"Ya
Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak
ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang
lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada
kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara' yang
lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan
tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."
"Ya
Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah
bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak.
Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah
menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga.
Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri.
Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama
adalah hawa nafsu."
"Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah
Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan.
Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan
kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian
melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa
aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang
melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang
dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda
melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia ke atas orang yang
akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang
membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan
barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di
dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."
"Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."
"Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu."
"Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat."
"Ya
Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya
engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah,
maka kemudian masuklah ke dalam syurga!"
"Ya
Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya
itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa
penyesalan.
"Ya Ali! Janganlah
engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul,
dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu
akan cacat."
Aku (Ali) bertanya:
Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: "Kerana Jin banyak
mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal
(bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila
itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam
Hilal itu?
"Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau."
"Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah."
"Ya Ali! Jauhilah kemarahan, kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah."
"Ya Ali! Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya."
" Ya Ali! Jauhilah riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga di dunia;
1. Ia akan cepat memusnahkan harta.
2. Ia akan melenyapkan kekayaan
3. Ia akan menghapuskan rezeki.
Adapun yang tiga di akhirat ;
1. Ia akan membawa buruk perhitungan (hisab).
2. Ia akan membawa kemurkaan Allah swt.
3. Kekal di dalam neraka."
"Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula kepadamu."
"Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin, nescaya engkau akan di bentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat."
"Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah, kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu."
"Ya
Ali! Keluarkan infak hartamu dan berikan kelapangan kepada keluargamu,
dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang memiliki Arasy bahawa Ia
akan menyediakan kurnia-Nya terhadapmu."
"Ya
Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu menghitamkan muka. Bila
seseorang sentiasa berdusta, dia akan dinamakan disisi Tuhan "si
pendusta", dan bila dia benar maka akan dinamakan disisi Tuhan sebagai
orang yang "benar" (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan
Iman.
"Ya Ali! Kuasailah lisanmu
dan biasakanlah bicara yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya
bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya."
"Ya Ali! Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar".
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)
No comments:
Post a Comment