Salam,
Selepas lebih tiga bulan pulang ke
tanahair, hari ini baru ambil masa menulis . Bila teringat bersama adik-adik mengerakkan
jamaah di luar negara, rasa nak pergi semula ke sana. Namun, cukuplah setakat 2
tahun 6 bulan di sana.
Sebelum berangkat ke luar negara dulu,
penulis bayangkan sudah jamaah di sana. Sudah ada tanzim yang kemas dan
tersusun, penulis hanya akan ikuti sahaja.
Bila sampai di sana, barulah penulis tahu
bahawa jamaah ada tapi hanya di kalangan postgrad. Itupun bergerak secara
diam-diam sehingga adik-adik yang mahu ikut jamaah tak tahu ada jamaah.
Sedangkan jamaah lain sudah bertapak menarik adik-adik ikut jamaah mereka.
Terdetik dalam hati, inilah sebabnya Allah
hantar ke negara orang putih ini. Penulis ambil inisiatif dengan bantuan dua
tiga orang postgrad mulakan usaha menarik adik-adik bersama dengan jamaah.
Pengalaman dari tanahair , penulis terapkan
di negara orang putih. Bila menarik adik-adik untuk bersama penulis tidak
memilih yang nampak muka ‘baik-baik’ sahaja tapi semua. Yang hisap rokok, yang
suka seni, yang suka muzik semua diajak bersama.