Ketika ayat-ayat Alquran sudah melekat
kuat dalam hati seseorang, tidak seorang pun yang dapat mengubah
keyakinan tersebut. Walaupun hal itu harus mengorbankan karier, kemasyuran, dan sebagainya.
Untuk menjadi bintang terkenal
dunia, khususnya di bidang sukan, seseorang yang sudah mendapat
hidayah Allah swt, tidak harus melepas jati diri sebagai Muslim yang taat.
Bila iman sudah melekat ke dalam lubuk hati seorang Muslim,
maka banyaknya wang, harta, kemasyuran dan berbagai tawaran dunia yang
menggiurkan tidaklah sebanding nilainya dengan jati diri sebagai Muslim taat.
Paling tidak, inilah yang dirasakan oleh beberapa bintang terkenal Muslim di dunia sukan :
1. Sari Al-Shoq,
pemain team basket wanita Swis kenamaan berumur 19 tahun yang berasal
dari Iraq ini, lebih memilih meninggalkan dunia basket yang sangat ia
cintai daripada menanggalkan tudungnya.
2. Marwan Al-Shemakh. Penyerang kelab Bordeaux Perancis berasal dari Maghribi ini terkenal dengan
akhlaknya yang mulia. Dia menolak terbang ke Palestin di mana Yahudi
mendirikan Negara Israel di sana untuk bermain dengan kelab
Mukaby Heifa dalam pertandingan kelab Eropah.
Ia lebih memilih berehat
daripada bermain satu padang dengan musuh Allah, Rasul-Nya dan kaum
Muslimin. Ini adalah sikap mulia yang perlu dicontohi oleh para pemimpin
dan tokoh umat Islam hari ini.
Baro’ (berlepas diri) dari musuh-musuh
Allah itu sebahagian dari akidah Islam. Mungkin begitu yang tersirat
dalam hatinya.
3. Amir Khan
memenangkan pertarungan melawan rasis. Hatinya sangat terluka semasa mendengar teriakan berbau rasisme yang dilontarkan para penonton semasa
dia bertanding di atas ring kerana ia berkulit coklat dan beragama
Islam.
Sebagai seorang petinju Muslim, teriakan jahiliyah itu tidak ia balas dengan jahiliyah juga. Namun ia buktikan dengan
professionalisme di atas gelangang.
Iapun berhasil mengalahkan dan
menjatuhkannya lawannya seorang Yahudi ultra rasialis berasal dari Amerika,
Dmitry Salita.
Terhinalah seorang Yahudi di hadapan ribuan penyokongnya
sendiri. Lalu, Amir Khanpun berhak menyandang gelaran juara tinju dunia
2009.
4. Para pemain Muslim kelab Cartel Bebel menolak bertanding dengan kelab Paris Foot Gay yang
semua pemainnya adalah para gay. Mereka sedia berangkan pulang dari Prancis.
Malah mereka menulis surat protes sambil menjelaskan bahawa akidah dan
keyakinan mereka lebih penting dari pertandingan sepak bola. Mampukah
para pemain Muslim di negeri ini bersikap seperti itu?
5. Lain lagi dengan Kanuti.
Sebagaimana kebiasaannya, ia tetap berpuasa walaupun sedang bertanding
sekalipun. Padahal fatwa boleh berbuka di bulan puasa bagi Muslim yang
profesion sukan dan digantikan pada bulan yang lain semasa mereka berehat .
Namun, Fredrik Omar Kanuti ini tetap sahaja berpuasa di bulan
Ramadhan tahun lalu. Semasa di tanya kenapa, dengan mudah ia menjawabnya :
Puasa memberi saya kekuatan lahir dan batin.
Sebagai
seorang penyerang di salah sebuah kelab Sepanyol ternama,
tentulah ia berlimpah wang kerana bayaran yang sangat mahal. Namun, jati
diri sebagai Muslim tidak pernah ia tinggalkan, seperti berpuasa
Ramadhan, berdoa’a sebelum bermain dan ucapan syukur setelah menjaringkan gol, berzikir semasa bermain, solat di awal waktu di manapun ia berada
dan sebagainya.
Selamat berjuang wahai generasi generasi Islam. Semoga mereka semua menjadi teladan para pemimpin dunia Islam dan generasi mudanya….(eramuslim.com)
No comments:
Post a Comment