Kemenangan
yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus
asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum
kemenangan dikurniakan oleh Allah swt .
Sebegai
sebuah Gerakan Islam , sekurang - kurangnya kita mempunyai 5 strategi
utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita .
1. Taqwa. [ taat ]
Saidina
Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander
Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha :
( فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة
Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan . Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik - baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan .
Aku
perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah
benar - benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu
jua dari musuh - musuh kamu . Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh
tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh - musuh mereka .
Sesungguhnya orang - orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt .
Jika tidak demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi
mereka . Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan
mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding
persediaan material yang mereka miliki .
Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .
Saidina Umar al Khattab .
Berasaskan
wasiat Saidina Umar al farouk , petugas parti mestilah memberi
perhatian serius agar tiada dikalangan kita terjebak atau terjerumus
dalam kancah maksiat dan mungkar . Sebaliknya bertaqwa kepada Allah swt .
Melaksanakan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh
Allah swt .
Maksiat
dan mungkar menjadi penghalang utama kemenangan dan kalaupun menang ,
kita bimbang ia hanyalah kemenangan yang rapuh dan menjadi istidraj [
pemberian -kemenangan - yang tidak diredhai oleh Allah swt ]
Semua
petugas parti [ pemimpin mahupun ahli biasa ] sewajarnya
mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dan senantiasa meletakkan
diri dalam situasi beribadah kepada Allah swt. Maksud saya , pastikan
apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan ia
menjadi ibadah yang soleh walau hanya menampal poster dan memasang
bendera .
2 . Juhud [ gigih dan bersungguh - sungguh ]
Biarpun kita telah di beri kemenangan di beberapa pilihanraya , tetapi kita tidak boleh leka dan over confident .
Kerana kemenangan kita sebelumnya dalam pilihanraya yang pernah kita
hadapi , semuanya didahului dengan kerja kuat dan gigih . Tanpa kerja
kuat kita tidak akan berjaya . Ini realitinya !
Tiada
kemenangan yang boleh dicapai hanya dengan menggosok lampu ajaib aladin
. Malah lampu itu pun tiada ditangan kita , apatah lagi aladin tidak
wujud dikalangan kita .
Ikhtiar adalah satu kewajipan dan kesungguhan adalah satu tuntutan .
Jangan ada mereka yang hanya berpeluk tubuh dan membatu diri menyaksi
keperluan yang perlu diselesai dan disempurnakan . Lebih malang kalau
hanya banyak cakap , komplen sana sini dan memperhabiskan biskut kopi di
markaz sahaja .
Saya percaya , jika kita bersungguh - sungguh kita akan menang . من جد وجد
3. Tawakkal . [ bergantung kepada Allah swt ]
Jangan
putus harap kepada Allah swt biarpun kita menghadapi kesukaran dalam
perjuangan ini . Sekalipun cabaran yang kita hadapi serta tekanan yang
kita alami terlalu getir dan berat , setelah kita kerahkan segala upaya
yang kita miliki , kita mesti yakin dan sandarkan keputusannya kepada
Allah swt .
Setelah gigih berdakwah berhadapan dengan 1001 ragam manusia jahiliyyah , Nabi saw pernah bersabda [ berdoa ] : اللهم قد بلغت فاشهد - Ya Allah ! sesungguhnya telah aku sampaikan [ kebenaran ini ] maka saksikanlah ! -
4. Munazzamah [ sistematik ]
Jangan bekerja atau bertugas secara rawak atau rambang .
Sebaliknya bertindak secara terancang dan berpandukan arahan serta
peraturan yang telah ditetapkan oleh parti . Setiap tindakan mestilah
melalui syura samaada di peringkat UPU , MTD , Kawasan , Negeri atau
Pusat .
Sekalipun
kita membawa kebenaran , namun tanpa rencana dan strategi yang
terancang pasti sahaja kita boleh tewas . Inilah yang telah
dipertegaskan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah . الحق بدون النظام يغلبه الباطل بالنظام
Kebenaran yang diperjuangan tanpa sistematikanya akan dikalahkan oleh kebathilan yang diurus secara sistematik .
Aktiviti
dan gerakkerja dalam tempoh yang terhad dan kemampuan kewangan yang
terbatas ini mestilah di pastikan bahawa kita tidak membazir masa dan
tenaga dengan aktiviti yang tidak menepati sasaran atau gerakkerja yang
tidak membawa pulangan besar kepada perjuangan .
5. Istiaanah bissobri was solah . [ mohon pertolongan dengan sabar dan doa ]
Kemenangan
yang kita dambakan ini adalah daripada Allah swt , justeru itu
kepadaNya kita wajib memohon kemenangan ini . Allah swt mengajar kita
agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat .
Sabar
Sabar adalah kunci kejayaan dan kemenangan .
Tapi ramai yang salah faham dengan menganggap sabar sebagai kalah dan
penakut . Bukankah kita mahu Allah bersama kita dalam perjuangan ini ?
maka Allah swt telah berfirman : إن الله مع الصابرين - Sesungguhnya Allah bersama dengan orang - orang yang sabar .
Sabar dalam tindakan agar tidak gopoh dan melencong dari matlamat asal perjuangan kita .
Sabar dalam gerakkerja dan tugas . Jangan merungut dan mempersoalkan arahan .
Sabar , agar diri tidak terpengaruh dengan provokasi musuh
Sabar dari panahan fitnah perjuangan yang mungkin dari godaan manusia dan harta
Sabar , moga tidak terlalu excited dengan sorakan ramai dan laungan penyokong yang ramai
Sabar dari terjebak dan terjerumus ke dalam lembah maksiat dan mungkar
Sabar menerima arahan pimpinan biarpun berat dan sukar untuk dilaksanakan
Sabar dengan karenah ahli yang pelbagai ragam
Sabar jua dengan karenah pimpinan
Sabar untuk bertahan dengan akhlak mulia sekalipun berdepan dengan penghinaan musuh
dan 1001 keadaan yang memerlukan kita sabar .
Namun bukanlah makna sabar sehingga membenarkan musuh memijak kepala kita . Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Wahai manusia ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .
Solat
Membawa
maksud munajat dengan memanjatkan doa kepada Allah swt agar Allah
memberikan kekuatan kepada kita serta kemenangan yang telah dijanjikan .
Serentak itu , agar Allah mengurniakan petunjukNya kepada rakyat atau
pengundi dan melembutkan hati mereka untuk menerima mesej perjuangan
kita .
Siang
kita mengurus organisasi , mengatur strategi dan menggerakkan jentera
serta material bagi memburu kemenangan , manakala sebelah malamnya pula
kita bersimpuh mengadap Allah penuh khusyu' memohon petunjuk dan
kekuatan diri serta memohon nusrah dan maunah buat perjuangan suci ini .
al futhuhat
No comments:
Post a Comment