Friday, September 3, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( Akhir )

Salam,
http://pmr.penerangan.gov.my/chainmorad/wp-content/uploads/2009/05/ayah.jpg
Setelah beberapa minggu tidak ada polis yang panggil penulis, maknanya Tok Ketua dan Imam Tua tak buat laporan polis.
Selepas itu penulis bagi tahu orang jamaah di kampung , tak perlulah bergaduh dengan orang2 Ubn untuk kuasai surau. Biarlah kepada orang2 Ubn sebab mereka akan terus bergantung kepada Imam Tua walaupun tahu Imam Tua tak betul.
Orang2 Ubn tak akan terima orang jamaah jadi imam kerana mereka masih ada Imam Tua. Orang2 Ubn tidak kira walaupun ada yang lebih baik daripada Imam Tua tapi kerana bukan orang Ubn maka tak dapat diterima.
Penulis buat keputusan tak mahu campur bukan kerana takut tapi kerana penulis tidak tinggal di kampung. Abang penulis pun tak tinggal di kampung sedangkan orang2 jamaah bergantung kepada kami untuk hadapi Imam Tua dan orang2 Ubn.


Jika penulis tinggal di kampung, penulis tak akan biarkan Imam Tua buat suka hati kepada orang2 kampung. Sudah banyak tahun penulis tak ambil hirau tentang Imam Tua, hanya dengar2 cerita sahaja tentang perangai dia.
Bila balik raya di kampung, penulis akan solat dan berkhutbah di kampung sebelah yang tidak ada yang mampu baca khutbah. Bila dah ada orang kampung tu baca khutbah, penulis bagi peluang kepada dia.
Pernah satu tahun, Imam Tua bergaduh dan merajuk dengan orang2 Ubn. Ada orang tua Ubn datang ke rumah minta penulis baca khutbah sebab tak mahu Imam Tua. Penulis terima tawaran tu walaupun sepatutnya penulis berkhutbah di kampung sebelah.
Namun Ubn tetap Ubn, pagi2 raya orang tua Ubn datang rumah minta maaf dan bagi tahu ada Tok Ketua pergi pujuk Imam Tua untuk baca khutbah. Penulis tak kisah kerana penulis memang akan berkhutbah di kampung sebelah.
Tahun lepas, penulis dengar cerita ada anak orang jamaah lulusan agama minta dari Tok Ketua untuk baca khutbah sebab Imam Tua dah uzur. Tapi tak dibenarkan kerana anak orang jamaah.
Puasa tahun ini penulis balik kampung tengok dari jauh ada seorang tua uzur sedang jual kueh. Bila dekat penulis tengok orang tua itu rupanya Imam Tua. Sedih tengok dia jual kueh, mungkin dah tak mampu kerja lain.
Penulis dengar cerita dia masih jadi imam walaupun uzur. Kadang2 terpaksa suruh orang lain jadi imam dan dia sembahyang duduk. Ada seorang atas pagar yang boleh jadi imam ganti dia, penulis yakin orang ini akan dipujuk masuk Ubn untuk ganti Imam Tua.
Orang2 Ubn semakin ketepikan Imam Tua dan selalu menaikkan nama orang ini. Masalahnya orang ini juga selalu sakit. Lepas ni mungkin orang2 Ubn pening cari pengganti Imam Tua.
Penulis harap akan ada imam muda yang muncul dan tinggal di kampung untuk ketuai aktiviti agama di kampung. Bila dah tak ada orang Ubn yang mampu, tidak boleh tidak mereka terpaksa terima orang jamaah.
Bila penulis balik kampung untuk sampaikan sumbangan Ramadan tahun ini kepada orang2 susah di kampung. Penulis pergi jumpa Imam Tua yang sedang jual kueh dan serahkan sumbangan Ramadan kepadanya.
Penulis harap Imam Tua akan rasa insaf dengan perbuatannya sebelum ini. Semasa kuat memang orang2 Ubn sanjung dia tapi bila dah tua dan uzur serta sudah ada pengganti. Imam Tua semakin tidak dipandang lagi.
Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...