Macam mana nak tahu? Bila ramai yang dok kata kita kedekut sahla kita kedekut, nak marah apa lagi. Terimalah kenyataan dan berubah la.

Penulis paparkan satu kisah teladan mengenai orang kedekut dan harap mereka yang pernah dipanggil kedekut membacanya :

Alkisah disebutkan bahwa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah.

Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."

Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar.

Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa.

Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya.
Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?"


"Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'.

Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.

Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!"

Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham saja."

Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik saja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya.

Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"

Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan saja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.

Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"

Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahwa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.

Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."

Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."

Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"

Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.ceritatauladan

Harap baca juga contoh-contoh orang kedekut di bawah :

1. Seorang bakhil telah memasak seperiuk makanan. Dia telah duduk makan bersama isterinya.

Dia berkata kepada isterinya "Alangkah enaknya makanan ini. jika tidak ramai yang menjamahnya kan bagus.

" Isteri dia menjawab "Mana yang ramainya, hanya aku dan engkau sahaja dekat sini.

" Suaminya menjawab "Aku suka kalau kalau aku bersama dgn periuk yg mengandungi makanan ini sahaja ada disini."

2. Seorang lelaki telah tidur di rumah orang kaya kufah (Iraq). Ketika waktu malam lelaki tersebut melihat tuan rumah telah membolak balik tubuh anak-anaknya kekanan dan kekiri.

Apabila sampai waktu subuh, tetamu tadi bertanya "Kenapa kamu berbuat demikian kepada anakmu?"

Tuan rumah itu menjawab "Budak-budak ni telah makan sebelum tidur dan tidur mengiring ke kiri.

Makanan tadi akan diproses dan turun yang menyebabkan mereka bangkit pagi kelaparan.

Aku pun membolak balik tubuh mereka ke kanan dan ke kiri supaya makanan tadi tidak cepat hadam dan mereka tidak merasa lapar bila bangun dari tidor."

3. Seorang lelaki berkata kepada orang menziarahinya "Adakah engkau sudah makan tengahari?"

Kalau tetamunya menjawab "Ya" Dia akan berkata "Kalau engkau belum makan lagi nescaya akan ku hidangkan makanan yg sedap.

" Kalau tetamu tetamu menjawab "Belum" Dia akan berkata "Kalau engkau dah makan nescaya aku akan sediakan 5 cawan air minum.

" Sedangkan lelaki itu tidak mempunyai sedikit pun apa yg ingin dia hidangkan.

4. Seorang penduduk Marwa yg terkenal dgn kebakhilan selalu pergi ke Mekkah untuk menunaikan haji dan berniaga.

Ketika dalam perjalanan beliau selalu singgah di rumah seorang lelaki yg tinggal di Iraq.

Lelaki Iraq tersebut sangat memuliakannya dgn melayan, menjamu dan mencukupkan belanja perjalanannya.

Penduduk marwa tersebut selalu berkata kepada lelaki Iraq tersebut "Alangkah baiknya kalau aku melihat mu di tempat ku Marwa; bolehlah aku membalas segala jasamu yg telah melayan ku sejak dulu lagi setiap kali aku datang ke rumah mu. Adapun aku tidak dapat nak membalasnya disini kerana engkau tidak memerlukan apa-apa disini."

Suatu ketika lelaki Iraq tersebut telah bermusafir dlm jarak perjalanan yg amat jauh.

Dia telah menempuhi pelbagai kesulitan dan kepayahan dlm perjalanan tersebut sehinggalah dia telah sampai di MArwa.

Dia pun terus menuju kepada lelaki yg selalu dibantunya. Lelaki tersebut sedang bersama-sama teman-temannya. Lelaki Iraq itu terus memeluk lelaki tersebut tetapi yg peliknya lelaki itu seolah-olah tidak mengenalinya.

Dia pun meyangka lelaki itu tidak mengenalinya kerana dia masih memakai penutup muka.

Dia pun menanggal penutup mukanya tetapi lelaki tadi tidak mengendahkannya seolah-olah tidak kenal kepadanya.

Dia pun menanggalkan serbannya dgn harapan supaya dikenali tetapi lelaki itu tetap tidak kenal.

Kemudian dia menanggalkan kupiahnya namun lelaki tadi tetap tidak mengendahkannya.

Lelaki penduduk marwa itu terus berkata "Kalau engkau tanggalkan kulitmu sekalipun aku tidak kenal kamu."

5. Seorang lelaki telah pergi ke rumah penyair arab. Bila sampai dirumahnya, penyair tadi keluar dari rumahnya kerana takut kena jamu tetamunya pada malam tersebut.

Tetamu tadi pun keluar membeli makanan yg diperlukan dan membawanya ke rumah itu.

Dia menulis dua rangkap syair yg ditujukan kepada penyair itu:

Wahai orang yang keluar dari rumahnya dan lari kerana terlampau takut (kekurangan duit bila menjamu)

Sesungguhnya Tetamu kamu telah datang dengan bekalan
Maka baliklah ke rumah dan jadilah tetamu kepada tetamumu

Pendirian Islam tentang Sifat Bakhil

Firman Allah s.w.t:Maksudnya: "Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari sifat bakhil serta haloba maka itulah orang2 yang berjaya."(9: al-Hasyr)

Firman Allah s.w.t:

Tafsirnya: "Dan janganlah orang2 yang tidak menunaikan zakat dan bersifat bakhil untuk menginfaqkan sebahagian harta yang Allah telah berikan kepadanya berdasarkan kelebihan daripadaNya; adalah suatu kebaikan bagi mereka.

Bahkan ia memberi kemudaratan kepada mereka. Allah akan jadikan harta yang mereka bakhilkan sebagai ular yang membelit leher mereka pada hari kiamat..."(180: Ali Imran)

ثلاث مهلكات: شخ مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه
Maksudnya: Tiga sifat yang merosakkan manusia 1. kedekut beserta haloba yang dipatuhi. 2. Hawa nafsu yg dituruti. 3. Perasaan kagum dgn diri sendiri. (Hr Tobrani)

لا يدخل الجنة بخيل
Maksudnya: Orang yang bakhil tidak masuk syurga dgn golongan yg awal. (Hr Tirmizi dan Ahmad)

Berkata Ummul Banin saudara perempuan Umar bin Abdul Aziz:

"Celakalah orang yang bakhil. Kalau sifat bakhil itu baju aku tidak akan pakai baju itu dan jika sifat bakhil adalah jalan aku tidak akan lalu jalan tersebut."loveloveIslam

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...