Friday, November 18, 2011

Hormati Ijtihad Politik Parti An-Nahdhah Tunisia

 http://haberpan.net/haber/11/01/29/40a5/rasid-gannusi-tunusa-donuyor.jpg
Syaikh Rashid Ghannoushi
Bagi ramai umat Islam negara ini yang terbiasa dengan model ‘politik Islam’ Parti Islam SeMalaysia (PAS), ‘penampilan’ parti berteraskan Islam di Tunisia, Ennahda (An-Nahdhah), di pentas politik negara itu, tentu begitu ‘mengejutkan’ dan sangat ‘janggal’.
Pada 22 Januari 2011, iaitu 8 hari selepas kejatuhan Ben Ali yang digulingkan pada 14 Januari 2011, pemimpin utama Ennahda, Syaikh Rashid Ghannoushi telah memberikan satu kenyataan kepada sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, bahawa partinya itu tidak berusaha untuk melaksanakan Syariat Islam di Tunisia, jika berpeluang memerintah negara itu.
Apa yang menjadi objektif partinya, jelas beliau, ialah membebaskan Tunisia daripada sistem satu parti, dalam apa jua bentuk sekalipun. (Rujukan : onislam.net)
Jika sikap ‘dingin’ Ennahda terhadap perlaksanaan Syariat Islam ini diteropong melalui jendela ‘politik Islam’ versi PAS, adalah sesuatu yang sangat janggal, bahkan tidak boleh diterima langsung, sebuah parti Islam mengumumkan, ia tidak berusaha untuk melaksanakan Syariat Islam dalam sebuah negara yang dikuasainya!
Dalam persekitaran ‘politik Islam’ versi PAS, tindakan sesebuah parti Islam tidak menyebut sebarang sikap atau pendirian berhubung perlaksanaan Syariat Islam, masih boleh diterima, walaupun dengan ‘berat hati’.
Namun, tindakan mana-mana parti Islam mengisytiharkan bahawa ia tidak akan berusaha melaksanakan Syariat Islam dalam negara yang diterajuinya, adalah sangat ‘mengejutkan’, begitu ‘janggal’ dan tidak boleh diterima sama sekali.
Lebih ‘parah’ lagi, Ennahda bukannya mengumumkan ia tidak akan melaksanakan hudud-yang merupakan satu juzuk yang kecil dalam Syariat Islam-sebaliknya mengumumkan tidak akan berusaha melaksanakan Syariat Islam itu sendiri!
Andainya pengumuman serupa-disebabkan pertimbangan-pertimbangan tertentu yang wajar-dilakukan oleh parti Islam di Malaysia, barangkali ramai ahli akan keluar meninggalkan parti, atau paling kurang, parti akan dituduh sebagai mengorbankan perjuangan menegakkan agama Allah dan mencari keredhaanNya, semata-mata kerana kuasa politik dan keredhaan para pengundi (terutamanya pengundi bukan Islam)!
Jika pengumuman seperti itu dibuat oleh parti lain yang bukan dari aliran Islam, akidah pemimpinnya akan segera diragui, dan dengan pantas dilabel sebagai menolak hukum Allah, serta lebih mengutamakan sokongan dan kehendak para pengundi, berbanding keredhaan Allah.
Negara Sekular
Bergerak sejajar dengan pengumuman ‘mengejutkan’ dan ‘janggal’ itu, persoalan perlaksanaan Syariat Islam, termasuk hudud dan qisas, tidak didendangkan langsung oleh Ennahda dalam kempen pilihanraya Tunisia yang berlangsung pada 23 Oktober 2011 yang lalu.
Ennahda yang diasaskan pada tahun 1981 itu terus membuat 'kejutan', apabila tidak hanya berpada setakat pengumuman bahawa ia tidak berusaha melaksanakan Syariat Islam di Tunisia.
Lebih daripada itu, kepimpinan parti Islam itu mengumumkan akan berusaha membentuk sebuah masyarakat sekular pelbagai parti, yang menghormati hak-hak manusia! (Rujukan :onislam.net )

Thursday, November 17, 2011

Asronot wanita India buktikan kebenaran cerita Neil Armstrong tentang Kota Bercahaya


Satu pesanan pendek tersebar tentang berita masuk Islamnya Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu.

Berita menghebohkan ini bukanlah yang pertama, sebelumnya astronot berasal Amerika Syarikat Neil Armstrong juga menyatakan dirinya masuk Islam sekembali dari bulan. 
Apakah ini berita bohong? Yang jelas pihak NON MUSLIM sangat tidak suka dengan pemberitaan ini. Lalu disebarlah berita, bahawa ini berita bohong.

Perlu diketahui, Sunita Williams adalah seorang astronot kelahiran Ohio 19 September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA. 
Sebagai astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita: berada di luar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 minit).

Dalam perjalanannya ke bulan, Sunita William melihat fenomena yang aneh semasa pandangannya menuju ke bumi. Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap, ternyata ada sebahagian kecil bumi yang nampak terang iaitu MEKAH dan MADINAH.

Tulahan : Teh Tarik Kurang Manis



Kemenangan parti An-Nahdah di Tunisia disambut gembira pejuang Islam di seluruh dunia. Kempen yang sederhana mencontohi AK Party di Turki menarik minat majoriti umat Islam di Tunisia. Kini kuasa pemerintahan di tangan golongan Islam.

Selepas kemenangan , pimpinan parti An-Nahdah dihujani dengan soalan dari wartawan sekular yang masih berakar di Tunisia , juga dari wartawan Barat. Adakah An-Nahdah akan melaksanakan syariah Islam di Tunisia.

Jawapan Rashid al-Ghannusi pemimpin utama An-Nahdah, An-Nahdah tidak bercadang untuk melaksanakannya pada masa ini. 

Apabila jawapan sedemikian diberikan, maka bisinglah kumpulan sekular menyatakan bahawa An-Nahdah bukan lagi parti Islam . Bukan sahaja di Tunisia tapi juga golongan sekular di Malaysia mempersendakan An-Nahdah yang tempiasnya adalah parti Islam di Malaysia iaitu PAS.

Penulis tidak kisah jika mereka yang tiada fikrah Islam yang mempersenda. Golongan ini seperti ‘Teh Tarik’ tidak ada pendirian. Bila ada kuasa di atas tiada nampak mereka membela Islam, bila di bawah mereka hendak naik ke atas berkuasa mereka bercakap membela Islam . Selepas naik semula mereka akan kembali menekan Islam, dan akan turun ke bawah sehinggalah teh itu sejuk. 

Namun, penulis tidak dapat terima ialah persendaan itu datang dari mereka yang ada fikrah Islam dari jamaah Islam . Ditohmahnya, tindakan An-Nahdah sudah menyeleweng dari Islam, An-Nahdah bukan lagi jamaah Islam, An-Nahdah takut dengan golongan sekular, An-Nandah hanya mahu undi orang Islam untuk menang.

Penulis tidak dapat terima tuduhan yang disalurkan dalam bahasa yang lembut dan disebarkan bukan sahaja ahli jamaah mereka tetapi juga kepada masyarakat Islam. Mustahil Rashid al-Gannusi dan pemimpin An-Nahdah sanggup menjual Islam. Mereka , puluhan tahun merengkok dalam penjara, hidup dalam buangan kerana kezaliman regim Ben Ali. 

Tentulah ada sebab mereka membuat kenyataan sedemikian, mereka tentu mengambil kira apa yang berlaku kepada kemenangan FIS di Algeria. Mereka tentu mendengar pandangan ulama-ulama An-Nahdah yang lebih memahami suasana di Tunisia.

Penulis tidak mahu memberikan alasannya, kerana penulis sendiri tidak tahu. Tapi , penulis berbaik sangka dengan perjuangan Islam yang dipimpin Rashid al-Gannusi yang juga tokoh besar Gerakan Islam dunia.

Stiuasi di Tunisia juga berlaku kepada parti Islam di seluruh dunia. Masalah bukan sahaja ditimbulkan oleh golongan sekular tapi juga mereka yang memimpin jamaah Islam. Kenyataan mereka bukan sahaja mengelirukan orang Islam malah mengelirukan penyokong parti Islam.

Penulis paparkan kenyataan seorang pemimpin sebuah NGO yang mengaku jamaah Islam dalam blognya seperti di bawah:

Kawan-kawan saya ini boleh dikatakan pengundi atas pagar. Mereka tak memihak kepada mana2 parti tetapi lebih melihat kepada siapa yang membawa lebih banyak kebaikkan kepada islam. Mereka tidak terlibat dengan mana2 NGO islam, atau mana2 gerakan islam tetapi sebaliknya mereka ini adalah rakyat biasa yang cintakan islam. Namun apa yang berlaku sejak akhir2 ini memang membingungkan mereka sehingga mereka tidak tahu lagi nak undi siapa. Bagi mereka UMNO bukan pilihan. Namun mereka juga bimbang dengan kedudukan PAS yang bertahaluf dengan DAP yang jelas menentang islam. Sehungga kini mereka masih mencari2 jawapan.

Wednesday, November 16, 2011

Dari Gunung Kathamandu ke Gunung Sinai, dari Margarid kepada Khadija

Januari 2004, seperti hari-hari kemarin sepanjang seminggu ini, Margarid sibuk dengan pekerjaan, menyiapkan diskusi untuk desertasi untuk ijazah masternya, dan menyusun persiapan perjalanan ke Nepal untuk memuaskan keinginan menyenangkan diri sendiri dan ingin merasakan diri sebagai orang asing di negeri orang, kerana sudah dua tahun ini ia tidak bercuti.
Margarid ingin sekali mendengar dialek bahasa-bahasa tradisional orang Nepal, mengamati kebudayaan, memahami agama mereka, kebiasaan makan, gaya rumah dan adat istiadatnya. Sudah lama Margarid tertarik dengan ajaran Budha, dan Nepal menjadi tempat yang sesuai untuk memenuhi rasa keingintahuannya tentang komuniti masyarakat Budha.

Sebulan sebelumnya, Margarid menghadiri upacara keagamaan di sebuah kuil Budha di Lisbon. Itu dilakukannya sebagai persiapan dirinya sendiri kerana ia merancang untuk menetap di Nepal. Margarid ingin menyaksikan sendiri bagaimana umat Budha menunaikan ibadahnya dipimpin terus oleh tokoh spiritual agama Budha, 
Dalai Lama dan jika mungkin, Margarid juga ingin berlajar teknik meditasi--sesuatu yang ia fikir akan bermanfaat semasa mengalami masa-masa sukar, dan Margarid tahu pada suatu masa ia akan mengalaminya.

"Meditasi mungkin boleh membantuku untuk mencari jalan keluar, untuk memberikan pencerahan. Tapi ada rasa takut yang menyerang, kerana aku ada keluarga, ada kawan, dan sebagai psikologi, aku ada tugas dimana aku juga harus bertanggung jawab pada orang lain," kata Margarid.

Ia menentukan tarikh yang tepat dan meninjau harga tiket untuk perjalanan ke Nepal. Margarid merancang untuk naik pesawat ke Delhi, India dan dari Delhi ia akan meneruskan perjalanan dengan bas ke Kathmandu
Pertimbangannya, untuk mejimatkan kos perjalanan sekaligus bertemu dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan merupakan pengalaman yang lebih menarik baginya.

"Tapi ternyata semua tiket sudah ditempah, dan tidak ada yang boleh dilakukan selain menunggu," ujar Margarid.

Sebulan penuh menunggu tiket perjalanan membuat Margarid gelisah, seperti ada sesuatu yang memaksa dirinya tapi ia sendiri tidak mengertai sesuatu itu apa. Hari-hari berlalu, situasi pun berubah. Ibu Margarid tiba-tiba membatalkan rancangan perjalanannya ke Mesir dan menawarkan Margarid untuk menggantikannya.

Tuesday, November 15, 2011

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. 
 
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. 
 
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. 
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. 
 
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Monday, November 14, 2011

10 mamalia yang jarang ditemui

1. Hairy Saki


Monyet yang hidup di lembah sungai amazon ini kebanyakan tinggal di atas pokok. Monyet ini juga dikenali sebagai monk saki kerana bulu kepala monyet ini berbentuk seperti topi pendeta (monk's cowl), Hairy Sakis sangat jarang dilihat , di tangkap kerana sifatnya yang panik. Monyet ini cenderung panik dan boleh mati kerana ketakutan ketika ditangkap.

2. Aardwolf 

 


Mamalia afrika yang menyerupai hyena kecil. Namanya Aardwolf yang bererti 'earth wolf' kerana dia tinggal dalam liang tanah.

3. Argali 

 


Kambing liar terbesar (tingginya kurang lebih 120 cm) yang mempunyai tanduk yang besar dan bergulung, berasal dari Asia Tengah (Siberia, Mongolia, dan Tibet. Binatang ini terancam pupus, kerana sering diburu dan digunakan dalam pengubatan cina.

4. Douroucouli

 


Dikenali juga dengan monyet burung hantu kerana  mempunyai mata coklat yang besar. Haiwan ini merupakan satu-satunya monyet nocturnal (haiwan yang mencari makan pada malam hari). Haiwan ini berasal dari Amerika Tengah dan Selatan.

Kamarulzaman Abdullah : Perginya seorang anak, ayah, suami, sahabat dan pejuang.

Salam, 
Penulis membaca sepintas lalu kematian Pembantu Khas Datuk Husam dalam harakahdaily. Tak terlintas langsung bahawa manusia yang meninggal dunia itu adalah orang yang penulis kenal.

Bila penulis buka FB Group rakan seperjuangan di kampus , terpaku penulis bahawa Kamarulzaman Abdullah telah pergi buat selamanya. 

Penulis memang tidak tahu bahawa Kamarulzaman sudah bertugas bersama Datuk Husam di Kelantan. Sebelum ini, beliau aktif di Penang selepas tamat universiti dan bergiat dengan GAMIS.

Kamarulzaman ada beberapa kali bertemu dengan penulis semasa beliau memimpin jamaah kampus dan GAMIS. Semua pertemuan beliau dengan penulis , fokus perbincangannya adalah jamaah sama ada di kampus dan di luar kampus.

Mungkin rakan seperjuangannya di kampus lebih mengenalinya daripada penulis. Namun, walaupun hanya beberapa kali bertemu dengannya ,penulis kagum dengan akhlak dan kepimpinannya.

Seorang yang sangat menghormati orang lain, sedia mendengar pandangan orang lain, sentiasa meletakkan keutamaan jamaah  dari yang lain.

Perginya Kamarulzaman satu kehilangan besar kepada jamaah. Perginya semasa berjuang dalam usia yang masih muda.

Penulis akan paparkan tulisan rakan sepejuangan Allahyarham dalam blog Ibnutukiman mengenai pemergian Kamarulzaman. Bacalah........
 
Dalam sibuk bersiap untuk kerja, bunyi pesanan ringkas (sms) yang bertalu-talu pada pagi Jumaat, 11 November lalu sedikit mengganggu. Biasanya pagi-pagi ni sms-sms promosi entah apa-apa atau sms daripada Celcom saja yang saya terima. Apabila dibaca salah satu sms yang diterima, berderau darah saya, serentak dengan sebutan “innalillah wa inna ilaihi raajiun”.

Berita yang saya terima amat mengejutkan; sahabat baik semasa di USM dulu telah meninggal dalam kemalangan. Beliau; Kamarulzaman Abdullah, terlibat dalam kemalangan selepas pulang dari Parlimen untuk menghadiri majlis penyerahan “Amanat Tun Razak” kepada PM berhubunga tuntutan royalti minyak Kelantan.

Sunday, November 13, 2011

Kerinduan seorang pemuda kepada bidadari bermata jeli

 
 Gambar hiasan
Abdul Wahid bin Zaid berkata, “Ketika kami sedang duduk-duduk di majlis kami, aku pun sudah siap dengan pakaian perangku, kerana ada komando untuk bersiap-siap sejak Isnin pagi. Kemudian ada seorang laki-laki membaca ayat, (ertinya) ‘Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin jiwa dan harta mereka dengan memberi Syurga.’ (At-Taubah: 111). Aku menyambut, “Ya, kekasihku.”

Lelaki itu berkata, “Aku bersaksi kepadamu wahai Abdul Wahid, sesungguhnya aku telah menjual jiwa dan hartaku dengan harapan aku memperoleh Syurga.”

Aku menjawab, “Sesungguhnya ketajaman pedang itu melebihi segala-galanya. Dan engkau sajalah orang yang aku sukai, aku khuatir sekiranya engkau tidak mampu bersabar dan tidak mendapatkan keuntungan dari perniagaan ini.”

Laki-laki itu berkata, “Wahai Abdul Wahid, aku telah berjual beli kepada Allah dengan harapan mendapat Syurga, mana mungkin jual beli yang aku persaksikan kepadamu itu akan melemahkan.”

Dia berkata, “Nampaknya aku prihatin kemampuan kami semua, …kalau orang kesayanganku sahaja mampu melakukan, apakah kami tidak?” 
 
Kemudian lelaki itu menginfakkan seluruh hartanya di jalan Allah kecuali seekor kuda, senjata dan sekadar bekal untuk perang. Ketika kami telah berada di medan perang dialah lelaki pertama kali yang tiba di tempat tersebut. 
 
Dia berkata, “Assalamu ’alaika wahai Abdul Wahid,” 
 
Aku menjawab, “Wa’alaikumussalam warahmatullah wa barakatuh, alangkah beruntungnya perniagaan ini.”

Kemudian kami berangkat menuju medan perang, lelaki tersebut sentiasa berpuasa di siang hari dan qiyamullail pada malam harinya melayani kami dan menggembala haiwan ternak kami serta menjaga kami ketika kami tidur, sehingga kami tiba di wilayah Rom.

Ketika kami sedang duduk-duduk pada suatu hari, tiba-tiba dia datang sambil berkata, “Betapa rindunya aku kepada bidadari bermata jeli.”

Kawan-kawanku berkata, “Sepertinya lelaki itu sudah mulai hilang ingatan.”