Salam,
Bila masuk semula berjuang di medan kampus,
maka timbullah semula pelbagai kenangan lama semasa berjuang di kampus
tempatan. Bukan penulis nak masuk campur
tapi penulis terpaksa mendengar, melihat isu-isu ini dibincangkan oleh adik-adik yang berjuang.
Sama sahaja dulu dan sekarang, isunya tetap
sama cuma orang dan kampusnya sahaja berbeza. Isu yang sering dibincangkan
adalah bagaimana mereka mahu terus istiqamah bekerja untuk jamaah hingga ke
luar kampus.
Penulis melihat adik-adik ini memang serius
mahu terus istiqamah, samalah macam penulis dan sahabat seperjuangan di kampus
dulu. Kadang-kadang bila membaca pandangan mereka di facebook dan email ,
penulis tersenyum sendirian bukan nak memperkecilkan mereka.
Tersenyum
mengenangkan sahabat seperjuangan yang bercakap perkara yang sama tapi bila
keluar ke medan sebenar , mereka gugur tiada tanda.
Berbincang untuk terus istiqamah, mereka
akan memperkatakan tentang bagaimana untuk terus istiqamah bila sudah berada di
medan sebenar. Isu BM / pasangan hidup adalah topik panas. Nak istiqamah
mestilah suami / zaujah sefikrah. Benarkah begitu?
Benar , tapi ada yang tidak benar. Hatta
Amir pasangannya Amirah pun boleh lesap entah ke mana bila berada di medan
sebenar. Bukan melawak tapi itulah hakikatnya berdasarkan pengalaman sahabat di
kampus.
Walaupun begitu, paratus pasangan sefikrah
terus aktif adalah lebih tinggi berbanding pasangan berlainan fikrah.
Maksudnya, jika Amir pasangan Amirah tak boleh nak istiqamah bolehlah nilai
pasangan yang tak sejamaah lagilah tipis.
Pasangan hidup yang memahami perjuangan
akan banyak membantu seseorang untuk terus istiqamah. Sanggupkah seorang isteri
mempunyai suami yang setiap malam tiada di rumah kerana berjuang, setiap hari suami
pulang 2, 3 pagi, waktu cuti suami tiada di rumah kerana program jamaah.
Sanggupkah seorang isteri menjaga anak-anak
kecil di rumah, yang kerap menangis , yang nakal dalam keadaan suami sering
tiada di rumah.
Sanggupkah seorang isteri merelakan masa ,
tenaga dan wang suami dikongsi bersama jamaah.
Dalam erti kata lain, sanggupkah isteri
bermadu dengan 'isteri pertama' suami iaitu jamaah.
Jika sanggup, percayalah suaminya akan
terus istiqamah. Begitulah sebaliknya , suami yang isterinya berjuang.
Jika pasangan sefikrah pun , ramai yang
gugur. Inikan pasangan yang salah seorang tak faham perjuangan. Penulis beri
contoh paling dekat iaitu saudara penulis yang gugur kerana halangan dari isteri
yang tidak faham perjuangan walaupun menyokong jamaah.
Macam mana pula pasangan yang berlainan
jamaah boleh istiqamah ke? Boleh istiqamah, tapi istiqamah dengan jamaah
sahabat bukan jamaah sendiri. Banyak contoh , muslimat memilih pasangan
berlainan jamaah akan ikut jamaah suami.
Buktinya juga dekat dengan penulis di
bumi orang putih tempat penulis tinggal. Siap jadi Murabbi lagi untuk anak
usrah muslimat jamaah sahabat.
Mungkin muslimin tak kot? Memang tidak,
tapi mampukan zaujahnya memahami perjuangan. Akhirnya, gugur juga menjadi
pemerhati perjuangan.
Faktor BM memang penting tapi bagi penulis, apa yang lebih penting terletak pada individu yang kini bergerak di kampus. Adakah benar-benar ingin terus istiqamah?
Ramai yang keluar dari kampus gugur bukan
disebabkan faktor BM tapi faktor takut. Takut dengan Akujanji, bukan seorang
takut suami isteri sefikrah dua-dua takut. Bab takut ini penulis dah tulis
dalam N3 Takut bayang - bayang sendiri bacalah…
Tinggallah yang berani. Mereka yang berani
ini pula jika tak sanggup bersusah juga tak boleh kekal. Bersusah macam mana? Bersusah
kena balik lewat malam, bersusah keluar belanja sendiri , bersusah korbankan masa
dan bersusah itu dan ini kerana jamaah.
Ramai yang gugur pada peringkat ini,
akhirnya perlahan-perlahan meninggalkan perjuangan kerana tak sanggup bersusah.
Berjuang di medan sebenar memang berlainan
berbanding dalam kampus. Suasana, taraf intelek, tahap berfikir, tahap tarbiyah
semuanya berbeza.
Perkara pertama sebelum masuk ke medan,
perbetulkan niat hanya kerana Allah. Bukan kerana nak jadi pemimpin besar,
bukan nak jadi wakil rakyat, bukan nak tunjuk pandai. Jika niat betul ditambah
dengan keikhlasan nak berjuang, Insyaallah akan istiqamah.
Bila masuk ke medan lakukanlah apa sahaja
kerja untuk jamaah walaupun kadang-kadang nampak tak sesuai dengan taraf
akademik kita. Ramai yang gugur ditahap ini kerana tak sanggup nak melakukan
kerja-kerja rutin yang dilakukan ahli akar umbi jamaah.
Kutip derma masa ceramah, kutip sampah
lepas ceramah, jadi trafik kawal lalu lintas, tampal poster, susun kerusi dan
macam-macam lagi. Janganlah berharap jamaah di kawasan akan bagi tugas elit
sahaja pada kita.
Penulis lakukan semua kerja akar umbi ini
sejak mula bergiat dengan pemuda jamaah di Penang. Bila mula bergiat dengan
jamaah kawasan sekarang, penulis masih
ingat kerja dibuat hampir setiap hari semasa PRU 1999 ialah tekap block kain rentang kempen. Masa itu, belum ada lagi
kain rentang print.
Kesungguhan dan keikhlasan melakukan kerja
akar umbi inilah menyakinkan pimpinan jamaah sesuatu kawasan untuk melantik
kita memegang jawatan dalam jamaah. Bukan sangat kerana kita pimpinan
mahasiswa, bukan kerana pimpinan jamaah kampus.
Walaupun penulis pernah ada jawatan tinggi
dalam jamaah kawasan, kerja-kerja akar umbi ini tetap penulis lakukan. Kerana
apa? Kerana penulis dapat merasai sendiri kesusahan, keletihan, rasa rendah
diri ahli-ahli yang melakukan kerja akar umbi.
Mesti sanggup turun ke bawah, bergaul
dengan ahli akar umbi yang pelbagai. Turunkan tahap berfikir cara di universiti
kepada tahap berfikir orang kampung. Barulah , kerja-kerja jamaah mudah
dijalankan.
Maksudnya, walau sebagaimana hebat pun kita di universiti jika ingin istiqamah buangkan rasa ego, rasa megah, rasa hebat, rasa aku pandai.
Maksudnya, walau sebagaimana hebat pun kita di universiti jika ingin istiqamah buangkan rasa ego, rasa megah, rasa hebat, rasa aku pandai.
Bergerak dalam jamaah juga bukan hanya untuk menjadi penceramah kerana semasa di kampus dulu kita hebat berpidato.
Tugas penting kita adalah menjadi pengerak kepada jamaah, laksanakan urus
tadbir jamaah supaya tersusun. Tugas
penceramah bagilah kepada pimpinan jamaah lain yang ramai boleh berceramah.
Memang penulis tak nafi banyak kali naik
pentas berceramah di kawasan utara sampai ke Perlis tapi atas kapasiti mantan
Presiden PMI. Selalunya , berceramah bersama dengan MP Jerai sekarang,
dialah yang banyak syorkan jamaah kawasan di kawasan utara untuk jemput penulis
berceramah.
Selepas itu, penulis tak berceramah secara
terbuka lagi. Sekali sekala sahaja jadi pengerusi majlis ceramah.
Ramai juga yang bersemangat bila masuk ke
medan, harapannya tinggi kepada jamaah. Namun, apabila melihat sendiri gerak
kerja jamaah kawasan yang disertai , ada yang lemah semangat.
Kena faham gerak kerja jamaah di kawasan
tidak sama dengan gerak kerja jamaah di kampus. Cara berfikir mereka terutama
orang lama di kawasan berbeza. Jangan lemah semangat sebaliknya, bantu mereka
untuk urus tadbir parti yang lebih kemas.
Pengalaman kampus kita akan banyak membantu
jamaah kawasan bergerak dengan baik, tersusun dan lebih professional. Namun ,
ada juga kawasan kurang memberi kepercayaan kepada orang muda . Boleh baca N3 penulis Lantiklah pemuda aktifkan kawasan
Syukurlah, di kawasan penulis antara pengerak
penting jamaah adalah pemuda yang dulunya aktif di kampus.
Kena ingat walaupun ramai yang gugur, masih
ramai juga yang terus istiqamah dan bertebaran di seluruh pelosok negara.
Berbicara tentang istiqamah , penulis ambil
kesempatan di sini ucap tahniah kepada mereka yang bersama berjuang di kampus dan
istiqamah sehingga sekarang.
Semoga terus istiqamah.
Semoga terus istiqamah.
Wassalam.
.
ReplyDelete(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?
Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.
Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?
Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.
Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.
(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')