Saturday, August 13, 2011

Pemain-pemain bolasepak antarabangsa yang berpuasa

Ini adalah antara-antara pemain bolasepak terkenal dunia yang beragama Islam.Semasa kita umat Islam menyambut bulan puasa mereka yang beragamaI slam ini juga berpuasa walaupun mereka ini berada di bumi Eropah yang penuh dengan cabaran dan kehidupan sosial...

Benzema - Real Madrid
Kanoute - Sevilla
Kolo Toure - Man City
Ribery -Bayern Munich
Anelka - Chelsea
Yaya Toure - Man City
Abidal - Barcelona

10 jambatan unik dan mengerunkan

1. Jambatan Immortal (Cina)
Gunung Tai di Daerah Shandon Cina telah mempunyai nilai budaya dan agama selama ribuan tahun. Ini adalah salah satu dari lima gunung suci di Cina dan berhubungan dengan kelahiran, fajar dan kebangkitan.

Ketika anda mendaki sampai gunung anda akan menemui Jambatan Immortal ini.Jambatan ini terdiri dari tiga batu besar dan beberapa yang lebih kecil. Di bawah ini adalah sebuah lembah dan selatan adalah jurang yang sepertinya nampak tak berdasar. 
Tidak ada yang cukup tahu mengapa batu-batu besar itu jatuh dan tersusun ke tempat itu semasa ini tetapi sangat mungkin batu-batu jambatan alam itu telah ada sejak zaman ais

2. Jambatan Tua Konitsa (Yunani)
Jambatan ini selama berabad-abad dalam merentangi Sungai Aoos Yunanu, yang penuh di musim sejuk. Jika anda melihat dengan cermat ke kanan di bawah bahagian atas jambatan, anda dapat melihat sebuah lonceng kecil. 
Penduduk kampung mengatakan bahawa ketika ada cukup angin sehingga loceng itu berbunyi,semasa itu terlalu berbahaya untuk menyeberangi jambatan

3. Jambatan Tali Carrick-a-Rede (Ireland)
Carrick-a-Rede Rope Bridge adalah jambatan bertali dekat Ballintoy, County Antrim, Ireland Utara. Jambatan menghubungkan daratan ke Pulau kecil Carrick .

Jambatan ini dimiliki dan dikelola oleh National Trust, meliputi dua puluh meter dan adalah tiga puluh meter di atas batu di bawah ini.Hari ini jambatan ini menjadi objek pelancungan, dengan 247.000 pengunjung pada tahun 2009. 
Ketika terjadi angin di atas jambatan, ini benar-benar sebuah pengalaman yang mengerunkan, menakutkan sekaligus gayat (jika anda takut ketinggian) tapi menggembirakan.

4. Jambatan Royal Gorge 
http://farm6.static.flickr.com/5107/5633961977_2325709410.jpg
Royal Gorge Bridge adalah objek pelancungan di Canon City, Colorado, dalam sebuah taman 360-hektar.

Jambatan tergantung dalam ketinggian 955 kaki (291 m) di atas Sungai Arkansas, dan memegang rekod jambatan tertinggi di dunia dari tahun 1929 hingga tahun 2003, ketika dikalahkan oleh Jambatan Sungai Beipanjiang di Cina.

Ini adalah jambatan gantung dengan merentangi sejauh 938 kaki (286 m).Jambatan yang panjangnya 1.260 kaki (384 m) dan lebar 18 kaki (5,5 m) , dengan papan kayu berjumlah 1292. Jambatan yang digantungkan dari menara setinggi 150 kaki (46 m)

Air Ramadhan yang dinanti

0diggsdigg
0
email
Air adalah asal berasal dari segala macam bentuk kehidupan. Dari air bermula kehidupan dan kerana air peradaban tumbuh dan berkembang. 70% bumi terdiri dari air, dan tubuh kita sebaagian besar terdiri dari air.

Tanpa air peradaban akan surut dan malah kehidupan akan musnah kerana bumi akan menjadi sebuah bola batu dan pasir raksasa yang luar biasa panas, kukuh, dan merintangi di alam raya menuju kemusnahan.

Demikian juga dengan asal berasal dan maksud penciptaan manusia adalah untuk beribadah dan ketaatan kepada RabbNya, pengingkarannya akan mendapatkan balasan sebagaimana umat-umat terdahulu, seperti kisah nabi kaum nabi Nuh As yang ditenggelamkan oleh air banjir, kaum nabi Luth As yang di azab dengan gunung berapi, dsb. Ketiadaan ketaatan dan ibadah kepada RabbNya, akan mendatangkan azab dan kemusnahan kehidupan manusia


Allah SWT berfirman :

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku” (QS. Adz-Dzariyaat: 56)

Dan berapalah banyaknya kota yang Aku tangguhkan (azab-Ku) kepadanya, yang penduduknya berbuat zalim, kemudian Aku azab mereka, dan hanya kepada-Kulah kembalinya (segala sesuatu).”
(QS. Al-Hajj: 48)

Hadits Nabi SAW :

Dari Abu Dzar bin Junadah dan Abu Abdurrahman Muadz bin Jabal RA., dari Rasulullah saw., beliau bersabda : “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Sertailah (tutuplah) keburukan itu dengan kebaikan, niscaya kebaikan tadi akan menghapus keburukan, dan pergaulilah manusia dengan akhlaq yang baik.” (HR. Turmudzi)

Friday, August 12, 2011

Peningkatan ketinggian air laut sehingga 1.6 meter pada tahun 2100



Cepatnya perubahan iklim di Kutub Utara serta mencairnya sebahagian ais di Greenland berpotensi meningkatkan ketinggian air laut hingga 1,6 meter pada tahun 2100 akan datang. 
Kenaikan ini lebih tinggi dibandingkan sebahagian besar kajian ilmiah sebelumnya.

Kenaikan air laut hingga 1,6 meter akan mengancam sejumlah kawasan, mulai dari Bangladesh sampai Amerika Syarikat dan bandar-bandar mulai dari London hingga Shanghai. 
Kenaikan air laut juga akan meningkatkan kos pembiyaan kerajaan, misalnya pembangunan benteng penahan banjir atau tsunami di Jepun.

“Enam tahun terakhir, sehingga 2010, merupakan tempoh terpanas yang pernah tercatat di Kutub Utara,” demikian laporan yang dibuat oleh Arctic Monitoring and Assessment Programme (AMAP) yang dianggotai oleh lapan negara Arctic Council.

Kelebihan membaca Al-Quran sepanjang Ramadhan

Pasti kita semua sudah tahu sabda Rasulullah SAW ini: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” 

Kerana itu Rasulullah SAW memperbolehkan kita untuk iri kepada mereka. “Tidak boleh iri kecuali kepada dua orang, iaitu orang yang dianugerahi Al-Qur’an oleh Allah, lalu ia membacanya ketika menunaikan solat di waktu malam dan siang hari; dan orang yang diberi harta lalu ia menyedekahkannya di waktu malam dan siang hari.”

Tentu saja rasa iri yang dimaksud Rasulullah SAW bukan dalam bentuk ekspresi negatif, tapi meniru apa yang dilakukan oleh manusia-manusia terbaik itu: belajar dan mengajarkan Al-Qur’an. 

Malah Rasulullah SAW sangat menghargai orang yang berusaha mengikuti jejak orang-orang terbaik itu meski belum sempurna dalam membaca Al-Qur’an. 

Kata Rasulullah SAW, “Orang yang membaca Al-Qur’an dan ia pandai membacanya, beserta para malaikat pembawa catatan amal, yang suci dan berbakti. Dan orang yang membaca Al-Qur’an dengan gagap dan ia kesulitan dalam membacanya, maka ia mendapatkan dua pahala.”

Rasulullah SAW juga menimbang seseorang dari dekatnya dengan Al-Qur’an. Beliau membuat perumpamaan, “Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah atrujah, baunya harum dan rasanya enak. Dan perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti buah kurma, ia tidak beraroma tapi rasanya manis. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti bunga wangi-wangian, baunya wangi tapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti buah hanzalah, ia tidak beraroma dan rasanya pahit.”

Dikali yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa, “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada sedikit pun Al-Qur’an, maka ia bagaikan rumah yang rosak.” Kerana itu, Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita untuk sentiasa berinteraksi dengan Al-Qur’an baik sendiri mahupun bersama-sama. 

Thursday, August 11, 2011

Doa paling utama pada bulan Ramadhan


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;


Surah Al-Baqarah:183

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)


Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?


Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.
 

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah
Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
 

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.
 

Suasana Ramadhan di Tanah Palestin





Warga Tebing Barat, Palestin, menunggu untuk melepasi pos sempadan Qalandia dalam perjalanan menuju Masjid Al Aqsa untuk beribadah, Jumaat (5/8). Pos Qalandia, yang dijaga Israel, berada di sempadan Ramallah di Tebing Barat dan Jerusalem.




Anak-anak Palestin membaca al-Quran di bulan Ramadhan di Salem, berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat.




Seorang pekerja menyiapkan roti yang akan diedarkan sebagai tajil di Gaza City, Rabu (3/8).





Beberapa orang kanak-kanak tertidur, sementara lainnya membaca al -Quran, di Masjid Al-Furqan di Gaza City, Selasa (2/8).

Hamba Allah yang rajin beribadah tapi bankrap akhirnya

 http://abuwafi98.files.wordpress.com/2010/07/susah-hati.jpg
Suatu ketika Rasulullah saw bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “wahai sahabat-sahabatku tahukah kalian siapakah orang yang bankrap itu?” Salah seorang sahabat Nabi menjawab, “Ya Rasulullah, orang yang bankrap itu adalah orang yang mengalami kerugian akan harta bendanya sehingga ia tidak memiliki apa-apa lagi.”

“Tidaklah demikian wahai sahabatku.” Jawab Nabi saw. “Orang yang bankrap adalah orang yang datang pada hari kiamat membawa pahala solatnya, puasanya, zakatnya, sedekahnya, wakafnya, hajinya dan umrahnya; tetapi ketika seluruh pahala kebaikannya itu ditimbang dihadapan Allah SWT, datanglah ISTERINYA yang mengadukan kezaliman yang diterimanya ketika hidup di dunia dahulu. 
“Ya Allah dahulu aku selalu mendapat perlakukan kasar darinya dan ia selalu menyakitiku.” Maka Allah menyuruh agar orang itu membayar kepada isterinya dengan sebahagian pahalanya.

Kemudian datang lagi ANAKNYA mengadukan kezaliman yang diterimanya kepada Allah SWT. “Ya Allah dahulu ketika aku hidup di dunia, ayahku ini memperlakukanku dengan tidak adil. Ia melebihkan saudaraku yang satu dari diriku. Disaat aku dalam kesulitan, ia tidak memperdulikanku walaupun aku selalu berbakti kepadanya.” Maka Allah menyuruh orang itu membayar kepada anaknya dengan sebahagian pahalanya.

Wednesday, August 10, 2011

Betul-betul keterlaluan orang yang mempunyai ibu bapa tetapi tidak boleh menghantarnya ke syurga

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiz7H1jvrsF7u8lbkxcllByYZ5I8rCSypJAPwqxd4fAW1N86cybzNrM7yXR_Hv-cDUyJ0P_Pk5v5jXRwhEDvfsoqkyVxWF_DfW9TlYkKbm8iAxLYjN6hw1c36zyQoCJd-elBAM71FN4Thrj/s320/doa+untuk+ibu+bapa.jpg
Salah seorang sahabat ra pernah datang kepada Rasulullah saw dan berkata,”Wahai Nabi, sungguh ibuku telah uzur lantaran tua. Akulah yang beri makan minum dengan tanganku. Aku pun mewudhuinya, mengangkatnya di atas bahuku. Sudahkah aku bayar semua jasa-jasanya untuk yang demikian itu?” 
“Belum,”jawab Rasulullah,”Sedikit pun belum. Walaupun satu persen sekali pun. Namun engkau telah berlaku baik. Allah akan memberimu pahala yang banyak atas amalmu yang sedikit itu.”

Dari Abi Burdah, ia melihat Ibnu ‘Umar dan seorang penduduk Yaman yang sedang tawaf di sekitar Ka'bah sambil menggendong ibunya di punggungnya. Orang itu menyanyi lembut, "Sesungguhnya diriku adalah tunggangan yang sangat patuh dari seorang ibu. Apabila tunggangan yang lain lari, maka aku tidak akan lari."

Orang itu lalu berkata, "Wahai Ibnu Umar apakah aku telah membalas budi kepadanya?" Ibnu Umar menjawab, "Engkau belum membalas budinya, walaupun setarik nafas yang ia keluarkan ketika melahirkan." (Adabul Mufrod no. 11. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih secara sanad)

Dari Thaisalah bin Mayyas, ia berkata bahwa Ibnu Umar pernah bertanya, "Apakah engkau takut masuk neraka dan ingin masuk syurga?" ”Ya, saya ingin”, jawabku. Beliau bertanya, "Apakah kedua orang tuamu masih hidup?" "Saya masih mempunyai seorang ibu", jawabku. 
Beliau berkata, "Demi Allah, sekiranya engkau berlemah lembut dalam berkata baik kepadanya dan memasakkan makanan baginya, sungguh engkau akan masuk syurga selama engkau menjauhi dosa-dosa besar."(Adabul Mufrod no. 8. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Saat-saat Helikopter CH-47 Chinook USA berkecai di tangan pejuang Taliban


Helikopter CH-47 Chinook, Sabtu malam, terbang di atas wilayah Wardak, yang ingin melakukan operasi menyelamat pasukan Rangers yang terkepung oleh pejuang Taliban.

Helikopter CH-47 Chinook itu membawa pasukan elite SEAL, Angkatan Laut Amerika Syarikat yang sangat terkenal reputasinya. Pasukan inilah yang disebut- sebut membunuh pemimpin al-Qaidah Usama bin Laden, di Abodtabat, Pakistan, 2 Mei lalu.
Helikopter CH-47 Chinook membawa 38 pasukan elite, sekurang-kurangnya 22 anggota SEAL, termasuk Team Elit 6. Dilengkapi berbagai macam senjata super canggih antara lain teropong infra red, yang dapat menembusi kegelapan malam, anjing penjejak, 7 orang pasukan pemerintah Afghanistan, dan seorang penterjemah.
Helikopter itu juga membawa bahan makanan yang cukup digunakan sepanjang dalam operasi.
Pilot helikopter ini pun dipersiapkan untuk boleh meminimakan serangan tembakan musuh. Dengan cara terbang rendah dan cepat. Inilah yang disebut dengan penerbangan “bumi tertidur”. 
Di mana helikopter menjadi sebuah roller coaster udara, kerana perlu terbang rendah lalu memanjat puncak lereng bukit di Afghanistan yang sangat keras, kemudian secara drastik menjunam  ke sisi lain. Kelajuannya seperti kerdipan mata, dan menghilang dalam kiraan saat.

Tuesday, August 9, 2011

Bertaubatlah, bacalah betapa dahsyatnya azab Neraka

  http://tafsiralazhar.110mb.com/myfile/S-Al-Furqon/Dataayat/25-65.png
Wahai hamba Allah, kaum Muslimin, ketahuilah sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala menciptakan makhluk supaya mereka mengenal Allah Subhanahu wata’ala dan menyembah-Nya dan supaya mereka takut kepada-Nya. 

Dan Allah Subhanahu wata’ala telah menggambarkan tentang pedihnya siksaan-Nya dan dahsyatnya api Neraka-Nya di dalam Al Quranul karim dengan pensifatan yang sedemikian banyak dan pengulangan yang beraneka ragam. 

Seluruh hal tersebut Allah Subhanahu wata’ala sifatkan tentang api Neraka dan apa yang Allah Subhanahu wata’ala siapkan berupa siksaan dan kepedihan dan yang terkandung di dalamnya berupa makanan dari zaqqum, addhori’, air yang mendidih, belenggu, dan rantai yang membuat bergetar hati orang-orang beriman yang takut kepada Allah Subhanahu wata’ala yang maha perkasa lagi maha kuat. 

Dan membuat bergetar hati para hamba yang menyedari dirinya bahawa dia akan berdiri di hadapan Allah Subhanahu wata’ala yang maha perkasa.

Sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala telah memperingatkan dari api Neraka dan demi Allah!… tidaklah Allah Subhanahu wata’ala memperingatkan kepada hamba-Nya dan membuat mereka takut kepada sesuatupun yang lebih keras dan lebih dahsyat dari api Neraka. Allah Subhanahu wata’ala berfirman,


فَأَنْذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّى


“Maka Kami memperingatkan kamu dengan Neraka yang menyala-nyala” (Al Lail: 14)


Dan Allah Subhanahu wata’ala berfirman,


إِنَّهَا لإحْدَى الْكُبَرِ. نَذِيرًا لِلْبَشَرِ


“Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar, sebagai ancaman bagi manusia.” (Al Muddatsir: 35)


Dan diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ad Darimi, dan Al Hakim, dari An Nu’man bin Basyir Radhiallahu’anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam berkhutbah dan berkata, ’saya peringatkan kalian dari api Neraka, saya peringatkan kalian dari api Neraka’. Andaikata seseorang berada di pasar ia akan mendengarkan suara tersebut dari tempatku ini. Dan waktu itu beliau membawa selendang yang tadinya berada di bahu kemudian jatuh di kakinya.” Menunjukkan kerasnya beliau memperingatkan hal tersebut kepada umatnya.


Allah Subhanahu wata’ala dan Rasul-Nya Shallallahu’alaihi wasallam telah menggambarkan bagaimana panasnya api Neraka, dan bagaimana golakan api Neraka, dan digambarkan bagaimana makanan dan minuman penghuninya, dan digambarkan bagaimana belenggu dan berbagai macam siksaan yang terkandung di dalamnya, dan digambarkan tentang pakaian orang-orang yang menghuninya. 

Seluruh hal tersebut sebagai seruan kepada hamba Allah Subhanahu wata’ala supaya takut dan bertakwa kepada-Nya dan bersegera menuju hal-hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah Subhanahu wata’ala.

Takutlah Kepada Allah Subhanahu wata’ala


Dan siapa yang menyaksikan, siapa yang memperhatikan tadabbur terhadap Al Quranul Karim dan sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dan memperhatikan bagaimana Sirah perjalanan hidup para ulama As Salaf, Ahlul Ilmi wal Iman dari kalangan para shahabat Radhiallahu’anhum dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, ia akan mendapatkan bagaimana rasa takut mereka kepada Neraka adalah suatu perkara yang sangat menakjubkan. 

Rasa takut inilah yang membawa mereka dalam keadaan yang mulia. Dan ini menunjukkan mereka di kedudukan yang tertinggi dalam keadaan taat kepada Allah Subhanahu wata’ala dan menjauhi segala sesuatu yang makruh apalagi yang diharamkan.

Seluruh hal tersebut sebagai rasa takut kepada Allah Subhanahu wata’ala takut dari ancaman api Neraka-Nya dan apa-apa yang Allah Subhanahu wata’ala telah siapkan bagi orang-orang yang melakukan maksiat kepada-Nya. Kerana itulah orang yang takut seperti ini telah dijamin untuk mereka Surga. Di dalam firman-Nya Allah Subhanahu wata’ala mengatakan,


وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ


“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua surga.” (Ar Rahman: 46)

10 fenomena alam yang menakjubkan

Begitu banyak Fenomena yang terjadi di dunia ini, malah ada yang beberapa fenomena tidak boleh kita percayai kerana tidak langsung melihatnya.
 
1. Ice Circles
 

Lingkaran ais merupakan fenomena yang sangat jarang sekali terjadi di air yang bersuhu sejuk. Lingkaran ais-ais besar ini dapat ditemui di Skandinavia dan Amerika Utara, dan kejadian yang terbaru terjadi di England, pada Januari 2009.

2. Red Tides
 

Sebuah fenomena alam yang terjadi kerana berkumpulnya mikroorganisme dipesisir tempat bercantumnya air dari muara, laut atau air sungai dan membuat air menjadi berwarna ungu dan merah.

3. Columnar Basalt
 

Formasi batu-batuan yang terbentuk disebabkan lava dari letusan gunung yang membeku. Basalt yang terkenal di dunia terletak di Giant’s Causeway di Irlandia Utara.

Rahsia di sebalik kelazatan kurma

http://generasiperkasa.com/blog/wp-content/uploads/2011/07/kurma-2.jpg 
Allah SWT telah melebihkan kurma dari buah-buahan yang lain. Allah menyebutkannya dalam Al-Qur’an dalam 20 tempat yang berbeza dengan menggunakan lafaz pohon kurma; an-Nakhl, an-Nakhiil dan an-Nakhlah.
Kurma mendapat tempat istimewa dalam Al-Qur’an dan sebenar-benar perkataan adalah Kalamullah (Al-Qur’an Al-Karim). Allah telah menetapkan bahawasanya pokok kurma ada di bumi, kemudian Allah mengutamakannya dengan menyebutkan ciri-ciri pokok dan buah ini:

“Di bumi itu ada buah-buahan dan pokok kurma yang memiliki kelopak mayang.” (Q.S. Ar-Rahman: 11)

Ibnu Katsir berkata, ”Allah menyebutkan buah kurma ini secara khusus kerana kemuliaan dan manfaat yang dikandungnya, baik ketika masih basah mahu pun ketika telah kering.”

“Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman di atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Q.S. Ar-Ra’du: 4)

Buah kurma mengandungi banyak manfaat, di antaranya kurma sangat dianjurkan bagi perempuan yang hamil dan yang akan segera melahirkan. Malah Allah memerintahkan Maryam binti ‘Imran untuk memakan buah kurma ini ketika ia sedang nifas.

Doktar Muhammad an-Nasimi dalam kitabnya, ath-Thibb an-Nabawy wal ‘Ilmil Hadis (Pengobatan Ala Nabi dan Ilmu Modern) mengatakan:

“Hikmah dari ayat ini secara perubatan adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat memerlukan makanan dan minuman yang kaya akan unsur gula, ini kerana banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi, tambahan lagi apabila perkara itu memerlukan waktu yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengawal gerakan rahim dan menambah masa sistolennya (kontraksi jantung ketika darah dipam ke pembuluh nadi). Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh.”

Monday, August 8, 2011

Satu kalimah yang boleh meroboh Tembok Ya'juj dan Ma'juj


Di antara bangsa-bangsa manusia, tidak ada bangsa yang sekuat ya'juj ma'juj, sekejam ya'juj ma'juj, dan sebanyak ya'juj ma'juj. Namun tidak disangka, bahawa kelak yang membebaskan mereka dari tembok kukuh Nabi Dzulqarnain adalah kalimah 'Insya Allah'.

Nabi Sulaiman a.s. lupa mengatakan "Insya Allah" semasa mengatakan, "Malam ini aku akan menyetubuhi 60 atau 70 isteriku sehingga mereka hamil. Lalu, setiap isteriku melahirkan seorang anak lelaki yang akan menjadi mujahid penunggang kuda fisabilillah." maka ia pun gagal mendapat anak (Kisah Nabi Sulaiman ini terabadikan dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketika malam itu beliau memang menyetubuhi 60 atau 70 isterinya, tetapi yang hamil hanya salah seorang diantara isterinya. Malah anak yang dilahirkannya pun dalam keadaan tidak sempurna fizikalnya. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda : "Jika Nabi Sulaiman AS mengucapkan insya Allah, niscaya mereka akan berjihad di jalan Allah sebagai penunggang kuda semuanya." (HR Bukhari dan Muslim)}

Nabi Muhammad 'alaihi sholawat wassalam pernah ditanya oleh An-Nadhar bin Al-Harits dan `Uqbah bin Ani Mu'ith sebagai utusan kaum kafir Quraisy. Pertanyaan yang diajukan oleh kedua orang ini adalah : Bagaimana kisah Ashabul Kahfi ?, Bagaimana kisah Dzulkarnain ?, dan Apa yang dimaksud dengan Ruh?.

Rasulullah SAW bersabda kepada dua orang itu "Esok akan saya ceritakan dan saya jawab.". Akan tetapi Rasulullah SAW lupa mengucapkan "Insya Allah". Akibatnya wahyu yang datang setiap kali beliau menghadapi masalah pasti terputus selama 15 hari.

Kisah jiran Nabi Musa di syurga

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEim8cYNks6KfkkZY7eJxj1-qGP6M_ptr756DfqsAFb0YbTY2mk8phw0Uq8nOSjAeOeppbP07mAqzzYYnpAiJ3mXyA7BcT6UUDpgoPOO2Ycmxa6LOGUOejGczZ32BUvk2SsFOhkGumnT_To9/s1600/doa_ibu_bapa+copy.jpg
Nabi Musa merupakan satu-satunya nabi yang dapat berdialog dengan Allah. Setiap kali hendak bermunajat beliau selalu menuju Bukit Tursina dan diatas bukit inilah beliau akan bertanya kepada Allah SWT.

Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah SWT, “ya Allah siapa gerangan jiranku nanti disurga?”. Kemudian Allah SWT memberi tahu nabi Musa nama orang tersebut beserta tempat tinggalnya.

Nabi Musa pun bertandang ke rumah orang tersebut, sesampainya dirumah orang tersebut Nabi Musa dipersilakan masuk oleh si pemilik rumah, seorang anak laki-laki remaja. 
Tapi tidak seperti pada umumnya remaja ini segera meninggalkan nabi Musa dan masuk ke sebuah bilik kemudian keluar dengan menggendong seekor babi, seolah tanpa menghiraukan tetamunya, remaja ini memandikan babi betina yang digendongnya tersebut penuh berhati-hati.

Kemudian setelah selesai dimandikan, babi tersebut diberinya wangian, memeluk dan menciuminya kemudian dimasukan ke bilik lagi penuh sayang. Remaja tersebut keluar lagi dengan menggendong seekor babi lagi namun kali ini babi jantan, kemudian memandikanya seperti sebelumnya.

Melihat hal ini nabi Musa pun hairan dan bertanya dalam hati, “ya Allah inikah jiranku nanti disurga”.

Sunday, August 7, 2011

Kisah Kätlin Hommik memeluk Islam setelah mencari jawapan sejak berusia 3 tahun

Kätlin Hommik
Kätlin Hommik lahir dari keluarga yang menganut agama Kristian di Estonia. Tapi Estonia ketika Hommik masih kanak-kanak, berada di bawah kekuasaan Soviet Union yang berideologikan komunis, dimana agama menjadi perkara  yang dilarang dan tidak seorang pun boleh membicarakan soal agama.

Satu perkara yang masih diingati Hommik, ketika ia berusia tiga tahun dan menanyakan pada ayahnya, "Apa yang jadi pada saya semasa mati?". Hommik melihat wajah ayahnya tercengang mendengar pertanyaannya. "Bagaimana boleh anak usia tiga tahun mengajukan pertanyaan seperti ini," begitu mungkin yang terlintas di benak sang ayah.


Ayahnya tak memberi jawapan yang memuaskan Hommik kecil. Di tengah kehidupan masyarakat yang berada di bawah kekuasaan komunis yang tidak percayakan Tuhan, ayah Hommik hanya memberikan jawaban singkat dan sederhana, "Anakku sayang, kamu hanya akan di kubur di dalam tanah ..."


"Saya tidak pernah mendengar perkara yang tidak logik dan menakutkan seperti jawapan ayah saya pada hari itu. Jawapan yang membuat saya mencari kebenaran, walaupun waktu itu saya baru berumur tiga tahun. Tapi jalan panjang membentang di hadapan saya. Saya tahu, atau sebenarnya merasa bahawa Tuhan itu ada, walaupun saya tidak boleh menyebut-Nya dengan sebutan apa," kata Hommik.

Rahsia dibalik kalimat azan di waktu Subuh


Mungkin ada dari pembaca yang tidak menyedari, apa sebab Allah swt memerintahkan kita bangun pagi dan solat subuh? Dan mengapa dalam azan subuh terdengar kalimat yang berbeza, kalimat yang tidak ada pada azan di lain waktu.

“ash shalaatu khairun minan naum“

Jika kita terjemahkan, akan bererti Solat itu lebih baik daripada tidur. Tetapi cuba perhatikan baik baik. Mengapa kalimat itu hanya dikumandangkan semasa azan subuh saja? Dalam kalimat itu Allah SWT ternyata sedang memberikan isyarat kasih sayangnya pada kaum muslimin, satu isyarat yang sering kita abaikan maknanya, yang jika kita tangkap isyarat itu lebih kurang akan berbunyi seperti ini

"solat (pada masa) itu lebih baik dari pada tidur".

Subhanallah Laa Khaula Wa Laa Quwwata Illa Billaah, Lalu mengapa isyarat itu dikumandangkan hanya pada solat subuh, tatkala kita semua sedang tidur , dan bukan pada azan untuk solat lain?.

Pada kajian  MILIS, kajian GISSI 2 dan kajian-kajian lain di luar negeri, yang dipercayai sebagai suatu penyelidikan yang sahih mendapati satu kesimpulan jika puncak terjadinya serangan jantung sebahagian besar dimulai pada jam 6 pagi sehingga jam 12 tengahari.

Mengapa demikian? Kerana pada masa itu sudah terjadi perubahan pada sistem tubuh dimana terjadi kenaikan tegangan saraf simpatis (istilah Cina:Yang) dan penurunan tegangan saraf parasimpatis (YIN).

Tegangan simpatis yang meningkat akan menyebabkan kita sedia bergerak, tekanan darah akan meningkat, denyutan jantung lebih kuat dan sebagainya.

Pada tegangan saraf parasimpatis yang meningkat maka terjadi penurunan tekanan darah, denyut jantung kurang kuat dan lambat. Terjadi peningkatan aliran darah ke perut untuk melumatkan makanan dan berkurangnya aliran darah ke otak sehingga kita merasa mengantuk, cenderung kepada keadaan istirehat.

Pada pergantian waktu pagi buta (mulai pukul 3 dinihari) sampai siang itulah secara diam-diam tekanan darah berangsur naik, terjadi peningkatan adrenalin yang meningkatkan tekanan darah dan penyempitan pembuluh darah (efek vasokontriksi) dan meningkatkan sifat agregasi trombosit (sifat saling melekat satu sama lain pada sel trombosit agar darah membeku) walaupun kita tertidur.
 
Aneh bukan? Perkara ini terjadi pada semua manusia, setiap hari termasuk anda dan saya mahu pun bayi anda. Perkara seperti ini disebut sebagai ritme Circardian/Ritme sehari-hari, yang secara semulajadi diberikan Allah swt kepada manusia.

Furgot dan Zawadsky pada tahun 1980 dalam penyelidikannya mengeluarkan sekumpulan sel dinding arteri sebelah dalam pada pembuluh darah yang sedang diselidikinya . Pembuluh darah yang normal yang tidak dibuang sel-sel yang melapisi dinding bahagian dalamnya akan melebar bila dititisi suatu zat kimia iaitu: Asetilkolin.

Pada penyelidikan ini terjadi keanehan, dengan dikeluarkannya sel-sel dari dinding sebelah dalam pembuluh darah itu, maka pembuluh tadi tidak melebar bila dititisi asetilkolin.

Penemuan ini menimbulkan kegemparan dalam dunia perubatan
 
“Jadi itu apa yang menentukan melebar atau menyempitnya pembuluh darah, sesuatu penemuan baru yang sudah sekian lama, sekian puluh tahun diteliti tapi tidak bertemu”.

Penyelidikan itu segera diikuti penyelidikan yang lain diseluruh dunia untuk mengetahui zat apa yang ada didalam sel bahagian dalam pembuluh darah yang mampu mengembangkan/melebarkan pembuluh itu. Dari sekian ribu penyelidikan maka zat tadi ditemui oleh Ignarro serta Murad dan disebut NO/Nitrik Oksida.

Ketiga penyelidikan itu Furchgott dan Ignarro serta Murad mendapat hadiah NOBEL tahun 1998.