Monday, December 31, 2012

PRU 13 : Atasi undi tidak normal, PAS menang di Terengganu


Salam, 

Penulis telah membuat analisa di semua negeri di semenanjung yang dimenangi BN dalam PRU 12 kecuali negeri Terengganu.

Analisa pilihanraya negeri Terengganu tidak sama dengan negeri-negeri lain yang mempunyai pengundi bercampur.  Peratus pengundi Melayu secara puratanya di negeri Terengganu adalah 85 %, malah banyak  kerusi yang mempunyai peratus pengundi Melayu melebihi 95 %.

Justeru, slogan ‘PAS ganti Umno’ sememangnya sesuai di negeri Terengganu yang menyaksikan pertembungan sengit antara PAS dan Umno yang mewakili BN.

Hanya dua kerusi dun yang mempunyai pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu dun Bandar yang mempunyai hampir 39 % pengundi bukan Melayu dan dun Cukai yang mempunyai hampir 15 % pengundi bukan Melayu.

Kedua-dua kerusi ini masih dimenangi calon BN pada PRU 12 kerana sokongan orang Cina masih memihak kepada BN. 

Namun, bagi PRU 13, kedua-dua kerusi ini bakal menjadi milik PAS kerana sokongan pengundi Cina kepada PR sudah melebihi 70 %. Buktinya, undi PAS untuk dun Bandar dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu sudah melebihi undi BN.

Bagi melihat potensi PAS dan Umno bagi PRU 13, Keputusan pilihanraya umum yang lalu perlu dijadikan rujukan. Kawasan kubu PAS dan Umno sebenarnya tidak banyak berubah jika dilihat keputusan pilihanraya sejak tahun 1982.

PAS mempunyai peluang besar  di empat kawasan parlimen iaitu Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus dan Dungun. Kerusi-kerusi dun dalam 4 kawasan parlimen ini silih berganti dimenangi oleh PAS dan BN setiap kali pilihanraya umum.

Malah , jika dilihat kepada keputusan majoritinya juga kecil kecuali kerusi-kerusi yang sememangnya menjadi kubu kuat PAS dan BN.

Kemenangan BN dalam PRU 2004 berlaku kerana pertambahan tidak normal undi untuk BN , sedangkan undi untuk PAS tidak berubah malah lebih daripada undi PAS pada PRU 1999. Mengapa ini berlaku? Sudah banyak analisa tentang perkara ini.

Pada PRU 2008, tidak berlaku pertambahan lagi pertambahan undi tidak normal ini, namun pertambahan undi untuk PAS masih belum dapat mengatasi pertambahan undi tak normal BN pada semasa PRU 2004.

Penulis menjangkakan pada PRU 13, undi PAS akan dapat mengatasi undi BN di banyak kerusi yang mempunyai majoriti undi 1500-1600 ke bawah dan mengekalkan kerusi PAS sedia ada.Kenapa?

1.   Pengundi baru di kalangan anak muda 70% akan memihak kepada PAS walaupun Umno banyak mendaftar pengundi muda ini .

Perlu diingat , Umno memberi ganjaran kepada anak muda yang mendaftar mengundi melalui pendaftar Umno

2.   Pengundi luar Terengganu yang dibawa masuk semasa PRU 2004 masih ada dalam daftar pemilih pada PRU 2008 kerana BN tidak menjangkakan tsunami akan berlaku. Selepas PRU 2008 , BN di negeri asal pengundi ini juga memerlukan  undi pengundi ini.

Oleh itu, urusan pemindahan pengundi dari Terengganu ini sebenarnya telah berlaku . Pertambahan undi yang besar di Selangor juga berpunca dari pengundi dari Terengganu yang dipindahkan semula ke Selangor.

3.   Pergolakan Umno Terenganu yang tidak berkesudahan antara kem Ahmad Said dan kem Idris Jusoh, isu-isu penyelewengan , boros dan tidak telus pentadbiran Terengganu menyebabkan undi atas pagar akan memihak kepada PAS. Suasana lebih memihak kepada PAS dalam setiap isu yang timbul di Terengganu .

4.   Wang ehsan sudah tidak mudah diberikan sebagaimana semasa PRU 2008 kerana menjadi perebutan antara dua kem. Berlaku saringan yang ketat sehingga menyebabkan ramai penerima yang dibuang namanya.

5.   PAS Terengganu di bawah Pesuruhjaya Abdul Wahid Endut dan Jentera Pilihanraya Terengganu di bawah Ariffin Deraman cukup berperanan menjadi tonggak dalam mengaktifkan semua PAS Kawasan dan Jentera MTD setiap Dun. 

Banyak program bercorak kebajikan dan kemasyarakatan di jalankan secara berterusan  terutama melalui MTD setiap dun. Kesan gelombang  sokongan rakyat boleh dilihat semasa himpunan ‘PAS ganti Umno’.

Berdasarkan faktor ini , penulis akan menyorot potensi PAS dan BN di setiap dun mengikut kawasan parlimen di Terengganu

Monday, December 10, 2012

Lajnah Pengkritik buat yang pandai kritik, kerja tak buat


Ketika saat getir begini marilah sama-sama kita menghala muncung senapang kita kepada musuh, bukan sesama sendiri.

Sebagaimana pesanan Imam Hassan al-Banna "Kewajipan lebih banyak daripada waktu".

Sebenarnya kerja di dalam PAS ini banyak, tetapi kita amat kurang amilinnya (petugasnya). Orang hendak mendengar ceramah ramai, tetapi sedikit orang yang hendak mengatur ceramah.

Ramai orang hendak mengundi, tetapi sedikit orang yang bekerja untuk menarik pengundi.

Begitu juga ramai orang yang hendak mengkritik, tetapi sedikit orang yang melaksanakan apa yang dia kritik. Alangkah baiknya jika kritik disusuli dengan tindakan.

Saturday, December 8, 2012

Demo anti Morsi : Aktivis Revolusi Mesir atau pendemostran upahan ?

Aku masuk ke himpunan anti Morsi dan aku tidak rasa mereka ini adalah para aktivis REVOLUSI satu ketika dahulu. Mereka tidak solat dan membuat bising ketika azan. Berbeza dengan aktivis REVOLUSI Mesir tidak lama sebelum ini.

Sebelum ke Masjid Al-Azhar aku singgah di Medan Tahrir untuk melihat sendiri para anti Morsi berkumpul. Aku ingin lihat dan ingin menyelidik apakah benar para anti Morsi ini adalah para penyokong Morsi ketika Revolusi menjatuhkan rejim Mubarak. 
Apakah benar para pemuda berkumpul ini kerana marah dengan tindakan Morsi atau pun mereka ini hanyalah sekadar pendemostran upahan.

Aku berlapang dada dan cuba untuk mencari kebenaran. Aku tidak taksub pada Morsi dan aku hanya mahukan kebenaran. Setibanya aku disana aku lihat beberapa pemuda memegang kayu dan dipercayai ahli keselamatan para pendemostran yang berkhemah disitu.


Dari jauh aku cuba mengira bilangan mereka yang masih menduduki dataran Tahrir itu. Jika sebelum ini para anti Morsi pernah berkumpul sehingga mencecah 100 000 pendemo. Namun para kini para anti Morsi di dataran Tahrir sudah berkurangan. 

Saturday, November 17, 2012

Tulahan : Ketua Pemuda tak perlu berlakon, turun ke medan realiti


Salam,

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/05/tantawi.jpgBila penulis menulis tentang anak muda di kawasan penulis, nampak bersifat tempatan. Namun, apa yang berlaku di kawasan itulah juga berlaku di seluruh negara.

Apabila penulis mengikuti secara live perbahasan pemuda jamaah. Pembahas juga menyentuh persoalan mendekati anak muda. Pemuda pusat dilihat tidak mendepani isu, tidak berada di tengah-tengah anak muda, tidak berada di medan realiti.

Anak muda sekarang mahu pemimpin mereka bukan sekadar bercakap tapi berada di depan. Mereka mahu pemimpin yang berani, pemimpin yang menjuarai isu rakyat.

Pada masa sekarang , isu-isu rakyat dibawa dan dijuarai oleh parti lain dalam PR dan NGO tertentu. Tidak ada seperti Mazlan Aliman dalam pemuda dalam isu felda, tidak ada seperti Mahfuz Omar dalam pemuda dalam isu AES. 

Anak muda mahu pemimpin pemuda seperti Cikgu Bard. Anak muda melihat bagaimana Cikgu Bard masuk lokap, dibelasah teruk polis , di maki hamun samseng UMNO. Anak muda mencari siapa pemimpin pemuda pusat yang sama seperti Cikgu Bard.

Apabila Cikgu Bard dan NGO anak muda Samm mendedahkan isu demi isu, berdepan muka dengan pemimpin UMNO menyeleweng. Anak muda bertanya di mana pemuda pusat? Tidak hairanlah ramai anak muda jamaah memilih untuk menyertai Samm.

Friday, November 16, 2012

Tulahan : Jangan selalu negatif, jiwai anak muda



Salam,

Semasa pulang ke Malaysia dua bulan lepas, beberapa orang sahabat jamaah melahirkan tidak puas hati mereka terhadap tindakan YB parti kawan yang telah menarik anak muda jamaah sertai sebuah NGO anak muda.

Kebetulan ada majlis pelancaran NGO anak muda di kawasan penulis dan penulis hadirkan diri pada malam berkenaan. Bila penulis sampai , memang penulis lihat anak muda yang sertai NGO ini sebahagian besarnya anak muda jamaah.

Malah ketua NGO anak muda ini di kawasan penulis ini adalah bekas SU cawangan yang kenal penulis kerana penulis kerap berurusan dengannya semasa penulis pegang jawatan SU kawasan.

Apabila sahabat jamaah bagi tahu penulis mereka tidak puas hati, penulis bagi tahu mereka jangan salahkan YB berkenaan . Salahkan jamaah kerana gagal dekati anak muda jamaah berbeza dengan YB berkenaan.

Memang penulis dapat jawapan bahawa YB berkenaan ada banyak masa untuk turun bertemu anak muda sedangkan pimpinan pemuda jamaah banyak masa untuk buat gerak kerja parti sehingga tiada masa untuk turun seperti YB berkenaan.

Penulis hormati alasan mereka, malah mereka sudah sedaya upaya bersama anak muda cuma pendekatan mereka perlu diubah supaya lebih menjiwai anak muda.

Penulis pun tahu , YB berkenaan pun tidak dekati anak muda di semua kawasan . Hanya beberapa tempat yang ramai anak muda jamaah. Penulis pun tahu , anak muda jamaah ini masih bersama jamaah tidak sertai parti kawan sebab tu YB ini syorkan mereka sertai NGO anak muda yang non partisan.

Pun begitu, penulis akui YB ini bijak menyelami jiwa anak muda sehingga anak muda ini sanggup bersamanya.

Seperti biasa bila penulis balik, penulis akan usaha bantu mana yang mampu. Penulis tahu dari Pengarah Unit Amal kawasan bahawa ramai anak muda di satu tempat yang minat untuk sertai Unit Amal. Katanya, dia dah suruh Ketua Cawangan di situ kutip nama , isi borang. 

Friday, November 9, 2012

Konsep ulama' dan kepimpinannya

“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.

“Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.

Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.

Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan?

KELUASAN TAKRIF

Mungkin pendapat-pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran. 

Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa.

Hanya satu sifat yang melangkaui segala perubahan zaman dan keadaan, bahawa Ulama adalah manusia yang takut kepada Allah:

 وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]

Bagaimanakah soal takut kepada Allah ini dapat diukur untuk menentukan siapa yang Ulama dan siapa yang bukan Ulama? Justeru kita bertemu dengan himpunan definisi yang pelbagai oleh sarjana Islam sepanjang zaman yang kesemuanya menjurus kepada makna komitmen penuh seorang hamba kepada segala kehendak, perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.

KRITERIA NABI

Namun, Ulama sebagai pewaris para Nabi, bagaimanakah kualiti yang ada pada seorang Nabi, untuk pewarisan itu menepati kriterianya?

Allah Subhanahu wa Ta’aala membantu kita mengungkai persoalan ini melalui dua kisah yang terdapat di dalam al-Quran tentang Musa dan Yusuf ‘alayhima al-Solaatu wa al-Salaam.

Tatkala dua orang anak perempuan Nabi Shuaib menemukan Musa dengan bapa mereka berdua, salah seorangnya berkata kepada ayahanda mereka dengan ungkapan yang diabadikan di dalam al-Quran:

 قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang QAWIYY, lagi AMEEN” [al-Qasas 28: 26]
Penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai Qawiyy dan Ameen. 

Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi Qawiyy dan Ameen ini sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah Subhanahu wa Ta’aala kehendaki dari seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahaskan perkara ini di dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah sebagai memudahkan kita mengukur kelayakan.

QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai KOMPETENSI.

AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.
Sudah tentulah di dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi. 

Namun realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini. Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti mengutamakan kompetensi.

Bagi tugasan menguruskan gembala kambing seperti yang bakal dilakukan oleh Musa ‘alayhi al-Salaam, QAWIYY (kompetensi pada kekuatan fizikal dan kemahiran menggembala) disebut dahulu sebagai yang utama, berbanding sifat AMEEN (integriti).

Akan tetapi bagi tugasan yang bersangkutan dengan menguruskan harta dan wang, integriti dan kompetensi sama penting, dengan keutamaan diberikan kepada integriti berbanding kompetensi. Lalu tatkala Yusuf ‘alayhi al-Salaam meminta agar dirinya diposisikan kepada pengurusan perbendaharaan negara, beliau berkata: 

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan (HAFEEZ), lagi mengetahui cara mentadbirkannya (ALEEM)” [Yusuf 12: 55]
HAFEEZ itu adalah soal integriti manakala ALEEM pula merujuk kepada ilmu serta kemahiran sebagai nilai kompetensi baginda.
Apakah input yang diperlukan untuk mengangkat manusia yang ULAMA berada dari kotak 2 dan 3 kepada Quadrant Par Excellence di kotak 4?

Monday, November 5, 2012

Rashid Ghannushi dan demokrasi



Apabila Rashid Ghannushi bertemu Zine el-Abidine Ben Ali - sebelum Ghannushi dengan bijaknya membuang dirinya ke London sebagai musuh pemerintahan diktator - satu perkara yang sangat ganjil berlaku. 

"Dia tidak melihat ke mata saya," ujar Ghannouchi. "Dia tidak begitu banyak bercakap. Tetapi apabila saya bersama dengan dia, mereka membawakan kopi untuk kami berdua.”

"Saya bercakap dan dia senyap mendengar, kemudian tiba-tiba dia mengejutkan saya. Dia menukarkan cawan kopi kami berdua. Kopi saya diambil beliau, dan beliau mengambil kopi saya, seraya berkata: 'Adakah kamu berasa sangsi dengan kopi ini?' Tetapi perkara berkenaan tidak pernah terlintas di fikiran saya! Jadi saya menukarkan semula cawan kopi kami dan mengambil semula cawan yang diberikan kepada saya pada awalnya."

Aneh sekali. Semestinya ia adalah kali pertama dalam sejarah bahawa seorang diktator berfikir tetamunya takut diracun. Dan ketika kami sedang berbual, seorang wanita memasuki pejabat Ghannushi dengan membawakan kopi. Jangan tukarkan cawan, ujar saya kepadanya. Unsur lawaknya jelas. Namun Ghannushi bukanlah seorang lelaki yang semula jadi bersikap lucu dan dia banyak menghabiskan masa cuba memujuk lawannya bahawa - sebagai pengasas dan pemimpin parti terbesar di Tunisia, Ennahda - beliau tidak mahu sebuah negara Islam di Tunisia.
Umpan

Hanya 24 jam sebelumnya, seorang profesor undang-undang Tunisia, Jamil Sayah, telah menulis satu artikel panjang yang tidak begitu menyenangkan di La Presse de Tunis, mengatakan perbezaan antara Ghannushi dan majoriti warga Tunisia adalah "Ketua Ennahda mahu mengislamisasikan kemodenan manakala rakyat Tunisia mahu memodenkan Islam". Saya tidak fikir Ghannushi membaca artikel tersebut- yang seperti kebanyakan laporan dalam akhbar Tunisia, panjangnya sekurang-kurang 2,000 patah perkataan - tetapi dia termakan umpannya.

"Dia  (Sayah)  yang mahukan perkara ini," ujar Gannushi. "Saya tidak percaya warga Tunisia mahu mengubah Islam tetapi mereka mahu menjadi moden dan pada masa yang sama menjadi Muslim. Islam adalah agama yang moden, kita tidak memerlukan sebarang pengubahan ke atas Islam untuk menjadikan ia moden. Dari awal, Islam adalah agama yang pluralistik. Dari awal, Islam percaya dengan kebebasan beragama dan hati nurani, dalam kesahan negara berdasarkan kontrak antara rakyat dan pemerintah."

Friday, October 12, 2012

Tulahan : Di sini menanti, di sana menunggu

Salam,

Masa dua minggu penulis di Malaysia sememangnya tidak cukup. Hanya sempat siapkan dokumen 20 cawangan untuk hantar ke pertubuhan . Hanya boleh tolong uruskan permohonan keahlian untuk hantar ke pusat .

Pun begitu penulis bersyukur kerana dapat juga bantu jamaah kawasan . Masa untuk penulis di negara orang putih sepatutnya dah tamat awal Oktober, tapi penulis minta sambung 6 bulan lagi kerana keperluan penulis membantu jamaah di negara orang putih ini.

Memang hati nak balik bantu jamaah kawasan tapi awlawiyatnya penulis kena berada di sini. Jamaah di kawasan boleh digerakkan ramai pengerak lain walaupun penulis tiada. Jamaah di sini terlalu baru perlukan penulis untuk membimbing adik-adik yang baru belajar menjadi pengerak.

Bagi yang tak faham jamaah, penulis bagi tahu penulis sambung 6 bulan lagi kerana nak kerja cari duit . Penulis tak bohong kerana memang penulis kerja di sini cari duit. Bagi yang faham , penulis jelaskan keperluan penulis di sini bukan tak mahu bantu jamaah kawasan terutama dekat dengan pilihanraya.

Tak semua faham bahawa perjuangan penulis dalam jamaah di sini berbeza dengan perjuangan dalam jamaah di kawasan walaupun jamaahnya sama. Jamaah di kawasan ramai yang boleh mengerakkan tapi di sini penulis hanya berdua dengan bekas aktivis jamaah kampus di U tempatan.

Hanya kami berdua merancang dan mengerakkan jamaah yang baru ditubuh. Melatih dan membimbing adik-adik baru yang baru memahami gerakan jamaah. Pulak tu kena berhadapan dengan saingan yang juga menggelarkan mereka sebagai jamaah di kampus.

Kebetulan semasa pulang ke Malaysia baru ini,  penulis dipanggil untuk beri taklimat penubuhan penaja cawangan sebuah taman baru di kawasan. Penulis bagi tahu sepatutnya dekat-dekat dengan pilihanraya inilah jamaah di mana-mana kawasan ambil peluang untuk menarik seramai mungkin ahli baru dan menubuhkan sebanyak mungkin cawangan penaja baru.

Tahaluf siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat


Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :


لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).

(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).

Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila  bapa-bapa saudara baginda  membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi  diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.

Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid  Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah  bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.

Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud’aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.

Rasulullah S.A.W. bersabda  tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam  Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).

Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:

الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).

(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).

Tuesday, September 11, 2012

Kisah Ka'ab bin Malik dihukum Rasulullah


http://muslimmatters.org/wp-content/uploads/forgiveness.jpgSiapapun dipecat, siapapun dihukum, siapapun dikenakan tindakan serta merta pasti akan mengalami kejutan yang luar biasa. Fitrah manusia lahirnya pasti akan merasa marah bukan kepalang, dibayangi kesumat yang mencengkam apabila menghadapi tindakan sedemikian. Namun, bagi mereka yang jiwanya kental, niatnya berjuang semata-mata kerana Allah dan Rasul, pastilah tidak merasa sempit dada kerana jalan perjuangan masih panjang. Hukuman bukanlah bererti perjuangan terhenti ditengah jalan, tetapi harus terus konsisten berada di lapangan yang diredhai Allah dan Rasul-Nya.

Itulah Ka'ab bin Malik, biarpun dihukum kerana tidak hadir di medan perang yang tertangguh di Tabuk. Ia bukan menjadi peluang untuk berpaling dari terus berada di dalam nakhoda yang diketuai oleh Rasulullah S.A.W. Peristiwa ini berlaku ketika terdapat ramai puak munafiqin yang tidak menyertai gerakan jihad ke Tabuk. Mereka bukan sahaja gagal menyahut seruan Nabi, bahkan cuba mempengaruhi orang lain supaya menguzurkan diri. Hal ini dirakamkan di dalam surah at Taubah ayat 81 :

"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata; Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad); Api neraka Jahannam lebih panas membakar, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami."


Orang munafik berkata, "Janganlah berpergian dalam keadaan panas."

Lantaran itu Baginda menjawab, "Api neraka Jahannam lebih panas membakar."

Ketika orang-orang munafik menguzurkan diri dari peperangan tersebut, mereka langsung tidak dikenakan tindakan oleh Rasulullah SAW. Tetapi, ketika tiga orang Sahabat Nabi berhadapan dengan Baginda, mereka langsung dikenakan hukuman dari Allah iaitu pemulauan untuk beberapa tempoh yang ditentukanNya. Di antara orang-orang beriman yang tidak menyertai tentera Muslimin ke Tabuk ialah Murarah bin Rabi', Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik.

Murarah bin Rabi' tidak bersama-sama pasukan Nabi Muhammad SAW kerana hasil tanaman tamar dikebunnya sedang masak dan terpaksa dikutip. Lalu beliau menyangka penyertaannya dalam lain-lain peperangan sebelum ini, dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang seterusnya bakal dihadapi oleh kaum Muslimin.

Manakala Hilal bin Umayyah pula sibuk mendampingi kaum keluarganya yang baharu pulang ke Madinah setelah sekian lama meninggalkan kota itu. Seperti Murarah, Hilal juga menyangka penyertaannya di dalam beberapa peperangan terdahulu bersama Rasulullah SAW, mengizinkan sebab keuzurannya.

Ka'ab bin Malik pula saat itu sedang menikmati kesenangan yang sebelum ini tidak pernah dinikmatinya, kebunnya subur, unta-untanya beranak-pinak. Hal itu menyebabkan Ka'ab telah tertinggal kebelakang dari turut bersama pasukan Rasulullah SAW di Tabuk. Hal ini disedari oleh Rasulullah apabila Baginda bertanya kepada Para Sahabat, di mana Ka'ab bin Malik? Menyedari reaksi Rasulullah S.A.W tertanya-tanya, Para Sahabat meminta Ka'ab menemui Baginda sejurus sampai ke Madinah.

"Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?", tanya Rasulullah Spastilah Nabi Muhammad SAW tidak akan mengimami solat jenazah mereka. Sebaliknya pula jika Baginda SAW wafat, sudah tentu pemboikosan yang munasabah kerana Allah mengurniakanku kefasihan. Tetapi kepada Baginda Rasulullah, walaupun aku dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang mampu memuaskan hati, sudah tentu Allah akan memurkaiku. Oleh itu aku bercakap benar. Demi Allah! Aku tiada sebarang alasan pun sedangkan pada waktu itu hidupku mewah dan jauh dari sebarang keuzuran."

Wednesday, August 29, 2012

Tulahan : "Sanggupkah bermadu dengan isteri pertamaku, Jamaah"


Salam, 

http://izzuddinyussof.com/wp-content/uploads/2012/02/baitul-muslim-dyg2.jpgBila masuk semula berjuang di medan kampus, maka timbullah semula pelbagai kenangan lama semasa berjuang di kampus tempatan.  Bukan penulis nak masuk campur tapi penulis terpaksa mendengar, melihat isu-isu ini dibincangkan  oleh adik-adik yang berjuang.

Sama sahaja dulu dan sekarang, isunya tetap sama cuma orang dan kampusnya sahaja berbeza. Isu yang sering dibincangkan adalah bagaimana mereka mahu terus istiqamah bekerja untuk jamaah hingga ke luar kampus.

Penulis melihat adik-adik ini memang serius mahu terus istiqamah, samalah macam penulis dan sahabat seperjuangan di kampus dulu. Kadang-kadang bila membaca pandangan mereka di facebook dan email , penulis tersenyum sendirian bukan nak memperkecilkan mereka. 

Tersenyum mengenangkan sahabat seperjuangan yang bercakap perkara yang sama tapi bila keluar ke medan sebenar , mereka gugur tiada tanda.

Berbincang untuk terus istiqamah, mereka akan memperkatakan tentang bagaimana untuk terus istiqamah bila sudah berada di medan sebenar. Isu BM / pasangan hidup adalah topik panas. Nak istiqamah mestilah suami / zaujah sefikrah. Benarkah begitu?

Benar , tapi ada yang tidak benar. Hatta Amir pasangannya Amirah pun boleh lesap entah ke mana bila berada di medan sebenar. Bukan melawak tapi itulah hakikatnya berdasarkan pengalaman sahabat di kampus.

Walaupun begitu, paratus pasangan sefikrah terus aktif adalah lebih tinggi berbanding pasangan berlainan fikrah. Maksudnya, jika Amir pasangan Amirah tak boleh nak istiqamah bolehlah nilai pasangan yang tak sejamaah lagilah tipis.

Pasangan hidup yang memahami perjuangan akan banyak membantu seseorang untuk terus istiqamah. Sanggupkah seorang isteri mempunyai suami yang setiap malam tiada di rumah kerana berjuang, setiap hari suami pulang 2, 3 pagi, waktu cuti suami tiada di rumah kerana program jamaah.

Sanggupkah seorang isteri menjaga anak-anak kecil di rumah, yang kerap menangis , yang nakal dalam keadaan suami sering tiada di rumah.
Sanggupkah seorang isteri merelakan masa , tenaga dan wang suami dikongsi bersama jamaah.

Dalam erti kata lain, sanggupkah isteri bermadu dengan 'isteri pertama' suami iaitu jamaah.

Monday, August 27, 2012

Tulahan : Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan

Salam, 
Beberapa tahun dulu, penulis ada cipta pengkisahan sejarah kemerdekaan versi penulis. Penulis paparkan dalam blog ini untuk tatapan bersama.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBd4W0nU51HTy4rDJn_dC2qo_8JhqKUISzZ3Ju13dn_ggUzlVbF0FlskwefjjlXu9egIhc-zQYBJzVF0QCKHAE7q4ZJdrIjdoICaBjxHSXxyhQyQk0DKZEC-8KxPYwuJGIep4ln9djZm81/s320/320px-Portugis.jpgPengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat

 

24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis.



Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.


Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.
http://fc06.deviantart.net/fs45/i/2009/273/a/1/Kota_A_Famosa_2008_by_since1993.jpg1641 - Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.
1784 - Peristiwa sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.
1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah membahagi Gugusan Kepulauan Melayu, satu untuk engkau, satu untuk aku. Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta rumpun Melayu nusantara.
Setelah Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk mengambil Pulau Pinang pada 1786, kemudian Sultan Husein, Sultan Johor diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka, adilkah?.
 


1874 - Kekayaan bahan mentah membuka mata penjajah. Bijih timah dan minyak adalah kekayaan tidak terkira nilainya. Inggeris mula mencipta alasan campurtangan di negeri-negeri Melayu, seumpama Amerika mencipta alasan untuk menyerang Iraq.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPBLf2-H6_0zCcn99OIHintqZO8qzCCILJ6DEYmpp4kyO9a23FnaHGlaf_8icRaKtz76e_SazrouxUThqR4QOVPz5EZ7VwNerl-8h1gKHCRxzegO_9_CGae1hpypPD7NjSYkbzp-ZqgC0/s400/pangkor-treaty.jpgBermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk menjadi kaya.

Bermula dari Perjanjian Burney pada 1826 hingga Perjanjian Bangkok pada 1909, Siam diugut dan menjadi mangsa tipu helah Inggeris mendapatkan negeri-negeri bunga emas Siam. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dipaksa tunduk kepada Inggeris.

Friday, August 24, 2012

Tulisan terbuka buat Si Tukang Kipas


Ikhwaati jundullah...;

STAY FOCUSED...!

Ingatlah;

Skrip yg sama diulang2; 2008, 2004, 1999...

Sebab itulah para du'at memerlukan kita faham sejarah, dan tahu putarannya...!

Dah panjang pernah saya huraikan sblm ini, tapi saya akan ulangi lagi;

[1] Bahawa waqie' M'sia tak satu parti atau kaum yg mampu memerintah secara bersendirian. Sosio-politic M'sia memerlukan pemimpin yg sungguh berhikmah, himmah & faham fiqh perjuangan dan meletakkan agenda bersama sbg permulaan kepada sinar kebangkitan & keadilan.

[2] Konsep dwi-party adalah satu KEPERLUAN, sama berlaku di negara barat utk satu pihak merobah dasar yg sungguh memusnahkan sebelum itu. Baik UMNO, PAS, PKR, DAP, etc, tak ada satu yg mampu bersendirian memimpin [paling kurang buat masa ini], ketika ummat Melayu Islam sungguh lemah, lupa & leka.

Ia MUSTAHIL, walau UMNO bersama NGO Melayu Islam itu semakin lantang memaksa PAS bersama UMNO mempertahankan Melayu & Islam. Itulah manusia tersepit yg bersarang asobiyyah perkauman sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa, bukan dakwah.

[3] Al-Islamu huwal hal... Islam cukup sbg penyelesaian semuanya. Islam tak cukup hanya bijak berhukum-hakam, tetapi gagal menguasai siyasah syar'iyyah. Tidak cukup hanya berpolitik tapi hilang minda dakwah. 

Dakwahlah neraca sebenar utk penerimaan apa jua sistem kenegaraan sekalipun oleh Islam. Jika itu bukan untungnya; tak ada siapa berkehendakkan ke PutraJaya itu. Kerana amanah itu sungguh besar. Percayalah!

[4] Sebab itu Islam dtg bukan memaksa, tetapi mendidik. 55 tahun asobiyyah perkauman ditanam sebati memusnahkan ummah, maka kini Islam disebarkan utk jalan keluar. Kerja itu bukan mudah wahai ikhwah! Para du'at berhadapan satu millah yg sungguh mencengkam emosi ummah. Tapi kita tiada jalan lain. Amanah membawa jalan keluar itu WAJIB diteruskan, sekarang & selamanya!

Tuesday, August 21, 2012

Tulahan : Peluang cerah PR menang 14 kerusi DUN, 5 parlimen di Pahang


Salam,

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/pahang.jpgPahang adalah negeri kurang mendapat perhatian pemerhati politik semasa mereka membuat ramalan keputusan PRU 13. Setakat ini, tidak satu pun ramalan yang mengatakan Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Ramai yang menjangka perubahan akan berlaku di negeri-negeri Selatan Semenanjung dalam PRU 13. 

Kemungkinan disebabkan banyaknya kerusi campuran di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Walaupun ada kerusi campuran di Pahang , namun tidak sebanyak di negeri Selatan Semenanjung.

Seperti juga negeri Pantai Timur Semenanjung  iaiatu Kelantan dan Terengganu, kebanyakan kerusi di Pahang mempunyai majoriti pengundi Melayu lebih 70 peratus. Justeru itu, ramai yang menjangkakan BN akan mudah menawan negeri ini , tambahan pula hampir semua kawasan majoriti Melayu mempunyai kawasan kubu kuat UMNO iaitu Felda.

Selain felda , Orang Asli yang menjadi pengundi tetap BN dalam setiap pilihanraya mempunyai jumlah yang agak ramai di setiap dun di Pahang. Purata 5 – 10% daripada jumlah pengundi adalah pengundi Orang Asli.

Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa Pahang mempunyai kelebihan dari segi jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR yang lebih tinggi berbanding negeri Selatan Semenanjung. Sokongan pengundi Melayu kepada PR di Pahang menjangkau purata 30 hingga 55 peratus. 

PAS pernah menang 6 kerusi pada PRU 1999 di kawasan majoriti Melayu. Malah semasa PRU 12 , PAS menang 2 kerusi di Kuala Semantan yang mempunyai 77% jumlah pengundi Melayu dan Baserah yang mempunyai 72% jumlah pengundi Melayu.

Tidak seperti negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung , sokongan pengundi Cina kepada PAS dan PKR semasa PRU 12 puratanya kurang daripada 55% tidak seperti sokongan kepada DAP yang mencecah purata 70%. Pada PRU 12 , DAP kekal menang di Triang dan merampas Tras dari BN.

Wednesday, August 15, 2012

Kamus Ramadhan 7 : Ghaflah , Fithru , Qira’atul Qur’an

غ
غَفْلَةُ

Ghaflah (Lalai)

Fenomena yang kontras dari umat Islam sekarang ini, mereka lalai untuk berzikir kepada Allah, padahal Ramadhan musim kebaikan, ampunan dan pembebasan dari api neraka.

Di antara fenomena lalai tersebut ada yang berakibat pada kerasnya hati:

-        Melewati malam hari dengan berlalu tanpa dzikir dan tilawah qur’an dan tidur pada siang harinya, sehingga mengabaikan waktu solat dan tidak tepat waktu dalam menunaikannya.

-        Mengabaikan waktu-waktu penting dengan mengikuti program-program tidak bermanfaat, seperti menonton drama TV, malam dan siang hari, dan enggan mencari kerja yang bermanfaat dan amal yang baik.

-        Banyak melakukan pertemuan-pertemuan dan kunjungan-kunjungan ke tempat-tempat yang melalaikan, tempat senda gurau dan mungkar.

Syaikh Abdul Aziz bin Baz berkata: “Kewajiban bagi orang yang berpuasa dan yang lainnya adalah bertaqwa kepada Allah terhadap apa yang datang dan pergi dari seluruh waktu-waktunya, berhati-hati terhadap perbuatan yang diharamkan Allah, seperti menyaksikan filem-filem lucah yang menampakkan sesuatu yang diharamkan untuk dilihat, nyanyian-nyanyian, alat-alat pembuat lalai, seruan atau ajakan-ajakan yang menyesatkan… Kerana perbuatan itu sebahagian dari yang mungkar dan perbuatan mungkar, menyebabkan keras dan sakitnya hati, menganggap remeh syariat Allah, dan merasa berat terhadap kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan oleh Allah.” (Majmu fatawa Abdul Aziz bin Baz; 4/158)

ف

فِطْرُ

Fithru (Berbuka)

Ketika mendengar azan Maghrib, maka ingatlah wahai saudaraku beberapa sunah berbuka;
  1. Menyegerakan berbuka.
لاَ يَزَالُ الدِّينُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ. إِنَّ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُونَ
“Agama ini akan terus tampak di muka bumi selama manusia menyegerakan berbuka puasa, kerana Yahudi dan Nasrani selalu mengakhirkannya.” (Abu Daud, dan Al-Albani berkata; Isnadnya shahih)
  1. Berbuka dengan ruthab (kurma basah) atau tamar (kurma kering).
 كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ الرُّطَبُ لَمْ يُفْطِرْ إِلاَّ عَلَى الرُّطَبِ، وَإِذَا لَمْ يَكُنْ الرَّطَبُ لَمْ يُفْطِرْ إِلاَّ عَلَى التَّمْرِ
“Bahawa Nabi saw. jika ada ruthab maka beliau tidak berbuka kecuali dengan ruthab, dan jika tidak ada ruthab beliau tidak berbuka kecuali dengan tamar.” (Shahih al-jami’ as-shagir lil Albani).
  1. 3.     Berdoa semasa berbuka dengan doa yang ma’tsur,
 ذَهَبَ الظَّمأُ ، وابْتَلَّتِ العُرُوقُ ، وثَبَتَ الأجرُ إِن شاءَ اللهُ
“Telah pergi rasa haus dan basah kerongkong serta telah ditetapkan ganjarannya insya Allah.” (Abu Daud dan dihasankan oleh Al-Albani).
  1. Mendoakan orang yang berbuka bersamanya
أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلائِكَةُ
“Telah berbuka di sisi kalian orang-orang yang berpuasa, sedangkan Malaikat bershalawat atas kalian.” (Thabrani dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Tuesday, August 14, 2012

Tulahan : Berjuang bukan hanya kerana pilihanraya

Salam,

Malam ini baru ada masa untuk menulis , ada banyak yang nak ditulis tapi selalu terbantut dek masa terluang yang pendek. Hidup di negara orang putih ini, siang pendek malamnya panjang. 

Sesetengah orang suka sebab puasa pun pendek. Tak sempat buat apa-apa dah nak buka puasa.

Masa yang pendek ini menghadkan aktiviti penulis. Malam kerja, siang kena tidur jadi masa siang tak banyak yang boleh dibuat. Masa cuti diisi dengan aktiviti jamaah dan persatuan.

Setiap minggu ada iftar jamaei di rumah anak-anak usrah. Aktiviti yang berkesan untuk kuatkan ukhuwwah dan tautan hati sayangkan jamaah. Anak usrah bersaing menyediakan makanan Melayu yang biasa sangat di dalam negara tapi payah nak dapat di luar negara. Selepas tarawih ada tazkirah untuk anak-anak usrah.

Teringat semasa dalam negara, masa Ramadhan banyak diisi dengan aktiviti mencari dana Ramadhan untuk jamaah kawasan sumbangkan kepada fakir miskin, anak yatim, pesakit hospital, surau dan masjid serta guru al Quran.

Penulis dapat berita, jamaah kawasan dapat kumpul dana Ramadhan lebih RM 100 K lebih cepat dari tahun sebelumnya. Seperti tahun sebelumnya Ahli Parlimen, jawatankuasa kawasan, pemuda, muslimat , Unit Amal dan Nisa' adalah tenaga penting yang bergerak mengumpul dana.

Dana cepat dikumpul bila calon Dun yang juga Pesuruhjaya Negeri juga turut menjadi tenaga penting mengumpul dana Ramadhan. Sebelum ini, hanya Ahli Parlimen yang turun ke masjid dan surau di luar kawasan terutama di kawasan kota mengumpul dana. Kali ini, calon Dun turut lakukan aktiviti yang sama.

Tuesday, August 7, 2012

Kamus Ramadhan 6 : Thuhru , Zhama’ Hakiki , ‘Umrah


http://al-ikhwan.net/wp-content/uploads/2012/07/mursi-umrah.jpgط
طُهْرٌ

Thuhru  (Bersuci)

Khusus bagi muslimah, di antara permasalahan yang harus diperhatikan dengan baik dalam bulan Ramadhan adalah suci dari haid atau nifas. Inti permasalahan tersebut adalah:
  1. Jika wanita melihat dirinya sudah bersih namun masih terdapat tanda keruh atau kekuning-kuningan, ia masih haid, kerana tanda kesucian bagi wanita yang disebut dengan “putih bersih”. (fawaid fatawa tahummu al-mar’ah al-muslimah, syaikh ibnu Jibrin, hal 59, ringkasan)
Hal tersebut seperti yang diungkapkan oleh Ummu Athiyah, beliau berkata: “Kami tidak menganggap warna keruh dan kekuning-kuningan sebagai suci sedikitpun.” (Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani)
  1. Jika wanita mendapatkan kesucian pada waktu siang hari di bulan Ramadhan, maka pendapat yang benar, tetap berbuka dan wajib mengqadha’ pada hari lain. (Majmu fatawa bin Baz; 4/213)
  2. Jika wanita mendapatkan kesuciannya sebelum fajar; maka diharuskan atasnya berpuasa dan tidak terhalang dirinya dari mengakhirkan mandi hingga terbit fajar, namun tidak boleh mengakhirkannya hingga terbit matahari bahkan wajib atasnya bersuci dan menunaikan solat Subuh sebelum terbit matahari, begitu pula bagi yang junub. (fatawa syaikh bin Baz, dalam fatawa Islamiyah; 2/147)
  3. Jika wanita dibolehkan menggunakan ubat pencegah haid semasa haji kerana khawatir datang bulan, namun harus melalui konsultasi doktor spesialis terlebih dahulu demi keselamatan jiwanya, begitu pula pada bulan Ramadhan jika dirinya selesa berpuasa bersama-sama umat Islam lainnya. (Fatawa Lajnah Daimah, Fatawa Islamiyah; 1/241)

ظ

ظَّمَأُ ْحَقِيْقِيُّ

Zhama’ Hakiki (Rasa Haus Yang Sebenarnya)

Dalam berpuasa hendaknya kita selalu merenungkan hadits Nabi saw.:

 كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ الظَّمَأُ ، وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلاَّ السَّهَر
“Betapa banyak orang yang berpuasa, tidak mendapatkan pahala dari puasa kecuali hanya dahaga, dan betapa banyak orang yang melakukan qiyam (solat tarawih) tidak mendapatkan pahala qiyam kecuali letih saja.” (Ad-Darimi, dan Al-Albani berkata: Isnadnya Jayyid)

Sedarilah, bahawa kerugian besar bagi orang yang tidak mampu membawa jiwanya berpuasa dari dosa-dosa. Ingatlah jika kita merasa haus semasa berpuasa, maka haus yang sebenarnya adalah rasa haus pada hari kiamat, pada masa itu orang merasa rugi dan menyesal. 

Sungguh, keselamatan bagi orang yang berpegang teguh  dengan sunnah Rasulullah saw., iaitu menahan rasa haus dari dosa. Nabi saw bersabda:

 “Sesungguhnya saya akan memberi kalian suatu lembah, bagi siapa yang melalui dihadapanku maka akan meminumnya, dan barangsiapa yang minum maka tidak akan merasa haus selamanya, dan akan diperlihatkan kepadaku suatu kaum, aku mengenal mereka dan mereka mengenalku, namun terhalang antaraku dengan mereka, maka aku sampaikan bahawa mereka merupakan umatku, maka dikatakan sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang terjadi setelahmu. Maka akupun berkata: celaka, celaka, bagi siapa yang berganti (agama) setelahku.” (Syaikhani)

Thursday, August 2, 2012

Kamus Ramadhan 5 : Syukru , Shiamus Shagir , Dha’fu


http://al-ikhwan.net/wp-content/uploads/2012/08/sujud-1.jpgش
شُّكْرُ

Syukru (Bersyukur)

Tidak berlebih-lebihan adalah salah satu bentuk rasa syukur.

Kebanyakan kita menyiapkan diri menyambut Ramadhan dengan membeli pelbagai makanan dan minuman yang tidak diperolehi di luar bulan Ramadhan.

Bagitu juga kaum ibu, sibuk mempersiapkan bulan Ramadhan dengan berbagai macam makanan untuk berbuka yang melebihi keperluan keluarga sehingga terjadi tabzhir atau berlebihan. Berlebihan adalah saudara syaitan.
Yang sepatutnya dilakukan adalah sederhana.

“Makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Al-A’raf: 31)

Ingat, bersyukur akan menambah kenikmatan lainnya.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim:7)
ص
صِيَامُ الصَّغِيْرِ

Shiamus Shagir (Biasakan Si Kecil Berpuasa)

Berusahalah memotivasi anak-anak untuk berpuasa, dan berikan  teladan kepada mereka untuk solat. Kelak jika mereka sudah baligh, mereka tidak merasa mendapatkan beban yang berat.

Bahawa para sahabat seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim- mengajarkan anak-anak mereka yang masih kecil untuk berpuasa, dan membuatkan mereka permainan dari kulit, jika mereka bertanya tentang makanan, merengek  meminta makanan, maka diberikan permainan sehingga membuat mereka lupa dan dapat menyempurnakan puasanya.

Al-hafizh Ibnu Hajar menyebutkan bahawa dalam hal tersebut ada alasan syar’i, iaitu melatih anak-anak kecil untuk berpuasa.

Tuesday, July 31, 2012

Kamus Ramadhan 4 : Rukhsah Al-Fitri , Zakat Al-Fitri , Sahur

http://al-ikhwan.net/wp-content/uploads/2012/07/sahur.jpgرُّخْصَةُ الْفِطْرِ

Rukhsah Al-Fitri (Dispensasi/Berbuka)

Di antara kemudahan ajaran Islam adalah Allah swt. memberi dispensasi bagi  musafir untuk berbuka pada siang hari di bulan Ramadhan, baginya berat berpuasa atau tidak.

Dari Hamzah bin Amru Al-Aslami ra, berkata: “Wahai Rasulullah saw: Saya mendapati bapa saya kuat untuk berpuasa semasa musafir, maka apakah itu dosa? Nabi bersabda: “Itu merupakan keringanan dari Allah, maka bagi siapa yang mengambil maka baik baginya dan bagi siapa yang suka untuk berpuasa maka tidak ada dosa atasnya.” (Muslim)

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang mengambil rukhsah yang diberikan, sebagaimana Allah membenci orang yang melakukan maksiat.” (Muslim)

Syaikh Abdul Aziz bin Baz berkata: “Bahawa yang utama bagi orang yang berpuasa adalah berbuka secara mutlak jika dalam perjalanan, namun bagi yang ingin berpuasa dipersilakan dan tidak ada dosa atasnya. Tidak ada perbezaan antara orang yang musafir dengan menggunakan kereta, unta,  perahu  kapal laut, atau pesawat terbang, kerana semuanya mencakupi bahagian dari musafir yang boleh mengambil rukhsahnya.” (Majmu’ fatawa, syikh bin Baz, 4/178, ringkasan)
ز
زَّكَاةُ الْفِطْرِ

Zakat Al-Fitri (Menunaikan Zakat Fitrah)

Allah swt. mensyariatkan zakat fitrah sebelum ditunaikan solat Eidulfitri.

 “Zakat fitrah untuk membersihkan jiwa orang yang berpuasa dari laghwu (senda gurau) dan rafats (perkataan kotor), sekaligus memberikan makan kepada orang-orang miskin. Bagi siapa yang menunaikannya sebelum solat maka ia merupakan zakat fitrah yang makbul dan barangsiapa yang menunaikannya setelah solat Eidulfitri, maka ia merupakan sedekah biasa.” (Baihaqi dan ditashih oleh Al-Albani).

Di antara hukum-hukumnya adalah:
  1. Wajib atas setiap jiwa seorang muslim untuk mengeluarkannya, dan juga anggota keluarganya iaitu anak-anaknya, isteri-isterinya dan pembantunya (atau orang yang berada dibawah tanggungannya).
  2. Pembantu yang memiliki kewajiban berzakat atas dirinya, maka disunnahkan bagi orang yang  mengambilnya sebagai pembantu untuk membayarkan zakatnya.
  3. Besarnya zakat adalah satu sha’, berupa makanan pokok suatu negeri; seperti tamr, sya’ir, bur (gandum), dzurrah (jagung) atau aruz (beras). Satu sha’ sama dengan 3 kg.
  4. Orang yang yang berada dalam kandungan tidak diwajibkan untuk dikeluarkan zakatnya, namun disunnahkan.
  5. Sunnahnya diserah terus kepada orang-orang miskin di daerah tempat muzakki tinggal dan tidak memindahkannya ke daerah lain.
  6. Boleh mengeluarkannya satu atau dua hari sebelum idul fitri, atau pada malam ke 28 dan ke 29.