Saturday, May 25, 2013

Tulahan : 2 tahun 6 bulan


Salam,


Selepas lebih tiga bulan pulang ke tanahair, hari ini baru ambil masa menulis . Bila teringat bersama adik-adik mengerakkan jamaah di luar negara, rasa nak pergi semula ke sana. Namun, cukuplah setakat 2 tahun 6 bulan di sana.

Sebelum berangkat ke luar negara dulu, penulis bayangkan sudah jamaah di sana. Sudah ada tanzim yang kemas dan tersusun, penulis hanya akan ikuti sahaja. 

Bila sampai di sana, barulah penulis tahu bahawa jamaah ada tapi hanya di kalangan postgrad. Itupun bergerak secara diam-diam sehingga adik-adik yang mahu ikut jamaah tak tahu ada jamaah. Sedangkan jamaah lain sudah bertapak menarik adik-adik ikut jamaah mereka.

Terdetik dalam hati, inilah sebabnya Allah hantar ke negara orang putih ini. Penulis ambil inisiatif dengan bantuan dua tiga orang postgrad mulakan usaha menarik adik-adik bersama dengan jamaah.

Pengalaman dari tanahair , penulis terapkan di negara orang putih. Bila menarik adik-adik untuk bersama penulis tidak memilih yang nampak muka ‘baik-baik’ sahaja tapi semua. Yang hisap rokok, yang suka seni, yang suka muzik semua diajak bersama.


Dakwah bukan memilih kelompok tapi kena libatkan semua. Sesetengah jamaah memilih hanya yang ‘baik-baik’ , yang nampak macam  bermasalah ditinggalkan. 

Alhamdulillah, 2 tahun 6 bulan jamaah sudah ada tanzim yang kemas dan tersusun. Ramai adik-adik yang ikut. Yang tak faham jamaah sekurang-kurangnya mereka faham Islam dan mereka tidak menjadi musuh kepada jamaah. 

Yang faham jamaah , ada dikalangan mereka sudah mampu memimpin. Merekalah yang menjadi pengerak bila penulis pulang ke tanah air.

Persaingan memang wujud dengan jamaah lain, namun bagi penulis persaingan ini mampu meperkukuhkan jamaah. 

Ada jamaah yang sebenarnya perjuangannya sama tapi tidak mahu mengambil jalan siasah. Setakat ini jamaah ini bukanlah menjadi penghalang , malah penulis tak mahu adik-adik di sana bermusuh sebaliknya buat hubungan baik.

Penulis juga berhadapan dengan satu jamaah yang berpengaruh yang menguasai badan pelajar muslim di universiti. Segala hal ehwal pelajar muslim, univesrsiti akan berhubung dengan mereka. Pimpinan mereka terdiri dari tok syeikh dan pensyarah.

Tidak ada pemimpin kumpulan ini pelajar Malaysia tetapi pelajar Malaysia ramai yang mengikut kumpulan ini kerana mahu belajar agama. Tidak salah pelajar juga sebab tiada ustaz/ustazah yang dihantar kerajaan Malaysia mengajar agama . Pilihan mereka untuk belajar agama hanya semasa kuliah setiap minggu  dibawa oleh tok syeikh kumpulan ini .

Ajaran tok syeikh ini tidak salah, cumanya hanya sesuai di negara orang putih itu dan sesetengah negara Arab terutama Arab Saudi. Akhirnya , ada antara pelajar yang berguru dengan tok syeikh ini yang dah tak mahu pulang ke Malaysia kerana nak berjuang bersama kumpulan ini.

Ada pula yang bila pulang ke tanah air , dah tidak mahu amalkan Islam mengikut Mazhab Shafie. Malah, ada antara mereka yang bergaduh dengan ibu bapa serta ahli keluarga kerana taksub dengan ajaran yang dibawa dari luar negara.

Penulis tahu masalah ini bila sampai di negara orang putih ini. Penulis ambil pendekatan tidak halang pelajar berguru dengan tok syeikh ini tapi penulis buat program baca Yasin ,solat hajat,tahlil, berselawat selepas terawih. Amalan ini dianggap bidaah oleh kumpulan ini tapi menjadi amalan biasa masyarakat Islam di Malaysia.

Pernah penulis berhujah dengan pengikut kumpulan ini yang mengatakan baca yasin malam Jumaat adalah bidaah. Penulis tanya dia , bila ibu bapanya di Malaysia baca al-Quran. Dia tak dapat jawab, penulis bagi tahu dia malam Jumaat  sebab ada majlis baca Yasin di kampung. 

Bukankah ibu bapanya membaca al –Quran bila membaca Yasin. Sekurang-kurangnya , ada juga mereka membaca al Quran dari tak membaca langsung. Jangaplah anggap semua umat Islam seperti kita yang mudah baca al Quran. Berapa ramai umat Islam di Malaysia yang tak ambil berat persoalan membaca al Quran dan mereka membaca al Quran hanya semasa membaca Yasin .

Jemaah yang bagi penulis ada masalah ialah jamaah arus baru yang sebenarnya arus biru. Biru sebab jamaah ini dapat pengiktirafan bergiat di luar negara oleh kerajaan. Mereka bergerak secara rasmi tak perlu berselindung dan boleh buat program terbuka.

Kononnya ikut Ikhwan di Mesir tapi mereka tidak belajar sejarah Ikhwan yang tidak pernah dikitiraf kerajaan regim di Mesir sebelum ini.  Jamaah ini sentiasa mendabik dada konon ramai pelajar ikut mereka. Memang la ramai dah rasmi, pula tu selalu mereka cakap-cakap takutkan pelajar baru. Jangan ikut usrah tak rasmi, ikut usrah mereka sebab rasmi. Mudahnya mereka berdakwah.

Ikhwan di Mesir perjuangannya Islam, tapi perjuangan mereka lebih kepada bangsa Melayu Islam. Bila di Malaysia , mereka bersikap keras terhadap orang kafir sehingga mereka masuk pilihanraya semata-mata tak mahu orang kafir menang.

Tak sedar bila mereka belajar di luar negara itu belajar di negara orang kafir. Jika benarlah, semua orang kafir adalah musuh Islam. Tak perlulah belajar di negara orang kafir, belajarlah di negara orang Islam yang masih banyak pilihannya. 

2 tahun 6 bulan di luar negara, penulis harap adik-adik mengerakkan jamaah meneruskan pendekatan terbuka penulis. Penulis bimbang mereka terpengaruh dengan budaya mengkelompok kumpulan yang bukan sahaja berlaku dalam jamaah lain tetapi juga dalam jamaah sendiri.

Penulis tahu adik-adik yang tidak pernah berada di medan sebenar, hanya mendengar pengisian dari naqib / naqibah yang kebanyakannya ustaz/ustazah yang mendominasi tarbiyah kepada mereka. Penulis bimbang mereka terlalu taksub dengan naqib/naqibah ini sehingga tidak dapat menerima pandangan luar.

Pandangan luar yang tidak selari dengan pandangan naqib/naqibah tidak dapat diterima. Sedangkan naqib/naqibah ini pun ada yang tidak pernah berada di medan sebenar dan hanya berada dalam kelompok mereka sahaja.
Inilah yang menjadi kebimbangan , sebab tu penulis tidak setuju dengan pendekatan mengkelompok dan melabel kumpulan dalam jamaah dengan kelompok ulama dan professional, kelompok ‘UG’ dan ‘Erdogan’, fikrah jelas dan tak jelas.

Perlabelan ini bukan dilakukan oleh ahli jamaah di kampung , di cawangan tetapi oleh naqib/naqibah yang membawa usrah pelajar kampus. Ini bukan tuduhan tetapi kenyataan yang harus diterima semua kerana penulis juga pernah berada di kampus tempatan dan luar negara.

Penulis bimbang kerana tak sampai sebulan penulis balik sudah ada usaha mengkelompok adik-adik di sana kerana kononnya kurang kefahaman jelas terhadap jamaah. Penulis terpaksa bagi nasihat supaya teruskan pendekatan terbuka dan jangan pinggirkan sesiapa. Alhamdulillah setakat ini mereka menerima , tapi tak tahulah selepas ini.

Penulis bersyukur kerana dah  laksanakan tanggungjawab selama 2 tahun 6 bulan di negara orang putih. Semoga adik-adik jamaah terus berdakwah kepada semua kerana berdakwah ini bukan hanya untuk yang faham jamaah. Mungkin ada yang tak faham jamaah , tapi sekurang-kurangnya mereka faham Islam, tidak lagha dan tidak menjadi musuh kepada jamaah. Selamat berjuang....

Wassalam

2 comments:

  1. Assalamualaikum..saya pelajar universiti tempatan yang berpeluang membuat attachment di UK selama 5 bulan. Apabila sampai di sini, saya jadi tertanya-tanya tentang mazhab2 yang ada.kita sedia maklum di malaysia, shia telah diharamkan.tetapi kenalan saya di sini terdiri juga dari kalangan shia. saya keliru dalam mencari jalan yang benar.kerana kenalan saya yang terdekat sendiri mengamalkan ajaran ini.

    ReplyDelete
  2. Syiah bukan mazhab, mazhab tidak libatkan aqidah. Syiah berbeza dengan sunni kerana libatkan aqidah.

    Boleh berkawan dengan orang syiah tapi kena berpegang kepada amalan sunni ikut mazhab yang anda pegang sejak di Malaysia.

    Paling baik bertemu dan bersama dengan orang Islam Malaysia di sana. Mungkin boleh jumpa Hizbi Uk, jamaah Islam di sana

    ReplyDelete