Segala sesuatu akan menjadi baik jika
berada di atas fithrahnya. Ikan akan tetap hidup jika ia tinggal di air,
burung akan terpelihara kelestariannya jika burung terbang di udara dan
tinggal di dahan-dahan pokok dan cacing akan selamat jika ia tetap
tinggal di dalam tanah.
Bencana akan menimpa makhluk ini ketika masing-masing
telah jemu dengan apa yang menjadi fitrahnya.
Demikian juga lelaki dan perempuan yang juga merupakan makhluk Allah Subhanahu Wata'ala. Dia menjadikan lelaki dan perempuan bukan tanpa maksud.
Masing masing telah dilengkapi dengan kelebihan dan keistimewaan yang berbeza sesuai dengan tugas dan peranannya.
Jika kita sedar, kita akan mendapati banyak perbezaan antara keduanya baik dalam sifat,
susunan tubuh, gerak-geriknya, cara berjalan, duduk, berdiri, cara
bercakap, kesenangannya, kebiasaannya dan juga perasaannya.
Subhanallah, perbezaan tersebut benar-benar dicipta untuk sesuai
dengan kekhususan fungsi dan peranannya sebagaimana yang kehendaki Allah
Subhanahu Wata'ala.
Allah Subhanahu Wata'ala menggariskan bagi kaum lelaki untuk memimpin wanita kerana memang Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan sesuatu bagi lelaki untuk memimpin yang tidak dikurniakan kepada wanita.
Demikian pula Allah Subhanahu Wata'ala mempercayakan seorang bayi kepada kaum wanita lantaran Allah Subhanahu Wata'ala telah memberikan kepadanya sesuatu yang tidak dimiliki oleh kaum lelaki.
Fitrah
adalah ketetapan yang Allah swt gariskan bagi para makhluknya. Allah
yang menciptakan hambaNya sehingga Allah Subhanahu Wata'ala yang paling
mengetahui apa-apa yang baik bagi hambaNya dan apa yang buruk bagi
hambaNya.
Allah
Subhanahu Wata'ala memberikan tugas kepada masing-masing makhluk serta
memberikan sesuatu sesuai dengan tugasnya di dunia.
Ketika
seorang di antara mereka mengambil tugas yang bukan menjadi tugasnya, maka
akan ada suatu pekerjaan yang tidak diselesaikan dan semakin banyak
pekerjaan yang bertindih dan tidak teratur yang semakin besar pula
kekacauan yang timbul.
Wanita
sendiri ibarat pedang bermata dua, apabila dia baik, serta berjalan
diatas fitrah yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu Wata'ala, maka
ia ibarat batu bata yang baik bagi sebuah pembinaan masyarakat Islam
yang komitmen dengan ketinggian akhlak dan cita-cita yang luhur.
Akan
tetapi, ketika wanita menyimpang dari tugas pokoknya dan mengambil
tugas yang bukan menjadi tanggungjawabnya serta meniru dan mengikuti hawa nafsu, menjadi pejuang persamaan hak maka dia benar-benar
menjadi musuh besar bagi manusia
“Sesungguhnya
dunia itu manis dan menggiurkan. Dan sesungguhnya Allah Subhanahu
Wata'ala menyerahkan dunia kepada kalian. Kemudian hendak melihat apa
yang kalian perbuat terhadapnya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan
berhati-hatilah terhadap wanita. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah kerana wanita.” (HR Muslim).
“Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalku yang lebih berat bagi lelaki dari fitnah wanita.” (HR Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sa’id bin Musayyib berkata, “ketika syaitan merasa putus asa menggoda manusia, maka ia bersembunyi di sebalik wanita (memperalatnya).”
Benar, seringkali wanita
mampu berbuat dengan sesuatu yang tidak dapat diperbuat oleh syaitan.
Ia mampu menimbulkan kerosakan yang lebih besar, dahsyat dan mengerikan
dari kerosakan yang ditimbulkan oleh syaitan.
Ya.........ketika ia bosan
dengan apa yang telah digariskan oleh Allah atasnya. Wanita semacam ini akan menjadi senjata yang dipercayai syaitan untuk menghadapi manusia.
Kenyataannya itulah yang telah diketahui oleh syaitan-syaita,n jin dan manusia. Maka mereka berupaya untuk menyimpangkan wanita dari tugasnya yang utama, agar ia mahu berperang di pihaknya dan membela misinya.
Jika kita meneliti tulisan diatas, maka MENUNTUT PERSAMAAN GENDER pada hakikatnya adalah sebuah tuntutan untuk memaksakan kesamaan dua hal yang jelas jelas berbeza.
Menyeru persamaan hak dan kewajiban antara lelaki dan perempuan
adalah bentuk “perlangaran” terhadap fitrah yang telah Allah Subhanahu
Wata'ala gariskan terhadap manusia.
Sekiranya tugas dan peranan lelaki sama dengan perempuan, maka
dimanakah letak kebijakan Allah Subhanahu Wata'ala menciptakan manusia
menjadi dua jenis? mengapa tidak cukup menciptakan dengan satu jenis
kelamin sahaja jika memang sama tugas dan hak-haknya?
Jika kemunduran kaum wanita
muslimah hari ini yang menuntut persamaan hak mendapatkan persamaan kerusi,
persamaan hak untuk mendapatkan persamaan warisan dan barang murahan
lainnya, maka perhatikanlah tuntutan persamaan dari generasi terbaik
yang seharusnya menjadi teladan kita berikut ini.
Suatu ketika Asma’ bin Yazid bin Sakan
menghadap Rasulullah Shallallahu a'alaihi wasallam dan berkata, “wahai
Rasulullah Shallallahu a'alaihi wasallam, sesungguhnya aku adalah utusan
para wanita yang berada dibelakangku, mereka sepakat dengan apa yang
aku katakan dan sependapat dengan pendapatku… sesungguhnya Allah
Subhanahu Wata'ala mengutus Anda kepada lelaki dan juga kepada para wanita.
Kamipun beriman kepada Anda dan mengikuti Anda sedangkan kami para wanita
terbatas gerak-geriknya, kami mengurus rumah tangga dan menjadi tempat
menumpahkan syahwat bagi suami-suami kami, kamilah yang mengandung
anak-anak mereka.
Namun Allah Subhanahu Wata'ala memberikan keutamaan
kepada kaum lelaki dengan solat jama’ah, mengantar jenazah, dan
berjihad. Jika mereka keluar untuk berjihad, kamilah yang menjaga
hartanya dan memelihara anak-anaknya, maka apakah kami mendapatkan pahala sebagaimana yang mereka dapatkan?”
Mendengar
tuntutan Asma’ tersebut, nabi menoleh kepada para sahabat lalu
bersabda, “pernahkah kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang
agamanya yang lebih bagus dari pertanyaan ini?”
kemudian Beliau
bersabda, “pergilah wahai Asma’ dan beritahukan kepada para wanita
dibelakangmu bahawa perlakuan baik kalian terhadap suami dan usaha kalian
mendapat ridha darinya serta keta’atan kalian kepadanya, pahalanya sama
dengan apa yang engkau sebutkan tentang pahala lelaki.“
Sungguh pertanyaan terbaik dan tuntutan persamaan terbaik yang mungkin hanya sekali kita dengar dari seorang Wanita.
Satu tuntutan yang benar-benar menempelak para pejuang persamaan hak yang sesat dan di luar kebiasaan.
No comments:
Post a Comment