رُّخْصَةُ الْفِطْرِ
Rukhsah Al-Fitri (Dispensasi/Berbuka)
Di antara kemudahan ajaran Islam adalah Allah swt. memberi dispensasi
bagi musafir untuk berbuka pada siang hari di bulan Ramadhan, baginya
berat berpuasa atau tidak.
Dari Hamzah bin Amru Al-Aslami ra, berkata: “Wahai Rasulullah
saw: Saya mendapati bapa saya kuat untuk berpuasa semasa musafir, maka
apakah itu dosa? Nabi bersabda: “Itu merupakan keringanan dari Allah,
maka bagi siapa yang mengambil maka baik baginya dan bagi siapa yang
suka untuk berpuasa maka tidak ada dosa atasnya.” (Muslim)
“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang mengambil rukhsah yang
diberikan, sebagaimana Allah membenci orang yang melakukan maksiat.” (Muslim)
Syaikh Abdul Aziz bin Baz berkata: “Bahawa yang utama bagi orang
yang berpuasa adalah berbuka secara mutlak jika dalam perjalanan, namun
bagi yang ingin berpuasa dipersilakan dan tidak ada dosa atasnya. Tidak
ada perbezaan antara orang yang musafir dengan menggunakan kereta,
unta, perahu kapal laut, atau pesawat terbang, kerana semuanya
mencakupi bahagian dari musafir yang boleh mengambil rukhsahnya.” (Majmu’ fatawa, syikh bin Baz, 4/178, ringkasan)
ز
زَّكَاةُ الْفِطْرِ
Zakat Al-Fitri (Menunaikan Zakat Fitrah)
Allah swt. mensyariatkan zakat fitrah sebelum ditunaikan solat Eidulfitri.
“Zakat fitrah untuk membersihkan jiwa orang yang berpuasa dari
laghwu (senda gurau) dan rafats (perkataan kotor), sekaligus memberikan
makan kepada orang-orang miskin. Bagi siapa yang menunaikannya sebelum
solat maka ia merupakan zakat fitrah yang makbul dan barangsiapa yang
menunaikannya setelah solat Eidulfitri, maka ia merupakan sedekah biasa.” (Baihaqi dan ditashih oleh Al-Albani).
Di antara hukum-hukumnya adalah:
- Wajib atas setiap jiwa seorang muslim untuk mengeluarkannya, dan juga anggota keluarganya iaitu anak-anaknya, isteri-isterinya dan pembantunya (atau orang yang berada dibawah tanggungannya).
- Pembantu yang memiliki kewajiban berzakat atas dirinya, maka disunnahkan bagi orang yang mengambilnya sebagai pembantu untuk membayarkan zakatnya.
- Besarnya zakat adalah satu sha’, berupa makanan pokok suatu negeri; seperti tamr, sya’ir, bur (gandum), dzurrah (jagung) atau aruz (beras). Satu sha’ sama dengan 3 kg.
- Orang yang yang berada dalam kandungan tidak diwajibkan untuk dikeluarkan zakatnya, namun disunnahkan.
- Sunnahnya diserah terus kepada orang-orang miskin di daerah tempat muzakki tinggal dan tidak memindahkannya ke daerah lain.
- Boleh mengeluarkannya satu atau dua hari sebelum idul fitri, atau pada malam ke 28 dan ke 29.
س
سَّحُوْرُ
Sahur (Makan Sahur)
“Perbezaan antara puasa kami dan puasa ahlu kitab adalah makan sahur.” (Muslim)
“Bersahurlah, kerana dalam sahur itu ada berkah.” (Muttafaq alaih)
“Makan Sahur adalah barakah, maka jangan tinggalkan walau hanya
menikmati dengan satu teguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya selalu
bersama orang-orang yang makan sahur.” (Ahmad dan di hasankan oleh Al-Albani)
Sunnah sahur adalah di akhirkan:
“Tiga perkara yang merupakan akhlak nabi saw.: Menyegerakan berbuka,
mengakhirkan sahur dan meletakkan tangan di atas tangan kiri dalam
solat.” (Thabrani dan di shahihkan oleh Al-Albani)
“Sebaik-baik sahur adalah tamar (Kurma).” (Ibnu Hibban dan di shahihkan oleh Al-Albani) (bersambung - Kamus Ramadhan 5) - al-ikhwan
No comments:
Post a Comment