Saturday, December 3, 2011

Jangan benci aku, Mama......


http://static.wix.com/media/7077b67d81205be43a88800571258ba9.wix_mp
Dua puluh tahun yang lalu aku melahirkan seorang anak lelaki, wajahnya agak tampan namun kelihatan agak bodoh. Hasan, suamiku, memberinya nama Erik
Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terbelakang. Aku berniat memberikannya kepada orang lain sahaja atau diletakkan di pusat asuhan agar tidak membuat malu keluarga kelak.

Namun suamiku mencegah niat buruk itu. Akhirnya dengan terpaksa kubesarkan juga. Di tahun kedua setelah Erik dilahirkan, akupun melahirkan kembali seorang anak perempuan yang cantik molek. 
Kuberi nama Angel. Aku sangat menyayangi Angel, demikian juga suamiku. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikannya pakaian anak-anak yang indah-indah.

Namun tidak demikian halnya dengan Erik. Ia hanya memiliki beberapa pasang pakaian lama. Suamiku sebenarnya sudah berkali-kali berniat membelikannya, namun aku selalu melarangnya dengan dalih menjimatkan wang keluarga. Suamiku selalu menuruti perkataanku.

Semasa usia Angel 2 tahun, Suamiku meninggal dunia. Erik sudah berumur 4 tahun pada masa itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. 
Akhirnya aku mengambil sebuah tindakan yang akan membuatku menyesal seumur hidup. Aku pergi meninggalkan kampung kelahiranku bersama Angel. Erik yang sedang tertidur lelap kutinggalkan begitu saja.

Kemudian aku memilih tinggal di sebuah rumah kecil setelah tanah kami berjaya dijual untuk membayar hutang. Setahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun.......... telah berlalu sejak kejadian itu.

Rufaidah binti Sa’ad : Tokoh Jururawat Islam

Kenapa tarikh 12hb Mei setiap tahun disambut sebagai Hari Jururawat Sedunia?

Florence Nightingale – 1820-1910 M (Tokoh Jururawat British)

Dunia barat berjaya mendapatkan tarikh ini sebagai tarikh penting bagi pengamal kerjaya kejururawatan bersempena dengan tarikh lahir Florance Nightingale. 

Florance Nightingale telah diwarwarkan sebagai tokoh jururawat dunia yang tersohor dan dikenali di mana-mana. Beliau telah dilahirkan di Itali pada 12 Mei 1820 sebelum bertugas di England. 

Anak warga British kelas atasan ini lebih dikenali sebagai ‘The Lady with the Lamp’ kerana telah bekerja gigih termasuk di sebelah malam bagi merawat askar-askar British yang luka ketika perang. Beliau juga telah mengasaskan Pendidikan Kejururawatan secara professional di St Thomas Hospital, London pada 1860 sebelum meninggal dunia pada 1910.

Adakan anda pernah dengar nama Rufaidah binti Sa’ad?


Abul Qassim az Zahrawi 936-1013M, Pakar Bedah Dunia – Cordova, Andalusia (Spain)

Nama Rufaidah Binti Sa’ad mungkin tidak semasyhur seumpama tokoh-tokoh Muslim yang lain seperti Al-Razi, Ibnu Sina dan Abul Qassim Az`Zahrawi tetapi Rufaidah sebenarnya memberikan sumbangan yang cukup besar di dalam dunia perubatan Islam.

Rufaidah Binti Sa’ad adalah merupakan jururawat pertama di dalam dunia Islam dan dunia perubatan sebenarnya. 

Sekiranya dunia moden kini menyanjungi Florence Nightingale sebagai jururawat tersohor kerana sumbangannya yang merawat para tentera British, seharusnya kita sebagai muslim menyanjungi dan menjadikan Rufaidah binti Sa’ad sebagai ikon, seorang jururawat hebat yang telah mempelopori dunia perawatan ini 1300 tahun  lebih awal sebelum Florence Nightingale.

Nama penuhnya ialah Rufaidah binti Sa’ad al Aslami, daripada suku Khazraj di Madinah. Beliau telah dilahirkan di Yathrib (Madinah) sebelum tahun hijrah dan merupakan di antara penduduk Madinah yang pertama memeluk Islam.

Apakah keistimewaan Rufaidah?

Beliau merupakan seorang  jururawat cemerlang yang  telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang doktor di Madinah pada ketika itu. Rufaidah menjalani latihan secara praktikal dengan menjadi pembantu klinikal kepada ayahnya.

Sejarah mencatatkan bahawa Rufaidah adalah seorang jururawat yang cemerlang yang mempunyai banyak ciri-ciri pengamal perubatan yang sangat istimewa.

Friday, December 2, 2011

Menangani Firaunisme

 
Dalam buku Tugas Cendikiawan Muslim, penulis dan pemikir terkenal dari Iran, Ali Shariati (1933-1975) menegaskan betapa ada “triniti sosial” yang selalu bergabung dalam melakukan penindasan dalam masyarakat. 

Firaun (kuasa), Bal’am (agamawan) dan Qarun (harta) merupakan tiga individu di dalam al-Quran yang telah dihuraikan oleh Shariati sebagai pewaris legasi Qabilian dalam pergelutan antara haq dan batil, keadilan dan kezaliman. 

Antara ketiga-tiga simbol kezaliman tersebut, saya berminat menghuraikan mengenai simbol kekuasan dan politik iaitu Firaun, memandangkan menerusi perbincangan ini kita juga bisa melihat penyalahgunaan agama dan pemonopolian harta.

Firaunism dan agama

Ramai yang seolah-olah tersilap faham mengenai hubungan antara Firaun dan agama, disebabkan Firaun sepertimana telah disebut dalam al-Quran dan juga Bible merupakan watak seorang raja yang menolak ajaran seorang Rasul.

Namun demikian, jangan kita lupa apa yang tersirat dalam pemerintahan dan pengamalan kasta pada zaman Firaun, sistem kasta piramid sosial sebagaimana bisa ditemui dalam banyak tulisan dan buku kajian mengenai tamadun purba Mesir menunjukkan bahawa kumpulan pendeta dan bangsawan (high priests and nobles ) pada zaman itu merupakan penghuni kelas yang ketiga selepas Firaun dan penasihatnya (Vizier, Haman merupakan vizier kepada Firaun pada zaman Musa as). 

Vizier dipilih oleh Firaun untuk menjadi rujukan dan mendapat nasihat sebelum membuat keputusan, para pengkaji menyebutkan bahawa dalam pelbagai zaman pendeta agama dilantik sebagai Vizier oleh Firaun, selain itu vizier dan pendeta lebih utama untuk berada dalam barisan pentadbiran jika dibandingkan dengan kelompok bangsawan.

Melihat pada kelas-kelas pada piramid sosial tersebut menunjukkan bahawa peranan agama dalam administratif monarki di Mesir sangat tinggi pengaruhnya dan di sinilah timbul persoalan, apakah peranan terpenting agama dalam pemerintahan firaun?

Apabila kita melihat kelompok terakhir dalam piramid sosial tersebut iaitu para hamba dan petani/buruh (slaves and farmers) yang merupakan peratus tertinggi dalam populasi masyarakat Mesir Purba, seakan-akan sebahagian daripada jawapan telah diperoleh untuk menjawab soalan di atas. 

Dari Tunisia, kemudian Maghribi dan kini Mesir

 http://emajmagazine.com/wp-content/uploads/2011/05/muslim-brotherhood.jpg
Dalam pengiraan awal Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), nampaknya akan memenangi plihanraya parlimen Mesir. Menurut hasil pengiraan awal Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat sokongan 40 peratus. 

Sementara itu, Parti al-Nour yang didirikan oleh kumpulan Salafi kemungkinan mendapatkan 70 kerusi. Meskipun, pemerintah melewatkan pemunguman keputusan pilihanraya, sehingga hari Jum'at atau Sabtu.


Nampaknya, pasca regim-regim kuku besi di dunia Arab dan Afrika Utara, seperti Zine el Abidin ben Ali, Hosni Mubarak, Ali Abdullah Saleh, Muammar Gaddafi, Bashar al-Assad, dan sejumlah negara lainnya, seperti Maghiribi, Algeria dan Jordan, kekuatan politik Islam akan mengambil alih kekuasaan di beberapa negara.


Sesudah Parti An-Nadhah yang dipimpin Prof. Rashid Ghannoushi memenani pilihanraya Tunisia, di susuli Parti Islam Keadilan Maghribi, juga memenangi pilihanraya di negeri Afrika Utara itu. 

Sementara itu, pilihanraya di Mesir, negeri yang paling tinggi jumlah penduduknya di dunia Arab yang jumlahnya mencapai 86 juta,nampaknya Partai Kebebasan dan Keadilan (FJP)), yang didirikan oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin memenangi pilihanraya. 

Kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan semakin mengukuhkan perubahan di dunia Arab dan Afrika menuju Islam.


Pengiraan keputusan pilihanraya


Hasil kiraan awal pilihanraya pertama Mesir selama enam dekad , yang diterima pada Khamis, Parti Kebebasan dan Keadilan memenangi majoriti di parlimen. 

Kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan ini, semakin menunjukkan perubahan politik yang luas di dunia Arab dan Afrika, pasca revolusi telah memberikan peluang yang lebih besar kepada Jamaah Ikhwan.


Ikhwanul Muslimin, sebuah Jamaah yang tertua dan lahir di tahun l928, yang didirikan oleh Hasan al-Banna, layak mendapatkan dukungan politik dari rakyat Mesir. 

Kumpulan Islam yang terorganisasi dengan sangat baik di Mesir telah memiliki pengalaman politik yang sangat luar biasa menghadapi para regim kuku besi. Jamaah Ikhwan menghadapi kehidupan politik yang sangat keras, hampir satu abad.


Para pemimpinnya terus berjuang dengan sabar menghadapi penindasan politik. Bahkan banyak para tokohnya yang syahid, termasuk pengasasnya al-syahid Hasan al-Banna yang maut ditembak aparat penguasa Mesir. 

Sebahagian diantara mereka ada yang dihukum gantung, seperti Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah, dan sejumlah tokoh Ikhwan lainnya, yang menolak mendukung Presiden Gamal Abdul Nasser.

Kelebihan Hari 'Asyura - 10 Muharram



"Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik.

Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)