Saad bin Muaz bin Nukman berasal dari Madinah, suku Aus ini adalah seorang sahabat yang mempunyai jiwa pahlawan. Beliau adalah bangsawan suku Aus yang masuk Islam antara baiat Aqabah I dan baiat Aqabah II. Rasulullah pernah mengambil pendangannya semasa pembangkangan dan pembatalan perjanjian yang ditanda tangani Nabi dengan bani Quraizah iaitu membunuh kaum lelaki dan kaum wanita dan anak-anak mereka dijadikan hamba. Beliau mati syahid dalam perang Khandak
Pda
usia 31 tahun ia masuk Islam. Dan dalam usia 31 tahun ia pergi menemui
syahidnya. Dan antara hari keislamannya sehingga wafatnya, telah
diisi oleh Sa’ad bin Muadz dengan karya-karya gemilang dalam berbakti
kepada Allah dan Rasul-Nya… .
Lihatlah,
Gambarkanlah dalam ingatan kamu laki-laki yang anggun berwajah tampan
berseri-seri, dengan tubuh tinggi lampai dan badan gemuk gempal …?
Nah, itulah dia ..!
Bagai hendak
dilipatnya bumi dengan melompat dan berlari menuju rumah As’ad bin
Zurarah, untuk melihat seorang pemuda dari Mekah bernama Mush’ab bin Umair
yang dikirim oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai utusan
untuk menyebarkan tauhid dan Agama Islam di Madinah ….
Memang, ia
pergi ke sana dengan tujuan hendak mengusir perantau ini ke luar
sempadan Madinah, agar ia membawa kembali Agamanya dan membiarkan
penduduk Madinah dengan agama mereka. Tetapi baru saja ia bersama Useid
bin Zurarah sampai ke hampir dengan majlis Mush’ab di rumah sepupunya, tiba-tiba
dadanya telah terhirup udara segar yang meniupkan rasa nyaman. Dan
belum lagi ia sampai kepada hadirin dan duduk di antara mereka memasang
telinga terhadap keterangan Mush’ab, maka petunjuk Allah telah
menerangi jiwa dan ruhnya.
Demikianlah,
dalam ketentuan takdir yang mengagumkan, mempesona dan tidak terduga,
pemimpin golongan Anshar itu melemparkan lembingnya jauh-jauh, lain
mengulurkan tangan kanannya mengangkat bai’at kepada utusan Rasulullah
…..
Dan dengan
masuk Islamnya Sa’ad, bersinarlah pula di Madinah mata hari baru, Yang
pada garis edarnya akan berputar dan beriringan qalbu yang tidak sedikit
jumlahnya, dan bersama Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam
menyerahkan diri mereka kepada Allah Robbul’alamin . . . !
Sa’ad telah
memeluk Islam, memikul tanggung jawab itu dengan keberanian dan
kebesaran … Dan tatkala Rasulullah berhijrah ke Madinah, maka rumah-rumah
kediaman Bani Abdil Asyhal, yakni kabilah Sa’ad, pintunya terbuka lebar
bagi golongan Muhajirin, begitu pula semua harta kekayaan mereka dapat
dimanfa’atkan tanpa batas, pemakainya tidak perlu rendah diri dan jangan
takut akan diserang.
Dan datanglah
semasa perang Badar ….Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
mengumpulkan shahabat-shahabatnya dari golongan Muhajirin dan Anshar
untuk bermusyawarah dengan mereka tentang urusan perang itu
dihadapkannya wajahnya yang mulia ke arah orang-orang Anshar, lalu katanya: “Kemukakanlah buah fikiran kamu, wahai shahabat … !”
Maka bangkitlah Sa’ad bin Mu’adz tak ubah bagi bendera di atas tiangnya, katanva: -
“Wahai Rasulullah ! Kami telah beriman kepada anda, kami percaya dan mengakui bahwa apa yang anda bawa itu adalah hal yang benar, dan telah kami berikan pula ikrar dan janji-janji kami. Maka laksanakanlah terus, ya Rasulallah apa yang anda inginkan, dan kami akan selalu bersama anda … ! Dan demi Allah yang telah mengutus anda membawa kebenaran! Seandainya anda menghadapkan kami ke lautan ini lalu anda menjatuhkan diri ke dalamnya, pastilah kami akan ikut menjatuhkan diri, tak seorang pun yang akan berundur, dan kami tidak keberatan untuk menghadapi musuh esok pagi! Sungguh, kami tabah dalam pertempuran dan teguh menghadapi perjuangan … ! Dan semoga Allah akan memperlihatkan kepada anda tindakan kami yang menyenangkan hati … ! Maka marilah kita berangkat dengan berkah Allah Ta’ala… !”
Kata-kata
Sa’ad itu muncul tak ubah bagai berita gembira, dan wajah Rasul pun
bersinar-sinar dipenuhi rasa redha dan bangga serta bahagia, lalu
katanya kepada Kaum Muslimin: -
“Marilah hita berangkat dan besarkan hati halian kerana Allah telah menjanjikan kepadaku salah satu di antara dua golongan! … Demi Allah,… sungguh seolah-olah nampak olehku kehancuran orang-orang itu … !” (al-Hadits)
Dan
di waktu perang Uhud, yakni ketika Kaum Muslimin telah cerai-berai
disebabkan serangan mendadak dari tentera musyrikin, maka takkan sukar bagi penglihatan mata untuk menemui kedudukan Sa’ad bin Mu’adz ….
Kedua kakinya
seolah-olah telah dipakukannya ke bumi hampir dengan Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam mempertahankan dan membelanya mati-matian, suatu hal
yang agung, terpancar dari sikap hidupnya ….
Kemudian datanglah pula semasa perang Khandak, yang dengan jelas membuktikan keberanian Sa’ad dan kepahlawanannya ….
Perang Khandak ini merupakan bukti nyata atas persekongkolan dan perancangan licik yang dilancarkan kepada Kaum Muslimin tanpa maaf, yaitu dari orang-orang yang dalam pertentangan mereka, tidak kenal perjanjian atau keadilan.
Perang Khandak ini merupakan bukti nyata atas persekongkolan dan perancangan licik yang dilancarkan kepada Kaum Muslimin tanpa maaf, yaitu dari orang-orang yang dalam pertentangan mereka, tidak kenal perjanjian atau keadilan.
Maka tatkala
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersama para shahabat hidup
dengan sejahtera di Madinah mengabdikan diri kepada Allah saling
nasihat-menasihati agar mentaati-Nya serta mengharap agar orang-orang
Quraisy menghentikan serangan dan peperangan, sehingga segolongan
pemimpin Yahudi secara diam-diam pergi ke Mekah lalu menghasut
orang-orang Quraisy terhadap Rasulullah sambil memberikan janji dan
ikrar akan berdiri di samping Quraisy bila terjadi peperangan dengan
orang-orang Islam nanti.
Ringkasnya mereka telah membuat perjanjian dengan orang-orang musyrik itu, dan bersama-sama telah mengatur rancangan peperangan. Di samping itu dalam perjalanan pulang mereka ke Madinah, mereka berjayal pula menghasut suatu suku terbesar di antara suku-suku Arab yaitu kabilah Gathfan dan mencapai persetujuan untuk menggabungkan diri dengan tentera Quraisy.
Ringkasnya mereka telah membuat perjanjian dengan orang-orang musyrik itu, dan bersama-sama telah mengatur rancangan peperangan. Di samping itu dalam perjalanan pulang mereka ke Madinah, mereka berjayal pula menghasut suatu suku terbesar di antara suku-suku Arab yaitu kabilah Gathfan dan mencapai persetujuan untuk menggabungkan diri dengan tentera Quraisy.
Rancangan peperangan telah diatur dan tugas serta peranan telah dibahagi-bahagi Quraisy dan Gathfan akan menyerang Madinah dengan tentera besar,
sementara orang-orang Yahudi, di waktu Kaum Muslimin mendapat serangan
secara mendadak itu, akan melakukan kemusnahan di dalam kota dan
sekelilingnya!
Maka tatkala
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengetahui permufakatan jahat ini,
beliau mengambil langkah-langkah berhati-hati. Diarahnya menggali
khandak atau parit perlindungan sekeliling Madinah untuk membendung
serangan musuh. Di samping itu diutusnya pula Sa’ad bin Mu’adz dan Sa’ad
bin Ubadah kepada Ka’ab bin Asad pemimpin Yahudi suku Khuraizah untuk
menyiasat sikap mereka yang sesungguhnya terhadap orang yang akan
datang, walaupun antara mereka dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
sebenamya sudah ada beberapa perjanjian dan persetujuan damai.
Dan alangkah terkejutnya kedua utusan Nabi, kerana ketika bertemu dengan pemimpin Bani Khuraizah itu, jawabnya ialah: -”Tak ada persetujuan atau perjanjian antara Kami dengan Muhammad… !”
Berhadapan penduduk Madinah kepada pertempuran sengit dan kepungan ketat ini,
terasa amat berat bagi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Oleh
sebab itulah beliau memikirkan sesuatu rancangan untuk memisahkan suku
Gathfan dari Quraisy, hingga musuh yang akan menyerang, bilangan dan
kekuatan mereka akan tinggal separuh
Rancangan itu
segera beliau laksanakan yaitu dengan mengadakan perundingan dengan para
pemimpin Gathfan dan menawarkan agar mereka mengundurkan diri dari
peperangan dengan harapan akan beroleh sepertiga dari hasil pertanian
Madinah. Tawaran itu disetujui oleh pemimpin Gathfan, dan tinggal lagi
mencatat persetujuan itu hitam di atas putih ….
Sewaktu usaha
Nabi sampai sejauh ini, beliau terhenti, kerana menyedari tiada baiah
sewajarnya ia memutuskan sendiri masalah tersebut. Maka dipanggilnyalah
para shahabatnya untuk merundingkannya. Terutama Sa’ad bin Mu’adz dan
Sa’ad bin Ubadah, buah fikiran mereka amat diperhatikannya, kerana kedua
mereka adalah pemimpin Madinah, dan yang pertama kali berhak untuk
membicarakan soal tersebut dan memilih langkah mana yang akan
diambil Rasulullah menceritakan kepada kedua mereka peristiwa
perundingan yang berlangsung antaranya dengan pemimpin-pemimpin Gathfan.
Tak lupa ia menyatakan bahawa langkah itu diambilnya ialah kerana ingin
menghindarkan kota dan penduduk Madinah dari serangan dan kepungan dahsyat.
Kedua pemimpin itu tampil mengajukan pertanyaan:
“Wahai Rasulullah, apakah ini pendapat anda sendiri, ataukah wahyu yang diperintah Allah … ?”
Ujar Rasulullah: “Bukan, tetapi ia adalah pendapatku yang kurasa baik untuk tuan-tuan! Demi Allah, saya tidak hendak melakukannya kecuali kerana melihat orang-orang Arab hendak memanah tuan-tuan secara serentak dan menekan tuan-tuan dari segenap arah.
“Wahai Rasulullah, apakah ini pendapat anda sendiri, ataukah wahyu yang diperintah Allah … ?”
Ujar Rasulullah: “Bukan, tetapi ia adalah pendapatku yang kurasa baik untuk tuan-tuan! Demi Allah, saya tidak hendak melakukannya kecuali kerana melihat orang-orang Arab hendak memanah tuan-tuan secara serentak dan menekan tuan-tuan dari segenap arah.
Maka saya bermaksud hendak mengurangkan serangan mereka sekecil mungkin.. !”
Sa’ad bin Mu’adz merasa bahawa nilai mereka sebagai lelaki dan orang-orang beriman, mendapat ujian betapa juga coraknya.
Maka katanya: -
‘Wahai Rasulullah! Dahulu kami dan orang-orang itu berada dalam kemusyrikan dan pemujaan berhala, tiada mengabdikan diri pada Allah dan tidak kenal kepada-Nya, sedang mereka tak mengharapkan akan dapat makan sebutir kurma pun dari hasil bumi kami kecuali bila dihidang atau dengan cara jual beli …. Sekarang, apakah setelah kami beroleh kehormatan dari Allah dengan memeluk Islam dan mendapat bimbingan untuk menerimanya, dan setelah kami dimuliakan-Nya dengan anda dan dengan Agama itu, lain kami harus menyerahkan harta kekayaan kami …? Demi Allah, kami tidak memerlukan itu, dan demi Allah, kami tak hendak memberi kepada mereka kecuali pedang … hingga Allah menjatuhkan putusan-Nya dalam mengadili kami dengan mereka… !”
Tanpa
bertangguh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam merubah
pendiriannya dan menyampaikan kepada para pemimpin suku Gathfan bahawa
sahabat-sahabatnya menolak rancangan perundingan, dan bahawa beliau
menyetujui dan berpegang kepada keputusan shahabatnya….
Berselang
beberapa hari, kota Madinah mengalami kepungan hebat. Sebenarnya
pengepungan itu lebih merupakan pilihannya sendiri daripada dipaksa
orang, disebabkan adanya parit yang digali sekelilingnya untuk menjadi
benteng perlindungan bagi dirinya. Kaum Muslimin pun memasuki suasana
perang. Dan Sa’ad bin Mu’adz keluar membawa pedang dan tombaknya sambil
berpantun:
“Berhentilah sejenak, nantikan berkecamuknya perang Maut berkejaran menyambut ajal datang menjelang … !”
Dalam salah satu perjalanan kelilingnya nadi lengannya disambar anak panah yang dilepaskan oleh salah seorang musyrik.
Darah
menyembur dari pembuluhnya dan segera ia dirawat secara darurat untuk
menghentikan keluamya darah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruh
membawanya ke masjid, dan agar didirikan khemah untuknya agar ia berada
di dekatnya selama dirawat.
Sa’ad, tokoh
muda mereka itu dibawa oleh Kaum Muslimin ke tempatnya di masjid Nabi.
Ia menunjukkan pandangan matanya ke arah langit, lain mohonnya: -
“Ya Allah, jika dari peperangan dengan Quuaisy ini masih ada yang Engkau tinggalkan, maka panjangkanlah umurku untuk menghadapinya! Kerana tak ada golongan yang diinginkan untuk menghadapi mereka daripada kaum yang telah menganiaya Rasul-Mu,telah mendustakan dan mengusirnya… !
Dan seandainya Engkau telah mengakhiri perang antara kami dengan mereka, jadikanlah kiranya musibah yang telah menimpa diriku sekarang ini sebagai jalan untuk menemui syahid … ! Dan janganlah aku dimatikan sebelum tercapainya yang memuaskan hatiku dengan Bani Khuraizah … !”
Allah-lah
yang menjadi pembimbingmu, wahai Sa’ad bin Mu’adz … ! Kerana siapakah
yang mampu mengeluarkan ucapan seperti itu dalam suasana demikian,
selain dirimu …?
Dan
permohonannya dikabulkan oleh Allah. Luka yang dideritanya menjadi
penyebab yang mengantarkannya ke pintu syahid, kerana sebulan setelah
itu, akibat luka tersebut ia kembali menemui Tuhannya. Tetapi peristiwa
itu terjadi setelah hatinya terubat terhadap Bani Quraidha.
Kisahnya
ialah setelah orang-orang Quraisy merasa putus asa untuk dapat menyerbu
kota Madinah dan ke dalam barisan mereka menyelinap rasa gelisah, maka
mereka sama mengemaskan barang perlengkapan dan alat senjata, lalu kembali
ke Mekah dengan hampa.
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam berpendapat, mendiamkan perbuatan
orang-orang Khuraizah, bererti membuka kesempatan bagi kecurangan dan
pengkhianatan mereka terhadap kota Madinah bilamana saja mereka
menghendaki, suatu hal yang tak dapat dibiarkan berlalu! Oleh sebab
itulah beliau mengerahkan sahabat-sahabatnya kepada Bani Khuraizah itu.
Mereka mengepung orang-orang Yahudi itu selama 25 hari. Dan tatkala
dilihat oleh Bani Quraidha bahawa mereka tak dapat melepaskan diri dari
Kaum Muslimin, mereka pun menyerahlah dan mengajukan permohonan kepada
Rasulullah yang beroleh jawaban bahawa nasib mereka akan bergantung
kepada keputusan Sa’ad bin Mu’adz. Di masa jahiliyah dahulu, Sa’ad adalah
sekutu Bani Khuraizah ….
Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengirim beberapa sahabat untuk membawa
Saad bin Mu’adz dari khemah rawatannya di masjid. Ia dinaikkan ke atas
kenderaan, sementara badannya kelihatan lemah dan menderita sakit.
Kata
Rasulullah kepadanya: “Wahai Sa’ad! Berilah keputusanmu terhadap Bani
Khuraizah … !” Dalam fikiran Sa’ad terbayang kembali kecurangan Bani Khuraizah yang berakhir dengan perang Khandak dan nyaris menghancurkan
kota Madinah serta penduduknya. Maka ujar Sa’ad: — “Menurut
pertimbanganku, orang-orang yang ikut berperang di antara mereka
hendaklah dihukum bunuh. Perempuan dan anak mereka diambil jadi tawanan,
sedang harta kekayaan mereka dibahagi-bahagi … !” Demikianlah, sebelum
meninggal, hati Sa’ad telah terubat terhadap Bani Khuraizah….
Luka yang
dideritai Sa’ad setiap hari bahkan setiap jam kian bertambah parah ….
Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam datang
menjenguknya. Kiranya didapatinya ia dalam masa terakhir dari hayatnya.
Maka Rasulullah menarik kepalanya dan meletakkan di atas pangkuannya,
lalu berdoa kepada Allah, katanya:
“Ya Allah, Sa’ad telah berjihad di jalan-Mu ia telah membenarkan Rasul-Mu dan telah memenuhi kewajibannya. Maka terimalah ruhnya dengan sebaik-baiknya cara Engkau menerima ruh… !”
Kata-kata
yang dipanjatkan Nabi itu rupanya telah memberikan kesejukan dan
perasaan tenteram kepada roh yang hendak pergi. Dengan susah payah
dicubanya membuka kedua matanya dengan harapan kiranya wajah Rasulullah
adalah yang terakhir dilihatnya selagi hidup ini, katanya: “Salam atasmu, wahai Rasulullah… ! Ketahuilah bahawa aku mengakui bahawa anda adalah Rasulullah!”
Rasulullah pun memandangi wajah Sa’ad lalu katanya: “Kebahagaan bagimu wahai Abu Amr … !”
Berkata Abu Sa’id al-Khudri: — “Saya adalah salah seorang yang menggali makam untuk Sa’ad · … Dan setiap kami menggali satu lapisan tanah, tercium oleh kami wangi kasturi, hingga sampai ke liang lahat”.
Rasulullah pun memandangi wajah Sa’ad lalu katanya: “Kebahagaan bagimu wahai Abu Amr … !”
Berkata Abu Sa’id al-Khudri: — “Saya adalah salah seorang yang menggali makam untuk Sa’ad · … Dan setiap kami menggali satu lapisan tanah, tercium oleh kami wangi kasturi, hingga sampai ke liang lahat”.
Berita kematian Sa’ad diterima Kaum Muslimin dengan rasa berat sekali.
Tetapi kegembiraan mereka juga tinggi nilainya, kerana mereka dengar Rasul
mereka yang mulia bersabda: “Sungguh, ‘Arasy Tuhan Yang Rahman bergetar dengan pulangnya Sa’ad bin Mu’adz … !
No comments:
Post a Comment