Suatu
ketika Rasulullah S.A.W bersama para sahabat selesai melaksanakan solat
berjemaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu
fikirannya.
Setiap gerakan Rasulullah S.A.W di depan para sahabat terasa
berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi baginda saling bergesel
antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.
Selepas
solat, Umar R.A yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah
mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau dan
serta-merta beliau sambut dengan senyuman.
“Ya Rasulullah, kami melihat
seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat,
sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar.
Rasulullah S.A.W tersenyum
sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, alhamdulilah aku sihat.”
“Mengapa
setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah
sendi tubuhmu saling bergeselan? Kami yakin engkau sedang sakit wahai
Rasul.” Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah S.A.W
tetap tersenyum.
Kerana
jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja”, baginda rasakan sudah tidak
cukup lagi, lalu Rasulullah S.A.W mengangkat jubahnya hingga ke bahagian
perut. Seketika Umar dan sahabat terperanjat.
Kelihatan perut baginda
begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil.
Kerikil-kerikil ini yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.
“Ya
Rasul,” suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan, “Apakah jika
engkau mengatakan engkau sedang lapar dan tidak punya makanan, kami
tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”
Baginda
menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, ya
Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa
yang akan aku katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku
menjadi beban bagi umatku?”
Baginda
mengedarkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata,
“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku
kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, terlebih di akhirat.”
———————
Subhanallah,
siapa pun yang mendengar kalimat baginda akan terdiam seketika, ada
yang menangis, teresak dan terharu. Maha suci Allah yang telah mengutus
seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya.
Alangkah
rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana baginda yang tidak mahu
membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh
naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dariNya.Pendrive Hitam
No comments:
Post a Comment