Salam,
Ada beberapa orang pengunjung Facebook
jamaah yang meminta penulis sebagai admin menegur pemuda jamaah yang
menganjurkan konvoi motorsikal sempena Xpresi Himpunan Anak Muda ke Putrajaya .
Mereka mungkin tak tahu penulis di luar negara.Walaupun di luar negara penulis ikuti perkembangan himpunan ini. Tahu betapa bersungguhnya kerja kuat pemuda jamaah kawasan untuk jayakan aktiviti ini.
Hujah mereka konvoi itu adalah cara Umno,
konvoi itu akan menakutkan pengundi kepada jamaah, konvoi itu melalaikan anak
muda.
Silaplah mereka berhujah dengan penulis.
Penulis tanya mereka , bagi bukti konvoi itu cara Umno . Mereka tak dapat bagi
bukti, hanya bagi tahu Umno suka buat.
Penulis bagi tahu mereka, jiwa anak muda
bukan sama macam orang tua. Jika mereka suka kepada konvoi , hargailah kehendak
mereka selagi mereka dapat berkonvoi dengan berhemah tanpa memudaratkan orang
lain.
Pengisian program Xpresi anak muda bukan
hanya konvoi, tapi ada aktiviti lain yang bermanfaat . Ada demontrasi silat,
taekwando, ceramah dari pimpinan yang banyak beri nasihat yang berguna kepada
anak muda.
Bukan senang anak muda boleh berkumpul
untuk dengar pimpinan bagi pengisian. Inilah ruangnya, disamping mereka gembira
berkonvoi, mereka juga dapat input-input nasihat dan motivasi yang diterapkan pimpinan jamaah.
Berbeza dengan Umno. Selepas berkonvoi
mereka dihiburkan dengan artis dengan nyanyian melalaikan.
Jika , jamaah suka mengongkong kehendak
anak muda . Mereka akan memberontak, tidak puas hati. Lama kelamaan mereka akan
lari aktiviti jamaah.
Penulis ada pengalaman semasa PRU 2004.
Pemuda jamaah adakan himpunan 1000 pemuda, memang yang datang lebih 1000 pemuda
. Datang dengan motorsikal, berhimpun, baca ikrar dan selepas itu mereka mahu
konvoi pusing kawasan.
Penulis masa itu Timbalan Pemuda dalam masa
yang sama SU jamaah kawasan. Pemuda jamaah penuhi kehendak anak muda ini ,
bukan sekadar penuhi tapi akan ikut sekali guna kereta . Minta mereka berkonvoi
dengan baik tanpa buat provokasi.
Memang ramai, memang bersemangat, bagi
musuh memang mengerunkan. Konvoi berjalan dengan baik, tapi dalam masa konvoi hp
penulis sentiasa berdering dengan pangilan daripada pimpinan kawasan dan
mereka-mereka yang nak jaga sangat peraturan pilihanraya.
Bukan hanya orang dalam kawasan. Tapi yang
menyakitkan hati penulis, orang dari kawasan lain yang tak ada kaitan pun
telefon penulis marah kerana benarkan konvoi. Penulis jadi sasaran kerana penulis SU jamaah kawasan.
Alasan mereka , kalau jamaah menang
pilihanraya itu. Calon akan dibatalkan kemenangan kerana konvoi itu. Penulis
bagi tahu kepada yang marah-marah, jangan nak ikut sangat peraturan SPR. Kita lawan dulu bagi menang bila dah menang
bukan mudah SPR nak batalkan kemenangan, kena masuk mahkamah dulu.
Bagi yang telefon dari luar kawasan.Penulis
kata kepada mereka, ini kawasan penulis , penulis bertanggungjawab kalau
berlaku apa-apa. Alhamdulillah , tiada apa-apa pun yang berlaku.
Semasa PRU 2004 , SPR banyak pinda
undang-undang untuk memenangkan Umno/Bn. Namun, undang-undang yang mereka buat
itu, mereka ubah ikut sesuka hati dalam masa pilihanraya. Kesannya, pembangkang
yang terlalu ikut peraturan jadi mangsanya.
Dalam PRU2004 lah, SPR pada mulanya buat
arahan tiada pondok panas. Tapi esoknya, Umno /Bn pasang pondok panas,
pembangkang terkapai-kapai tiada pondok panas. Bila tanya SPR, SPR jawab arahan
tiada pondok panas sudah dibatalkan. Inilah padahnya, terlalu ikut peraturan
yang dibuat oleh SPR.
Jangan samakan jiwa orang muda dengan orang
tua. Bila hampir-hampir dengan pilihanraya ini, anak muda yang menyokong jamaah
di seluruh negara cukup bersemangat untuk menolong jamaah.
Gunalah peluang ini untuk aktiviti yang
memberi manfaat kepada mereka. Gunalah mereka untuk bersama mengerakkan jentera
pilihanraya. Semasa mereka mahu bersama , gerak kerja pilihanraya akan lebih
mudah dengan bantuan mereka.
Selepas pilihanraya, semangat anak muda
mula reda . Semasa itu, nak cari pemuda untuk datang aktiviti pun payah. Bukan
mereka tak sokong, tapi mereka lebih memberatkan aktiviti harian mereka. Itulah
anak muda …
Wassalam
No comments:
Post a Comment