Saturday, September 3, 2011

Part 4 - Kebajikan N/Zealand, Pelarian Islam Diberi Wang Mingguan

Oleh Dr. Ubaidullah Mustaffa
 

Pengenalan

Sudah agak lama Christchurch tidak bergegar. Gempa bumi yang meruntuhkan pusat bandaraya Christchurch telah menyepi hampir sebulan. Barangkali sepi menyambut Ramadan dan Aidil Fitri yang penuh rahmat. 


Salji tebal sudah dua kali melitupi bandaraya kedua terbesar di New Zealand ini. Heboh seluruh dunia tentang berita salji tebal melanda New Zealand. 

Jabatan kajicuaca New Zealand mengesahkan bahawa kejadian salji tebal pada kali ini bukan perkara biasa. Kali terakhir salji tebal menimpa New Zealand ialah hampir 50 tahun yang lalu.

Seperti biasa salji lebat mula turun pada waktu malam. Angin bertiup sangat kencang sehingga bergegar segala pintu tingkap rumah. Apabila salji putih melitupi bumi, waktu malam menjadi cerah seperti siang. 


Kegelapan malam hilang dan saya dapat melihat keindahan malam yang terang benderang. Aneh tapi benar! Malam sepatutnya gelap gelita. Kagum saya dengan kebesaran Allah swt yang telah menunjukkan kebesarannya.

Dengan rasa penuh keinsafan dalam hati dan jiwa saya melangkah keluar rumah untuk melihat sendiri kebesaran Allah swt yang diturunkan dari langit yang tiada bertiang dan tiada sempadan. Apabila saya mendongak ke atas saya dapat melihat awan bergerak tersangat laju kerana ditiup angin kencang. 


Alangkah bertuahnya kalau saya dapat merakam kejadian tersebut untuk dikongsi bersama-sama tetapi kamera saya dibasahi salji dan berkabus kerana terlampau sejuk. Di celah-celah awan bergerak laju kelihatan bintang-bintang bertaburan di langit.

Saya terpaksa cepat-cepat masuk semula dalam rumah kerana tidak tahan dengan suhu yang mencecah -12ºC. Pada malam itu saya dan keluarga bersahur dalam kesejukan yang amat sangat walau pun pemanas dipasang maksima. 


Salji tebal ini mungkin tidak setebal salji di Kutub Selatan tetapi mengikut Jabatan Kajicuaca New Zealand telah berlaku fenomena polar blast iaitu ribut salji kuat yang berpunca dari Antartika.

Polar Blast
di Malaysia


Konsep Negara Berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sebagai persiapan minda rakyat untuk PRU13 nampaknya mempunyai kesan sama seperti polar blast di New Zealand. Pemerintah menjadi seram sejuk walau pun panas membahang dan segala yang dibuat rasa tidak mengena. 

Nak kata terkena demam denggi mungkin tidak, kerana kontrak jutaan ringgit telah dikeluarkan untuk memburu dan membunuh nyamuk aedes. Sekali terfikir kasihan juga dengan nasib nyamuk aedes yang dicipta tuhan boleh membawa penyakit. Kerap kali berlaku nyamuk Aedes tidak mati tapi duit habis dibelanjakan.

Pemerintah yang memerintah tanpa acuan pemikiran yang ikhlas terhadap rakyat bukan sahaja bakal dibekukan polar blast malah boleh juga disalai bakar oleh solar blast menjadi debu. 


Part 3 - Melihat N/Zealand Model Negara Kebajikan

Oleh Dr. Ubaidullah Mustaffa

Pengenalan

Christchurch membuat kejutan lagi. Berita gempa bumi belum pun reda lagi datang pula cerita salji tebal. Mengikut siaran berita di TVNZ melaporkan kali terakhir Christchurch dilanda salji tebal ialah pada tahun 1968 iaitu 43 tahun dahulu. 

Semenjak pukul 10.00 malam hari Ahad, tanggal Julai 24, 2011 salji turun tidak berhenti-henti. Bandaraya Christchurch yang sudah terkenal kerana bencana gempa bumi kini kelihatan sangat indah dilitupi salji tebal. Sebelum ini salji turun tetapi tidak selebat kali ini.

Namun begitu dalam keindahan datang juga bencana alam bersama-sama salji tebal itu. Bekalan letrik terputus di beberapa kawasan, jalanraya terpaksa ditutup, penerbangan terpaksa ditunda, pejabat dan premis perniagaan terpaksa bercuti dan banyak kenderaan terperangkap dalam salji yang bertukar menjadi ais keras lagi licin. 

Bagi peminat salji pula mereka keluar di tengah malam bermain salji tanpa mengira suhu yang membeku sehingga -8º C.

(Salji tebal melitupi bahagian hadapan rumah saya yang terletak di Riccarton dalam bandaraya Christchurch, New Zealand.)
Berpolitik berbeza dari bermain politik


Ahli-ahli politik New Zealand berpolitik dan bekerja keras walau pun Christchurch ditimpa bencana demi bencana tanpa berhenti-henti. Mereka tidak bermain politik tetapi berpolitik secara ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat. 

Mereka jadikan isu kebajikan semasa bencana alam untuk menembusi kubu lawan dengan menghulurkan bantuan kebajikan tanpa mengira sempadan fahaman politik, bangsa atau ugama. Mereka menukarkan masalah menjadi peluang keemasan.

Part 2 - N/Kebajikan; Ala New Zealand Bukan Ala Raja Bersiong

Oleh Dr. Ubaidullah Mustaffa
(Waktu malam di bandaraya Christchurch, New Zealand)

SAYA amat terkejut apabila mendapati email saya dipenuhi dengan mesej dari pembaca artikel bertajuk New Zealand sebagai model Negara Kebajikan. 


Tidak mungkin saya dapat membalas semua mesej tersebut tetapi saya akan cuba membalas dalam penulisan saya seterusnya.

Apa yang menarik ialah mesej diterima dari pelbagai bangsa Malaysia termasuk dari Sabah, Sarawak dan juga dari rakyat Malaysia yang sedang merantau di seluruh dunia tanpa mengira sempadan fahaman politik. 


Setelah meneliti semua mesej pembaca saya membuat kesimpulan bahawa rakyat mahukan Malaysia mengamalkan konsep negara kebajikan secara ikhlas serta disuntik dengan sifat kasih sayang di antara kerajaan dengan rakyat.

Gempa bumi di Christchurch masih belum reda. Setiap hari bumi Christchurch bergegar di antara 2 -3 kali. Saya dapat mengecam gempa bumi akan berlaku apabila terdengar bunyi yang menakutkan memenuhi atmosfera bumi. 

Bunyi seperti benda berat lagi besar bergerak di perut bumi dan benda itu rasanya amat dekat dengan tapak kaki saya. Beberapa saat selepas bunyi itu kedengaran maka bergegar dan bergoyang semua yang ada di sekeliling saya.

Kejadian gempa bumi selalunya tidak lama. Ada yang tidak sampai 5 saat dan yang paling lama saya rasai ialah lebih kurang 15 saat. Selepas gempa bumi kuat, air bawah tanah akan melimpah keluar bersama-sama lumpur. 

Friday, September 2, 2011

Part 1 - Kebajikan: Negeri Christchurch Ikut Islam.. M'sia?

Oleh Dr. Ubaidullah Mustaffa
Catatan Pengalaman: Christchurch Sebagai Contoh Negara Berkebajikan
Pengenalan

Saya dan keluarga tiba di New Zealand semasa musim luruh. Pada waktu itu cuaca tidak begitu sejuk lagi. Kerajaan New Zealand melalui agensi-agensi kebajikannya telah menemui saya di sebuah masjid di New Zealand untuk menghulur bantuan sebagai persiapan menghadapi musim sejuk.

Saya memberitahu mereka bahawa saya baru sahaja tiba dari Malaysia dan rumah saya kosong tanpa perabut, katil dan tiada peralatan dapur. Tiga hari kemudian badan kebajikan milik kerajaan New Zealand telah menghantar ke rumah saya satu set sofa ruang tamu, dua unit TV 24”, tiga unit pemanas rumah, empat katil dan tilam lengkap dengan cadar, bantal dan selimut, peti ais, micro-wave oven, pinggan mangkuk, sudu, pisau dan bermacam-macam lagi.

Tidak pun sampai seminggu rumah saya lengkap segala-galanya secara percuma pemberian kerajaan New Zealand. Mereka membantu manusia tanpa mengira bangsa atau agama.

Terkenang saya pada negara sendiri. Tidak pernah saya menerima bantuan dan layanan seperti itu walau pun di negara sendiri. Kerajaan kita banyak bercakap tentang konsep negara kebajikan tetapi pelaksanaannya mungkin tidak sama dengan konsep yang dicanangkan.

Elok juga kita mengkaji New Zealand sebagai salah satu model negara kebajikan terhadap rakyat. Oleh kerana New Zealand agak luas maka saya akan memilih bandaraya Christchurch sebagai contoh dalam perbincangan model negara kebajikan.
Christchurch

Christchurch adalah sebuah bandaraya terbesar di Pulau Selatan New Zealand dalam Daerah Canterbury. Jika dibandingkan dengan seluruh New Zealand Christchurch adalah bandaraya kedua paling ramai penghuni di New Zealand iaitu hampir 864 orang setiap kilometer persegi.

Perbualan saya dengan penduduk tempatan Christchurch mendapati kejadian gempa bumi bukan perkara biasa di sepanjang kehidupan mereka di Christchurch. Walau pun New Zealand berada dalam garisan lingkaran api bersama-sama dengan Indonesia dan Jepun tetapi Christchurch tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga kejadian pertama gempa bumi pada bulan September 2010.

Bantuan kerajaan


Kerajaan New Zealand membantu secara konsisten setiap rakyat mereka yang ditimpa bencana gempa bumi. Mereka membina rumah-rumah di luar kawasan gempa bumi dan mempelawa rakyat mereka untuk menyewa dan terus membeli rumah-rumah tersebut dengan harga yang sangat berpatutan iaitu lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Rancangan penempatan semula disusun dan dikawal dengan rapi. Tidak ada individu atau syarikat yang cuba mengambil kesempatan membuat keuntungan dengan menangguk di air keruh. Harga rumah akan melambung tinggi sekiranya terdapat ahli politik atau kroni mereka yang mendapat kontrak untuk membina rumah-rumah penempatan semula gempa bumi.

Rahsia senyum Rasulullah

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifzgDzo8yX7R0PVLK3K67-s-I8ul2iVZMC8fx148SUAtWCyo5un6z5OvQWMiJqF25z9FU5zIhDEUTF9GvEhD3oRa5ASlofJ1FOK-F_VrdWJ56uCySxoTI5Ajy1O372ZdonPjZsEC8nq-Q/s400/senyum2.jpg
Ketika anda membuka lembaran sirah kehidupan Muhammad saw., anda tidak akan pernah berhenti kagum melihat kemuliaan dan kebesaran peribadi beliau saw. Sisi kebesaran itu kelihatan dari sikap seimbang dan selaras dalam setiap perilakunya, sikap beliau dalam menggunakan segala media untuk meluluhkan kalbu setiap orang dalam setiap kesempatan.

Media paling besar yang dilakukan Muhammad saw. dalam dakwah dan perilaku beliau adalah, gerakan yang tidak memerlukan kos yang besar, tidak memerlukan tenaga berlebihan, meluncur dari bibir untuk seterusnya masuk ke lubuk hati yang sangat dalam.

Jangan anda tanyakan keberkesanannya dalam mempengaruhi akal fikiran, menghilangkan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan tembok penghalang di antara anak manusia!. Itulah ketulusan yang mengalir dari dua bibir yang bersih, itulah senyuman!

Itulah senyuman yang dicatat dalam Al Qur’an tentang kisah Nabi Sulaiman as, ketika Ia berkata kepada seekor semut,

“Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. An Naml:19
Senyuman itulah yang sentiasa keluar dari bibir mulia Muhammad saw., dalam setiap perilakunya. Beliau tersenyum ketika bertemu dengan sahabatnya. Semasa beliau menahan amarah atau ketika beliau berada di majlis peradilan sekalipun.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindari dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.”

Suatu ketika Muhammad saw. didatangi seorang Arab Badwi, dengan serta merta ia berlaku kasar dengan menarik selendang Muhammad saw., sehingga leher beliau membekas merah. Orang Badwi itu bersuara keras, “Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul Maal! Muhammad saw. menoleh kepadanya lalu tersenyum. Kemudian beliau menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya.”

Ketika beliau memberi hukuman keras terhadap orang-orang yang terlambat dan tidak ikut serta dalam perang Tabuk, beliau masih tersenyum mendengarkan alasan mereka.
Ka’ab ra. berkata setelah mengungkapkan alasan orang-orang munafik dan sumpah palsu mereka:

Thursday, September 1, 2011

Pemimpin yang dicari dan dirindui

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiu2FIWQgsq-J4DhRHiACa7h-7DgVs4dlgzue2IR_Xwxu2WkBH6d89WPa8r-YtoPCpKR7Vwhx0y5POdKxFljP_7ZB4XKxq8RUIiUiL3RshRVkCIWgdBxb5vDqcqivqVVV3-CUoElS8MAwM/s1600/MuhammadurRasulullah-1.jpg
Suatu ketika Rasulullah S.A.W bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjemaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. 

Setiap gerakan Rasulullah S.A.W di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.

Selepas solat, Umar R.A yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau dan serta-merta beliau sambut dengan senyuman. 
 
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar. 
 
Rasulullah S.A.W tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, alhamdulilah aku sihat.”

Monday, August 29, 2011

Hari Raya Idul Fitri : Makna dan keutamaannya

 http://salafytobat.files.wordpress.com/2010/08/taqabbal.jpg?w=300
Rasulullah.saw bersabda : “Puasa dan Al-Qur'an akan memberi syafaat bagi hamba pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Ya Rabbi, aku mencegahnya makanan dan syahwat, maka berilah aku syafaat kerananya.' Al-Qur'an berkata, 'Aku mencegahnya tidur pada malam hari, maka berilah aku syafaat kerananya'. Beliau bersabda, 'Maka keduanya diberi syafaat',” (Diriwayatkan Ahmad)

Ketika mendengar kata Idul Fitri, tentu dalam benak setiap orang yang ada adalah kebahagiaan dan kemenangan. Dimana pada hari itu, semua manusia merasa gembira dan senang kerana telah melaksanakan ibadah puasa sebulan penuh.

Dalam Idul Fitri juga ditandai dengan adanya ”(balik kampung)” yang notabene hanya ada di Malaysia Selain itu, hari raya Idul Fitri juga kerap ditandai dengan hampir 90% mereka memakai sesuatu yang baru, mulai dari pakaian baru, kasut baru, motor baru, kereta baru, atau malah isteri baru (bagi yang baru berkahwintentunya...). 
Maklum sahaja kerana pusingan wang terbesar ada pada masa Lebaran. Kalau sudah demikian, bagaimana sebenarnya makna dari Idul Fitri itu sendiri. Apakah Idul Fitri cukup ditandai dengan sesuatu yang baru, atau dengan balik kampung untuk bersilaturrahim kepada sanak saudara dan kaum keluarga?.

Sunday, August 28, 2011

Tulahan : MERDEKA - Yang dibunuh, digantung, dipenjara, dibuang negara - Merekalah pejuang

Salam,

Kemerdekaan negara akan disambut 31 Ogos ini. Kali ini disensasikan dengan putar belit ceramah Timbalan Presiden PAS. Beliau bercakap perkara yang memang fakta sejarah, tapi putar belit melalui media massa pro UMNO menyebabkan orang ramai keliru.
Tapi ada baiknya, rakyat akan mencari maklumat sebenar kumpulan manakah yang benar-benar berjuang menuntut kemerdekaan  dan  kumpulan manakah yang mengambil jalan mudah mendapat kemerdekaan dengan memijak kumpulan yang lain?
Tak ramai yang naikkan jalur gemilang. Bukan tak patriotik tapi dok rasa kalau naikkan bendera macam sokong kerajaan B1N1.

Beberapa tahun dulu, penulis ada cipta pengkisahan sejarah kemerdekaan versi penulis. Penulis paparkan dalam blog ini untuk tatapan bersama.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBd4W0nU51HTy4rDJn_dC2qo_8JhqKUISzZ3Ju13dn_ggUzlVbF0FlskwefjjlXu9egIhc-zQYBJzVF0QCKHAE7q4ZJdrIjdoICaBjxHSXxyhQyQk0DKZEC-8KxPYwuJGIep4ln9djZm81/s320/320px-Portugis.jpgPengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat

 

24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis.


Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.

Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.

http://fc06.deviantart.net/fs45/i/2009/273/a/1/Kota_A_Famosa_2008_by_since1993.jpg1641 - Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.

1784 - Peristiwa sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.

1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah membahagi Gugusan Kepulauan Melayu, satu untuk engkau, satu untuk aku. Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta rumpun Melayu nusantara.

Setelah Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk mengambil Pulau Pinang pada 1786, kemudian Sultan Husein, Sultan Johor diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka, adilkah?.