Saturday, July 28, 2012

Kamus Ramadhan 1 : Ihtisab, Basyarah, Tarawih

http://al-ikhwan.net/wp-content/uploads/2012/07/ramadhan-4.jpgSubhanallah, ternyata huruf-huruf hijaiyah dua puluh lapan dalam konteks Ramadhan sangat syarat pengetahuan dan nilai. Berikut ini kami hadirkan secara bersambung pengetahuan dan nilai itu, mulai huruf Alif sampai huruf Ya’ :

أ
إِحْتِسَاب
Ihtisab (Mengharap Pahala Allah)
Maksudnya adalah berharap dan memohon pahala dan redha Allah swt. dalam melaksanakan aktiviti Ramadhan. 

Rasulullah saw. bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه
 “Barangsiapa berpuasa kerana iman dan berhadap ganjaran dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaqun alaih)

 مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْء
“Barangsiapa  memberi buka orang yang berpuasa maka baginya –pahala- seperti orang yang berpuasa, tanpa dikurangi sedikitpun ganjaran orang yang berpuasa.” (Ahmad dan ditashih oleh Al-Albani)

ب
بَشَاَرَةُ
Basyarah (Khabar Gembira)
Kita bersyukur kepada Allah swt kerana kita bertemu bulan Ramadhan, bulan penuh khabar gembira. Rasulullah saw. bersabda: 

“Jika pada malam pertama bulan Ramadhan maka syaitan-syaitan diikat, jin-jin diusir, pintu-pintu neraka ditutup, pintu-pintu syurga dibuka, dan tidak akan ditutup selamanya. Pada setiap malamnya ada yang menyeru: wahai pelaku kebajikan datanglah. Wahai pelaku kejahatan kurangilah. Allah akan melepaskan hamba-Nya dari neraka, dan hal itu dilakukan setiap malam Ramadhan.” (HR. Ibnu Majah dan dihasankan oleh Albani)

“Sesungguhnya didalam syurga ada pintu bernama Royyan, tidak ada yang memasukinya kecuali mereka yang shaum Ramadhan.” (Muttafaq alaih)

Para salafus shalih jika memasuki bulan Ramadhan mereka berdoa: “Ya Allah, Dzat yang telah menaungi kami di bulan Ramadhan, jadikan kami untuknya, anugerahkan kepada kami puasanya dan qiyamnya, anugerahkan pula kepada kami kesungguhan, kekuatan, kegairahan,  keseriusan, dan jauhkan kami dari fitnah-fitnah di bulan Ramadhan ini.”

ت
تَّرَاوِيْحُ

Tarawih (Solat Tarawih)

Di antara keistimewaan bulan Ramadhan adalah disyariatkannya solat tarawih. Imam al-hafidz Ibnu Hajar berkata bahawa makna tarawih adalah jama’ dari tarwiyah iaitu berkumpulnya umat islam dan beristirehat antara dua salam.

Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang bangun (solat) tarawih di bulan Ramadhan dengan dilandasi iman dan berharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaq alaih)

Solat tarawih dilaksanakan secara berjama’ah.

” إِنَّهُ مَنْ صَلَّى مَعَ الإِِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
“Barangsiapa solat bersama imam (terawih) hingga selesai maka ditulis baginya seperti melakukan solat qiyamullail.” (HR. Ahlu sunan)

Jumlah rakaat solat tarawih atau qiyamu Ramadhan boleh sebelas rakaat, dua puluh tiga rakaat, dua puluh tujuh rakaat, atau tiga puluh tiga rakaat. 

“Rasulullah tidak menginginkan pada bulan Ramadhan dan juga pada waktu lainnya kecuali 11 rakaat, beliau solat 4 rakaat dan jangan ditanya akan kekhusyuan dan panjangnya, kemudian solat lagi 4 rakaat dan jangan ditanya akan kekhusyuan dan panjangnya kemudian dilanjutkan dengan 3 rakaat.” (Imam Al Bukhari)

Diriwayatkan dari Umar bin Khattab, bahawa beliau melaksanakan solat sunat tarawih 23 rakaat.

Perbezaan rakaat tidaklah menjadi soal, kerana ini masalah fiqh. Yang lebih penting untuk diutamakan adalah pelaksanaan solat tarawih dengan hikmah dan menjaga kesatuan ummah. (bersambung - Kamus Ramadhan 2) - al-ikhwan

No comments:

Post a Comment