Salam,
Sebelum berangkat keluar negara dahulu, penulis
harapkan dapat balik ke Malaysia sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk buat
kerja jamaah. Syukurlah , setelah setahun di negara orang putih, dah dua kali
penulis pulang ke Malaysia.
Tak sampai pun 6 bulan tapi 5 bulan sekali. Kenapa bukan 6 bulan? Kerana penulis
tunggu tiket murah Air Asia. Balik mula – mula dulu, memang murah tapi balik
kali kedua tiketnya sekali ganda dari yang dulu walaupun masih murah.
Payah dah nak dapat tiket murah Air Asia
sejak Air Asia ada banyak saham dalam MAS. Dah tak wujud lagi persaingan antara
dua syarikat penerbangan ini. Memang Tony Fernandes kata masih ada tiket murah,
tapi dah tak sama macam dulu.
Balik kali ini, penulis beri tumpuan kepada
mengerakkan jentera pilihanraya jamaah kawasan. Tak bergerakkah jentera?
Bergerak , malah bagi penulis jentera pilihanraya jamaah kawasan adalah antara
terbaik di Perak malah paling aktif.
Bohonglah kalau sesiapa yang tuduh jentera
pilihanraya jamaah kawasan tak bergerak. Penulis tidak bersama mereka yang
mengerakkan jentera, tapi penulis tahu mereka buat kerja. Bukan sikit tetapi
terlalu banyak aktiviti yang mereka buat untuk menangkan jamaah dalam
pilihanraya.
Jika ada sesiapa yang tuduh jentera tak
bergerak, orang berkenaan sebenarnya
mempunyai niat yang tidak elok. Orang ini tak memikirkan perasaan Ajk kawasan,
pemuda, muslimat, unit amal dan Nisa’ yang sanggup turun ke cawangan , masuk
rumah ke rumah, berada tengah panas terik semata-mata nak daftarkan pengundi
baru.
Bukan sekali mereka buat tapi banyak kali. Itu hanya aktiviti gempur daftar pemilih, tak
masuk lagi aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan pengorbanan masa, keluarga
dan kewangan. Mereka bukanpun nak dipuji
tapi hargailah apa yang mereka lakukan , bukan tahu tuduh untuk sedapkan hati.
Seperti biasa kali ini penulis kumpulkan
petugas pilihanraya di cawangan ikut UPU dalam 7 zon. Penulis ambil masa hanya 30 - 40 minit untuk
taklimatkan 5 keperluan terpenting yang jentera di UPU kena lakukan untuk
hadapi pilihanraya.
Taklimat penulis lebih menekankan motivasi
kepada petugas di UPU supaya mereka akan bersemangat untuk buat kerja
pilihanraya. Bagi penulis , semangat petugas yang masih di paras rendah perlu
dinaikkan dengan memberikan sesuatu input yang positif bukan negatif. Jika negatif,
semangat petugas yang rendah akan menjadi semakin lemah.
Syukurlah, dari 49 cawangan dalam kawasan .
Hanya 3 cawangan yang tak hantar wakil petugas hadiri taklimat. Selepas talimat
zon, sudah ada UPU yang buat mesyuarat untuk tubuh UPU, tubuh semula UPU, kemaskini
jentera UPU bagi yang dah tubuh.
Maksudnya, petugas di UPU sudah ada
semangat untuk menghadapi pilihanraya. Hanya beberapa UPU yang perlu diberi
perhatian dan bantuan oleh jentera MTD.
Peluang balik kali ini juga penulis cuba usaha
proses baki 11 cawangan yang masih belum hantar penyata mesyuarat agung ke
pendaftar pertubuhan. Cuba selesaikan masalah 3 cawangan yang gagal buat
mesyuarat agung .
Penulis berjaya dapat dari 7 cawangan
penyata mesyuarat agung , diproses dan dihantar ke pendaftar pertubuhan.
Berjaya susun semula organisasi 2 cawangan yang tak buat mesyuarat agung
melalui perjumpaan dengan beberapa Ajk cawangan .
Cuma penulis tidak berkesempatan kerana
kekurangan masa untuk turun selesaikan masalah organisasi untuk satu lagi
cawangan yang tak buat mesyuarat agung. Memang penulis berharap kepada Penolong
SU untuk selesaikan perkara ini sebelum penulis balik kali pertama dulu. Tapi, penulis
tahu beliau belum mampu dan perlu buat banyak kerja lain.
Penulis tak salahkan Penolong SU kerana
beliau masih muda dan pengalaman masih kurang. Apa yang penulis buat adalah
membantunya mendapatkan pengalaman selesaikan masalah cawangan.
Begitu juga apa yang penulis buat untuk
bantu Su Jentera Pilihanraya jamaah kawasan yang masih baru dan tiada
pengalaman. Apabila masih tiada
pengalaman, menjadi tugas sesiapa yang berpengalaman untuk bantu mereka bukan ‘kondem’
mereka.
Penulis tak mahu apa yang penulis alami
turut dialami oleh mereka. Semasa penulis yang tiada pengalaman mula pegang SU
Jentera Pilihanraya dan Bilik Gerakan , ada individu yang berpengalaman sengaja
minta Pengarah MTD ‘pekena’ penulis buat taklimat pilihanraya kepada petugas
MTD. Sedangkan , individu berkenaan sendiri boleh bagi taklimat berkenaan, tak
perlu ‘pekena’ penulis.
Banyak perkara yang penulis tunjuk ajar
kepada mereka yang baru, bukan nak tunjuk pandai tapi nak bantu mereka. Mereka
perlu dibimbing dengan pengalaman yang kita ada supaya ilmu mengerakkan jentera
ini berterusan untuk kepentingan jamaah.
Penulis memang kecewa kerana gagal untuk
hidupkan semula organisasi satu cawangan . Masa 3 minggu memang tak mampu bagi
penulis. Tapi, penulis lebih kecewa apabila melihat ada Ajk kawasan yang
bersungguh ambil masa untuk selesaikan masalah cawangan bermasalah hanya kerana
seorang individu bermasalah .
Sedangkan , semua tahu individu berkenaan
tidak selesai menimbulkan masalah kerana sudah diketahui sejarahnya. Jika , ajk
kawasan sanggup turun ke cawangan disebabkan individu bermasalah ini , kenapa
tidak kepada cawangan lain yang ada masalah wujudkan organisasi.
Bertindak adillah kepada 48 cawangan lain.
Meraikan cawangan adalah membantu cawangan supaya tersusun organisasinya, aktif
aktivitinya. Meraikan cawangan bukanlah
merai individu bermasalah dalam cawangan.
Penulis dapat hadir mesyurat Lujnah Kebajikan, lujnah yang penting dalam gerakan kebajikan jamaah kawasan. Alhamdulillah, bila penyata dibentangkan dana lujnah sentiasa bertambah setiap bulan. Melalui berita kebajikan yang keluar dalam akhbar harian, blog,web dan facebook jamaah kawasan. Ramai yang menderma dan memberi infaq kepada lajnah.
Inilah berkah kerana ketelusan dan bantuan
berterusan lajnah kepada orang yang layak menerima bantuan. Allah telah
mengerakkan hati-hati manusia untuk menyumbang melalui lajnah. Cuma ada masalah
Bendahari yang baru dilantik jatuh sakit. Terpaksalah Pengerusi lajnah ambil
tugas Bendahari untuk sementara.
Penulis amat berharap dana kebajikan ini
terus dikeluarkan kepada yang berhak menerimanya. Jangan disekat kerana takut
berkurangan kerana dana akan terus bertambah seiring sumbangan yang dikeluarkan
untuk aktiviti kebajikan dan orang yang berhak menerimanya.
Dalam keadaan masa terhad , penulis ambil
sikit masa sebelum balik berjumpa dengan orang Cina , nak tahu sendiri dari mulut
mereka tentang khidmat wakil rakyat. Penulis tak mahu dengar dari mulut Ajk
kawasan yang rapat dengan orang Cina sahaja.
Bila dengar sendiri, penulis bagi tahu
kepada jamaah kawasan apa yang penulis dengar dan apa kesimpulan penulis
tentang pandangan orang Cina kepada wakil rakyat.
Memang tak semua yang penulis dapat tolong,
sekurang-kurangnya dengan sedikit kerja ini mampu membantu kawan-kawan lain
mengerakkan jamaah.
3 minggu di Malaysia, blog, web dan facebook jamaah tak mampu penulis update sekerap di luar negara . Hanya jika ada masa pergi kedai CC yang laju internetnya untuk update, tak apalah untuk sementara sahaja.
Bila balik semula ke negara orang putih , lain pula
ceritanya. Bila dah kerap balik Malaysia , lama pula tu maka ada yang tak faham
tentang jamaah buat ‘gosip’ penulis balik untuk isteri kedua. Sebab apa boleh
jadi ‘gosip’ itu ? kerana sebelum ini memang ada yang kerap balik ke Malaysia
sebab ada isteri kedua.
Penulis tak kisah sangat sebab semasa
penulis balik 2 minggu sekali dari Pahang pun , ‘gosip’ yang sama timbul. Biarlah mereka nak buat 'gosip' kerana mereka tidak tahu bahawa 'isteri kedua' penulis adalah jamaah.
Bukan salah mereka kerana mereka tidak faham tentang perjuangan Islam, tentang pengorbanan untuk jamaah,
tentang tuntutan berjihad.
Bukan sahaja mereka yang tak tahu tentang
perjuangan, yang duduk dalam jamaah pun ramai yang tarbiyahnya tak sampai ke
situ. Bagi mereka tak boleh diterima akal , balik buang duit semata-mata nak
buat kerja jamaah. Sebab itu, ada yang buat tuduhan yang tidak patut .
Jika nak ikut apa orang kata, tak jadi
kerja kerana mulut manusia tak boleh ditutup. Yang penting tarbiyah kepada ahli
jamaah wajib dilaksanakan untuk tingkatkan kefahaman berjamaah.
Penulis bangga sebab jamaah kawasan
satu-satunya di Perak yang berjaya mengendalikan kursus Diploma ILHAM yang tak
lama lagi akan tamat pengajiannya selama 2 tahun.
Ramai yang akan terima
Diploma ILHAM di Parit Buntar, maka ramailah yang faham perjuangan yang mampu bantu
lajnah tarbiyah dan lajnah lain mengerakkan jamaah.
Kemasukan baru peserta kursus diploma ini
sedang dibuka. Ramainya, terhad kepada 40 peserta. Harap lebih ramai yang akan
mengambilnya. Yang belum faham perjuangan tapi dah lama berjuang , ambillah
diploma ini kerana banyak memberi kefahaman tentang perjuangan. Selamat Berjuang……….
Wassalam
No comments:
Post a Comment