Salam,
PRU 14 semakin hampir, ramai meramalkan akan berlaku
pada tahun 2017 . Maksudnya sudah terlalu hampir, namun pakatan pembangkang
masih caca merba disebabkan terlalu berharap kepada Pas.
PKR dan Bersatu masih mengharapkan Pas menyertai
pakatan pembangkang untuk menghadapi BN dan mengelakkan pertandingan 3 penjuru.
Pas pula semakin sombong dan angkuh untuk menghadapi PRU 14 secara
bersendirian.
BN pula walaupun sudah lemah masih boleh bernyawa
setelah rancangan memecah pembangkang melalui Pas menampakkan hasil lumayan.
Sampai hari ini, tiada keputusan mutlak mengenai kedudukan pembangkang yang
bakal wujud untuk menghadapi BN.
Pandangan penulis , Bersatu perlu memberi keyakinan
kepada rakyat dengan menyertai Pakatan Harapan . Penyertaan Bersatu dalam
Pakatan Harapan akan mengukuhkan pakatan pembangkang walaupun tanpa Pas.
Penentuan satu logo, manifesto dan pembahagian kerusi
perlu diselesaikan diantara semua parti dalam Pakatan Harapan. Biarkanlah Pas
bersendirian kerana pertandingan sebenar dalam PRU 14 adalah antara Pakatan
Harapan dan BN.
Penulis akan memberi cadangan agihan kerusi parti-parti
dalam Pakatan Harapan untuk beberapa buah negeri. Cadangan ini dibuat hasil
tinjauan kekuatan parti-parti dalam Pakatan Harapan serta rujukan parti
bertanding semasa PRU 13.
Penulis akan mulakan dengan Kedah dengan cadangan
agihan seperti di bawah :
PARLIMEN/
DUN
|
% M
|
%C
|
%
I & L
|
PRU 13
|
CADANGAN PRU 14
|
LANGKAWI
|
91
|
6
|
3
|
PKR
|
BERSATU
|
Ayer Hangat
|
95
|
2
|
3
|
PAS
|
BERSATU
|
Kuah
|
86
|
11
|
3
|
PKR
|
PKR
|
JERLUN
|
91
|
8
|
1
|
PAS
|
BERSATU
|
Kota Siputeh
|
92
|
7
|
1
|
PAS
|
AMANAH
|
Ayer Hitam
|
90
|
8
|
2
|
PAS
|
BERSATU
|
KUBANG PASU
|
86
|
9
|
5
|
PAS
|
BERSATU
|
Bukit Kayu Hitam
|
89
|
8
|
3
|
PKR
|
BERSATU
|
Jitra
|
83
|
11
|
6
|
PAS
|
AMANAH
|
PADANG
TERAP
|
92
|
6
|
2
|
PAS
|
AMANAH
|
Kuala Nerang
|
97
|
2
|
1
|
PAS
|
BERSATU
|
Pedu
|
87
|
12
|
1
|
PKR
|
PKR
|
POKOK
SENA
|
80
|
18
|
2
|
PAS
|
AMANAH
|
Bukit Lada
|
90
|
8
|
2
|
PAS
|
BERSATU
|
Bukit Pinang
|
93
|
6
|
1
|
PAS
|
AMANAH
|
Derga
|
56
|
39
|
5
|
DAP
|
DAP
|
ALOR
SETAR
|
61
|
34
|
5
|
PKR
|
PKR
|
Bakar Bata
|
68
|
27
|
5
|
PKR
|
BERSATU
|
Kota Darulaman
|
62
|
31
|
7
|
DAP
|
DAP
|
Alor Mengkudu
|
73
|
24
|
3
|
PAS
|
AMANAH
|
KUALA
KEDAH
|
78
|
21
|
1
|
PKR
|
PKR
|
Anak Bukit
|
88
|
11
|
1
|
PAS
|
AMANAH
|
Kubang Rotan
|
71
|
27
|
2
|
PAS
|
BERSATU
|
Pengkalan Kundor
|
76
|
23
|
1
|
PAS
|
AMANAH
|
PENDANG
|
88
|
6
|
6
|
PAS
|
AMANAH
|
Tokai
|
91
|
9
|
0
|
PAS
|
AMANAH
|
Sungai Tiang
|
86
|
11
|
3
|
PAS
|
BERSATU
|
JERAI
|
79
|
15
|
6
|
PAS
|
AMANAH
|
Sungai Limau
|
93
|
7
|
0
|
PAS
|
AMANAH
|
Guar Chempedak
|
88
|
11
|
1
|
PAS
|
BERSATU
|
Gurun
|
56
|
27
|
17
|
PKR
|
PKR
|
SIK
|
93
|
5
|
2
|
PAS
|
AMANAH
|
Belantek
|
93
|
5
|
2
|
PAS
|
AMANAH
|
Jeneri
|
92
|
62
|
2
|
PAS
|
BERSATU
|
MERBOK
|
65
|
18
|
17
|
PKR
|
PKR
|
Bukit Selambau
|
53
|
26
|
21
|
PKR
|
PKR
|
Tanjong Dawai
|
80
|
13
|
7
|
PAS
|
BERSATU
|
SUNGAI
PETANI
|
59
|
29
|
12
|
PKR
|
PKR
|
Pantai Merdeka
|
96
|
6
|
2
|
PAS
|
AMANAH
|
Bakar Arang
|
43
|
42
|
15
|
PKR
|
PKR
|
Sidam
|
41
|
28
|
21
|
PKR
|
PKR
|
BALING
|
89
|
5
|
5
|
PAS
|
BERSATU
|
Bayu
|
93
|
4
|
3
|
PAS
|
BERSATU
|
Kupang
|
91
|
5
|
4
|
PAS
|
AMANAH
|
Kuala Ketil
|
82
|
11
|
7
|
PAS
|
AMANAH
|
PADANG
SERAI
|
56
|
23
|
21
|
PKR
|
PKR
|
Merbau Pulas
|
67
|
13
|
19
|
PAS
|
AMANAH
|
Lunas
|
46
|
28
|
26
|
PKR
|
PKR
|
KULIM BANDAR BARU
|
68
|
19
|
13
|
PKR
|
PKR
|
Kulim
|
60
|
22
|
18
|
PKR
|
PKR
|
Bandar Baharu
|
78
|
15
|
7
|
PAS
|
AMANAH
|
Parlimen Langkawi dan DUN Ayer Hangat – Bersatu ada
kekuatan memandangkan Ketua Wanitanya Puan Anina Saadudin ada di sini . Penduduk Langkawi
juga sangat menghormati Tun M yang merupakan tokoh yang banyak peranan
membangunkan Langkawi.
DUN Kuah – Kerusi ini pun sepatutnya ditandingi Bersatu
tetapi perlu diberi kepada PKR sebagai bukti kesatuan Pakatan Harapan juga memandangkan
kerusi ini ditandingi PKR pada PRU 13.
Parlimen Jerlun dan DUN Air Hitam – perlu ditandingi Bersatu
memandangkan DS Mukhriz adalah ADUN Air Hitam Kedah. Sokongan pengundi kepada
Bersatu dalam Parlimen Jerlun adalah kuat kerana kepimpinan DS Mukhriz
DUN Kota Seputeh – DUN ini perlu ditandingi Amanah yang
juga ada kekuatan di Parlimen Jerlun
Parlimen Kubang Pasu dan DUN Bukit Kayu Hitam – Bersatu
perlu bertanding di sini memandangkan kerusi parlimen ini adalah kerusi ditandingi Tun M
semasa menjadi PM
DUN Jitra – Perlu diberi kepada Amanah kerana pengaruh
dan kekuatan Ketua Wanita Kedah Dr Rohani Abdul Mutalib yang juga bekas calon
di sini.
Parlimen Padang
Terap dan DUN Kuala Nerang – Sesuai ditandingi Amanah atau Bersatu . Sekiranya
Bersatu bertanding di Parlimen Padang Terap , Amanah di DUN Kuala Nerang atau
sebaliknya
DUN Pedu – Perlu ditandingi PKR memandang bekas Pengerusi
PKR Kedah Ir Zamri Yusuf sudah lama bertapak di sini
Parlimen Pokok Sena dan DUN Bukit Pinang – Parlimen Pokok
Sena perlu kekalkan Dato Mahfuz sebagi calon. Pastinya dia tidak dicalonkan
oleh Pas. Amanah sudah pasti pilihan Dato’ Mahfuz . Begitu juga DUN Bukit
Pinang yang sesuai ditandingi Amanah.
DUN Bukit Lada – Perlu diberi kepada Bersatu kerana
satu-satunya kerusi dimenangi Umno/BN dalam parlimen Poko Sena
DUN Derga – DUN ini milik DAP yang menang kerusi ini
pada PRU 13
Parlimen Alor Setar dan Kota Darul Aman – Perlu diberi
kepada PKR dan DAP kerana kedua parti ini menang kerusi ini pada PRU 13
DUN Bakar Bata – Sesuai ditandingi Bersatu kerana
kerusi ini adalah kerusi MB Kedah Dato’ Ahmad Bashah
DUN Alor Mengkudu – Amanah juga ada kekuatan dalam
Parlimen Alor Setar dan kerusi yang sesuai ditandingi ialah DUN Alor Mengkudu
Parlimen Kuala Kedah – PKR memenangi kerusi ini pada
PRU 13 , jadi perlu diserah kepada PKR.
DUN Anak Bukit dan DUN Pengkalan Kundur – Amanah paling
kuat di Kuala Kedah dan kedua-dua kerusi ini seharusnya menjadi milik Amanah
DUN Kubang Rotan – Sepatutnya kerusi ini juga diberi
kepada Amanah kerana kuatnya Amanah Kuala Kedah , namun perlu diberi kepada
Bersatu sebagai tanda persefahaman Pakatan Harapan
Parlimen Pendang dan DUN Tokai – Parlimen Pas paling
kuat terutama DUN Tokai. Oleh itu kedua-dua kerusi ini sesuai ditandingi Amanah
DUN Sungai Tiang – Bersatu layak bertanding di sini
kerana kawasan ini mempunyai kawasan felda
Parlimen Jerai dan DUN Sungai Limau – Juga merupakan
kubu Pas terutama DUN Sungai Limau. Justeru sesuai ditandingi Amanah
DUN Guar Chempedak – DUN yang sukar ditembusi
pembangkang sejak sekian lama. Maka Bersatu paling layak bertanding di kerusi
ini
DUN Gurun – Perlu diberi kepada PKR kerana PKR
bertanding di sini pada PRU 13
Parlimen Sik dan DUN Belantek – Satu lagi kawasan
parlimen yang Amanah sangat aktif dengan program kebajikan digerakkan ketuanya
Saudara Leman Raja Lawan . Kedua kerusi ini layak ditandingi Amanah
DUN Jeneri – Perlu diserah kepada Bersatu sebagai tanda
persefahaman walaupun Amanah kuat di sini
Parlimen Merbok dan DUN Bukit Selambau – Kedua kerusi
milik PKR dan PKR menang di DUN Bukit Selambau. Justeru sesuai ditandingi PKR
Dun Tanjung Dawai – Bersatu sesuai bertanding walaupun
Amanah juga ada kekuatan di sini
Parlimen Sungai Petani , DUN Bakar Bata dan DUN Sidam –
PKR patut bertanding kerana ketiga-tiga kerusi ini dimenangi PKR pada PRU 13.
Dun Pantai Merdeka – Sesuai ditandingi Amanah dan
Amanah juga aktif di parlimen ini
Parlimen Baling dan DUN Bayu – Pakatan Harapan perlu
memberi peluang Bersatu bertanding di kedua kerusi ini kerana kedua-dua kerusi
ini dimenangi Umno/BN pada Pru 13
DUN Kupang dan DUN Kuala Ketil – Amanah juga aktif di
parlimen Baling. Kedua-dua DUN ini seharusnya diserahkan kepada Amanah untuk
ditandingi
Parlimen Padang Serai dan DUN Lunas - PKR patut
bertanding kerana kedua-dua kerusi ini dimenangi PKR pada PRU 13.
DUN Merbau Pulas – Amanah paling layak bertanding di
kerusi ini
Parlimen Kulim Bandar Baru dan DUN Kulim - Kedua kerusi
ini milik PKR justeru sesuai ditandingi PKR
DUN Bandar Baharu – Kerusi ini sesuai ditandingi calon
Amanah
Secara keseluruhan pembahagian kerusi di Kedah
melibatkan dua parti Amanah dan Bersatu. Kerusi-kerusi yang ditandingi PKR dan
DAP tidak banyak berubah. Kepimpinan PKR sendiri berjanji akan memberi
kerusinya kepada Bersatu untuk merealisasikan kemenangan Pakatan Harapan.
Jumlah kerusi parlimen dan DUN semua parti dalam
Pakatan Harapan di Kedah agak seimbang. Kedudukan kerusi untuk parti-parti
dalam Pakatan Harapan adalah seperti berikut :
PARTI
|
PARLIMEN
|
DUN
|
PKR
|
6
|
8
|
AMANAH
|
5
|
14
|
BERSATU
|
4
|
12
|
DAP
|
|
2
|
JUMLAH
|
15
|
36
|
Sekiranya, Pas bersama Pakatan Harapan. Pembahagian
kerusi akan melibatkan kerusi ditandingi Amanah dan Bersatu kerana
kerusi-kerusi ini ditandingi Pas pada PRU 13.
Oleh itu, anda dapat menjangka mengapa Pas tidak mahu
bersama Pakatan Harapan. Jawapannya, kerana tamak untuk bertanding banyak
kerusi. Oleh itu , Pas sanggup bersendirian walaupun tahu akan kalah jika
bertanding 3 penjuru. Next Perak......
Wassalam
setuju.buat sekarang.jgn lambat.cepat dan cepat dan laju.biar rakyat kenal bakal calun2 ph.kenal maka cinta.dapat undi mudah.tak celaru.nak pangkah.
ReplyDelete