Ketika dia berada di atas pokok kurma,
seseorang datang sambil marah-marah kepada tuannya yang berada di bawah
pokok kurma.
“Celakalah Bani Qailah, sekarang mereka
berkumpul di Quba’ menyambut kedatangan seorang lelaki dari Mekah yang
mendakwakan dirinya Nabi.”
Salman teringin mendengar berita
tersebut dan tidak sabar menemui nabi yang baru datang. Lalu dia turun
dan bertanya kepada tetamu tadi, ”Apa khabar anda? Cuba khabarkan
kembali kepadaku!”
Tuannya terus marah dan memukul Salman sambil marah,
“Kerjakan tugasmu kembali! Ini bukan urusanmu!” Salman terus sedar, dia
seorang hamba.
Anak kepada seorang petani kaya dan
penganut agama Majusi yang taat, Salman berasal dari Jayyan, Kota
Isfahan, Persia. Bapanya juga ingin menjadikan Salman penganut agama
Majusi yang taat. Salman dihantar ke kuil supaya menjaga api agar tidak
padam.
Jalan hidupnya berubah setelah tertarik cara orang-orang Nasrani
beribadah. Dia keluar dari rumah bapanya dan mengembara dari satu gereja
ke gereja yang lain sambil berguru dengan pendeta-pendeta dan akhirnya
bertemu dengan seorang pendeta di Amuria.
Setelah guru terakhirnya wafat, dia
mengikut satu kabilah Arab yang berjanji akan membawanya ke Tanah Arab.
Sebagai imbuhan, Salman menyerahkan semua ternakannya kepada kabilah
tersebut. Namun dia ditipu dan kabilah tersebut juga menjualnya sebagai
hamba di Yastrib.
Keesokkan harinya Salman pergi ke Quba,
menghulurkan sepiring kurma kepada Nabi dan menyatakannya sebagai
sedekah. Nabi menerima kurma itu, lalu memberi kepada sahabat-sahabat
sehingga habis, nabi tidak memakannya.
Setelah Nabi berada di Madinah,
Salman datang lagi menghulurkan sepiring kurma kepada Rasulullah, kali
ini dia menyatakan sebagai hadiah. Nabi segera memakan sebiji kurma lalu
mempersilakan para sahabat makan bersamanya.
Salman berfikir apa yang
dikatakan gurunya tepat, Nabi yang terakhir itu tidak menerima sedekah,
tapi menerima hadiah.
Salman semakin yakin bahawa beliau
sememang Nabi terakhir utusan Allah. Untuk lebih kepastian, Salman ingin
membuktikan adakah di punggung Nabi terdapat tanda kenabian.
Kesempatan
itu diperolehi semasa di Baqi. Ketika itu itu Nabi mengantar jenazah
seorang sahabat, Salman sengaja melingkari Nabi dan berusaha melihat
punggung Nabi.
Rupa-rupanya Nabi faham dan menjatuhkan
sedikit kain yang menyelimuti punggung sehingga Salman dapat melihat
tanda kenabian itu. Serta-merta dia memeluk Nabi, menciumi beliau sambil
menangis.
Itulah perjalanan panjang Salman mencari kebenaran.
Berbahagialah Salman al-Farisi pada hari kematian dan ketika
dibangkitkan kembali di akhirat. Wallahua’lam….Republica
Semoga Allah melimpahi Keberkatan dan Kerahmatan kepadamu, kerana hatimu yang TULUS dalam menjalani DUGAAN Allah dan semoga perjalanan HIDUP MU menjadi IKTIBAR kepada generasi yang kemudian. AMIN.
ReplyDelete