Saturday, July 30, 2011

7 binatang bergerak paling lambat di dunia

Bila ada binatang tercepat didunia tentu ada juga binatang terlambat di dunia,, 7 binatang berikut ini adalah tujuh binatang dengan rekod pergerakan dari satu tempat ke tempat lainnya paling lambat di dunia

7. Koala (25mph)
 

Koala adalah mamalia marsupial yang bergerak perlahan-lahan dan binatang malam. Tangan dan kaki yang khusus disesuaikan untuk memanjat pokok. Koala tidur di pokok-poko kayu putih di siang hari. Koala adalah salah satu spesies yang dilindungi, tetapi terancam akibat hilangnya habitat.

6. Gila Monster (15mph)
 

Gila Monster adalah spesies mengkarung besar, awalnya ditemui di Amerika Syarikat dan Mexico utara selatan. Gila Monster mempunyai kaki yang kuat dan kuku panjang yang digunakan untuk menggali. Gila monster menghabiskan sebahagian besar waktu di liang bawah tanah. Gila monster biasanya makan tikus, anak arnab, dan telur burung yang ditemui di dalam tanah.

5. Dugung (13mph)

http://blogs.wvgazette.com/johnmccoy/files/2011/02/Manatee.jpg


Dugung adalah mamalia laut yang besar dan dungung juga dikenal sebagai lembu laut. Dugung mempunyai berat kira-kira lebih dari 500kg dan dapat membesar lebih dari 4,5 meter. Meskipun mempunyai ukuran besar, dugung boleh bertahan hidup hingga 70 tahun. 

Peluang keemasan di bulan Ramadhan

http://sman17garut.net/foto_berita/4persiapan%20ramadhan.jpg
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. 
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan Ramadhan yang kesemuanya insya Allah akan kita bentangkan satu persatu dalam risalah kecil ini.
Sekarang ini kita berada di bulan Sya'ban. Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. 
Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita. Mati datang tidak menentu. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa bersedia. Rebutlah peluang semasa hayat masih ada ini supaya di akhirat kita tidak menyesal dengan sesalan yang tiada gunanya lagi.
Membuat persiapan untuk memasuki Ramadhan
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta'zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah:
  1. Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya'ban.
  2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa
  3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
  4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.
Pertama: Banyak berpuasa di bulan Sya'ban bermula dari awal bulan lagi
Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan;
كَانَ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَصُومُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلاَّ رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَاماً فِي شَعْبَانَ
"Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya'ban". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Usamah bin Zaid r.a. menceritakan; "Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; 'Ya Rasulullah, mengapakah aku tidak melihat kamu banyak berpuasa di bulan-bulan lain sebagaimana kamu berpuasa di bulan Sya'ban'. Jawab Rasulullah; 'Bulan Sya'ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa". (Riwayat Imam an-Nasai)
Namun demikian, bagi orang yang tidak berpuasa langsung di awal Sya'ban (yakni dalam masa 15 hari awal Sya'ban), maka ia dilarang berpuasa selepas nisfu Sya'ban (yakni pertengahan Sya'ban). Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;
إِذَا بقي نصفٌ من شَعبَانَ فَلاَ تصُومُوا
"Apabila berbaki separuh dari bulan Sya'ban maka janganlah kamu berpuasa". (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)
Menurut ulama', hadis ini merujuk kepada orang yang tidak berpuasa di bahagian awal Sya'ban sekalipun pada 15 Sya'ban (yakni hari nisfu Sya'ban) atau orang yang sengaja memilih hari-hari di hujung Sya'ban untuk berpuasa, bukan kerana puasa itu berkebetulan dengan kebiasaannya (seperti puasa Isnin dan Kamis atau puasa selang sehari) atau bukan kerana puasa Qadha', Nazar dan Kafarah. 
Maka mereka dilarang berpuasa selepas bulan Sya'ban menjangkau pertengahannya. Adapun jika mereka telah memulai puasa sebelumnya sekurang-kurangnya berpuasa pada hari nisfu Sya'ban, maka harus untuk mereka meneruskan puasa selepas nisfu Sya'ban.
Secara amnya –menurut ulama'- berpuasa selepas nisfu Sya'ban (kecuali dengan syarat-syarat yang disebutkan tadi) hukumnya adalah makruh. Namun hukum ini berubah kepada haram apabila Sya'ban masih tinggal sehari atau dua hari lagi sebelum Ramadhan, terutamanya yaumu asy-Syak (hari ragu iaitu hari 30 Sya'ban apabila orang ramai bercakap-cakap bahawa anak bulan kelihatan, namun tidak ada saksi yang mengukuhkannya). 
Menurut ulama' mazhab Syafi'ie, berpuasa pada hari Syak hukumnya haram sama ada dengan niat puasa Ramadhan (kerana berhati-hati) atau puasa sunat. Namun dikecualikan bagi orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa dan hari Syak itu jatuh pada hari ia berpuasa atau orang yang meneruskan puasa Sya'ban yang ia mulai sebelum bulan Sya'ban menjangkau pertengahannya, maka haruslah bagi mereka puasa pada hari-hari tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w.;
لا تَقَدَّمُوا شَهرَ رَمضَانَ بصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمََيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
"Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Berkata sahabat Nabi s.a.w. 'Ammar bin Yasir r.a.;
من صَامَ اليومَ الَّذِي شُكَّ فِيهِ فقد عصَى أَبا القاسمِ
"Sesiapa berpuasa pada hari syak, maka sesungguhnya ia mengingkari Abal-Qasim (gelaran bagi Rasulullah s.a.w.)". (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Begitu juga, dikecualikan jika puasa itu dikerjakan kerana ada sesuatu sebab seperti puasa Nazar atau puasa Qadha', maka sahlah puasa dan tidak diharamkan puasa pada hari Syak itu.
(Rujukan mengenai puasa Sya'ban di atas; at-Tajul Jami' lil-Ushul, Matn al-Ghayah wa at-Taqrieb (tahqiq dan ta'liq oleh Syeikh Majid al-Hamawi), Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 585, dan al-Fiqh al-Manhaji)
Mengenai kelebihan malam nisfu Sya'ban (yakni malam ke 15 Sya'ban), terdapat hadis di mana Rasulullah bersabda;
يَطَّلِعُ اللهُ عز وجل عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النـِّصْفِ مِنْ شَعْبَاْن فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِهِ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاْحِنٍ
"Pada malam nisfu Sya'ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya, lalu Ia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara seagama". (Riwayat Imam at-Thabrani dan Ibnu Hibban dari Mu'az bin Jabal r.a.)
Kedua: Mengulangkaji kembali ilmu atau pengetahuan tentang puasa
Amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara'. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi;

Friday, July 29, 2011

Labu terbesar di dunia

Diameternya lebih dari 5 meter dengan berat 750 kg, labu raksasa ini hasil usaha Ian dan Stuart Paton, yang menjadi bakal labu terbesar di dunia pada masa ini.

Pasangan kembar Ian dan Stuart Paton telah menanam labu-labu ini selama 30 tahun, dan tahun ini salah satu hasil labunya akan menjadi yang terbesar di dunia. Beratnya yang sudah mencapai 750 kg lebih dan terus tertambah lira-kira13 kg tiap harinya, malah labu lebih berat dari sebuah kereta Fiat 500.
 

Kehidupan orang Eskimo di kutub bumi

Eskimo adalah istilah yang dipakai untuk menyebut orang-orang yang menghuni daerah kutub bumi. Kewujudan mereka tersebar di sebahagian besar daerah Siberia (Rusia), Alaska (Amerika Syarikat), Kanada, dan Greenland. Pada masa ini tercatat ada dua suku bangsa Eskimo yang menghuni kawasan-kawasan tersebut.

http://faktabukanopini.blogspot.com/

Bangsa Eskimo yang hidup di kawasan atas kutub utara memiliki sebuah rumah unik yang bernama Igloo, di katakan unik kerana seluruh bahagian rumah diperbuat daripada ais dan bentuknya setengah bulat( Dome ) dan berpintu masuk seperti silinder. Seperti keperluan rumah manusia lainnya, orang orang eskimo juga mempunyai alasan membuat Igloo untuk berlindung dari udara sejuk, binatang buas ( binatang buas kutub seperti beruang ).

Hidup di -45F tidak menjadikan mereka berdiam diri untuk menghangatkan badan mereka!!! setidaknya mereka juga melakukan aktiviti dalam kehidupan kutub mereka yang jauh dari peradaban tekhnologi canggih


Pengangkutan


http://faktabukanopini.blogspot.com/
http://faktabukanopini.blogspot.com/

Tempat tinggal mereka di bina seadanya.


Petempatan


http://faktabukanopini.blogspot.com/

http://faktabukanopini.blogspot.com/


10 pulau terasing di dunia

1. Tristan da Cunha


Tristan da Cunha merupakan kumpulan vulkanik pulau terpencil di Lautan Atlantik Selatan, dan juga nama dari pulau utama kumpulan itu. Ini adalah kepulauan dihuni paling terpencil di dunia, berbearing 2.816 kilometer dari daratan terdekat, Afrika Selatan, dan 3.360 kilometer dari Amerika Selatan.
Ini adalah sebahagian dari wilayah luar negeri England dari Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha yang juga termasuk St Helena 2.430 kilometer di utara, dan khatulistiwa Ascension Island .Kumpulan pulau Atlantik Selatan menjadi satu yang jauh dari pusat diberikan agregat . Tristan da Cunha dikatakan lokasi "dihuni paling terpencil di Bumi. Ini mempunyai penduduk berjumlah 275 orang sahaja.


wilayah ini terdiri dari pulau utama Tristan da Cunha itu sendiri, yang meliputi kira-kira 7 mil dan mempunyai luas wilayah 98 kilometer persegi, bersama dengan Kepulauan Nightingale yang berpenghuni dan perlindungan mergastua yang dapat diterima dan Pulau Pulau Gough.

terselubung.blogspot.com


2. Kiribati

Kiribatiis sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik tengah tropika. Terdiri dari 32 atol dan sebuah pulau karang, meluas lebih dari 3.500.000 kilometer persegi, terletak di garisan khatulistiwa, dan bersempadan dengan International Date Line ke timur. 
Nama Kiribati adalah ucapan tempatan "Gilbert", berasal dari rantaian pulau utama, Kepulauan Gilbert. Kiribati merdeka dari Britain pada tahun 1979. Anggota Commonwealth of Nations, IMF dan Bank Dunia, dan menjadi anggota penuh PBB di 1999.Kiribati, sebuah pulau yang terletak di sempadan tanah timur planet ini, jauh dari peradaban adalah 2.665 km. 
Kiribati mempunyai cadangan terbesar laut dilindungi dengan pantainya yang indah. Di pulau terpencil ada air minuman, makanan dan kemudahan untuk pelancungan , Kiribatija paling mudah dihubungi oleh udara dari Honolulu.

terselubung.blogspot.com


3.Piticairn


Kepulauan Piticairn empat pulau vulkanik dalam terbentang luas Pasifik, yang disebut syurga "untuk terdampar" Makanan dan keperluan lainnya ke pulau kapal-kapal yang dikirim setiap kali prevaljuju hari dari 2.172 km untuk sampai ke pulau ini.
Nama rasmi Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Islands, kumpulan dari empat pulau vulkanik di Lautan Pasifik bagian selatan. Kepulauan adalah wilayah luar negeri England yang terakhir berbaki di Pasifik. Empat pulau - bernama Pitcairn, Henderson, Ducie, dan Oeno - meluas di beberapa ratus mil laut dan mempunyai jumlah luas kira-kira 18 mil persegi. Hanya Pitcairn, yang kedua terbesar dan pengukuran kira-kira 2 mil, dihuni.

Hikmah luar biasa di sebalik puasa Ramadhan

 http://www.alhikmahsj.com/wp-content/uploads/2010/11/solatmalam.jpg
Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Salawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Berikut adalah beberapa hikmah di balik puasa Ramadhan yang kami sajikan dari beberapa kalam ulama. Semoga bermanfaat.
1. Menggapai Darjat Takwa
Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183). 
Ayat ini menunjukkan bahawa di antara hikmah puasa adalah agar seorang hamba dapat menggapai darjat takwa dan puasa adalah sebab meraih darjat yang mulia ini. Ini kerana dalam puasa, seseorang akan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi setiap larangan-Nya. Inilah pengertian takwa. Bentuk takwa dalam puasa dapat kita lihat dalam berbagai perkara berikut.
Pertama, orang yang berpuasa akan meninggalkan setiap yang Allah larang ketika itu iaitu dia meninggalkan makan, minum, berjima’ dengan isteri dan sebagainya yang sebenarnya hati sangat cenderung dan ingin melakukannya. Ini semua dilakukan dalam rangka taqorrub atau mendekatkan diri pada Allah dan meraih pahala dari-Nya. Inilah bentuk takwa.
Kedua, orang yang berpuasa sebenarnya mampu untuk melakukan kesenangan-kesenangan duniawi yang ada. Namun dia mengetahui bahawa Allah selalu mengawasi diri-Nya. Ini juga salah bentuk takwa iaitu merasa selalu diawasi oleh Allah.
Ketiga, ketika berpuasa, setiap orang akan semangat melakukan amalan-amalan ketaatan. Dan ketaatan merupakan jalan untuk menggapai takwa. Inilah sebahagian di antara bentuk takwa dalam amalan puasa.
2. Hikmah di sebalik meninggalkan syahwat dan kesenangan dunia
Di dalam berpuasa, setiap muslim diperintahkan untuk meninggalkan berbagai syahwat, makanan dan minuman. Itu semua dilakukan kerana Allah. Dalam hadits qudsi, Allah Ta’ala berfirman,
يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى
Dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku”.
Di antara hikmah meninggalkan syahwat dan kesenangan dunia ketika berpuasa adalah:
Pertama, dapat mengendalikan jiwa. Rasa kenyang kerana banyak makan dan minum, kepuasan ketika  berhubungan dengan isteri, itu semua biasanya akan membuat seseorang lupa diri, kufur terhadap nikmat, dan menjadi lalai. Sehingga dengan berpuasa, jiwa pun akan lebih dikawal.

Thursday, July 28, 2011

Tentera berjubah Iran sedia berperang


 
Revolusi yang menggemparkan dunia terjadi pada tahun 1979 di Iran. Penggulingan Syah Reza Pahlevi, Pemerintah Iran yang didukung Amerika Syarikat. Revolusi ini dikenali dengan nama Revolusi Islam Iran yang dipimpin oleh pemimpin syi’ah kharismatik: Imam Khomeini.

Foto-foto revolusioner perempuan Iran yang cantik-cantik tapi berjubah hitam panjang menutupi tubuh dan mengangkat senjata. Mereka mengajarkan tentang identiti, percaya diri dan harga diri perempuan.

Bagaimanakah Iran sekarang setelah 30 tahun revolusi? Walaupun pengaruh
globalisasi dan pengaruh Barat ada dan terus berkembang, dalam banyak hal tidak banyak berubah. Iran tetap sebuah negara dengan identiti Islam yang kuat dan pemimpinnya yang kharismatik: Ahmadineijad yang anti Barat.


11 amalan sunnah khusus bulan Ramadhan

"Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah.  

Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya.  Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan.   

Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq.  Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.”  Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?”  Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”  (HR Muslim)
 2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.”  (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

Wednesday, July 27, 2011

Kisah profesor memeluk Islam kerana tumbuhan bersuara

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLXczaq9B98POozk5R7_V_mdyaszAzYdBhoBE5O5wFvxeAuVgOxYrHBuyvOBQU3xbTgmL5Ax51ENQmwbM8qXDzFmZ3ZJODSkPX8h9Ur99HG9Fbp74_HaXf2MEY3W-jTijHZNqtJIzOZRM/s1600/1.jpg

Pada satu penyelidikan ilmiah yang diberitakan oleh sebuah majalah sains terkenal, Journal of Plant Molecular Biologies, menyebutkan bahawa sekumpulan ilmuwan yang mengadakan penyelidikan mendapatkan suara halus yang keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak boleh didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perakam tercanggih yang pernah ada.

Para ilmuwan selama hampir 3 tahun mengkaji fenomena yang menghairankan ini berjaya menganalisis denyutan atau bunyi suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik (kahrudhoiyah) dengan sebuah alat canggih yang bernama Oscilloscope.

Akhirnya para ilmuwan tersebut boleh menyaksikan denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu saat!!!

Prof. William Brown yang memimpin para pakar sains untuk mengkaji fenomena tersebut mengisyaratkan setelah dicapainya hasil bahawasanya tidak ada penafsiran ilmiah atas fenomena tersebut.

Padahal seperti diakui oleh profesor ini bahawa pihaknya telah menyerahkan hasil penyelidikan mereka kepada universiti-universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika dan Eropah, akan tetapi semuanya tidak sanggup menafsirkan fenomena malah semuanya hairan tidak tahu apa yang boleh diperkatakan.

10 jenis kucing mahal yang dicari

Kucing adalah makhluk yang indah di dunia. Kucing adalah haiwan peliharaan yang paling dicintai di rumah dan persekitaran. Kucing, juga dikenali sebagai kucing rumah atau housecat untuk membezakannya dari kucing lain dan felids, adalah mamalia karnivor kecil yang dihargai oleh manusia untuk persahabatan dan kemampuannya untuk memburu kutu dan hama rumah. 

Kucing telah dikaitkan dengan manusia lebih kurang 9.500 tahun, dan pada masa ini kucing paling popular di dunia. Ketika membuat keputusan untuk memiliki binatang peliharaan, 10 jenis kucing berikut adalah paling popular.

Kucing lucu, baik, dan dianggap jinak bagi kanak-kanak. Sebenarnya, kucing adalah binatang peliharaan mudah dipelihara. Kucing adalah sahabat yang sempurna. Kucing tidak memerlukan banyak dari pemiliknya.Kucing hanya harus teratur diberi makan. Kucing juga memerlukankan tempat berlindung.

1. Persian cat

 
 
Persia adalah seekor kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. Universal peringkat nombor satu jenis yang paling popular kerana sangat penyayang dan setia. 

Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya, Persia (Iran). Diakui oleh fancy kucing sejak akhir abad 19, diperkenalkan pertama kali oleh England , dan oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Di Britain, dipanggil seniman atau pemain muzik klasik Persia. 

Walaupun Persia mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari, ini lebih dari diganti dengan personaliti, tetapi bulunya boleh menjadi mimpi buruk untuk dikekalkan. Kadang-kadang tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa aman.

2. Siamese cat
 
 
Siamese adalah salah satu yang pertama jelas diakui kucing keturunan Oriental. Asal namanya Siamese tidak diketahui, tetapi diyakini berasal dari Asia Tenggara. Kucing ini berkembang biak dari Siamese Moden menunjukkan rapi, ramping, bergaya, fleksibel dan badan berotot. 

Kepala berbentuk segitiga, dengan mulut kecil. Mata berbentuk almond dan cembung. Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan. Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam. Seekor kucing Siamese selalu ingin menjadi tarikan perhatian. 

Kucing ini ingin diperhatikan. Kucing ini sangat mudah berinteraksi, berbunyi dengan suara serak untuk perhatian atau hanya untuk diajak berinteraksi! Kucing ini cenderung mendapat perhatian ramai atau kuat menangis jika anda mengabaikannya. 

Kucing ini ramping dan cergas dengan telinga yang besar. bulu yang pendek dan terletak berhampiran dengan kulitnya. Kucing ini suka dibelai, dan sangat setia dan rapat dengan seseorang. Kucing ini sangat cerdas dan penuh kasih sayang...

3. The Maine Coon cat
 
 
The Maine Coon  mempunyai struktur tulang yang besar, dengan bentuk badan persegi, dan bulu panjang menjalar dibadannya. Pembiakkannya dapat dilihat dalam berbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya. 

Maine Coons adalah salah satu jenis dalam negeri terbesar.Bagi kucing jantan kebanyakan berat badannya 12-18 paun, pada berat betinanya biasanya 10-14. Kucing ini kuat, lembut dan penuh kasih dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak berhias seperti Persia. 

Kucing ini baik akan membuatkan sangat aman dengan anak-anak. Malah menjadi tambahan yang sangat setia kepada keluarga.

4. Abyssinian cat
 
http://kitten-central.com/images/abyssinian3.jpg
 
The Abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu dicipta sebegitu menarik. Ada banyak cerita tentang asal-usulnya, sering kucing ini berguling di Mesir, tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti. 

The Abyssinian telah menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat. Bulu separa-panjang, padat, dan lembut untuk disentuh. The Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa cukup untuk menarik perhatian. 

Setiap bulu mempunyai warna asas dengan tiga atau empat jalur berwarna gelap,bulu berwarna lebih terang pada akar berhampiran kulit, dan gelap "ticking" warna di hujungnya. Abyssinians sangat aktif, sibuk dan lucu, dan kucing ini menyayangi manusia.

Tuesday, July 26, 2011

4 jenis serangga yang dibenci tapi bermanfaat

Beberapa jenis serangga dibenci kerana menjijikkan dan kadang-kadang menyebarkan kuman penyebab berbagai penyakit merbahaya.
Di sudut lain, ternyata serangga ini memberikan manfaat tertentu bagi ekosistem global.

1. Nyamuk

Selain menyebarkan malaria, nyamuk juga menyebarkan  beberapa penyakit meerbahaya yang lain seperti demam berdarah, chikungnya dan kaki gajah. Tanpa ada kuman yang disebarkan, gigitannya itu sendiri sudah sangat mengesankan kerana menyebabkan gatal-gatal dan bintik kemerahan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjj-Ky6YsCgC1WySWNckATl7xTK115qnq5g2BsuId3Wzohu4TJRkCczyvDhOh-xi8TrqYzapAIT6UK3wMIuplu-LZpVAufXXn2fN93zOHOT4CjimbA4WR3ttj0M9wFydGgUQOYw-29H6gA/s320/top10_deadly_mosquito.jpg

Namun beberapa spesies memerlukan nyamuk dan larva atau jentik-jentiknya untuk dimakan. Misalnya katak, kelawar, malah  tumbuhan seperti kantong semar. Tanpa ada nyamuk, kepupusan atau pola migrasi binatang liar boleh berlaku.

2. Ulat Rengga

Dalam filem-filem horor, ulat ini  selalu digambarkan sebagai pemakan bangkai yang menyeramkan sekaligus menjijikkan. Malah  kadang-kadang berlebihan, kemunculannya pada mayat sering dikatakan sebagai azab orang berdosa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkj9OlJoCC53JKk8NJ_duszzE2Wkfut91ECdycdYFNW_5_-WbeYVK3-xWDAZT24d2i4gh0duAcvedMDVl0g5rPOx3WU1rBj_UWL6Q75o9jrtqqBOi_n7NB-J_-Jae9b3HneIQZ1d4j0op7/s1600/maggot.jpg

Sedangkan dalam ilmu pengetahuan, ulat ini boleh dimanfaatkan untuk praktik perubatan yang disebut maggot debridement therapy (MDT). Ulat yang merupakan larva lalat atau kumbang itu diletakkan ke  luka dengan cara tertentu agar tidak merebak, sehingga boleh memakan bakteria yang menjadi punca penularan penyakit.

5 hikmah berpuasa dari aspek kesihatan

 http://www.selebriti.tv/wp-content/uploads/2010/08/d3674e3cmatberpuasa.jpg

Di sebalik balik ujian menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan, ternyata terhasil manfaat yang luar biasa bagi kesihatan. 

Harits bin Kaldah, salah seorang doktor yang terkenal dari Arab mengatakan, “Menjaga makan adalah ubat dari penyakit. Sedangkan perut adalah sumber penyakit”. Dengan berpuasa, otomatik perut terjaga dari pengambilan makanan yang berlebihan yang mungkin membahayakan tubuh badan dan kesihatan.

Tahukah anda bahawa berpuasa ternyata mampu:

1. Menurunkan berat badan
Berkurangnya kemasukan tenaga pada orang berpuasa, menyebabkan badan harus mencari sumber tenaga yang tersimpan di dalamnya, iaitu simpanan lemak dalam tubuh untuk dijadikan sumber tenaga. Tidak hairan setelah 29-30 hari berpuasa, tubuh akan berubah bentuknya dan berkurang beratnya hingga kira-kira 4 kg.

2. Mencegah terjadinya stroke
Puasa juga dapat mengurangi risiko stroke kerana dapat memperbaiki kolesterol darah. Beberapa penelidikan yang dilakukan menunjukkan bahawa puasa dapat meningkatkan HDL (high density lipoprotein) dan menurunkan lemak trigliserol (pembentuk kolesterol LDL -low density lipoprotein- yang merosakkan kesihatan).

3. Menurunkan tekanan darah
Pada mereka yang memiliki tekanan darah tinggi ringan sampai sedang dengan kelebihan berat badan, puasa dapat membantu menurunkan tekanan darah. Namun konsultasi dengan dokter ahli tetap harus dilakukan untuk menyesuaikan pemberian obat.

Monday, July 25, 2011

Kemampuan unik pelbagai haiwan

Kucing

Kucing mempunyai selaput seperti cermin di belakang mata yang membolehkannya memburu didalam gelap yang sangat pekat. Selaput ini di panggil “tapetum lucidum”.

Selaput ini memantulkan kembali cahaya setelah cahaya tersebut melalui retina yang mana memberikan kesempatan lagi untuk mengambil photon cahaya semasa cahaya melalui lagi untuk kedua kalinya. Ini memberikan penglihatan yang sangat tajam bagi kucing.

Burung

Berbagai jenis burung, khususnya yang suka bermigrasi, boleh memanfaatkan medan magnetik bumi agar tetap pada garisan/arah yang tepat semasa penerbangan yang jauh.

http://www.dephut.go.id/INFORMASI/TN%20INDO-ENGLISH/image/Sembilang.jpg

Pengkaji masih bertanya-tanya bagaimana burung melakukannya, akan tetapi salah satu penyelidikan terbaru mengatakan bahawa mungkin mempunyai seumpama kemampuan yang membuat burung boleh “melihat” garis magnetik bumi sebagai sebuah pola warna atau cahaya yang melapiskan kemuculan di kawasan sekitarnya.

Drum Fish

Beberapa jenis ikan seperti ikan drum “mendengar” menggunakan “air bladders”. Ia mengesan getaran suara dan menghubungkan getaran tersebut ke telinga bahagian dalam melalui satu set tulang di tengah telinga yang disebut “Weberian apparatus.”

Sel-sel rambut dalam telinga bahagian dalam bertindak balas terhadap getaran tersebut dan menghantar informasi suara ke otak ikan drum.

Penghuni bumi sebelum Nabi Adam

http://semestahidayah.files.wordpress.com/2010/12/1600_1231.jpgIbnu Abbas ra mengatakan, “Setelah Allah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi dengan segala sifatnya, gunung-gunung telah ditegakkan, angin telah dilepaskan, di bumi telah ada binatang-binatang liar dan bermacam-macam burung, maka buah-buahan mengering dan berjatuhan ke bumi dan di bumi tumbuh rumput-rumput yang satu sama lain saling memerlukan.Pada masa itu, bumi mengadukan persoalan tersebut kepada Tuhannya. Atas pengaduan itu, Allah menciptakan umat yang beraneka ragam dan berlainan jenis, yang diberi nama Jin.

Mereka mempunyai jiwa dan aktiviti. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus kerana jumlah mereka yang sangat banyak. Tanah datar, pergunungan, dan berbagai pelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. 
Mereka tinggal permukaan bumi dalam jangka waktu yang dikehendaki oleh Allah. Di antara mereka ada yang putih, hitam, merah, kuning, berbintik-bintik kecil dan besar,  pekak, buta, cantik, buruk, kuat, lemah, perempuan, dan lelaki. Satu sama lain berkahwin dan melahirkan keturunan. Mereka disebut Jin kerana mereka kabur, tidak kelihatan.

Setelah mereka memenuhi bumi dan dunia kian sempit kerana mereka terus bertambah, bertambah juga kerosakan kerana mereka, maka Allah mengirimkan angin taufan kepada mereka. 
Angin tersebut membinasakan mereka. Hanya sedikit dari mereka yang tinggal. Mereka adalah yang pertama kali membuat rumah, membelah batu, memburu burung, dan binatang liar.

Dari Diana Beatty kepada Masuuma Amatulla


http://www.freewebs.com/islamic-site/miracles/pic/diana(masooma).jpgDiana Beatty pertama kali bertemu dengan seorang muslim semasa di bangku kuliah. Setelah itu ia mengenali beberapa orang muslim lagi yang pelan-pelan membuatnya sedar betapa selama ini ia bersikap curiga terhadap Islam dan Muslim.Beatty banyak mendengar informasi tentang Islam dan Muslim, tapi kebanyakan yang ia dengar adalah tentang perkara yang buruk. Setelah berinteraksi dengan beberapa Muslim yang dijumpainya, muncul rasa ingin tahu yang kuat dalam dirinya untuk lebih mengenal Islam.

Orang-orang Islam ia jumpai menunjukkan sikap dan perilaku yang membuatnya kagum, jauh berbeza dengan apa yang ia dengar selama ini. Beatty juga tertarik dengan ketulusan dan aspek-aspek ibadah yang dilakukan orang Islam, terutama solat.

“Agama yang membimbing kita dalam semua aspek kehidupan, adalah sesuatu yang saya cari selama ini. Saya dibesarkan sebagai seorang Kristian dan ketika saya mengenali beberapa orang Islam, saya adalah orang yang kuat pegangan agama dan serius mempelajari Al kitab,” cerita Beatty.

“Tapi banyak pertanyaan saya tentang isi Alkitab yang tidak terjawab, dan saya kemudiannya menemui jawabannya dalam Al-Quran. Awalnya, saya tidak suka membaca isi Al-Quran kerana Al-Quran menyebutkan bahawa Jesus bukan anak Tuhan dan Al-Quran menyebut tentang perang yang membuat saya teringat kembali pada apa yang saya dengar tentang teroris muslim dan kekerasan …”

“Tapi orang-orang Islam yang saya kenali, menjadi contoh buat saya seperti apa sebenarnya seorang muslim dan saya melihat bahawa stereotipe yang terbina dalam pandangannya saya selama ini tentang muslim, tidak sesuai dengan fakta yang saya lihat,” kata Beatty.

Perempuan yang berasal dari Colorado AS itu pun berfikir, bagaimana ia boleh tahu bahawa Alkitab itu benar dan Al-Quran salah, jika ia tidak mempelajarinya. 

“Terutama ketika banyak hal yang sama antara keduanya, Alkitab dan Al-Quran sepertinya berasal dari sumber yang sama,” sambung Beatty.

Semakin mempelajari Al-Quran, Betty menemui perbezaannya dengan Alkitab. Dalam Alkitab ia menemui banyak kesalahan dan kontradiksi, tapi tidak dalam Al-Quran. 

Ia mengatakan, “Apa yang Quran katakan tentang Tuhan dan apa tujuan manusia hidup di dunia, buat saya lebih logik dan mudah untuk difahami.”

Berbulan-bulan Beatty melakukan perbandingan antara agama Kristian yang dianutnya dengan agama Islam yang sedang dipelajarinya. Dan masa itu merupakan masa-masa yang sukar baginya. 

Tapi hati Beatty memenangkan Islam. Ia makin yakin bahawa Islam adalah agama yang benar, yang dikirim Allah untuk umat manusia.

“Saya pun memutuskan untuk masuk Islam. Semasa itu saya masih belum yakin tentang banyak perakara, khususnya tentang jilbab. Saya juga belum tahu bagaimana melakukan solat, dan ibadah lainnya. Tapi saya mulai belajar,” ungkap Beatty.

Ia tak membantah bahawa di hati kecilnya ada rasa takut ketika memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Berat baginya membayangkan akan berhadapan dengan keluarganya dan melakukan sesuatu yang mereka benci dan tidak mereka mengerti. 

Sempat terpancar dalam hatinya, bagaimana jika ia membuat keputusan yang salah? Beatty khuatir respon negatif yang akan ia terima dari teman-temannya, rakan sekerja, pegawai atasan di pejabat dan ia khuatir dihalau dari keluarganya.

Sunday, July 24, 2011

11 taman atas atap yang terdapat di dunia

Tanaman dan bunga ibarat aliran darah bagi bumi, menyediakan oksigen untuk manusia dan haiwan. Walaupun begitu tidak semua orang beruntung mempunyai ruang yang cukup untuk menwujudkan taman yang hijau, terutama penduduk di bandar. Tapi itu tidak menghalangi pereka bangunan dan perancang bandar untuk mencipta ruang hijau. Tidak ada tanah kosong, atap bangunan pun jadi.

1. Waldspirale

Waldspirale merupakan sebuah apartemen di Darmstadt, Jerman, dibina pada tahun 1990-an. Namanya bererti spiral berpokok,, mencerminkan plan dari bangunan itu dan juga mempunyai taman di atas atapnya. Arkiteknya ialah Heinz M. Springmann, bangunan ini selesai dibina pada tahun 2000.

2. California Academy of the Sciences
Rana Creek, nursery yang membina taman di atas atap Akademi, dengan inovatif membuat agar tanaman dan tanahnya tidak mengelongsor pada lerengnya. Dengan menggunakan getah pokok dan sekam dari kelapa, mereka menciptakan pori-pori serap, jalur-jalur hijau yang tidak menglongsor. Masing-masing tebalnya tiga inci dengan luas 17 inci persegi dan disusun seperti lantai keramik. Dalam beberapa minggu akar-akar tanaman akan bersatu menjadi tanah tanaman yang kukuh.

3. Roof Garden on Fifth Ave
Ini taman di sebuah bangunan di Fifth Ave, New York City. Khabarnya,Adegan filem spiderman bersama kekasihnya diambil di lokasi ini.

5 spesis semut yang unik

Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari kumpulan Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Semut terbahagi kepada lebih dari 12.000 kumpulan, dengan perbandingan jumlah yang besar di kawasan tropika. 
Semut dikenali dengan koloni dan sarang-sarangnya yang teratur, yang kadang-kadang terdiri dari ribuan semut per koloni.

http://musadiqmarhaban.files.wordpress.com/2007/11/the_ant_bully.jpg

Jenis semut dibahagi kepada semut pekerja, semut jantan, dan ratu semut. Satu koloni dapat menguasai dan menguasai sebuah daerah luas untuk menjalankan kegiatannya. Koloni semut kadangkala disebut superorganisme kerana koloni-koloni ini membentuk sebuah kesatuan.

1. Semut Honeypot Myrmecocystus
 
http://www-tc.pbs.org/wgbh/nova/eowilson/images/game-honeypot.jpg
 
Semut di iklim kering harus menyimpan makanan untuk bertahan hidup lama kerana jarang ditemui. Di padang pasir Amerika Utara, semut honeypot Myrmecocystus menggunakan tubuh sebagai wadah yang hidup, tubuh semut ini membengkak kerana cairan simpanan, dan dibawa ke sarang pasangan.

2. Semut Harpegnathos Saltator
 
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/88/Harpegnathos_saltator_fight.jpg
 
Semut pelompat India, Harpegnathos saltator, adalah salah satu jenis semut yang pertama mempunyai genome sequencing.

3. Semut Podomyrma
 
http://www.alexanderwild.com/Ants/Taxonomic-List-of-Ant-Genera/Podomyrma/gratiosa7a/642063036_SCBe4-S.jpg
 
Seekor semut Podomyrma cenderung mendekati ulat Lycaenid di Australia Selatan. Ulat ini mengeluarkan zat-zat yang menarik bagi semut, dan semut pada gilirannya memberikan perlindungan dari parasit. Semut sangat bertambah, banyak spesies lain telah datang untuk bergantung pada semut ini dalam berbagai cara.

Fakta-fakta menakutkan tentang bersin

Anda pernah bersin ? Bersin dapat disebabkan oleh udara sejuk, debu, asap, dll. Bersin berguna menjaga agar hidung tetap bersih (cleansing effect). Udara yang menghembus kuat dengan tekanan tinggi dari paru-paru mendorong keluar melalui hidung dan mulut.

Bersin merupakan salah satu tindakan tubuh yang sangat rumit, dan ternyata bersin itu mempunyai beberapa fakta menakutkan. Sebaiknya anda baca dan jangan lakukan hal yang dapat membawa kepada bahaya bersin. Berikut beberapa faktanya :
  1. Bersin merestart tubuh kita Pada masa kita bersin, secara refleks maka otot-otot yang ada di muka kita menegang, dan jantung kita akan berhenti berdenyut atau berhenti berdegub untuk sementara. Setelah kita selesai bersin, maka jantung kita akan berdegub kembali
  2. Kekuatan bersin Semasa bersin, maka lendir atau benda-benda asing yang ada di mulut dan hidung akan keluar dengan kecepatan 100 mil per jam. Jika bersin terlalu kuat akan berisiko dapat meretakkan tulang rusuk.
  3. Bahaya ketika menahan bersin Ketika anda menahan bersin, maka anda akan menahan tekanan bersin maka tubuh harus mengatasi perubahan akibat tekanan kuat yang masuk kembali ke dalam saluran pernafasan. Tekanan tersebut boleh  menyebabkan kerusakan pada gegendang telinga, selain itu risiko mengalami pecah pembuluh nadi di kepala dan leher mungkin boleh terjadi.
  4. Bersin mengeluarkan banyak sekali bakteria Ketika bersin maka tubuh akan mengeluarkan 100.000 kuman atau bakteri ke udara. Menurut John Pan, MD, Ketua Pusat Pengobatan Integratif di George Washington University Medical Center, bersin yang ditahan akan memaksa bakteria kembali masuk ke dalam rongga hidung dan telinga, sehingga boleh menimbulkan infeksi bagi tubuh kita.
  5. Risiko yang dialami jika membuka mata semasa bersin Semasa bersin, maka akan terjadi stres yang luar biasa pada tubuh, tekanan udara yang cukup penting terletak pada mata.Tekanan tambahan tersebut memang tidak akan membuat mata tersembul atau keluar (namun dapat saja terjadi). Tekanan itu akan membuat mata merasa tidak selesa. Sehingga secara refleks seseorang akan menutup matanya semasa bersin sebagai bentuk perlindungan. Jadi akan sukar untuk membuka mata semasa bersin.