Wednesday, August 4, 2010

Tulahan : Kebenaran berpolitik bukan bermakna pegang jawatan politik

Salam,


Rasanya belum terlambat untuk penulis bagi pandangan berkaitan isu kerajaan benarkan guru DG 41 dan 44 berpolitik. Bukan tak mahu ulas awal, tapi nak tengok respons kawan2 cikgu. Bukan nak minta pandangan mereka tapi nak tengok aksi mereka selepas kebenaran ini.

Penulis ingin ulas dahulu pandangan beberapa pimpinan tertinggi jamaah bahawa kebenaran ini bertujuan menzahirkan guru2 yang memegang jawatan politik dalam Ubn. Begitu juga pandangan mereka bahawa kebenaran ini satu usaha memerangkap guru2 yang memohon memegang jawatan politik dalam Pakatan.

Siapa guru2 DG 41 dan 44?. Sapa2 sahaja yang ada ijazah berkhidmat sebagai guru, gajinya gred DG 41. Bila dah lama mengajar sehingga lebih 10 tahun, gaji naik gred DG 44.

Guru2 DG 41 dan 44 tak sama pemikirannya dengan guru2 DG yang lebih bawah. Kebanyakan mereka mengajar di sekolah menengah dan hampir 70 peratus adalah penyokong Pakatan. Tak percaya pilah mana2 sekolah menengah, dalam sebulan bergaul dengan mereka kita akan tahu sokongan politik mereka.

Namun begitu, guru2 ini tidak menzahirkan sokongan mereka secara jelas kerana pelbagai ugutan daipada kerajaan Ubn. Akujanji la, tak naik pangkat la, tak dapat cemerlang la, blacklist la, kena tukar la. Memang ada guru hadapi tekanan itu, tapi tak ramai pun yang kena.

Walau tak ramai yang kena tetap menakutkan guru2 penyokong Pakatan. Tekanan ini menyebabkan mereka takut nak bercakap politik di sekolah bersama rakan2 guru, tak berani nak pergi ceramah Pakatan, tak berani nak sentuh politik dalam kelas, nak pegang jawatan dalam parti lagi la tak beraninya.

Bukan guru2 akademik biasa sahaja, yang ustaz dan ustazah lebih banyak takutnya dari guru biasa. Tak percaya, tengoklah dalam jamaah kawasan kira berapa ramai ustaz dan ustazah terlibat dalam jamaah dibanding guru2 biasa.

Yang hendak diperangkap oleh Ubn ialah guru2 yang masih berani pegang jawatan dalam Pakatan walau ada larangannya. Bila ada kebenaran ini mereka harap guru2 ini akan memohon daripada kementerian. Dapatlah kenalpasti dan ambil tindakan kepada guru2 ini.

Ubn dok rasa jerat mereka akan mengena tapi guru2 bukan bodoh nak hulur tengkok untuk disembelih. Tunggulah, tak dak sapa nak mohon pegang jawatan dalam Pakatan. Tapi bila tak dak yang mohon, Ubn akan isytihar la pula guru2 tak mohon sebab tak sokong Pakatan.

Guru mana yang akan mohon? tentulah guru2 yang sokong Ubn. Dulu bukan mereka tak pegang jawatan , pegang tapi bila nak naik sikit musuh politik mereka dok cantas guna isu larangan guru berpolitik untuk perjatuh mereka.

Guru2 ini bukan takut dekat pengetua, pengetua yang takut kat mereka. Yang ditakutkan ialah musuh politik dalam Ubn sendiri. Bila ada kebenaran ini , barulah mereka boleh naik tinggi dalam politik bahagian.

Ubn pun nampak masalah ni, mana tidaknya calon2 Ubn dalam PRU 12 ramai yang tak dak ijazah. Ada yang SPM pun tak lepas tapi jadi calon, ada yang kerja kerani sekolah sahaja tapi dapat jadi wakil rakyat. Lawan mereka pula calon2 Pakatan terutama DAP dan jamaah berkelulusan universiti dalam dan luar negara.

Rakyat semakin hari semakin ramai yang cerdik.Bila dah cerdik , rakyat akan lebih tengok calon dari parti. Kalau calon pun bermasalah, calon pun tak da kelulusan macam mana nak menang. Sekiranya, kebenaran ini tak diberi alamatnya ramai la calon Ubn yang tak dak ijazah untuk PRU 13.

Itulah kehendak Ubn sebenarnya di sebalik kebenaran guru2 DG 41 dan 44 berpolitik. Namun, apa yang berlaku di sekolah selepas kebenaran ?. Betul2, guru Ubn dah mula memohon daripada kementerian untuk pegang jawatan dalam politik sebab sebelum ni pegang jawatan tanpa kebenaran.

Bagaimana pula guru2 penyokong Pakatan?. Sudah ada yang berani bawa harakah ke sekolah, dulu tak berani. Dah ada yang buka blog pro Pakatan, dulu sembunyi2.

Bercakap hal politik dah terang2, dulu cakap sambil tengok2 orang. Dah berani pergi ceramah Pakatan, dulu takut atau dengar kot jauh dalam gelap.

Bila ditanya dah tak takutkah, guru2 ini akan bagi jawapan dah dapat kebenaran. Rupanya kebenaran berpolitik ini bagi guru2 bukan semata2 pegang jawatan dalam parti tetapi segala2 yang berkaitan dengan politik.

Dulu tidak dapat kebebasan ini, sekarang sudah ada kebebasan.Pengetua pun tak boleh nak ambil tindakan semborono kerana peraturan membenarkan. Dulu ya boleh ambil tindakan atas alasan ada larangan, sekarang larangan itu sudah tiada.

Apabila melihat suasana ini, penulis amat bersetuju dengan kebenaran ini kerana kesannya amat baik untuk Pakatan walaupun di situ ada perangkap dari Ubn.

Walaupun guru2 berpandangan berpolitik bukan bermakna pegang jawatan dalam politik, penulis harap ramai di kalangan mereka akan semakin berani memegang jawatan dalam jamaah.

Wassalam.

1 comment:

mosabit said...

betul tu...
akan datang calon umno semua tua bangka nak mampos...ijazah takda ..

jadi bukak lah peluang pada guru yg berijazah jadi calon...adalah standard sikit...

tapi tujuannya supaya boleh kaut harta dengan lebih laju lagi....

kah kah kah kah kah kah ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...