Ramai yang jangka PRU 13 akan berlaku antara April hingga Jun tahun depan. Jika Najib adakan PRU 13 tahun depan maknanya pilihanraya Sarawak akan dibuat serentak.
Sekiranya pilihanraya Sarawak tidak dibuat serentak dengan PRU 13 tahun depan . Penulis tak jangka Najib akan buat PRU 13 tahun depan.
Memandangkan keadaan politik dan ekonomi yang dikatakan memihak kepada BN, Najib tak akan buang masa untuk buat pilihanraya kerana jika ditunggu tidak akan ada peluang besar seperti ini.
Walaupun tidak dapat majoriti dua pertiga pun tak pa macam ramalan Tun M, kerana yang penting bagi Najib adalah kekal berkuasa sebagai PM. Lebih baik menang walau bukan dua pertiga daripada kalah terus tak dapat jadi PM.
Jika benar PRU 13 tahun depan , sudah bersiapkah Pakatan untuk menghadapinya?. Penulis tidak akan fokus kepada PKR dan DAP tetapi kepada persiapan PAS untuk hadapi PRU 13.
Presiden dah rumuskan tiga penekanan penting untuk PAS mengantikan Umno iaitu Tarbiyah, Organisasi dan Strategi.
Penulis dah ada sentuh persoalan tarbiyah , organisasi dan Strategi dalam tulisan yang lalu. Namun mungkin itu untuk jangka masa panjang . Penulis akan sentuh lebih kepada tumpuan segera jamaah bagi menghadapi PRU 13 tahun depan.
Sebelum berlangsung PRU 13, tumpuan paling penting untuk mendapatkan undi adalah pengundi muda di kalangan anak-anak ahli dan penyokong. Banyak kawasan yang dah laksanakan tugas ini dan sebelum ini pun penulis pun ada bincang bab daftar pemilih.
Namun bagi penulis, usaha ini masih lemah kerana tiada kesungguhan dari jamaah kawasan terlibat. Masa hanya tinggal sebulan sebelum masuk tahun depan. Jika pilihanraya tahun depan , pemilih yang didaftar tahun ini sahaja layak mengundi. Sudah ramaikah yang sudah didaftarkan?
Penulis harap pendekatan turun rumah ke rumah ahli dan penyokong jamaah di cawangan dipraktikkan dalam masa sebulan terakhir ini. Gabungkan pimpinan kawasan, pemuda dan muslimat kawasan untuk sama2 turun cawangan .
Kepakaran muslimat menjadi perayu undi rumah ke rumah gunakan sepenuhnya untuk program ini. Sebulan terakhir ini jika ada program lain tangguh sementara untuk buat program ini. Inilah peluang terakhir menambah pengundi jika PRU 13 berlangsung tahun depan seperti diramal.
Jangan tuduh penulis tak sokong program tarbiyah untuk menang kerana turun rumah ke rumah ahli jamaah inilah praktikal kepada tarbiyah yang kita terima. Mengapa penulis kata begitu? Kerana ramai yang segan, malas, pentingkan kerja lain walaupun dah dapat tarbiyah.
Jangan tuduh penulis tak sokong program kebajikan untuk menang kerana turun ke rumah ahli dan penyokong pun adalah ziarah kebajikan. Berapa ramai ahli yang sakit, yang susah, yang perlu sumbangan tetapi jamaah kawasan tak ambil tahu kerana alasan tidak tahu atau tidak ada peruntukan.
Inilah masanya kita bantu ahli dan penyokong yang memerlukan sumbangan.
Inilah masanya kita bantu ahli dan penyokong yang memerlukan sumbangan.
Jangan tuduh penulis tak sokong pemantapan cawangan untuk menang kerana program sebeginilah yang akan mengaktifkan cawangan.
Cawangan yang jarang buat mesyuarat pun jadi aktif sama2 cari rumah ahli dan penyokong untuk pimpinan kawasan turun. Ini lebih baik daripada bercakap nak aktif cawangan tapi cawangan mesyuarat hanya sekali setahun.
Cawangan yang jarang buat mesyuarat pun jadi aktif sama2 cari rumah ahli dan penyokong untuk pimpinan kawasan turun. Ini lebih baik daripada bercakap nak aktif cawangan tapi cawangan mesyuarat hanya sekali setahun.
Jamaah kawasan yang belum buat program ini tentu akan mendapat jawapan dari cawangan, bila minta cawangan cari pengundi baru. “ Dah cari dah, habis semua dah daftar”
Tapi bila buat program ini, jamaah kawasan akan dapat jawapan bahawa itu hanya alasan cawangan melepaskan diri.
Sebulan terakhir ini bukan masa nak berkempen nak jadi calon atau berkempen nak jadi Yang Dipertua. Daripada buat perangai buruk Umno itu, baik tambah pahala bantu kawasan turun cari pengundi baru.
Turunkan semua ego sebagai pimpinan besar di pusat ka, negeri ka atau kawasan untuk bersama2 ke rumah ahli. Ahli akan seronok rasa berbangga jika YDP, TYDP , NYDP, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat naik ke rumah mereka yang sebelum ini tak biasa2 naik.
Semua ini perlukan kesungguhan dan keikhlasan pimpinan kawasan. Penulis sungguh rasa terharu dengan kesungguhan dan keikhlasan seorang pimpinan tinggi dalam kawasan penulis.
Walaupun tahu tidak dipilih sebagai calon , langsung tidak lemahkan semangat untuk ketuai usaha turun ke rumah ahli.
Apabila ditanya berkenaan calon. Jawapannya “ Tak da nama pun tak pa. yang penting adalah kemenangan dan bagaimana nak urus kemenangan”.
Dia tidak ada rasa kecewa seperti sesetengah pimpinan yang tidak dicalonkan. Ada pimpinan yang tidak dicalonkan mula tuduh orang dengki dekat dia dan macam2.
Penulis harap sebulan terakhir ini , jamaah di kawasan dapat laksanakan usaha ini kerana sudah terbukti jamaah kawasan yang laksanakan program ini mendapat pengundi baru anak ahli dan penyokong berlipat kali ganda.
Wassalam
No comments:
Post a Comment