Salam,
Semasa PRU 12, Melaka adalah sebuah negeri
yang kelihatannya tidak diserang tsunami apabila keputusan pilihanraya tidak
banyak berbeza berbanding pilihanraya lalu. BN tetap menang banyak kerusi untuk memerintah.
DAP tetap menang kerusi dun dalam parlimen
Kota Melaka, dan mendapat tambahan kerusi dun dalam parlimen Bukit Katil.
Adakah PAS dan PKR tiada sokongan?
Jika diteliti, memang PAS dan PKR tidak
menang tapi mengurangkan majoriti hampir di semua kerusi ditandingi. Undi
Melayu kepada PAS dan PKR tidak banyak berubah, namun undi bukan Melayu bertambah
tapi tidak tinggi, hanya mencapai purata 50 - 55 %.
Berbeza dengan undi bukan Melayu yang
diterima DAP melebihi 60 % malah ada kerusi lebih 70%. Ini menyebabkan DAP
boleh menang walaupun bertanding di kerusi Bachang yang mempunyai hampir 50%
pengundi Melayu.
Bagi PRU 13, PAS Melaka optimis boleh
menang 9 kerusi yang ditandingi. Bolehkah PAS Melaka menang ? boleh sekiranya
undi bukan Melayu melonjak mencapai lebih 60% .
Perkara ini tidak mustahil kerana ‘mood’
orang Cina untuk memberi undi kepada PR berlaku di seluruh negara. Malah undi orang Cina pada PRU 13 tidak lagi
hanya kepada DAP tapi parti-parti dalam PR. Walaupun tidak dijangkakan setinggi
undi yang bakal diterima DAP, namun tetap tinggi berbanding PRU 12.
Undi Melayu kepada PR pada PRU 13 dijangka
tidak berubah banyak berbanding PRU 12. Ada kerusi akan meningkat, ada juga
yang akan menurun. Bergantung kepada gerak kerja parti yang bertanding memberi
khidmat kepada rakyat.
Memandangkan PAS bertanding di kebanyakan
kerusi majoriti Melayu dan undi Melayu kepada PR sekitar purata 25 – 30%, penulis
tidak jangka PAS Melaka boleh menang 9 kerusi. Penulis jangka PAS Melaka ada
harapan besar untuk menang di 6 kerusi sahaja seperti di bawah:
1.
Kuala Linggi
2.
Lendu
3.
Durian Tunggal
4.
Asahan
5.
Bukit Baru
6.
Merlimau
Begitu juga dengan PKR yang pastinya
menampilkan calon yang lebih berwibawa dan diyakini rakyat . Tidak seperti PRU
12 yang ramainya ,maaf cakap ‘tangkap
muat’. Sekiranya kerusi yang sama ditandingi PKR, penulis jangka PKR
mampu menang di kerusi berikut :
1.
Rembia
2.
Gadek
3.
Machap
4.
Paya Rumput
5.
Rim
Berdasarkan pola pengundi Cina yang kuat
menyokong DAP , penulis jangka DAP mampu mengekalkan 5 kerusi yang dimenangi
semasa PRU 12 dan menambah 2 kerusi lagi iaitu Duyung dan Kelebang. Kerusi –
kerusi yang dijangka DAP menang seperti berikut :
1.
Kesidang
2.
Kota Laksamana
3.
Bandar Hilir
4.
Bachang
5.
Ayer Keroh
6.
Duyung
7.
Kelebang
Secara keseluruhannya, BN berada dalam
keadaan bahaya di 18 kerusi dun daripada 28 kerusi yang terdapat di Melaka.
Manakala 3 kerusi parlimen yang menjanjikan
persaingan sengit iaitu Bukit Katil, Alor Gajah dan Tangga Batu. Parlimen Kota
Melaka adalah kerusi tradisi dimenangi DAP sejak beberapa pilihanraya lepas.
Jangkaan ini melihat kepada suasana politik
semasa di dalam negara. Penulis yakin Pesuruhjaya PAS yang baru Adli Zahari dan
Samsul Iskandar dari PKR mampu merangka strategi berkesan bagi PAS dan PKR
memenangi kerusi yang ditandingi.
PR berpotensi untuk menang di Melaka dan BN sebenarnya dalam keadaan begitu tertekan. Buktinya, tindakan provokasi berlebihan terhadap ceramah PR. Malah, Ketua Menteri Ali Rustam juga dikatakan berkira-kira bertanding di kerusi lain yang lebih selamat.
Wassalam
No comments:
Post a Comment