Friday, November 13, 2009

Tulahan : Carta Top Hits Blog Pro-PR, betul ka MSK ?

Salam,


Bila tengok carta top hits blog proPR, penulis hairan betul ka macam tu rankingnya. Penulis bukan tak percaya sebab blog penulis tak tersenarai. Penulis pun tahu, blog penulis tak popular sebab jarang menulis. Kemudian tak banyak link dengan blog lain.

Tapi yang mengejutkan kenapa blog Cina Islam tak tersenarai, sedangkan setahu penulis blog ini dah beberapa kali mencapai jutaan klik. Sekarang dah capai 6 juta klik, semua blog ada link blog ini.

Dari beberapa blog dari Parit Buntar, kalau ikut ranking yang MSK bagi. Cenangau lebih hebat daripada Cina Islam.

Penulis bukanlah peminat blog ini, hanya mahu penjelasan sebab penulis bukanlah pakar bab blog . Banyak yang kena belajar.


Kalau dah capai jutaan klik tapi masih tak dak dalam ranking tentu ada sebabnya. Sebabnya la tu yang penulis nak tahu.

Mohon penjelasan dari MSK atau mana2 bloggers yang tahu.

Wassalam.


2 comments:

TheCyberSniper said...

carta tu diambil dari hit harian. Jutaan tu pasal blog dah lama. TQ 4 linked my blog.

Love Perak said...

maybe sebab idham lim tu adun. msk buat list blogger2 orang biasa je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...