Salam,
Sejak balik Malaysia bulan September tahun lepas, penulis menunggu-nunggu Najib
bubar parlimen sebab nak balik Malaysia. Ingat Najib nak bubar bulan Mac, tak
bubar. Tunggu bulan Mei, tak juga bubar. Tunggu pula bulan Jun tak juga bubar.
Sekarang dah lebih 6 bulan penulis tak
balik. Memang penulis bercadang setiap 6 bulan nak balik Malaysia bantu kerja
jamaah kawasan. Najib punya pasal segalanya dah berterabur.
Jika penulis balik , risau pula Najib bubar
kena balik lagi. Penulis bukan kerja part time macam dulu, senang nak bercuti.
Sekarang, jika nak cuti bukan boleh sekejap-sekejap cuti. Jadi terpaksa tunggu
Najib bubar parlimen.
Rasa nak balik, bila tengok program-program
jamaah kawasan yang banyak memang hati tergerak nak balik. Terbaru ceramah
Abang Mat kat markas baru Kuala Kurau, tengok kat internet ramai yang datang.
Bukan sebab nak tengok orang ramai datang,
tapi nak tengok tapak markas kat Kuala Kurau. Sebelum penulis ke luar negara,
penulis ada bagitau beberapa orang kuat jamaah kat Kuala Kurau supaya
tinjau-tinjau jika ada tanah nak jual untuk buat markas.
Syukurlah, Allah mempermudahkan perjuangan
. Ada hamba Allah , tokoh pejuang muslimat yang wakafkan rumahnya untuk
dijadikan markas apabila beliau meninggal dunia.
Penulis dapat tahu, tokoh ini telah dipilih
untuk menerima anugerah tokoh muslimat kawasan dalam mesyuarat agung jamaah
kawasan tahun ini. Namun , beberapa hari sebelum tarikh mesyuarat agung, beliau
menghembuskan nafas yang terakhir. Tak sempat terima anugerah berkenaan.
Memang menyedihkan, menitis air mata
terutama muslimat yang bersama -sama berjuang sejak sekian lama dengannya. Bila
beliau meninggal dunia, diberitahu tentang wasiat beliau mewakafkan rumahnya
untuk perjuangan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh tokoh pejuang ini.
Walaupun tak boleh balik, penulis tidak
risau sangat tentang gerak kerja jamaah di kawasan sebab ramai yang boleh jadi
pengerak. Program terus bergerak,
sambutan rakyat bertambah kuat hanya menanti parlimen dibubarkan.
Penulis kini berhadapan dengan masalah di
negara orang putih ini. Berjuang bersama jamaah kawasan berlawan dengan parti
assabiyah lebih mudah berbanding bersaing dengan tiga kumpulan yang mengaku jamaah
Islam yang juga mendakwa memperjuangkan Islam.
Kumpulan pertama mudah bergerak atas nama
NGO yang diiktiraf oleh kerajaan. Mudah menarik adik-adik baru tanpa
berselindung . Panggil ke program secara terbuka, tunggu adik-adik baru siap di
airport siap dengan banner lagi.
Kenapa mudah? Kerana perjuangan kumpulan
ini tidak menentang pemerintah di Malaysia malah kumpulan ini kerap mengkritik
secara terbuka kerjasama politik jamaah dalam PR serta konsep negara berkebajikan
yang dibawa jamaah.
Adik-adik baru memanglah tidak akan rasa
takut-takut sertai program dan kumpulan ini. Mudahnya, perjuangan Islam mereka.
Tidak ada halangan, tidak ada sekatan. Perjuangan
Islamkah kalau mudah begitu?
Kumpulan kedua adalah kumpulan yang sama
penulis hadapi semasa di kampus tempatan. Cuma nama sahaja bertukar. Dulu
menyokong kerajaan , sekarang menyokong parti yang memperjuangkan Islam dalam
negara.
Makudnya, kumpulan ini menyokong jamaah
yang bertanding dalam pilihanraya. Jadi apa masalahnya? Masalahnya, tarbiyah
kumpulan ini terlalu umum. Ahlinya ditempat penulis berbahagi wala’ dengan tok syeikh mereka yang berfahaman wahabi aliran salafi.
Kumpulan wahabi aliran salafi adalah
kumpulan ketiga yang sebenarnya bukan sahaja cabaran kepada penulis tapi satu
masalah besar kepada kerajaan jika tiada diambil tindakan segera.
Oleh kerana tiada guru agama dari Malaysia
yang kerajaan hantar di luar negara, pelajar Malaysia yang dahagakan ilmu agama
berguru dengan tok syeikh berfahaman wahabi aliran salafi ini.
Penulis pada awalnya, tidak melihat satu
masalah dengan tok syeikh ini. Namun bila melihat kepada pembawaan pelajar yang
berguru setiap minggu dengan tok syeikh ini, penulis rasa pelajar yang taksub kepada
fahaman ini akan menimbulkan konflik kepada keluarga dan masyarakatnya apabila
pulang nanti.
Apa tidaknya, sudah ada yang menghalang
kawan lain menunaikan solat hajat kerana tok syeikhnya bagi tahu hadis solat
hajat adalah hadis dhaif. Sedangkan ulama dalam negara bersepakat harus beramal
dengan hadis dhaif.
Itu satu contoh, jika dibiarkan pasti
bertambah kuat taksub mereka dengan fahaman ini. Mungkin kerajaan tidak akan
ambil kisah sebab aliran salafi ini tidak menentang kerajaan, malah diserapkan
melalui ulama muda Umno.
Kerajaan tidak sedar bahawa, sudah ada yang tidak mahu
pulang ke Malaysia kerana mahu berjuang bersama kumpulan ini di luar negara.
Bagi mad’u jamaah , penulis dah bagi
kefahaman kepada mereka supaya tidak seratus peratus ikut apa yang tok syeikh ini
ajarkan. Kena sesuaikan dengan amalan yang disepakati ulama dalam negara .
Cabaran penulis memang besar di sini. Mad’u
perlu digilap tahap demi tahap , memang ambil masa untuk memahamkan mereka. Susah
hati apabila mencari seorang dua pengerak yang boleh mengantikan penulis bila
penulis balik.
Walaupun mad’u dah ramai , tapi jika tiada mad’u yang mampu jadi
pengerak , satu masalah juga.
Setiap hari menadah tangan berdoa kepada
Allah mempermudahkan perjuangan ini. Berharap Allah akan memberanikan mad’u
menjadi pengerak kepada adik-adik baru yang bakal sampai. Rasa takut , bila
penulis balik jamaah ini tiada pengeraknya , tiada penyambungnya.
Berbeza sungguh berjuang dalam dunia kampus
dengan medan sebenar. Penulis dah lalui tahap pertama berjuang di kampus
tempatan semasa ijazah pertama. Penulis dah lalui berjuang di medan sebenar
bersama jamaah di kawasan.
Kini penulis sedang lalui perjuangan di
luar negara yang berbeza. Tidak ramai yang mampu membantu seperti berjuang
dalam negara. Hanya bersama dua tiga orang membina jamaah yang baru di bumi
ini.
Walaupun begitu, yang penting bagi penulis
adalah pengalaman berjuang . Pengalaman ini amat besar faedahnya , apabila
berjuang semula di medan sebenar apabila pulang nanti. Ini semua adalah
tarbiyah yang tidak semua pejuang boleh memperolehnya.
Jika diperhatikan di negara Arab. Berlaku
kejatuhan puak sekular satu persatu dan jamaah Islam telah memerintah seperti
di Maghribi, Tunisia dan mungkin Mesir. Jamaah Islam yang memerintah ini tidak
menghadapi masalah dengan puak sekular yang sudah kalah, tapi berhadapan dengan
kumpulan yang mengaku jamaah Islam beraliran salafi.
Tidak mustahil cabaran jamaah di negara selepas
ini bukan lagi parti asobiyah melayu tapi kumpulan yang mengaku jamaah Islam asabiyah
melayu serta kumpulan salafi yang mula berakar dalam parti asobiyah.
Pejuang jamaah dalam negara mungkin tidak
nampak perkara ini, namun yang berada di luar negara sudah nampak masalah ini.
Justeru bersedialah mulai sekarang.
Memandangkan , sudah lama penulis tak
balik. Tak banyaklah dapat menulis mengenai aktiviti jamaah kawasan. Penulis
ikuti tapi tak sepenuhnya. Sebab itu, penulis menunggu-nunggu pengumuman Najib.
Tapi , Najib tak berani bubar lagi.
Oleh kerana, Najib tak berani bubar.
Penulis ambil keputusan balik juga September ini, tiket pun dah ambil. Dah lama
sangat tunggu, ayah dan emak dah lama tunggu di kampung.
Wassalam
Salam.,
ReplyDeleteTak kira lah di mana kita berada.,
Di situ bumi di pijak di situ langit di junjung....
Tapi Allah tetap satu dan ia berada hampir dgn kamu.,berdoa lah nascaya Allah akan Makbulkan cuma cepat atau lambat.
Alfatihah pada pejuang wanita yg.mengwakafkan umh nya utk d jdikan markas.,untung lah dia sempat berbuat amal kekal sebelum pemergiannya.
Buat anda di sini tak rindukah gulai ikan keli....Kuala Kurau?
hihi
Jgn Maree.
Salam Tn empunya blog,
ReplyDeleteMohon pertukaran link
http:// cikgu-pencen.blogspot.com
Terima kasih