Saturday, October 15, 2011

Pertolongan Allah kepada perjuangan di jalanNya

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtlVKLFsXxvmnarFFHzlCPA7L4sIl2iqxawwd_Pui2Gj_OJwaeZwkIqiS4jDWgphJLD5pWqybS2Li-4CzBmF6EeW9JNr3nM4mapXfWnCZV3cy2Sr7ICGJH8OJFcibJurNruTrIeV-1xYuH/s320/Badar1_225187551l.jpg
Setelah semua usaha dilakukan. Setelah semua pengorbanan diberikan. Setelah semua doa dipanjatkan. Selebihnya adalah mengharapkan keajaiban. Sudah banyak bukti keimanan menciptakan perkara ajaib.

Sejarah orang-orang beriman sendiri banyak dipenuhi dengan kejadian-kejadian ajaib dan di luar upaya manusia. Allah memberikan kurnia keajaiban itu kepada mereka sebagai bukti dukungan-Nya kepada perjuangan mereka menegakkan kebenaran dan mempertahankannya.

Setelah melakukan perdebatan raja Fir’aun yang menegangkan urat saraf, lalu diteruskan dengan menguji kehebatan antara nabi Allah Musa as. melawan para tukang sihirnya dalam usaha membela kebenaran dan menyelamatkan Bani Israel dari diperbodohkan raja Fir’aun. 
 
Keajaiban pun terjadi. Seorang nabi Musa berjaya mengalahkan kehebatan para tukang sihir itu; ular-ular tukang sihir mereka dilumat habis oleh ular Musa as dan mereka pun menyatakan keimanannya kepada Tuhannya Musa dan Harun.

Peristiwa tidak berhenti di situ, raja Fir’aun yang dimalukan di depan rakyatnya pun murka dan hendak membinasakan mereka semua; Musa dan Bani Israel. Lalu tejadilah peristiwa pengejaran terhadap Musa dan kaumnya hingga pelarian mereka terhadang oleh bentangan laut Merah di hadapan mereka. 
 

Friday, October 14, 2011

Tulahan : Balik ke Malaysia untuk 'isteri kedua'

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKH-NsFryBgNDHMKHHyXwwXAgGct_Cr-u3wOO1F2wKjf-g9TEujFUWsOulHMdvfBnenthwy3wMvHN78cDB3HK2_Svh0mMfCg2FRSZrp64ojrj5A-S-npYHW4zzoffc70rAGqrKw9zbsZ0p/s1600/air-asia-airline.jpg
Sebelum berangkat keluar negara dahulu, penulis harapkan dapat balik ke Malaysia sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk buat kerja jamaah. Syukurlah , setelah setahun di negara orang putih, dah dua kali penulis pulang ke Malaysia. 

Tak sampai pun 6 bulan tapi  5 bulan sekali. Kenapa bukan 6 bulan? Kerana penulis tunggu tiket murah Air Asia. Balik mula – mula dulu, memang murah tapi balik kali kedua tiketnya sekali ganda dari yang dulu walaupun masih murah.

Payah dah nak dapat tiket murah Air Asia sejak Air Asia ada banyak saham dalam MAS. Dah tak wujud lagi persaingan antara dua syarikat penerbangan ini. Memang Tony Fernandes kata masih ada tiket murah, tapi dah tak sama macam dulu.

Balik kali ini, penulis beri tumpuan kepada mengerakkan jentera pilihanraya jamaah kawasan. Tak bergerakkah jentera? Bergerak , malah bagi penulis jentera pilihanraya jamaah kawasan adalah antara terbaik di Perak malah paling aktif.

Bohonglah kalau sesiapa yang tuduh jentera pilihanraya jamaah kawasan tak bergerak. Penulis tidak bersama mereka yang mengerakkan jentera, tapi penulis tahu mereka buat kerja. Bukan sikit tetapi terlalu banyak aktiviti yang mereka buat untuk menangkan jamaah dalam pilihanraya.

Jika ada sesiapa yang tuduh jentera tak bergerak, orang  berkenaan sebenarnya mempunyai niat yang tidak elok. Orang ini tak memikirkan perasaan Ajk kawasan, pemuda, muslimat, unit amal dan Nisa’ yang sanggup turun ke cawangan , masuk rumah ke rumah, berada tengah panas terik semata-mata nak daftarkan pengundi baru. 

Bukan sekali mereka buat tapi banyak kali.  Itu hanya aktiviti gempur daftar pemilih, tak masuk lagi aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan pengorbanan masa, keluarga dan  kewangan. Mereka bukanpun nak dipuji tapi hargailah apa yang mereka lakukan , bukan tahu tuduh untuk sedapkan hati.

Seperti biasa kali ini penulis kumpulkan petugas pilihanraya di cawangan ikut UPU dalam 7 zon.  Penulis ambil masa hanya 30 - 40 minit untuk taklimatkan 5 keperluan terpenting yang jentera di UPU kena lakukan untuk hadapi pilihanraya.

Taklimat penulis lebih menekankan motivasi kepada petugas di UPU supaya mereka akan bersemangat untuk buat kerja pilihanraya. Bagi penulis , semangat petugas yang masih di paras rendah perlu dinaikkan dengan memberikan sesuatu input yang positif bukan negatif. Jika negatif, semangat petugas yang rendah akan menjadi semakin lemah.

Syukurlah, dari 49 cawangan dalam kawasan . Hanya 3 cawangan yang tak hantar wakil petugas hadiri taklimat. Selepas talimat zon, sudah ada UPU yang buat mesyuarat untuk tubuh UPU, tubuh semula UPU, kemaskini jentera UPU bagi yang dah tubuh. 

Maksudnya, petugas di UPU sudah ada semangat untuk menghadapi pilihanraya. Hanya beberapa UPU yang perlu diberi perhatian dan bantuan oleh jentera MTD. 

Kisah La Bianca ,gadis desa Australia memilih menjadi muslimah

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiV8dZXlQkQdlausngWWRYJA8IxGcSlhF2p58JfOg77vzyhnz79VyUdfT6Q7kNfyJlyiArZFn8lw18wHQSDWWePy3xBxQ3yQvIrg7Pgu0SKna7LcrFGtqFRM2AUsPeppMujlfnodKtg00XO/s1600/labianca.jpg
La Bianca hanya seorang perempuan desa sederhana yang dibesarkan di sebuah ladang peternakan di Perth, Australia Barat. Ketika masih kanak-kanak, ia mempunyai haiwan kesayangan, seekor kangaru. 
 
Ia juga membantu orang tuanya memelihara lembu dan biri-biri. Walaupun perempuan, La Bianca suka berburu. Arnab dan anjing hutan menjadi sasaran buruannya.

Keluarganya tidak terlalu kuat mengajarkan agama. Tapi La Bianca percaya adanya Tuhan dan ia dididik dengan tradisi dan nilai-nilai moral keluarga Itali, dimana seorang anak gadis sangat dijaga dan dilindungi.

Setiap Minggu, La Bianca dan keluarganya mengikuti misa ke gereja. Namun buat La Bianca, kedatangannya ke gereja cuma ikut-ikutan keluarganya saja, kerana ia mengaku tidak faham apapun tentang agama yang dianutnya. 
 
Yang ia tahu, ia harus memakai gaun berwarna putih dan mengucapkan beberapa baris doa semasa perlu melakukan komuni. Yang ia tahu, Jesus dan Maria hanya patung yang dipasang di gereja. Tapi, La Bianca tetap percaya Tuhan itu ada dan ia tetap berdoa pada Tuhan.

Kisah Tsa'labah dan Sa'labah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi21PvZWlBJ1VSZd5gyIx_TAenK8Euun3IZ5AlwVRUjjM7mWqBfj9tkoogxq_gIBg8Wmr_lkD2byP03rVrost7OyAhDbp9gx8X6YtsQ3xdrx13cmhyy851uI95CoY8j_YWQ1w8SE_tHoBQ/s1600/sahara.jpg
Kisah Tsa'labah bin Abdurrahman

Seorang pemuda dari kaum Anshar yang bernama Tsa'labah bin Abdurrahman telah masuk Islam. Dia sangat setia melayani Rasulullah SAW. Suatu ketika Rasulullah SAW mengutusnya untuk suatu keperluan. 

Dalam perjalanannya dia melalui rumah salah seorang dari Anshar, maka terlihat dirinya seorang wanita Anshar yang sedang mandi. 

Dia takut akan turun wahyu kepada Rasulullah SAW berhubung perbuatannya itu. Maka dia pun pergi jauh. Dia menuju ke sebuah gunung yang berada di antara Mekah dan Madinah dan terus mendakinya.

Selama empat puluh hari Rasulullah SAW kehilangan dia. Lalu Jibril AS turun kepada Nabi SAW dan berkata, "Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam buatmu dan berfirman kepadamu, "Sesungguhnya seorang lelaki dari umatmu berada di gunung ini sedang memohon perlindungan kepada-Ku.""

Maka Nabi SAW berkata, "Wahai Umar dan Salman! Pergilah cari Tsa'laba bin Aburrahman, lalu bawa kemari." Keduanya pun lalu pergi menyusuri perbukitan Madinah. 


Dalam pencariannya itu mereka bertemu dengan salah seorang penggembala Madinah yang bernama Dzufafah. Umar bertanya kepadanya, "Apakah engkau tahu seorang pemuda di antara perbukitan ini?" 

Penggembala itu menjawab, "Jangan-jangan yang engkau maksud seorang lelaki yang lari dari neraka Jahanam?" "Bagaimana engkau tahu bahawa dia lari dari neraka Jahanam?" tanya Umar. 

Dzaufafah menjawab, "kerana, apabila malam telah tiba, dia keluar kepada kami dari perbukitan ini dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata, "Mengapa tidak cabut saja nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti keputusan!" 

"Ya, dialah yang kami maksud," tegas Umar. Akhirnya mereka bertiga pergi bersama-sama.

Ketika malam menjelang, keluarlah dia dari antara perbukitan itu dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata, "Wahai, seandainya saja Engkau cabut nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti-nanti keputusan!" 


Lalu Umar menghampirinya dan mendakapnya. Tsa'labah berkata, "Wahai Umar! Apakah Rasulullah telah mengetahui dosaku?" "Aku tidak tahu, yang jelas kemarin beliau menyebut-nyebut namamu lalu mengutus aku dan Salman untuk mencarimu." 

Tsa'labah berkata, "Wahai Umar! Jangan kau bawa aku menghadap beliau kecuali dia dalam keadaan solat"

Ketika mereka menemui Rasulullah SAW sedang melakukan solat, Umar dan Salman segera mengisi shaf. Tatkala Tsa'labah mendengar bacaan Nabi saw, dia tersungkur pengsan. 


Thursday, October 13, 2011

Misteri Hajar Aswad dan rahsia besar ketika menciumnya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixByTdT8N4XmDQjmUtiRIVdJYUmRRHZRav-CuHAFL8ejJAsfuY24NJsOkDODVVzBoV19vptVb8J1aKak1qGo_2y-4Beil9YepfJ32jBHGYUpMu0NdG8naVnY9lr8eYL3BZjYPq4akxjyY/s1600/hajaraswad.jpg
Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘RUBY’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
 
Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca do’a ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya: 
 
Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.

Elizabeth Torres memeluk Islam walaupun tujuh ahli keluarganya maut dalam tragedi 11 September


 http://static.republika.co.id/uploads/images/headline/elizabeth-torres-_110907082141-520.jpg
Ia masih kerap dipanggil dengan nama lahirnya, Elizabeth. Walau kini, ia telah mengganti semua dokumen rasminya menjadi Safia Al-Kasaby, identiti barunya setelah menjadi seorang Muslimah.

Berita dia bertukar agama sempat menuai kontroversi di Amerika Syarikat. Maklumnya, banyak perkara yang tidak berkaitan mengapa kemudian dia membuat pilihan keyakinannya pada Islam.

Tidak berkaitan? Ya. Safia, 43 tahun, adalah keturunan Yahudi dan Puerto Rico. Datuknya adalah korban Holocaust yang kemudian melarikan diri ke Puerto Rico. Mereka bersembunyi di sebuah rumah ibadah.

Dia juga bekas Sarjan pertama dalam Angkatan Udara AS. Malah, Safia kehilangan lapan ahli keluarga – seorang bapa saudara dan tujuh sepupunya – dalam serangan 11 September yang menjadikan Muslim sebagai “tertuduh” pada 2001.
 
Namun bagi Safia, semua saling berkaitan. Justeru setelah duka Tragedi 11 September, ia mencari pengetahuan tentang Islam. Dalam dirinya tumbuh keyakinan semakin Islam disudutkan di AS, ia merasa adalah yang salah di sana.

Wednesday, October 12, 2011

Rasulullah pengsan mendengar keterangan Jibril tentang pintu neraka ke 7

 http://catatanrevolusi.blogsome.com/images/doakubur.gif
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam." 
 
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Tuesday, October 11, 2011

Rahsia pengkhianatan syaitan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUAon7ZpD43BLfqdgDsThfeNbNHZWksVDflSNC5lDOcly9CuG264_3Bv-Rx1ylDq9xHUMrmkZPY_ZSjYuRe0dJ0YRvN6mOCFYacDExqJQCdT38A2ui2Sa_8-NgT5QmGqdSsVc-AiGX3YhG/s1600/iblis.jpg

Hanya Alquran yang mampu membuka rahsia-rahsia besar yang pasti akan terjadi di akhirat kelak. Salah satunya adalah pengkhianatan syaitan secara terbuka kepada para pengikutnya yang dalam Kitab Suci disebutkan, dalam keadaan hina, putus asa, terumbang-ambing, dan tanpa pembela.


Semasa perkara hisab telah diselesaikan, berkatalah syaitan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu namun aku menyalahinya.

Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu, janganlah kalian mencerca aku. Cercalah diri kalian sendiri.

8 spesis kucing hutan yang mempesonakan

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTJGltaBHCKuPGO26yNF__G6YRVjiNuC6ojMYRrm8Msn2mwysPotEaoj_hmLK2ojnPlM7ceutCL4BPqLpRPVyRehZW7sIMbFKY3MpXmyAlv_0yQ8KDLKcpabPljSyJdeWHF24xf97W7tuA/s1600/hutan1.jpg
 1. Andean montain cat
The Andean Mountain Cat (Leopardus jacobita) sangat jarang dilihat, sebagai habitat yang dibatasi ke pergunungan Bolivia, Peru, Argentina, dan Chile pada ketinggian di atas garis pokok.


Jumlah populasi dianggarkan hanya kira-kira 2500. kucing ini membesar hanya kira-kira dua meter panjangnya, hampir tidak lebih besar dari kucing rumah, dengan ekor tebal panjang yang boleh memberikan imbangan yang berguna untuk melakukan manuver di sekitar pergunungan.
2. Pallas's cat
Pallas's The Cat (Otocolobus manul) disebut juga "Manul". Hanya seukuran kucing domestik, tapi nampaknya lebih berat kerana bulu yang padat.

Pallas's The Cat berbeza dari kucing lain kerana memiliki mata bulat dan cerah dan gigi yang lebih sedikit, memberikan penampilan yang berwajah relatif datar. kucing ini terdapat dari Eropah Timur ke Siberia, menjelajahi ketinggian lebih tinggi dari Timur Tengah dan Asia. 
Kucing ini dianggap sebagai spesies kucing tertua, yang berkembang kira-kira 12 juta tahun yang lalu. Meskipun kucing ini jarang ditemui , anda mungkin biasa dengan kucing ini kerana fotonya popular dari sebuah poster.

3. Margay
Margay (Leopardus wiedii) menyerupai kucing rumah, tetapi lebih kecil sebagai kucing rumah. Margay juga mempunyai kaki yang relatif lebih panjang dari seekor kucing rumah dan merupakan pemanjat pokok yang sangat baik.

Kucing ini terdapatdi wilayah membentang dari Mexico ke bawah melalui Brazil. Spesies ini hampir terancam jarang kelihatan, kerana hanya berburu di malam hari dan tetap tersembunyi di hutan hujan.

Kemampuan semut selamatkan diri semasa banjir

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF1cO4SE_nWy8p_H4Ujfk87OyNvvyW3Zu0OmWU9CvsomzVdUpga0dJSWlw9O69Y5qCjxoHd1ytQD2DtOvSZUJD2UQFkhKCT1OkNxKRUeqvxvjF0oo9Vfxsgv_L17O_RYlNwcM9s4cGWiE/s1600/semut+api1.jpg
Ini adalah kenderaan hebat untuk menyelamatkan diri dari bencana banjir. Kenderaan itu dapat merakit dirinya sendiri dalam 100 saat dan mampu menjaga ribuan hingga jutaan penumpangnya selamat serta terapung selama berhari-hari, malah hingga beberapa bulan.

Kumpulan semut api yang terapung bersama adalah ciptaan semulajadi yang luar biasa. Para pengkaji berusaha mengetahui bagaimana semut-semut itu menciptakan rakit yang selamat dan tahan lama dari badan semut sendiri.

Dengan rakit itu, semut dapat menyelamatkan diri dari banjir di habitat asli semut api di Amerika Selatan, sekaligus bermigrasi ke tempat jauh.
 
Kumpulan pengkaji yang dipimpin oleh Nathan Mlot, ahli kejuruteraan biologi di Georgia Institute of Technology, Amerika Syarikat, mengumpulkan semut api di tepi jalan dan memfilemkan serta membekukan semut itu ketika semut-semut itu membentuk kelompok apung. Kemudian diletakkan ke dalam air di laboratorium, kelompok semut berbentuk bola itu menyebar.

Sunday, October 9, 2011

Gadis Amerika bersyahadah di dalam bas


jilbab_4
“Aku dibesarkan dalam keluarga Kristian taat. Ayahku sentiasa memberi petua Kristian semasa membesarkanku. Dia berusaha keras mengajariku nilai-nilai Kristian,” kata Halimah David tentang latar belakang keluarganya.

"Aku banyak membaca Bibel semasa masih duduk di sekolah dasar dan mengamati sekilas ada hal yang bertentangan di sana (contoh: masalah babi). Memasuki usia 12 tahun, aku makin mengerti dan Kristian makin jauh dari hidup. Tapi aku sendiri tidak tahu apa yang mesti kulakukan. Aku terus mencari dan mencari, siapa tuhanku yang sebenarnya. Berdoa agar ditunjukkan pintu kebenaran itu. Jujur, aku benar-benar bekerja keras untuk hal ini," kata dia.

Halimah menyimpan segudang pertanyaan dalam kepalanya: “Kenapa ada manusia di dunia?” atau “Untuk tujuan apa manusia diturunkan?”

Halimah berfikir dengan sistem yang begitu komplek, contohnya bagaimana manusia diciptakan, lalu bumi diciptakan untuk manusia, tentu ada Maha Pencipta di balik semua itu. Seperti benda, pasti ada perekanya. Atau, tatkala seseorang jalan-jalan di pantai lalu meninggalkan jejaknya di pasir. Maka pasti yang melihat akan menduga ada orang yang baru melalui jalan itu sebelumnya.

"Memasuki usia ke-19, itulah masa-masa yang kritis dalam masa pencarianku. Aku banyak membuat perjalanan ke berbagai tempat untuk melihat aneka budaya setempat. Ini juga sebahagian dari proses pencarian tuhan. Kuamati ajaran Taoisme, Budha, Yahudi, Freemansory, Hindu, Animisme, serta banyak lainnya lagi. Tentu saja ajaran Kristiann juga jadi bahan pembanding.

Aku juga mempelajari Islam melalui literatur yang ada. Pada masa itu hanya satu dua halaman saja yang kupelajari. Sekilas saja, aku tidak begitu tertarik mempelajarinya lebih jauh. Kuamati Islam menyembah Allah, lalu Muhammad Nabi mereka. Itu saja. Lalu mereka solat lima kali sehari. Apa, lima kali sehari!?," kata dia lagi.

Layani isteri seperti Rasulullah


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGGSARiIqJz28rlnSPVrpJpYKBvArce6szVPrV4vU_8bAhVHowTKbMF0u9SkVDmo9L6OCthxggKVXceaT3ELCU_fy8ZUn1I48WC5YbTWgjw0aEkT3n5J6ZYtjbejLl3ZaXQ7oQ6QJqhqtF/s1600/muhammad+%25281%2529.jpg
1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.