Saturday, November 12, 2011

Ucapan Rasulullah kepada kaum Quraisy di hari pembukaan Kota Mekah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJtI6YzuPA71KE_xbMmWdq_DtN5AyMdwKhfjeMimFVu5PXL4Y9ZusVP4WnItNm0wp6PES_CGEQlzNyqVY6awcfCXiuVALcVkUynzsCOfj-lwumGeHRjuHGBsFw5CnRQLE512jZpISnBqoo/s320/index.jpg
Selepas itu Baginda Rasulullah (s.a.w) menutup pintu Kaabah sedang Baginda di dalam Kaabah bersama Usamah dan Bilal, di situ Baginda berdiri dengan membelakang pintu Kaabah.

Apabila Baginda melangkah ke depan dengan jarak tiga hasta Baginda berhenti di situ, jadi dua tiang sebelah kirinya dan satu tiang berada di sebelah kanan Baginda. 

Di belakang Baginda tiga tiang, kerana al-Haram di masa itu didirikan atas enam batang tiang. 

Baginda bersembahyang di situ, setelah Baginda berjalan-jalan di dalam Kaabah, bertakbir di setiap penjurunya, menyebut kalimah Tauhid, kemudian barulah Baginda membuka pintunya, di masa itu Quraisy sedang memenuhi ruang masjid secara bersaf menunggu apa yang hendak dilakukan oleh Rasulullah ke atas mereka. 

Rasulullah memegang lawang pintu Kaabah, sedang khalayak Quraisy menunggu di bawah, dengan sabdanya: 

“Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, benar janjiNya, membantu hambaNya, mengalahkan golongan Ahzab sendiriNya, ingatlah setiap warisan lama, setiap warisan Jahiliah samada harta benda atau darah kesemuanya di bawah kakiku ini, kecuali penjaga Baitullah dan pemberi minum kepada Jemaah Haji. 

Ingatlah, pembunuhan secara tersalah adalah hampir seperti dengan tindakan secara sengaja dengan menggunakan cemeti dan rotan dendanya terlalu berat, iaitu seratus ekor unta, empat puluh darinya sedang sarat mengandung.

Friday, November 11, 2011

Nasib orang-orang yang halal darahnya semasa pembukaan Kota Mekah

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1X3fsQr59i8jQSmHPJWdHQK47cdriZ-pzN39bnA7dsAzrLje0MEhIEFyRPKR_XXGn61gLXJhTOEiDOl_AylQSo-V4bcrluk6jqaHHoZ3Kw4Tdy40UriTwePB_hnfZeEU7waP-xCCpv3ta/s400/1_200864_2601.gif
Di hari Pembukaan Kota Mekah, Rasulullah menghalalkan darah sembilan orang kepala penjenayah Makkah, malah Rasulullah memerintahkan supaya dibunuh kesembilan-kesembilan mereka walau pun didapati mereka berpaut ditirai Kaabah. 

Mereka ialah: Abd al-Uzza bin Khatal, Abdullah Ibni Abi Surah, Ikrimah bin Abi Jahal, al-Harith bin Nufail bin Wahab, Muqis bin Sababah, Habbar bin Aswad, dua orang penyanyi wanita milik Ibn Khatal, kedua mereka ini sering mencaci Rasulullah melalui nyanyian mereka dan Sarah hamba perempuan milik seorang Banu Abdul Muttalib, beliau inilah yang membawa risalah dari Hatib bin Abi Baltaah.

Ada pun Ibni Abi Surah, telah dibawa oleh Saidina Uthman kehadapan Rasulullah, beliau menjadi orang tengah kepada Rasulullah, maka dengan itu terhindarlah nyawa beliau dari ancaman pembunuhan, malah Rasul telah menerima pengakuan Islamnya, di mana sebelum ini Baginda menangguh untuk menerimanya, dengan harapan akan terdapat di kalangan sahabat yang bertindak membunuhnya, kerana beliau sebelum ini sudah memeluk Islam dan turut berhijrah kemudian beliau murtad dan lari balik ke Makkah.

Ikrimah bin Abi Jahal telah melarikan diri ke negeri Yaman, namun isterinya telah berusaha mendapatkan perlindungan, maka Rasulullah pun memberi jaminannya, dengan itu beliau telah berusaha untuk mendapat kembali suaminya yang lari itu, setelah bertemu beliau turut pulang ke Makkah dan memeluk Islam akhirnya beliau menjadi seorang Islam yang baik.

Manakala Ibni Khatal didapati sedang bergantung di tirai Kaabah, hal beliau telah dilaporkan kepada Rasulullah, maka kata Baginda: “Bunuh sahaja”. Maka beliau pun terus dibunuh di situ. 

Adapun Muqais bin Sababah telah dibunuh oleh Namilah bin Abdullah, Muqais sebelum ini telah pun ‘ memeluk Islam, tiba-tiba berlaku peristiwa di mana Muqais telah menyerang seorang lelaki Ansar menyebabkan beliau membunuh lelaki Ansar, kemudian beliau murtad dan lari menyertai kaum musyrikin di Makkah.

Al-Harith merupakan orang yang paling, menyakiti Rasulullah semasa di Makkah. Beliau telah dibunuh oleh Ali bin Abi Talib.

Thursday, November 10, 2011

Ummu Sulaim: "Islammu, itulah maharku!"


                                             Gambar hiasan

Nama sebenar beliau ialah Ummu Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin ‘Ady bin Najjar. 
 
Beliau merupakan seorang wanita yang cantik dan memiliki sifat keibuan. Dirinya dihiasi dengan kebijaksanaan, ketabahan, kefasihan berkata-kata dan berakhlak mulia.
 
Pada mulanya, ummu sulaim berkahwin dengan Malik bin Nadlar dan mendapat seorang cahayamata yang diberi nama Anas. Apabila agama Islam datang ke Madinah, Ummu sulaim telah memeluk agama Islam bersama kaumnya. 
 
Beliau telah mengajak suaminya untuk sama-sama memeluk agama Islam namun suaminya enggan. 
 
Bukan sahaja menolak marah memarahi ummu sulaim. “Apakah engkau sudah membelakangkan agama datuk nenek selama ini?”

Kemudian Ummu sulaim menjawab dengan penuh keyakinan, “Sesungguhnya aku telah menyerahkan wajahku kepada Allah, Tuhan semesta alam ini.” Kemudian beliau mengajarkan anaknya, Anas untuk mengucap syahadah. 
 
Malik menjadi bertambah marah dan berkata, “kau sudah rosakkan kepercayaan anakku!”

Ummu sulaim segera menjawab dengan tegas, “ saya tidak merosakkan kepercayaannya tetapi saya memimpinnya ke jalan yang lurus agar dia membesar dengan mendapat hidayah.” 
 
Akibat terlalu marah, Malik bin Nadlar telah meninggalkan negerinya dan berhijrah ke Syam.

PERKAHWINAN KEDUA UMMU SULAIM :
Tidak lama selepas itu, beliau mendapat khabar yang suaminya Malik telah meninggal dunia di Syam. Abu talhah al-Ansari telah datang membawa rombongan meminang tetapi Ummu sulaim segera menolak lamaran tersebut. 
 
“wahai Abu Talhah, bagaimana aku boleh menjadi isterimu sedangkan kau masih menyembah batu dan tunduk kepada pokok yang tidak memberi manfaat kepadamu. Kau sanggup menyembah kayu yang boleh membakar sehingga menjadi abu dan kemudian boleh ditiup angin. Dimana akalmu?” ujar Ummu sulaim.

Setelah pulang, Abu Talhah memikirkan semula kata-kata Ummu sulaim dan menyedari perkara yang dikatakan Ummu sulaim adalah benar. Abu Talhah datang semula kepada Ummu sulaim dan menyatakan keislamannya. 
 
Ummu sulaim berasa gembira dan menerima pinangan Abu Talhah tanpa sebarang mas kahwin.

Wednesday, November 9, 2011

Wartawan mampu menangkan Gerakan Islam

  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitsOEYi31w2l_0y4QbgZR-u9BTPl0SS-7x79e72V-uP6BYpx1IUZrJ42t9EzXZRi4RLY9QJwmHwVaKBcqaezWtU1ZhqBGEcT40fwwjdmVkCNolW6lWUJhwgmsgj_LrijtG53NpciSGagM/s320/daie+copy.png
KITA rasa bersyukur yang teramat sangat dengan berita kemenangan besar Parti an-Nahdah Tunisia pimpinan Dr Rasyed Ganouchi yang pulang ke tanah air setelah berlaku penggulingan kuasa ke atas pemimpin diktator, Zein al-Abidin ben Ali yang dijatuhi hukuman penjara 35 tahun di negaranya sendiri.

Mungkin itu lebih baik daripada menerima nasib diktator Libya, Kolonel Muammar Gaddafi yang dibunuh oleh rakyatnya sendiri yang sudah lama memendam perasaan marah terhadapnya kerana kelantangannya yang jelas menghina Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam.


Malah kepulangan Dr Rasyed pula tepat pada waktu ketika mana rakyat sudah bosan dengan sistem pemerintahan secara sekular yang berlangsung puluhan tahun di bumi Tunisia.

Kegemilangan Islam Apa yang menarik di Turki pun sudah mula kelihatan ajaran Islam sudah dapat diterima, iaitu negara yang memperkenalkan sistem sekular melalui pengkhianat agama iaitu Mustafa Kamal Attaturk, ini menunjukkan bahawa umat Islam di mana-mana pun sekarang ini sedang meniti jalan untuk mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah ditonjolkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Mungkin ini satu petanda bahawa Islam akan mula bertapak di negara-negara umat Islam dan akan menerajui kepimpinan dunia ke arah mengimarahkan bumi Allah yang sudah lama menerima akibat negatif daripada pelaksanaan undang-undang yang menyanggah kebesaran Allah SWT.

Dosa yang lebih besar dari 1000 kali berzina


Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang menekan.

Tudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hiasan muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kesedihan yang tengah menekan hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu perlahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik itu.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun mula bercerita, “Saya… telah berzina. “Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun… terus hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak.


Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka marah ia mengherdik, “Perempuan jahat, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Tuesday, November 8, 2011

Kisah Bar'ah anak yatim yang cekal


Ini adalah kisah kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun bernama Bar`ah, yang orang tuanya doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. 

Pada usia ini, Bar `ah menghafal seluruh Al Qur’an dengan tajwid, dia sangat cerdas dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah maju untuk kanak-kanak seusianya.

Keluarganya kecilnya berkomitmen untuk Islam dan ajaran-ajarannya sebagai pedomannya hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang parah dan setelah beberapa kali diperiksakan diketahuilah bahawa ibu bar’ah menderita kanser, dimana hasil ujian laboratorium kanser ini sudah dalam keadaan tahap akhir/kronis.

Ibu bar’ah berfikir untuk memberitahukan penyakitnya pada anak perempuannya, jika ia terbangun nanti, semasa anak perempuannnya ada disampingnya ibunya berkata pada bar’ah. inilah ucapan ibu bar’ah kepadanya”

“Bar`ah aku akan pergi ke syurga, tapi sebelum aku pergi aku ingin kamu selalu membaca Al- Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana itu yang akan menjadi pelindungmu kelak.. “

Bar'ah itu tidak mengerti apa yang disampaikan ibunya, Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke hospital untuk waktu yang lama.
Bar'ah menggunakan waktu apabila pulang sekolahnya untuk menjenguk ibunya di hospital dan selalu membaca Quran untuk ibunya sehingga malam hingga ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak hospital memberitahukan ayah Bar’ah melalui telefon bahawa keadaan isterinya sangat buruk dan ia perlu datang segera, setelah mendengar berita tersebut ayah Bar’ah menjemput Bar `ah dari sekolahnya dan menuju ke hospital.

Ketika mereka tiba di depan hospital ayahnya memintanya Bar’ah untuk tinggal dalam kereta agar bar’ah tidak akan terkejut jika ibunya meninggal dunia. Ayah bar’ah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masuk kehospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta yang terlalu laju dan merempuh ayah Bar’ah seketika itu ayah Bar’ah meninggal di depan anak perempuannya

Monday, November 7, 2011

Pesan roh untuk manusia di dunia


 http://virouz007.files.wordpress.com/2010/06/roh.jpg
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam yang ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. 
 
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. 
 
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang sejuk kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”. 
 
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sehingga Hari Kiamat. 
 
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.
 
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. 

Sunday, November 6, 2011

Tuntutan persamaan hak terbaik sepanjang sejarah manusia

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEia5kF7DNyYLG9wWTqDBdxVLdG9qDXf1HfObu2SvZ2GYLcxAViSy2vzCzFmGR141oAcdxXskvtSyd_zKzAPTtFGXOpQ4IGdRrXRvTTmK7gHfB7bcTVfg1ZSFroZVikfZTclplVSr5tumCM4/s1600/gender.jpeg
Segala sesuatu akan menjadi baik jika berada di atas fithrahnya. Ikan akan tetap hidup jika ia tinggal di air, burung akan terpelihara kelestariannya jika burung terbang di udara dan tinggal di dahan-dahan pokok dan cacing akan selamat jika ia tetap tinggal di dalam tanah. 
 
Bencana akan menimpa makhluk ini ketika masing-masing telah jemu dengan apa yang menjadi fitrahnya.

Demikian juga lelaki dan perempuan yang juga merupakan makhluk Allah Subhanahu Wata'ala. Dia menjadikan lelaki dan perempuan bukan tanpa maksud
 
Masing masing telah dilengkapi dengan kelebihan dan keistimewaan yang berbeza sesuai dengan tugas dan peranannya.

Jika kita sedar, kita akan mendapati banyak perbezaan antara keduanya baik dalam sifat, susunan tubuh, gerak-geriknya, cara berjalan, duduk, berdiri, cara bercakap, kesenangannya, kebiasaannya dan juga perasaannya
 
Subhanallah, perbezaan tersebut benar-benar dicipta untuk sesuai dengan kekhususan fungsi dan peranannya sebagaimana yang kehendaki Allah Subhanahu Wata'ala.

Allah Subhanahu Wata'ala menggariskan bagi kaum lelaki untuk memimpin wanita kerana memang Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan sesuatu bagi lelaki untuk memimpin yang tidak dikurniakan kepada wanita. 
 
Demikian pula Allah Subhanahu Wata'ala mempercayakan seorang bayi kepada kaum wanita lantaran Allah Subhanahu Wata'ala telah memberikan  kepadanya sesuatu yang tidak dimiliki oleh kaum lelaki.

Fitrah adalah ketetapan yang Allah swt gariskan bagi para makhluknya. Allah yang menciptakan hambaNya sehingga Allah Subhanahu Wata'ala yang paling mengetahui apa-apa yang baik bagi hambaNya dan apa yang buruk bagi hambaNya.

Allah Subhanahu Wata'ala memberikan tugas kepada masing-masing makhluk serta memberikan sesuatu sesuai dengan tugasnya di dunia. 
 
Ketika seorang di antara mereka mengambil tugas yang bukan menjadi tugasnya, maka akan ada suatu pekerjaan yang tidak diselesaikan dan semakin banyak pekerjaan yang bertindih dan tidak teratur yang semakin besar pula kekacauan yang timbul.