Kucing
Kucing mempunyai selaput seperti cermin
di belakang mata yang membolehkannya memburu
didalam gelap yang sangat pekat. Selaput ini di panggil “tapetum
lucidum”.
Selaput
ini memantulkan kembali cahaya setelah cahaya tersebut melalui retina
yang mana memberikan kesempatan lagi untuk mengambil photon cahaya semasa
cahaya melalui lagi untuk kedua kalinya. Ini memberikan penglihatan yang
sangat tajam bagi kucing.
Burung
Berbagai
jenis burung, khususnya yang suka bermigrasi, boleh memanfaatkan medan
magnetik bumi agar tetap pada garisan/arah yang tepat semasa penerbangan
yang jauh.
Pengkaji masih bertanya-tanya bagaimana burung melakukannya, akan tetapi salah satu penyelidikan terbaru mengatakan bahawa mungkin mempunyai seumpama kemampuan yang membuat burung boleh “melihat” garis magnetik bumi sebagai sebuah pola warna atau cahaya yang melapiskan kemuculan di kawasan sekitarnya.
Drum Fish
Beberapa
jenis ikan seperti ikan drum “mendengar” menggunakan “air bladders”. Ia
mengesan getaran suara dan menghubungkan getaran tersebut ke telinga
bahagian dalam melalui satu set tulang di tengah telinga yang disebut
“Weberian apparatus.”
Sel-sel rambut dalam telinga bahagian dalam bertindak balas terhadap getaran tersebut dan menghantar informasi suara ke otak ikan drum.
Tikus
Kebanyakan
tikus penglihatannya tidaklah tajam, tapi tikus mengatasi kekurangan
tersebut dengan sesungut pada muncungnya. Tikus mempunyai rambut yang
panjang yang juga di sebut “vibrissae” seperti tongkat bagi orang yang
buta.
Dengan
menggetarkan sesungut tikus pada benda di depannya tikus dan haiwan
pemotong lainnya mengambarkan bentuk dan keadaan di sekelilingnya.
Ngengat
Bagi
banyak ngengat, istilah “love is in the air” atau cinta itu di
awang-awang adalah sesuatu yang benar bukan hanya kata para pujangga.
Serangga berbulu lembut ini boleh mengesan “isyarat cinta” yang disebut “pheromones” yang dipancarkan dari lawan jenis dari jarak hingga 7 mil atau kurang lebih 11 kilo meter. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa manusia boleh juga mengesan “pheromones”, tetapi masih memerlukan pembuktian.
Ular
Ketika
seekor ular sedang berdesir atau menjulurkan lidah “bercabang”nya
mungkin kelihatan kurang sopan bagi manusia, akan tetapi sebenarnya itu ada
gunanya kerana ular tersebut sebenarnya sedang mencium atau merasakan
sekelilingnya. Seekor ular menggunakan lidahnya untuk mengumpulkan
partikel yang melayang di udara.
Lidah
yang berlapis tersebut kemudian disentuh ke suatu lubang istimewa di
langit-langit mulutnya yang di sebut “organ Jacobson’s”. Disana
kemudian bau-bauan dari partikel yang di masukkan di proses dan
diterjemahkan ke dalam isyarat listrik yang dikirimkan ke otak ular
sehingga ular mampu mengetahui keadaan sekelilingnya.
Burung penghisap madu
Burung
kolibri yang biasa menghisap madu pada bunga sambil terbang mampu
menyesuaikan diri dengan panjang gelombang cahaya di luar daya lihat
manusia.
Burung
yang nampak berwarna kuning bagi kita sering memancarkan atau bersinarr
dengan warna cahaya yang kita belum ada nama untuk warna tersebut,
yang hampir serupa kepada cahaya ultra violet.
Teleskop seperti teleskop Hubble membuat gambar dengan ultraviolet yang kemudian di beri warna oleh pengkaji sehingga kita boleh menikmati gambarnya.
Teleskop seperti teleskop Hubble membuat gambar dengan ultraviolet yang kemudian di beri warna oleh pengkaji sehingga kita boleh menikmati gambarnya.
Boa
Organ
sensitif terhadap suhu yang terletak diantara mata dan hidung
ular berbisa membuat ular boleh mengesan panas badan dari mangsanya.
Organ
ini terletak pada setiap belah kepala ular, jadi haiwan ini boleh mengamati dengan saksama kemudian melancarkan serangan yang mematikan
meskipun dalam keadaan gelap gelita.
Hiu
Jangan
pernah cuba bermain sembunyi-sembunyi dengan seekor hiu kerana berkemungkinannya besar sekali anda akan kalah. Ikan hiu mempunyai sel-sel
istimewa di dalam otaknya yang sangat sensitif erhadap medan listrik
yang terdapat pada tubuh makhluk lainnya.
Kemampuan
seperti ini sangat hebat pada beberapa jenis hiu hingga boleh
menemui ikan yang bersembunyi di bawah pasir dengan isyarat listrik
yang dipancarkan ke urat geraknya.
Kelawar
Kelawar
menghindari rintangan dengan memancarkan cuitan ultrasonik dan
menterjemahkan pantulan yang disebabkan gelombang ultrasonik setelah
memantul dari benda disekelilingnya.
Sonar biologi ini yang disebut
“echolocation” juga di pergunakan oleh ikan lumba-lumba untuk berenang
pada kedalaman laut yang gelap.zonapencarian
No comments:
Post a Comment