Sebelum ke Masjid Al-Azhar aku singgah di Medan Tahrir untuk melihat sendiri para anti Morsi berkumpul. Aku ingin lihat dan ingin menyelidik apakah benar para anti Morsi ini adalah para penyokong Morsi ketika Revolusi menjatuhkan rejim Mubarak.
Apakah benar para pemuda berkumpul
ini kerana marah dengan tindakan Morsi atau pun mereka ini hanyalah
sekadar pendemostran upahan.
Aku berlapang dada dan cuba untuk mencari kebenaran. Aku tidak taksub pada Morsi dan aku hanya mahukan kebenaran. Setibanya aku disana aku lihat beberapa pemuda memegang kayu dan dipercayai ahli keselamatan para pendemostran yang berkhemah disitu.
Dari jauh aku cuba mengira bilangan mereka yang masih menduduki dataran Tahrir itu. Jika sebelum ini para anti Morsi pernah berkumpul sehingga mencecah 100 000 pendemo. Namun para kini para anti Morsi di dataran Tahrir sudah berkurangan.

Aku anggar dalam 5000 masih belum cukup
berdasarkan pandangan mata aku. Cuma mereka ini terlalu ganas. Ada yang
membakar tayar sehingga berkepul-kepul asap hitam keluar dan ada mat
rempit dengan aksi motornya di sekitar medan Tahrir tanpa menghiraukan
keselamatan orang lain.
Aku cuba amati khemah-khemah yang mereka dirikan. Kebanyakkan khemah-khemah mereka terlalu baru dan ketika revolusi Mesir sebelum ini khemah-khemah yang didirikan terlalu buruk.
Kini bilangan anti Morsi tidak sampai pun 5000 orang. Bulan Februari ini merupakan musim sejuk di Mesir, kita tengok adakah mereka akan terus berkhemah di sini atau tidak |
Aku cuba amati khemah-khemah yang mereka dirikan. Kebanyakkan khemah-khemah mereka terlalu baru dan ketika revolusi Mesir sebelum ini khemah-khemah yang didirikan terlalu buruk.
Kebanyakkan khemah-khemah
terdahulu dibawa sendiri oleh para penyokong Morsi sendiri satu ketika
dahulu. Aku beranggapan khemah-khemah ini diberi dan persoalannya
siapakah yang memberi khemah-khemah ini?
Aku bersolat asar di masjid berhampiran dengan medan Tahrir. Para anti Morsi masih tidak turut serta dan masih membuat bising ketika kami sedang bersembahyang.
Kiri dan kanan adalah khemah yang kelihatan baru dan berbeza dengan khemah-khemah aktivis Revolusi sebelum ini. Adakah Zionis yang menaja khemah-khemah dan makanan para pendemostran ini? |
Aku bersolat asar di masjid berhampiran dengan medan Tahrir. Para anti Morsi masih tidak turut serta dan masih membuat bising ketika kami sedang bersembahyang.
Mereka bukan sahaja tidak menghormati azan bahkan
ketika kami sedang berjemaah mereka terus memasang lagu-lagu dengan kuat
sehingga menganggu kami bersembahyang.
Di dalam masjid pula berpuluh
orang sedang tidur dan ketika kami bersolat mereka terus tidur dan aku
yakin mereka ini juga kumpulan anti Morsi yang sedang berehat selepas
penat berlakon di medan Tahrir.
Berbeza dengan kumpulan penyokong Morsi di era Revolusi. Umat islam mengerjakan solat berjemaah manakala orang kristian pula yang menyokong Morsi berjaga ketika umat islam sedang bersembahyang.
Adakah ini peninggalan Ultras ketika Revolusi. Betulkah Ultras diantara pelopor Revolusi Mesir? |
Berbeza dengan kumpulan penyokong Morsi di era Revolusi. Umat islam mengerjakan solat berjemaah manakala orang kristian pula yang menyokong Morsi berjaga ketika umat islam sedang bersembahyang.
Bagi aku, mereka
yang berkumpul ini bukanlah penyokong Morsi ketika Revolusi tetapi aku
berpendapat mereka ini adalah pro Mubarak yang menyamar bekas penyokong
Morsi.
Dan mereka (kumpulan anti Morsi) bukanlah membenci tindakan Morsi
yang melaksanakan kekebalan kuasa tetapi mereka semua tidak mahu Morsi
ters menjadi Presiden Mesir dan mahu Ikhwan kembali menjadi seperti di
era Mubarak.
Oleh yang demikian, kerana sudah ada konspirasi jahat
daripada pro Mubarak maka Morsi terpaksa melaksanakan polisi tersebut
untuk seketika bagi menyelamatkan keadaan dan bukanlah melaksanakan
polisi itu kerana tamakkan kuasa atau pun kerana dendam.
Seperti mana yang kita tahu, Morsi sudah pun menjadi Presiden Mesir namun media massa Mesir masih menganggap Morsi adalah pembangkang dimana tajuk-tajuk akhbar masih menghina beliau.
Akhbar muka hadapan kelmarin. Bayangkan jika ini akhbar Utusan dan gambar Anwar begini ketika beliau sudah pun menjadi Perdana Menteri. |
Seperti mana yang kita tahu, Morsi sudah pun menjadi Presiden Mesir namun media massa Mesir masih menganggap Morsi adalah pembangkang dimana tajuk-tajuk akhbar masih menghina beliau.
Namun Morsi tidak melayan
kerenah-kerenah bodoh itu dan terus dengan agenda beliau iaitu
menyelamatkan Mesir daripada kembali ke zaman rejim.
Jika Morsi adalah diktotor, sudah tentu akhbar yang menyiarkan berita-berita yang menghina Morsi itu dikenakan tindakan. Dan jika Morsi itu tidak mengamalkan demokrasi, sudah tentu para pendemo itu dihalau dan ditangkap.

Lihat sahaja tindakan Morsi, walaupun beliau mempunyai
penyokong sehingga mencecah angka 6 juta yang pernah berhimpun tanda
menyokong beliau, namun beliau tetap tidak mahu bertembung dengan
pendemostran yang anti beliau. Buka kerana takut, tetapi demi menjaga
keamanan Mesir.
Oleh yang demikian, maka aku berharap kita semua tidak mudah menerima maklumat dan mempercayai berita-berita di internet, Sedangkan media Mesir sendiri masih mengeluarkan berita palsu apatah lagi media daripada CNN atau TV3.
Dibelakang aku itu adalah pejabat Kerajaan. Jika di Kelantan namanya adalah wisma persekutuan dan di hadapan bangunan inilah pendemostran berkumpul. |
Oleh yang demikian, maka aku berharap kita semua tidak mudah menerima maklumat dan mempercayai berita-berita di internet, Sedangkan media Mesir sendiri masih mengeluarkan berita palsu apatah lagi media daripada CNN atau TV3.
Ayuhlah kita semua berdoa moga-moga konspirasi Zionis dan
Amerika tidak akan berjaya. Semoga Mesir akan berjaya seperti mana
Turki. Wallahualam
jeminghasan blogspot
No comments:
Post a Comment