Salam,
Alhamdulillah, bertemu dengan Ramadhan sesuatu yang
disyukuri . Ramadhan tahun ini , penulis tidak lagi bersama parti lama.
Berbezakah? Ibadah tak berkurang pun walaupun
dalam parti baru, Tahajud, Dhuha, Tasbih , Tilawah dan lain-lain ibadah
tetap dilaksana sama macam Ramadhan lalu.
Tak berkait langsung ibadah kita dengan parti lama. Tak
betul jika ada dakwaan, tidak duduk dalam parti lama ibadah kita berkurang,
atau pahala kita berkurang. Jika duduk dalam parti lama pun solat lima waktu
masih tak sempurna, puasa pun tak cukup sebulan. Tidak berdosakah?
Duduk dalam parti baru, aktiviti kebajikan sama ja dengan
parti lama. Bantuan kepada orang miskin , sumbangan kepada pesakit hospital,
sumbangan dan iftar bersama anak yatim tetap dilaksanakan. Malah , tambah pula
tahun ini sumbangan kepada pelajar tahfiz. Yang untung tetap orang miskin, anak
yatim sebab makin ramai yang terima sumbangan, makin bertambah sumbangan diterima.
Mana dapat dana? Sama la macam dalam parti lama, ramai yang
bagi sumbangan sempena Ramadhan. Selagi parti kita betul, telus untuk sampaikan
sumbangan ,yakinlah Allah akan buka hati-hati hambaNya memberi sumbangan
melalui parti kita. Namun, jika tidak telus sehingga harta wakaf pun disapu,
duduk dalam parti lama pun tak boleh lari dari dosa.
Syukurlah parti lama kawasan masih mendepani agenda
kebajikan sama macam dulu. Kena faham berjuang dalam parti ni bukan semata-mata
untuk pilihanraya. Jangan hanya bercakap macam sesetengah pimpinan parti lama,
“ kita berjuang bukan hanya untuk pilihanraya” tapi program kebajikan dalam
kawasan hampir tiada. Parti baru pun sama, jika berjuang semata-mata
pilihanraya , maknanya kuranglah aktiviti kebajikan dan dakwahnya.
Walaupun program kebajikan sama dengan parti lama, tapi
parti baru masih ada kekurangan, iaitu akar umbi. Harumanis memang ramai, ramai
juga yang jumpa penulis bagi tahu mereka sokong parti baru tapi tak berani nak
zahirkan. Takut kena pulau, kena marah, kena macam-macam kerana mereka duduk di
kampung majoriti orang parti lama. Tak pa lah penulis pun faham, asalkan mereka
sokong parti baru.
Semasa dalam parti
lama, penulis selalu tekankan kepentingan akar umbi. Bila dalam parti baru,
perkara yang sama jadi penekanan. Ada halangan, harumanis tidak berani. Cuba
kepada yang berani dahulu. Alhamdulillah , setakat ni sudah ada 10 peratus
jumlah cawangan daripada jumlah cawangan parti lama. Pemuda kawasan pun sudah
dibentuk jawatankuasanya, ramai juga anak muda yang bersama parti baru ni.
Adakah sibuk dengan parti baru, kurang masa untuk Ngo? Ngo
ada juga program , namun berbentuk bagi sumbangan dan cari dana. Penulis nak
jaga sahabat-sahabat dalam Ngo yang masih dalam parti lama. Sebab tu, penulis
tak aktifkan sangat mereka dengan Ngo kerana tak mahu mereka dipandang serong.
Sedangkan iklan Ngo dalam akhbar parti lama pun ada yang buat aduan , akhirnya
iklan Ngo disekat. Tambah la pula, mereka buat kerja dalam aktiviti Ngo pasti
ada dalam parti lama yang tidak senang dengan mereka.
Dalam Ramadhan ini, penulis terlibat juga dalam PRK Kuala
Kangsar . Berkempen bersama team Kedah , rumah ke rumah dalam daerah mengundi.
Namun, penulis tak sepenuh masa kerana PRK berlaku semasa cuti sekolah, penulis kena
balik rumah jumpa keluarga. Sama juga semasa dalam parti lama, bila berlaku
PRK, tak ramai orang kawasan yang turun membantu. Terima kasih kepada team
Kedah yang memang tip top buat kerja pilihanraya. Parti lama macam mana pula?
Sama juga la, harumanis yang bagi tahu , muka tu la yang turun.
Tak sangka pula, kena daerah mengundi yang sama. Dalam masa
dok berkempen tak berjumpa , mai hari pilihanraya, pondok panas dok sebelah
menyebelah. Mungkin penulis hanya berkempen rumah ke rumah tak jumpa mereka. Mungkin
juga dalam kawasan bandar bukan kampung. Ada masalah ka , bila dok
bersebelahan? Tiada masalah pun, kerana bukan tak kenal , kenal sorang-sorang.
Mereka pun bersama team Kedah, kawasan yang sama juga.
Dakwah di kampung penulis masih penulis buat, ada perbezaan
terutama anak muda. Jika dulu selepas majlis berbuka di surau , anak muda tidak
solat duduk bersembang di bawah surau. Ramadhan tahun ini, sudah separuh dari
anak muda bila selesai berbuka naik ke surau untuk solat Maghrib. Namun masih
ada , yang tidak solat termasuk yang dah tua. Usaha dah dibuat, namun kena ingat
hidayah itu milik Allah.
Berdakwah mengajak orang solat tak kira duduk dalam parti
baru atau lama, kena buat. Penulis sukar kekalkan anak muda kampung dengan solat
kerana mereka ini orang Ubn, persekitaran mereka adalah Ubn. Mereka sukar
kekalkan solat kerana keluarga mereka tidak solat, persekitaran tidak membantu.
Sebab tu , mereka solat Maghrib, Isyak, Subuh tapi selalu tinggalkan Zohor dan
Asar. Lebih mudah jika sesiapa dalam parti lama, anak mudanya parti lama, keluarga
yang solat ,persekitaran membantu.
Justeru, berdakwah ajak anak muda solat perlu dijalankan
sahabat-sahabat parti lama kerana anak muda yang duduk dalam parti lama lebih
mudah diajak solat. Ramai anak muda di kampung parti lama yang tidak solat.
Tanggungjawab siapa?
Melaksanakan dakwah mengajak orang solat tidak memerlukan
kuasa semacam nak melaksanakan hudud. Laksanakan kuasa berdakwah yang boleh
dijalankan ini di kampung-kampung parti lama. Jangan berharap kepada ustaz yang
mengajar di surau sahaja kerana yang mendengar bukan anak muda tapi orang tua.
Ustaz-ustaz pun tidak turun berjumpa anak muda ini. Siapa yang akan berjumpa
mereka?
Jika ini tidak dapat dilaksanakan, tak perlulah kita
berangan mahukan hudud yang kita tiada kuasa melaksanakannya. Sokonglah hudud
tapi jangan tinggalkan dakwah yang kita ada kuasa melaksanakannya.Selamat
berjuang.....
Wassalam
Alhamdulillah
ReplyDelete