Apabila Rashid Ghannushi bertemu Zine el-Abidine Ben Ali - sebelum
Ghannushi dengan bijaknya membuang dirinya ke London sebagai musuh
pemerintahan diktator - satu perkara yang sangat ganjil berlaku.
"Dia
tidak melihat ke mata saya," ujar Ghannouchi. "Dia tidak begitu banyak
bercakap. Tetapi apabila saya bersama dengan dia, mereka membawakan kopi
untuk kami berdua.”
"Saya bercakap dan dia senyap mendengar, kemudian tiba-tiba dia mengejutkan saya. Dia menukarkan cawan kopi kami berdua. Kopi saya diambil beliau, dan beliau mengambil kopi saya, seraya berkata: 'Adakah kamu berasa sangsi dengan kopi ini?' Tetapi perkara berkenaan tidak pernah terlintas di fikiran saya! Jadi saya menukarkan semula cawan kopi kami dan mengambil semula cawan yang diberikan kepada saya pada awalnya."
Aneh sekali. Semestinya ia adalah kali pertama dalam sejarah bahawa seorang diktator berfikir tetamunya takut diracun. Dan ketika kami sedang berbual, seorang wanita memasuki pejabat Ghannushi dengan membawakan kopi. Jangan tukarkan cawan, ujar saya kepadanya. Unsur lawaknya jelas. Namun Ghannushi bukanlah seorang lelaki yang semula jadi bersikap lucu dan dia banyak menghabiskan masa cuba memujuk lawannya bahawa - sebagai pengasas dan pemimpin parti terbesar di Tunisia, Ennahda - beliau tidak mahu sebuah negara Islam di Tunisia.
Umpan
Hanya 24 jam sebelumnya, seorang profesor undang-undang Tunisia, Jamil Sayah, telah menulis satu artikel panjang yang tidak begitu menyenangkan di La Presse de Tunis, mengatakan perbezaan antara Ghannushi dan majoriti warga Tunisia adalah "Ketua Ennahda mahu mengislamisasikan kemodenan manakala rakyat Tunisia mahu memodenkan Islam". Saya tidak fikir Ghannushi membaca artikel tersebut- yang seperti kebanyakan laporan dalam akhbar Tunisia, panjangnya sekurang-kurang 2,000 patah perkataan - tetapi dia termakan umpannya.
"Dia (Sayah) yang mahukan perkara ini," ujar Gannushi. "Saya tidak percaya warga Tunisia mahu mengubah Islam tetapi mereka mahu menjadi moden dan pada masa yang sama menjadi Muslim. Islam adalah agama yang moden, kita tidak memerlukan sebarang pengubahan ke atas Islam untuk menjadikan ia moden. Dari awal, Islam adalah agama yang pluralistik. Dari awal, Islam percaya dengan kebebasan beragama dan hati nurani, dalam kesahan negara berdasarkan kontrak antara rakyat dan pemerintah."

Bagaimana pula dengan video misteri - soalan terakhir dalam senarai saya tetapi bukanlah sebagai perangkap - awal tahun ini yang menunjukkan Ghannushi yang sedikit gempal beramah mesra dengan ketua puak Salafi dan telah mengundang ribuan kutukan ke atas Gannushi?
Video berkenaan, yang versi asalnya dibuat Mac lalu dan disiarkan di YouTube - kemudian diubah untuk menampakkan Ennahda sebagai ancaman kepada Tunisia yang sekular - telah tersebar meluas di seluruh Tunisia. Dan penjelasan Ghannushi menunjukkan beliau seorang yang tidak mempunyai belas kasihan, sepertimana dia kelihatan seorang yang pragmatik.
"Konteks perjumpaan tersebut adalah perbahasan besar di Tunisia sekitar isu syariah, sama ada untuk memasukkan syariah sebagai sumber dalam perlembagaan atau tidak," katanya.
"Puak Salafi telah menganjurkan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut syariah sebagai sumber perlembagaan, dan pada masa yang sama golongan elit sekular berasa terancam dengan tuntutan ini."
Tunisia berpecah dengan teruk sekali. Bahkan dalam Ennahda, terdapat banyak kumpulan, dan pemimpinnya yang berusia 71 tahun - yang kembali selepas 20 tahun dalam buangan untuk menyertai revolusi negaranya - berkata bahawa dia terpaksa untuk bertindak "tegas" dan memulakan banyak rundingan dengan puak Salafi.
"Saya terpaksa meyakinkan mereka," ujarnya, "bahawa cara masyarakat memahami syariah adalah tidak begitu tepat - dan bahawa istilah 'syariah' telah dikaitkan dengan banyak aplikasi yang salah di Afghanistan dan di beberapa tempat yang lain.”
"Saya takut bahawa syariah dikhutbahkan sama seperti hak anti-wanita, hak anti-manusia, anti-kesaksamaan dan anti-kebebasan. Saya cuba untuk meyakinkan mereka [puak Salafi] bahawa perlembagaan tidak berdasarkan apa yang membahagikan rakyat tetapi apa yang menyatukan mereka. Jadi, jika ada kekurangan pemahaman mengenai isu syariah, dan jika terdapat pelbagai pandangan berkenaannya, maka ia tidak sepatutnya dijadikan sumber perlembagaan.
“Saya cuba meyakinkan mereka bahawa revolusi telah menyediakan kebebasan untuk mereka. Dulunya mereka dipenjarakan, tetapi sekarang mereka mempunyai kebebasan untuk bergiat dalam masyarakat melalui pertubuhan masyarakat, melalui masjid dan dengan menubuhkan badan amal dan persatuan."
Pertumpahan darah
Kemudian datang bahagian kira-kira. "Kami cuba untuk meyakinkan mereka bahawa keadaan adalah sangat lemah dan jika mereka mendesak perkara-perkara hingga ke batasannya, perkara tersebut boleh hancur. Saya mengingatkan mereka bahawa pihak Islamis di Algeria [Barisan Penyelamat Islam] mendapat 80 peratus dari undi - tetapi mereka hilang segala-galanya kerana mereka tidak membaca imbangan kuasa dengan betul. Terdapat pertumpahan darah. Mungkin mereka yang kalah dalam pilihan raya di Algeria hanya mendapat 20 peratus [dari undi] tetapi mereka memegang kuasa negara tersebut. "
Malah, pusingan kedua pilihan raya Algeria telah dibatalkan oleh pihak tentera selepas pihak Islamis memenangi pusingan pertama, menyebabkan perang saudara sepanjang tahun 1990-an – yang keganasan dan penyeksaannya hampir tiada tandingan -mengakibatkan 250,000 warga Algeria mati. Amaran yang jelas untuk puak Salafi Tunisia. Dan mungkin untuk Tunisia sendiri.
"Saya cuba memahamkan dan menyedarkan mereka bahawa mereka tidak harus memandang rendah pihak yang menentang mereka, walaupun bilangannya sedikit. Kerana apabila mereka [puak Salafi] keluar berdemonstrasi dalam jumlah yang besar, mereka fikir tiada siapa yang lebih berkuasa daripada mereka.
“Mereka lupa adanya jenis kuasa yang lain di negara ini. Formula politik di negara ini tidak hanya berdasarkan nombor tetapi kepada faktor-faktor lain juga. Jadi, berbeza dengan amaran tentang saya yang cuba ditonjolkan dalam video tersebut, sebenarnya tiada apa-apa isu terhadap demokrasi atau terhadap komitmen kepada hak asasi manusia, kesaksamaan jantina dan sebagainya. "
Kemudian timbul isu berkenaan serangan ke atas sekolah dan kedutaan
Amerika Syarikat di Tunis pada 14 September. Ramai penyerang memakai
pakaian kebiasaan puak Salafi; berjanggut, jubah putih dan sandal. Empat
warga Tunisia terbunuh, 70 tercedera dan 140 ditangkap.
"Terdapat dua kumpulan yang dituduh bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku," ujar Ghannushi. "Pertama, kumpulan penjenayah dan kedua, puak Salafi yang ganas. Terdapat rakaman menunjukkan penyerang merompak harta benda sekolah dan kedutaan Amerika Syarikat,termasuk kantin yang menjual alkohol di kedutaan, dan kebanyakan penyerang minum alkohol tersebut. Saya tidak fikir mereka adalah puak Salafi. Terdapat pihak yang ingin menyerang kami menggunakan puak Salafi, dan mereka mahu kami untuk menentang mereka, dan menyerang mereka semula."
Ghannushi menegaskan bahawa puak Salafi tidak tertarik berjuang di bawah bendera Ennahda. "Ia tidak cukup Islamik bagi mereka," katanya, walaupun terdapat ramai rakyat Tunisia yang tidak bersetuju dengan hal ini. Beliau menambah bahawa kini terdapat beberapa parti Islam termasuk parti beliau sendiri.

Komen "Ia tidak cukup Islamik bagi mereka," itudatang
tanpa disangka-sangka dari seorang lelaki yang sering digambarkan -
akhbar Perancis sangat bagus dalam hal ini - sebagai pejuang Islam
berbahaya yang hanya menunggu masa untuk menjadikan negara ini sebuah
republik Islam.
Masa
"Kami faham demokrasi bukan hanya sebagai alat untuk memerintah tetapi juga untuk mendidik. Saya berada di Paris pada tahun 1968 dan zaman tersebut adalah zaman revolusi. Salah seorang pemimpin revolusi mereka, Cohn-Bendit, sekarang di Parlimen Eropah. Terdapat contoh yang kononnya pelampau di Eropah, seperti Red Army dan Action Directe,mereka dapat dijinakkan dan dididik semula melalui demokrasi.
“Jadi mengapa kita tidak boleh bayangkan bahawa kita juga boleh menjinakkan puak ganas di negara kita. Melalui demokrasi, mereka akan perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada demokrasi, bukannya menghancurkan demokrasi. Saya selalu memberitahu beberapa rakan-rakan kami di Eropah bahawa melalui demokrasi mereka dapat menjinakkan binatang buas mereka- jadi mengapa kamu tidak memberikan kami masa untuk melakukan perkara yang sama dengan binatang buas kami?
"Ini tidak bermakna bahawa kami tidak mahu menjadi tegas dengan mereka. Kita mesti tegas dengan mereka yang melanggar undang-undang. Beberapa lawan kami, mereka mahukan kami menggunakan kaedah yang sama seperti Ben Ali, membuka kem penjara, menangkap ribuan orang dan menggunakan penyeksaan dan mahkamah kanggaru hanya kerana mereka tergolong dalam kumpulan tersebut.
“Kami mengatakan bahawa undang-undang melihat masyarakat sebagai individu, bukan sebagai kumpulan. Jika pemandu tidak berhenti di lampu isyarat merah, dia tidak perlu ditanya apakah ideologi beliau, tetapi hanya perlu diberitahu bahawa dia telah melanggar undang-undang. "

Hujah sejarah Encik Ghannouchi adalah sedikit cacat tetapi dia dapat mengimbau kembali saat dia berada di London pada 7 Julai.
"Saya berada di UK semasa serangan yang mengakibatkan lebih daripada 50 orang terbunuh pada hari tersebut. Saya kagum dengan pihak polis - kerana tiada tangkapan besar-besaran, walaupun terdapat banyak tekanan untuk mereka berbuat demikian - ya, terdapat beberapa tangkapan telah dibuat dan apabila mereka dibuktikan bersalah mereka dihantar ke penjara. Dan jika mereka tidak bersalah, mereka dibebaskan. "

Pemimpin Ennahda tersebut tidak berfikir revolusi Arab akan bertukar
arah - walaupun dia ada menyebut dengan sedikit sugul tentang mereka
yang inginkan revolusi balas di Tunisia.
Dan selepas beliau memanggil
Syria sebagai "tragedi", beliau mengingatkan saya bahawa Eropah tidak
memperoleh kebebasan mereka dalam sekelip mata.
"Terdapat revolusi di Eropah dan mereka membuat pengorbanan supaya mereka mendapat kebebasan," katanya. "Di Eropah, beberapa raja dipancung kepala, bukankah begitu?" Tepat sekali.

* Diterjemah oleh Mohamad Yahya.
No comments:
Post a Comment