Assalam,
Penulis mendengar temubual seorang mufti sebelah utara yang
memberi ulasan tentang pengkhianatan politik kerajaan baru PN. Bila mendengar
ulasan mufti penulis terus teringat satu perkataan iaitu psyche.
Psyche (baca saiki) adalah dari perkataan Greek membawa
erti kehidupan dan ruh dalaman yang menggambarkan diri seseorang atau 'self' .
Perkataan ini kemudiannya dipakai untuk menjelaskan
keseluruhan keadaan minda manusia secara sedar atau tidak. Ia juga mewakili
aspek minda kelompok yang mempunyai kuasa mempengaruhi pemikiran, tingkah laku
dan keperibadian seseorang.
Psyche dengan itu boleh dianalisis dari kata-kata,
tingkah-laku yang menterjemahkan apa yang didalam diri seseorang hasil minda
dalamannya yang berlaku samada secara sedar atau tidak.
Tingkah laku dan pertuturan adalah secara zahir boleh
menggambarkan pscyhe individu yang mewakili kelompok yang punya psyche yang
sama. Ini adalah Psyche kelompok.
Menilai psyche sesetengah kelompok kepada respons politik
tanahair boleh menggerunkan kita. Tutur kata, tingkah laku adalah terjemahan
dari satu minda yang terpahat secara sedar dan tidak sedar berpotensi
menyebabkan keseimbangan sosial dan nilai kepelbagaian masyarakat terjejas.
Pschye bahaya ini bukan datang dari calang-calang orang.
Ia mewakili kelompok yang berpengaruh dalam masyarakat dan dipandang tinggi
mewakili keperluan agama dalam masyarakat Melayu.
Apabila ia berbicara seolah bicaranya mewakili psyche
yang terpendam dan corak berfikirnya seolah senada dengan pihak yang bertindak
tanpa berfikir panjang.
Pscyche individu ini menterjemahkan satu set pemikiran
yang terlalu simplistik berbeza dengan karakter luarannya yang kononnya dari
latar akademik yang tinggi dan kompleks.
Hujahannya tentang politik semasa betul-betul atas
permukaan malah tak berpijak pun atas permukaan langsung, malah mungkin
khayalan yang diciptanya sendiri.
Individu yang tak sepatutnya mewakili set pemikiran yang
simplistik membuat rumusan tentang hubungan antara agama di negara ini
berpandukan teori-teori konspirasi 'Islam terancam' tanpa apa-apa bukti
substantif malah itu lah satu-satunya alasan dia menolak Pakatan Harapan.
Amat menggerunkan lagi diwajarkan hanya dengan satu ayat
Al Quran tanpa memberi keadilan kepada keseluruhan konsep kemanusiaan dan
kedamaian yang lebih besar yang menjadi agenda utama Pakatan Harapan.
Menggerunkan juga psyche ini meletakkan gaya selektif
(memilih mana yang sesuai dengan kehendaknya) dalam membuat rumusan-rumusan
penting negara untuk mewajarkan sikapnya.
Segala episod
'mungkir perjanjian' , penipuan dan masalah moral lain digelapkan dalam
mindanya walaupun dia tahu hakikat sebenarnya.
Membuat satu penilaian 'murahan' kepada parti-parti
tertentu sebagai sebab Islam terancam dan menuduh tunduk kepada parti lain yang
'berleluasa' menghina Islam' adalah satu lagi yang menggerunkan kita .
Betapa simplistiknya minda yang sepatutnya lebih berstruktur
dalam berfikir daripada individu yang menjadi rujukan dalam kehidupan beragama
masyarakat.
Ia bukan sahaja simplistik tetapi andaian 'plastik' yang
tiada kebenaran untuk membuat satu rumusan besar dan membabitkan kepentingan
kepimpinan parti tersebut dan seluruh anggotanya.
Menggerunkan apabila psyche ini lahir dari individu
berpengaruh dengan label agama, ia menjadi ikutan kepada satu fahaman sempit
yang boleh mencetuskan kebencian sesama kaum muslimin apatah lagi permusuhan
antara kaum dalam negara ini.
Inilah psyche sebahagian kelompok di timur tengah yang
membawa kepada peperangan dan permusuhan tidak kesudahan. Menggerunkan jika
psyche ini sudah menular di kalangan individu yang menjadi ikutan ramai.
Mungkin ada yang mengatakan, itu sekadar pandangannya dan
tak perlu kita terlalu emosional. Pandangan bagi penulis hanyalah luaran,
tetapi jika diteliti apa yang terkandung dari psyche pandangan itu, kita akan
temui sisi gelap dan sikap kepuraan orang beragama yang berselindung di sebalik
kedudukan hanya untuk menjadi macai politik murahan. Gerun lagi menggerunkan!
Wassalam
As Technology has come to the forefront of everything from business, education, and healthcare to how we live our personal lives, there are many publications that cover the industry but few with a focus on future technologies.
ReplyDeleteHomepage for Article writer services