Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman .
Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah
tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam
hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang
kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini
penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima
doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan,
keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari
lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang
tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam
pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah,
ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah
seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam
keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah,
ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya
Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada
pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya
Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang
menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang
imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah
oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan
ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan
malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada
di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan
malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai
hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh)
naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat
Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar)
naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap
tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian
meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka
sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka
sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang
Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang
didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang
malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk
saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan
engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu
hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua
malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah,
berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “
10. Orang yang sedang makan sahur
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya
Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang
makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah
seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000
malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga
petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah. Sawitbiz
semoga kita sama2 mendapat doa malaikat....... amin~~~
ReplyDelete