Thursday, July 29, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( 2 )


Salam,
 
Kampung penulis yang kuat birunya hanya ada rumah tak capai 50 buah. Surau di kampung dikuasai oleh orang2 Ubn tanpa ada jawatankuasa. Orang2 Ubn letak surau tu bawah biro agama JKKK.
Tahu sajalah kalau orang Ubn yang jaga surau, kadang2 tak da jemaah untuk solat Maghrib dan Isyak. Solat Zohor dan Asar sahihlah tak da jemaah.
Orang2 Ubn pada masa tu bergantung kepada seorang Imam Tua kerana hanya dia yang boleh imamkan solat, boleh ketuai tahlil , boleh sembelih lembu dan boleh baca talkin.
Imam Tua ini bila dia tahu orang kampung bergantung  pada dia , banyaklah perangai buruk yang dibuatnya dan tak sapa berani tegur.
Bila sembelih lembu dia minta macam2 payung, daging , kain seolah2 dah jadi syarat sebelum sembelih binatang. Bila orang suruh ngajar budak2 ngaji , dia minta upah mengajar.
Bila dia mengajar budak2 pelajaran fardhu ain, dia rakam kemudian pasang semasa kenduri rumahnya seolah2 dia hebat macam ustaz2 forum perdana.


Dia yang jaga pinggan mangkuk surau, bila orang kampung kenduri kena bayar sewa pinggan mangkuk tapi duit sewa tah pi mana. Sehingga bil air dan api surau pun tak dibayarnya.
Bukan orang Ubn tak tahu perangai buruk Imam Tua tapi tak berani nak kata apa sebab Imam Tualah harapan mereka. Ada orang jamaah di kampung pun tak berani dengan Imam Tua, takut pula nanti dipulau orang2 kampung Ubn.
Penulis sejak menengah rendah selalu pi surau solat Maghrib dan Isyak. Kadang2 penulis solat sorang2 sebab orang kampung tak datang surau. Abang2 penulis tak da di kampung, semua dok luar ada di asrama, universiti dan bekerja. Bila balik abang2 ada pi solat di surau.
Selalunya penulis akan ajak adik penulis untuk solat di surau. Orang2 kampung dua tiga orang ja yang kuat jamaah, mereka pun tak surau kerana tak suka dengan Imam Tua. Ada yang pi surau kampung lain, ada yang solat kat rumah.
Imam Tua jarang juga ke surau, bila malam Jumaat sahaja dia selalu datang kerana nak ketuai baca Yaasin dan masa tu orang kampung terutama wanita Ubn ramai ke surau nak baca Yaasin. Malam Jumaat jadi malam Imam Tua tunjuk kehebatannya pasang2 kuat speaker sampai dengan satu kampung dengar suara dia.
Itulah apa berlaku bertahun2, hanya pada malam Jumaat ramai ke surau. Malam lain kadang2 ada orang kadang2 tak da orang. Penulis memang tak selesa dengan perangai buruk Imam Tua tapi apa kan daya hanya dapat pendam nak cakap tak boleh sebab masih di bangku sekolah.
Orang2 Ubn menjadi mangsa kepada Imam Tua tak berani nak menegurnya. Orang2 jamaah di kampung tidak ada yang ada kebolehan seperti Imam Tua kepalai urusan agama.
Apabila Imam Tua tidak ke surau, orang2 Ubn tak pandai jadi imam solat. Bila tak da yang boleh ke depan jadi imam, akhirnya penulis yang jadi imam walaupun penulis sebenarnya masih bersekolah.
Bila Imam Tua ada dia akan jadi imam, bila dia tidak ada selalunya penulis lah jadi imam di hadapan orang tua Ubn. Jika abang2 balik mereka juga boleh jadi imam.
Kuliah agama di surau jarang sangat dibuat, kalau ada pun semuanya ustaz2 Ubn. Semasa penulis di menengah atas, ada ustaz di sekolah ( orang JIM) suruh penulis minta dari Tok Ketua Kampung Ubn nak buat kuliah di surau.
Penulis keberatan dengan permintaan ustaz dan  bagi tahu ustaz suasana penduduk kampung penulis. Penulis masih inggat ustaz cerita satu kisah tentang dua orang yang kuat beribadah dalam satu kampung yang buat maksiat, Allah turunkan bala kepada penduduk kampung itu.
Ustaz tanya penulis Allah turun bala kepada siapa dahulu, penulis jawab tentulah orang kampung yang buat maksiat. Ustaz kata tidak, Allah turun bala kepada dua orang kuat beribadah dahulu kerana mereka kuat beribadah tetapi tidak mengajak orang kampung yang buat maksiat kembali mentaati Allah.
Penulis akhirnya akur dengan ustaz pi jumpa Ketua Kampung dan Imam Tua minta nak buat kuliah kat surau. Tok Ketua setuju tapi penulis tahu dalam hati mereka memperlekehkan penulis. Penulis dengar mereka bercakap pun tahu, mereka bagi dalam nada perendah penulis yang masih sekolah.
Apabila tiba masanya , ustaz pun mai kuliah di surau . Ustaz datang dengan isterinya seorang doktor. Orang kampung bila dengar ada kuliah ramai yang datang terutama wanita.
Bila baru ustaz nak mula kuliah, Imam Tua bangun pergi sentap tirai belah perempuan yang biasa tertutup sehingga nampak semua wanita yang datang. Isteri ustaz pun terkejut, biadap sungguh Imam Tua seolah2 dia berkuasa dalam surau.
Tidak salah nak buka tirai sebelah wanita, tapi beradaplah. Ustaz pun nampak terkejut tapi buat macam biasa, penulis hanya perati  dalam hati tak dapat terima perangai biadap Imam Tua.
Ustaz sampaikan kuliah tentang kelebihan beribadah kepada orang kampung. Dalam kuliah tu, ustaz ada sebut malaikat tak masuk ke rumah orang memelihara angsa. Kebetulan Imam Tua ada bela angsa di rumah, apa lagi merah padam muka dia.
Ustaz tak sedar tentang kemarahan Imam Tua sebab mana ustaz tahu Imam Tua ada bela angsa, jika ustaz tahu mungkin dia tak sebut. Penulis tahu Imam Tua malu kepada orang kampung sebab orang kampung tahu dia bela angsa. Angsa dia berjalan cari makan sampai rumah orang lain.
Esoknya, Imam Tua mula buat cerita bahawa ustaz yang bagi kuliah tak betul dan sesat. Dia jaja satu kampung ustaz ajar salah. Penulis geram juga sebab tak kan ustaz yang berkelulusan tinggi universiti dituduh sesat……………..bersambung…………………
Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...