Friday, October 30, 2009

Tulahan : Bajet Zombi ciplak akan jadi manifesto BN

Salam,


Sidang Dun Perak dah selesai, seperti dijangka akan berlaku kecoh tapi itu semua tidak penting bagi Ubn asalkan bajet lulus. Sebab tu la kompenen tak rasmi Ubn tak bagi Adun PR masuk awal, depa dah rancang bila Zombi dah bentang bajet baru bagi masuk.

Walaupun bentang dalam masa 20 minit pun tak kisah, janji bentang dan Adun PR tak dapat halang Zombi bentang. Kenapa Ubn nak sangat bajet ini lulus? sebab inilah manifesto Ubn jika Dun bubar dan Ubn boleh guna peruntukan bajet untuk beli rakyat Perak jika Dun bubar tahun depan.

Selama lebih 50 tahun Ubn perintah, tak pernah rakyat berjumpa bajet macam ini. Tapi demi nak umpan rakyat segalanya jadi bagi Ubn.

Tak kira la orang nak kata bajet haram ka, bajet coca cola ka peduli apa. Yang penting Ubn berada dalam landasan perancangan mereka bersama kompenen2 tak rasmi.

Dalam masa 20 minit apa yang dibentang? bajet yang diciplak dari idea PR dan apa yang diperjuangkan PR. Malah peruntukkan lebih dari bajet PR dulu. Kalau rakyat Perak baca bajet ini, pastinya ramai yang akan kata baguihnya Zombi.

Bajet Perak PR 2009 peruntukkan Seribu hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan secara komersial.

Bajet Zombi menyumbangkan RM400,000 setahun bagi setiap sekolah melibatkan sembilan sekolah persendirian Cina (SUWA).


Bajet Perak PR 2009 peruntukkan RM1 Juta untuk Takaful Kifalah kepada kematian warga emas berusia 65 tahun ke atas.

Bajet Zombi beri insurans perlindungan takaful berkonsepkan Tabaruk berjumlah RM4 juta disediakan untuk golongan warga emas, ibu dan bapa tunggal, golongan miskin dan orang kurang upaya.

Bajet Perak PR 2009 peruntukkan RM 4.9 juta untuk pendidikan Islam - elaun guru/penyelia KAFA, Tadika Islam dan bantuan per kapita SAR.

Bajet Zombi peruntukkan sejumlah RM4.68 juta diperuntukan bagi sumbangan tambahan kerajaan negeri kepada elaun guru kelas Kafa daripada RM75 sebulan kepada RM200 melibatkan sebanyak 3,120 guru.

kemudian, peruntukan RM1 juta disediakan bagi menampung perbelanjaan pembayaran elaun kepada guru yang mengajar subjek agama dan Al-Quran di Sekolah Agama Rakyat.

Bajet Perak PR 2009 peruntukkan RM2 juta untuk Tabung Khas Kebajikan Rakyat - membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang susah

Bajet Zombi, sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi tujuan program pembasmian kemiskinan yang mana sebanyak RM2 juta bagi membaik pulih rumah, RM4 juta bagi program membasmi kemiskinan mengikut pendekatan dan modul yang berjBoldaya dilaksanakan dan RM1 juta bagi Yayasan Bina Budi.

Bajet Perak PR 2009 peruntukkan RM2 Juta untuk Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi aktiviti kebudayaan, keagamaan dan pendidikan.

Bajet Zombi menyediakan RM3.5 juta bagi aktiviti bukan Islam dan daripada jumlah itu sebanyak RM500,000 dikhususkan untuk kaum Sikh.

Bagi menampakkan bahawa Ubn prihatin kepada semua kaum dan agama, bajet Zombi bagi pula peruntukkan berikut :

Orang India - peruntukan RM1 juta disediakan untuk Tabung Khas Pendidikan Anak-Anak Kaum India akan dikendalikan oleh Yayasan Perak.

Orang Asli - peruntukan khas sebanyak RM1juta untuk masyarakat Orang Asli.

Ubn juga mahu dilihat prihatin kepada pendidikan Islam maka bajet Zombi cadang mewujudkan Maahad Tahfiz di setiap daerah. Peruntukan sebanyak RM1 juta bagi mewujudkan Maahad Tahfiz di Manjung. Pembangunan Maahad Tahfiz di daerah lain akan dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Bajet Zombi juga bagi seronok siak dan bilal bila mereka dibayar elaun bulanan yang mana sebelum ini mereka hanya diberi bonus tahunan sahaja. Peruntukan sebanyak RM5.99 juta telah disediakan bagi menampung pembayaran tersebut melibatkan seramai 2,496 orang bilal dan siak.

Inilah yang dibentangkan oleh Zombi masa sidang DUN. Sekiranya Dun bubar, Ubn guna bajet ini sebagai manifesto untuk ugut rakyat Perak. Tak sokong Ubn tak dapat semua ini.

Jika Dun bubar tahun depan, Ubn akan guna sepenuhnya bajet ini untuk tunjukkan bahawa mereka sebenarnya prihatin kepada semua rakyat Perak.

Jika Dun tak jadi bubar. Lagi seronok Ubn sebab bajet ini akan jadi modal ke mana sahaja depa pi jumpa rakyat di Perak sehingga PRU 13

Sebenarnya penulis risau rakyat Perak termakan dengan umpan bajet Zombi ini. Akan wujud satu kesimpulan dari rakyat, 'Ubn pun tolong rakyat juga tengok bajet Zombi kan baik'. Jika ini berlaku, peluang PR untuk perintah Perak akan tipis.

Akan timbul dihati rakyat, semua yang PR nak tolong rakyat dah dibuat dalam bajet Zombi. Nak apa lagi?. Justeru, penulis harap PR dapat kemukakan manifesto yang lebih menyakinkan rakyat untuk undi PR.

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...