Salam,
Sepuluh hari tiada internet menyebabkan
banyak maklumat tentang program di kawasan penulis tak diketahui. Tiada
internet bukan kerana talian di negara orang putih ini teruk tapi kerana
penulis pindah rumah jadi ambil masa untuk dapat sambungan internet kembali.
Blog ini serta blog, web dan facebook
jamaah kawasan juga tak diupdate selama
10 hari. Sebelum tu penulis tahu akan ada program Hempap pemuda negeri di
kawasan penulis , akan ada program lujnah kebajikan di kawasan orang Tionghua
dan akan ada lawatan anjuran DHPP kawasan ke Kelantan.
Bila dah ada internet baru dapat maklumat
program-program ini. Bila tengok gambar dan berita di SINI, program Hempap
memang berjaya kumpulkan ribuan pemuda. Cumanya, keadaan cuaca yang hujan pada
dua malam ceramah menyebabkan ceramah kurang sambutan.
Namun , himpunan pemuda pada siang hari
memang berjaya. Rasa ruginya penulis tak dapat bersama buat kerja dengan pemuda
kawasan untuk jayakan program itu.
Memang patut pemuda kawasan diberi ucapan tahniah kerana bukan senang nak anjur
program besar itu. Target 1000 anak muda dari kawasan penulis juga dikatakan
berjaya dicapai.
Unit Amal kawasan juga mainkan peranan
besar , separuh dari petugas Unit Amal adalah dari kawasan penulis. Syukurlah,
Unit Amal masih ada komitmen dan semangat yang tinggi. Sekurang-kurangnya kurangkan
rasa risau penulis kepada Unit Amal kawasan.
Walaupun tidak semua anggota Unit Amal
turun bertugas macam dulu , masih ada separuh anggota yang masih bertahan dan
boleh aktif untuk bertugas. Ini juga hasil kesungguhan dan rajin bekerja Penyelaras
Unit Amal Kawasan.
Semasa penulis balik pertama kali ke
Malaysia dari negara orang putih, penulis ada buat mesyuarat dan cadangkan Unit
Amal lantik penasihat bagi aktifkan semula Unit Amal. Sudah pun dilantik tapi mungkin penasihat
juga banyak tugas jamaah lain maka harapan penulis agar Unit Amal aktif semula
masih belum dicapai.
Sebelum itu , penulis pernah cadangkan ada pemuda
kawasanyang jadi pembimbing Unit Amal seperti dalam N3 sebelum ini. Tapi masih
belum ada pemuda kawasan yang educated
yang mampu bersama Unit Amal .
Betullah
kata seorang anggota Unit Amal kepada penulis sebelum penulis balik semula ke
negara orang putih. Tak sama penulis dengan orang lain, mereka masih harapkan
penulis bersama Unit Amal apabila balik terus dari negara orang putih.
Sekali lagi, jamaah kawasan melalui DHPP
Kawasan anjur lawatan orang Tionghua ke
Kelantan. Kali ini dapat liputan agak besar dalam media berikutan kenyataan
TGNA seperti di SINI . Lawatan kali ini lebih menarik kerana sebahagian besar
peserta lawatan adalah anggota MCA dan GERAKAN.
TGNA dah banyak kali sebut di mana-mana
tentang kerapnya jamaah kawasan buat lawatan orang Tionghua ke Kelantan. Penulis
pun pernah menulis mengenainya di SINI. Kali ini Kerajaan Kelantan bagi satu anugerah kepada DHPP Kawasan kerana
aktif anjur lawatan orang Tionghua ke Kelantan.
Semua ini juga hasil usaha bekas Pengerusi
Lujnah Perpaduan Nasional Kawasan. Macam lawatan lepas-lepas, semua gerak kerja
dibuatnya bersama AJK DHPP.
Beliau minta tak mahu pegang jawatan
Pengerusi Lujnah kerana nak bagi orang muda supaya ada kesinambungan bila dia
tiada. Jamaah kawasan terima dan lantik orang baru, namun tak semua orang boleh
buat kerja macam bekas Pengerusi Lujnah. Setakat ini, pengantinya masih belum
mampu gerakkan Lujnah jika bekas pengerusi tak gerakkan.
Program cakna rakyat Lujnah Kebajikan terus
dilaksanakan , kali ini di komuniti orang Tionghua. Ramai yang hadir dan
gembira kerana jamaah prihatin dengan mereka. Tambah seronok orang Tionghua
bila Pusat Khidmat Parlimen ada sediakan teh tarik dan roti canai . Wakil
Rakyat parlimen juga hadir raikan mereka.
Semua program dalam seminggu ini, banyak
kerja yang perlu dibuat. Penulis rasa simpati tapi tak dapat bantu Ajk Kawasan,
Pemuda , Muslimat yang bersungguh-sungguh jayakan program. Pun begitu, penulis
harap janganlah dibebankan tugas hanya kepada beberapa orang Ajk.
Sama-samalah membantu, perhatikan Ajk mana
yang banyak tugas. Ajk yang kurang tugas , jangan nanti disuruh bantulah sama
supaya tidak ada yang rasa terbeban.
Masih ada komen dari OCS (Orang Cari Salah)
bahawa jentera pilihanraya kawasan tidak bergerak. Semua program dalam seminggu
memang namanya tidak ditulis pilihanraya tapi semuanya menjurus ke arah itu.
Jika ceramah 12 ceramah kelompok dalam masa
dua minggu pun dikatakan jentera pilihanraya tak bergerak. Tak tahu la nak kata
apa lagi, mungkin boleh suruh OCS ini namakan jamaah kawasan lain yang boleh
buat program macam jamaah kawasan.
Wassalam
welcome back ... teruskan menulis ...
ReplyDelete