Seluruh alam menangisi pemergianmu wahai
Ramadhan yang bakal pergi beberapa hari sahaja lagi…, Seluruh alam
ketika ini sedang bersedih menangisimu… termasuklah bukit, bukau, gunung
ganang, Ikan di laut dan sungai, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan
segala macam binatang dan juga hidupan di atas dunia ini………..hanya, ya
hanya….hanya kita manusia sahaja yang gembira dan ketawa kerana bakal
mengakhiri Ramadhan dan menyambut SYAWAL.
Kegembiraan kita menyambut Syawal lebih daripada kegembiraan kita menyambut kedatangan Ramadhan.
Menangisi kerana ditinggalkan Ramadhan, bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan…dimana segala doa tidak ditolak, Segala dosa diampunkan, diawalnya rahmat,
dipertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari Azab Api
Neraka.
Tiada suatu bulan pun yang setara denganmu wahai
Ramadhan….bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang sama dengan
seribu bulan amalan. Kurniaan Allah dan Rahmat Allah pada kita Umat
Nabi Muhammad SAW bagi menyaingi kehebatan amalan Umat Nabi Musa dan
umat-umat terdahulu yang umur mereka ribuan tahun dipenuhi amalan
Bulan yang di mana seluruh penghuni Kubur dari zaman Nabi Allah Adam hingga sekarang direhatkan dari siksaan Azab Kubur….dan disambung seksaan semula pabila berkumandangnya Takbir Pertama Aidil Fitri di malam Hari Raya Aidil Fitri. Pada masa itu berdoalah kedua Ayahanda dan Bonda yang telah pergi meninggalkan kita…….
” Wahai anak-anakku……Di manakah kalian, di manakah hadiah………di manakah doa buat ayah…..buat ibumu ini?
Di manakah…..hadiah bacaan Al-Quran untuk kami..?
Di manakah….hadiah zikirullah untuk kami…?
Di manakah….hadiah sedekah jariah untuk kami….wahai anak-anakku?
Di manakah …..TAHLIL untuk kami wahai anak-anakku…apakah engkau sudah melupakan kami…..wahai penyambung zuriatku.
(Tidakkah menitis airmata kita wahai sahabat, jangan lupakan ayah dan
bonda yang telah melahir dan membesarkan kita dengan susah payah..jasa
dan pengorbanan mereka tidak dapat kita balas….berdoalah agar mereka
diampunkan Allah dan Allah membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap
kita dan adik beradik kita dengan syurga.).
Tiada gunalah engkau
menjadi seorang Engineer, Lawyer, Magistrate, Doctor atau whatever laa
yang hebat di dunia ini......jika tiada engkau menjadi soleh dengan
pangkatmu itu bagi mendoakan keampunan dan Rahmat Allah ke atas ayah dan
ibumu yang diseksa di dalam kubur.
Begitulah rintihan pilu Arwah Ayahanda dan
Bonda……tatkala Malaikat Munkar dan Nakir menjenguk mereka bagi
meneruskan nyalaan Api dikuburan….Tetapi kita di atas dunia ini….gembira
dan bersuka ria dengan pemergian Ramadhan dan cukup gembira dengan
kehadiran Syawal.
Boleh gembira….bukan tidak boleh gembira….tetapi
gembira sekadar yang digariskan oleh Nabi SAW, kerana umat di atas
bergembira..umat dibawah(dikuburan) berdukacita.
Wahai sahabat sekalian….Ramadhan cuma
tinggal beberapa hari lagi…….belum lewat lagi, ayuh marilah kita
berhabis-habisan lawanlah nafsu malasmu. Menangislah kita di malam hari
di hadapan Allah.
Mohonlah keampunan dan kebebasan dari Api
Neraka. Berdoalah untuk keampunan dan kebaikan dan kerahmatan kedua ibu
bapa kita samaada yang hidup mahupun yang telah pun pergi meninggalkan
kalian….huhuhu….
Imam
Ali Ar-Ridha (sa) berkata: “Orang yang benar-benar celaka adalah orang
yang keluar dari bulan ini, tetapi dosa-dosanya tidak diampuni. Ketika
itulah ia menjadi orang yang rugi saat orang-orang yang baik memperoleh
keuntungan dari Tuhan Yang Maha Mulia.” (Fadhail Al-Asyhur
Ats-Tsalatsah: 74)
Allah
cukup kasih dan sayang kepada kita wahai sahabat…..punya sayang Allah
pada kita hambanya. Setiap malam Allah memanggil hambanya. Di manakah
kita pada waktu itu….di manakah kita tuan…???
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)
Apakah kita akan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang ?Panglima 7
Post anda dipaparkan di Page FB berikut:- http://www.facebook.com/pages/Malaysia-Politics-Blogger-Page-ProAnti-Gov/211246465595305?sk=wall
ReplyDeleteJika setuju, sila Like Page FB tersebut, sebaliknya sila email kepada Admin untuk remove blog feed anda daripada page tersebut.
Terima kasih