Beberapa jenis serangga dibenci kerana menjijikkan dan kadang-kadang menyebarkan kuman penyebab berbagai penyakit merbahaya.
Di sudut lain, ternyata serangga ini memberikan manfaat tertentu bagi ekosistem global.
Di sudut lain, ternyata serangga ini memberikan manfaat tertentu bagi ekosistem global.
1. Nyamuk
Selain menyebarkan malaria, nyamuk juga menyebarkan beberapa penyakit meerbahaya yang lain seperti demam berdarah, chikungnya
dan kaki gajah. Tanpa ada kuman yang disebarkan, gigitannya itu sendiri
sudah sangat mengesankan kerana menyebabkan gatal-gatal dan bintik
kemerahan.
Namun beberapa spesies memerlukan nyamuk dan larva atau
jentik-jentiknya untuk dimakan. Misalnya katak, kelawar, malah tumbuhan seperti kantong semar. Tanpa ada nyamuk, kepupusan atau pola
migrasi binatang liar boleh berlaku.
2. Ulat Rengga
Dalam filem-filem horor, ulat ini selalu digambarkan
sebagai pemakan bangkai yang menyeramkan sekaligus menjijikkan. Malah kadang-kadang berlebihan, kemunculannya pada mayat sering dikatakan sebagai
azab orang berdosa.
Sedangkan dalam ilmu pengetahuan, ulat ini boleh dimanfaatkan untuk
praktik perubatan yang disebut maggot debridement therapy (MDT).
Ulat yang merupakan larva lalat atau kumbang itu diletakkan ke luka dengan cara tertentu agar tidak merebak, sehingga boleh memakan bakteria yang menjadi punca penularan penyakit.
3. Lalat
Di mana ada sampah dan bau busuk, di situlah lalat
akan selalu muncul. Kesan kotor sudah pasti melekat pada serangga
terbang yang sukar sekali ditangkap dengan tangan kosong.
Sama seperti nyamuk, lalat juga diperlukan oleh beberapa spesies
sebagai makanan utama. Selain itu, telur lalat akan menetas menjadi
ulat dan membantu penguraian sampah dan material organik yang
mengotori persekitaran.
4. Lipas
Permukaan badan yang berkilat tidak mengurangi kesan kotor serangga ini. Warna hitam dan antena lipas yang selalu
bergerak sering merangsang tindak balas untuk mengambil penyapu untuk memukulkannya.
Sebenarnya lipas mempunyai perilaku hidup bersih yang seperti dengan kucing, iaitu sering menjilat badannya sendiri agar sentiasa bersih / higienis . Di samping itu penyelidikan membuktikan otak lipas mengandungi paduan anti bakteria yang boleh membasmi kuman besar.gugling
No comments:
Post a Comment