Sunday, March 22, 2009

Tulahan : Berkempen di Bukit Gantang bukan di Parit Buntar

Salam, 

Tinggal 6 hari sebelum hari penamaan calon, kempen di Bukit Gantang semakin rancak. Penulis sempat beberapa hari bantu UPU di kampung penulis dan UPU Sungai Limau di Hujung Matang.

Terima kasih kepada kawan-kawan dari Parit Buntar yang banyak bantu kempen. Muslimat dah masuk rayu undi, cula undi 80% lengkap, khidmat kesihatan dah buat, ceramah maulud dan yang paling berjaya ceramah di rumah Ketua UPU.

Lega kerana Parit Buntar yang bantu UPU. Mudah kira sebab semua kawan2. Balik lepas penamaan calon ni ada beberapa program kempen lagi, penulis rancang nak buat.

YDP Parit Buntar bagi tahu kalau UPU kampung penulis dapat lebih 100 undi, Parit Buntar nak buat kenduri di kampung. Penulis jangka boleh capai sebab ramai pengundi bulan tak mengundi PRU lepas.

Tak mengundi sebab tak ada semangat bila tengok bendera biru saja. Kalau yang sakit tak da sapa nak pi ambil, kalau dok luar tak da sapa nak panggil balik mengundi. Jadi sebab tu ramai yang tak mengundi PRU lepas.

Kali ini, ada yang datang bantu. Tak da sebab untuk tidak mengundi. Pengundi biru pun dah ada hampir 10 orang yang mula condong ke arah bulan. Sebabnya, masa BN perintah apa bantuan pun tak dapat walaupun layak dapat. 

Masa PR perintah masuk bulan ke 6, dah dapat bantuan. PR tak kira orang biru atau bulan, sapa layak dia dapat. 


Budak muda kampung pun dah terbahagi dua. Ada yang tanya macam mana, penulis tarik budak muda. Itu rahsia la. Bagi yang dok Parit Buntar depa tahu, sebab caranya sama macam penulis tarik pemuda sertai Unit Amal Parit Buntar. 

umno pun dah kempen. Bagi kambing, buat sukaneka, buat ceramah panggil abang Nizar, suruh puteri menyamar pegawai kebajikan buat banci rumah ke rumah.

Tumpuan penulis balik nanti adalah pengundi atas pagar bulan dan biru. Kelompok ini ada lebih 40 orang dari 12 buah rumah. Penulis harap dapat hantar bahan kempen ke rumah atas pagar ini setiap hari. 

Sepatutnya penulis dah buat baru ini, tapi  apa kan daya bahan kempen tak keluar lagi dari bilik gerakan penerangan JPN. Parit Buntar boleh buat tapi arahan yang dikeluarkan bahan kempen hanya penerangan JPN keluarkan.

Kalau di Parit Buntar, lama dah bahan kempen keluar tapi di Bukit Gantang tak boleh pandai-pandai. Harapnya, bahan kempen akan keluar bila penulis balik nanti. 

Penulis ada tinjau beberapa kawasan yang jaga UPU. Ada kawasan yang tak buat apa2 lagi di UPU, tunggu program dari MTD dan JPN yang atur. Ada kawasan yang hari-hari pasang bendera, pengundi tak pi jumpa lagi. 

Rasa nak bersuara, nanti orang kata nak pandai2 dari MTD dan JPN. Mungkin kawasan2 ini nak mula buat program bila start penamaan calon. Ikutlah macam mana, asalkan semua pengundi ditemui.

UPU kampung penulis dan Sungai Limau dah anjur banyak aktiviti untuk menarik pengundi. Lepas penamaan calon lebih hebat lagi program dekati pengundi akan dijalankan. 

UPU Sungai Limau dapat bantuan Parit Buntar dan Paser Puteh. UPU kampung penulis di atur sepenuhnya Parit Buntar. Petugas Negeri Sembilan yang sepatutnya bantu UPU kampung masih belum turun.

Hasil tinjauan penulis bila balik baru ni, untuk keseluruhan Bukit Gantang bulan akan capai peningkatan undi Melayu sebanyak 5 ke 10%. Kenapa undi Melayu bulan meningkat?. 

Pertama, ramai pengundi bulan tak keluar mengundi macam di kampung penulis. Sebab tak keluar mengundi pun sama. Kali ini pengundi ini akan mengundi.

Kedua, gerak kerja berkempen menarik undi di UPU aktif tidak seperti PRU lepas. Ada kawasan dan negeri yang bantu. Petugas tempatan pun dah semangat sebab ada yang bantu. Pengundi bulan dan condong bulan pun dah naik semangat nak undi bulan sebab tengok bendera bulan lawan bendera biru. Dulu tak melawan.

Ketiga, pengundi Melayu masih mahu PR perintah kerana baru 11 bulan perintah orang kampung dah mula dapat bantuan. Dulu masa BN ramai tak merasa sebab bantuan untuk kroni sahaja.

Bagi pengundi Cina dan India, setakat ini mereka akan undi bulan. Pi la Port Weld, penuh bendera bulan. Mereka makin marah dengan kempen umno yang hina dan cela mereka di kampung2 Melayu.

Penulis cukup setuju dengan pendekatan 3M seperti diberitahu Hj Asmuni iaitu Menerang, Mendamping dan Menawan. Parit Buntar pun dah mula dan akan aturkan aktiviti menggunakan pendekatan 3 M ini. 

Cumanya, pendekatan ini perlu diselaraskan untuk semua bahagian kempen. Mengapa penulis kata begitu?. Ceramah di kampung penulis baru2 ini. Bahagian penerangan JPN ada hantar seorang penceramah, tapi ceramahnya boleh buat pengundi biru dan atas pagar lari. Syukur sebab Parit Buntar ada cari seorang penceramah lain sebagai regu. 

Harapnya bila penulis balik penamaan calon ini, semua jentera kempen dah bergerak. Petugas kawasan dan negeri dah ramai. Kena ada aktiviti untuk mereka. Penulis cadangkan untuk bagi mereka bekerja, berikan mereka bahan kempen dan pergi berkempen ke rumah pengundi atas pagar setiap hari.

Petugas dari Parit Buntar juga diharap semakin ramai yang turun untuk berkempen. Kalau tak turun lagi, turunlah inggat kawan2 yang tinggal anak bini tak balik rumah untuk berkempen di Bukit Gantang. 

Dalam keadaan kawan2 Parit Buntar bertugas di Bukit Gantang, penulis sedih ada yang berkampung di Parit Buntar untuk berkempen nak jadi YDP. Dulu selalu keluar kawasan, tup-tup sekarang dah jarang keluar Parit Buntar 

Dah turun Cawangan, walaupun dulu selalu kata itu bukan kawasan saya. Hantar orang berkempen perburuk YDP bukan sahaja di Cawangan, malah di kedai kopi. 

Bila ada orang cawangan telefon penulis report kes lobi cawangan ini, penulis cuma katakan biarkan, biarkan dia musnahkan dirinya. 

Wasalam.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...