Wednesday, May 20, 2009

Mai baca pemikiran pemimpin umno bawahan

Salam, 

Kuburkan Saja Mereka!
Gambar Hiasan

Penulis dah lama tak menulis, ada benda nak tulis tapi biarlah dulu. Ada kawan yang tegur, kenapa lama tak tulis? . 

Bagi mengaktifkan blog ini, penulis paparkan apa yang penulis baca dari Sinar Harian tentang pemikiran pemimpin umno peringkat cawangan. Bacalah. nak komen, komen la. 

PARIT BUNTAR - Pegawai Kerajaan Kategori A yang berpihak kepada pembangkang patut ditukarkan ke negeri pembangkang kerana menyusahkan rakyat.

Ketua Cawangan UMNO Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, banyak pegawai kerajaan yang juga ahli kepada pembangkang mencuri sewaktu bekerja.

Menurutnya, kebanyakan pegawai-pegawai di daerah ini tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan telus dan adil. 


“Mereka yang lebih berpihak kepada pembangkang ini tidak sepatutnya berada di jabatan kerajaan kerana lebih banyak curi tulang daripada membuat kerja,” katanya.

Sulaiman berkata, kakitangan dan pegawai kerajaan yang menyokong pihak pembangkang ini adalah antara mereka yang tidak tahu mengenang jasa dan membalas budi.

“Mereka mencari makan di jabatan kerajaan tetapi memberi maklumat kepada pembangkang sehingga menyebabkan rakyat membenci kerajaan.

“Kita tidak menafikan masih ada kakitangan dan pegawai kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan namun jumlahnya amat sedikit,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang menjadi dalang pembangkang ini sepatutnya ditukar kepada negeri pembangkang kerana tidak layak menjadi pegawai kerajaan disebabkan sifat mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Menurutnya, sehingga kini berapa ramai anak-anak kepada pembangkang ini menggunakan wang kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam dan luar negara.

“Walaupun kerajaan BN memberi kemudahan kepada mereka, namun masih juga menafikan pertolongan kerajaan BN dalam membawa pembangunan dan kemajuan serta pendidikan yang sempurna kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, pegawai kerajaan yang menyalahgunakan kuasa yang diberikan oleh kerajaan supaya berhenti berbuat demikian kerana ini menunjukkan sikap tidak bermoral.

“Saya mencadangkan supaya kerajaan melihat semula segelintir pegawai yang menjadi dalang kepada pembangkang supaya ditarik balik hak keistimewaan mereka atau terus sahaja dihantar berkhidmat ke negeri pembangkang jika itu yang mereka mahu,” katanya ketika menemui Sinar Harian. 

Wassalam.

1 comment:

jusuh said...

helo leman, hang tau tak perak la ni negeri pakatan rakyat. awat hang ingat anak anak pr tak boleh dapat biasiswa ka ?. jangan jadi bodoh ini sebahagian daripada tanggungjawab pemerintah. awat hang berkira sangat. pr bab pendidikan di beri keutamaan depa akan bantu tak kita hang pembangkang atau pemerintah. tengok macam selangor dapat subsidi air tak kira pebangkang atau pemerintah. sure punya kalau anak hang belajaq pandai nak biasiswa pr bagi punya. lu pikir la sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...