Salam,
Jika Johor menjadi kubu UMNO di selatan
tanah air, Perlis pula menjadi negeri
kubu kuat UMNO di utara. Bagaimanapun seperti juga Johor, BN juga berdepan masalah besar untuk mengekalkan Perlis dalam
gengaman BN.
Faktor utama yang menjadi ketakutan BN mengekalkan
sokongan dikalangan orang Melayu adalah perbalahan berterusan antara pemimpin
utama UMNO Perlis iaitu bekas MB Sahidan Kasim dengan MB sekarang Mat Isa Sabu yang disokong Radzi Sheikh Ahmad.
Ada pendapat yang berpendapat perbalahan
tersebut tidak memberi kesan kerana hanya melibatkan perubahan undi 5 – 10%
sahaja. Benar tiada masalah jika di negeri lain, tapi 5-10% itu akan
mempengaruhi kemenangan sesorang calon kerana jumlah pengundi untuk setiap DUN
di Perlis adalah kecil.
Jumlah pengundi untuk satu-satu DUN di
Perlis hanya 6 ke 10 ribu sahaja. Jika
perubahan undi sedikit sahaja akan menyebabkan calon BN bloeh tersungkur.
Contohnya, DUN Baseri yang mempunyai lebih
7000 pengundi. Majoriti BN adalah 1111 pada PRU 12. Jika 10 % undi beralih
kepada PR akan menyebab calon BN akan tumbang.
Inilah sebabnya, Presiden UMNO semasa
kePerlis baru-baru ini telah menasihatkan semua pemimpin UMNO ini berhenti
bertelagah . Beliau tentunya sudah mempunyai maklumat risikan berkenaan
seriusnya masalah kepimpinan UMNO di Perlis.
Inilah juga sebabnya , MB Perlis
mengeluarkan kenyataan supaya kakitangan kerajaan termasuk guru-guru tidak
terpengaruh dengan kempen PR di Perlis. Kerana apa? Kerana jumlah pengundi yang
kecil di Perlis. Undi kakitangan kerajaan juga boleh menentukan kemenangan.
Walaupun 11 kerusi DUN di Perlis mempunyai
jumlah pengundi Melayu lebih 80% , namun tetap mengusarkan BN kerana PAS
mempunyai purata sokongan 30 hingga 55 % pengundi di setiap DUN.
PAS Perlis tidak mempunyai masalah untuk
mempertahankan DUN Sanglang yang merupakan kubu kuat PAS di Perlis. Malah ,
Simpang Empat juga boleh dipertahankan dalam PRU 13 akan datang.
Selain itu, PAS juga berpeluang menang di
Guar Sanji, Kayang dan Santan. Perlu diingat PAS pernah menang di Guar Sanji
dan Santan semasa PRU 1999. Memandang jumlah pengundi yang kecil untuk setiap
DUN di Perlis, tidak mustahil sedikit sahaja undi beralih PAS akan menang di
tiga kerusi ini.
Berita tentang Timbalan Mursyidul Am Dato’
Harun Din akan menyemarakkan semangat petugas PAS di Perlis. Ramai yang
berpandangan jika UMNO Perlis terus bermasalah, Parlimen Arau akan dimenangi
PAS pada PRU 13.
Faktor undi bukan Melayu di Perlis juga
memainkan peranan agak penting dalam
menentukan kemenaangan. Semasa PRU 12 ,
PKR mempunyai masalah mencari pemimpin berkaliber yang berani bertanding untuk
PKR. Namun, kini masalah itu tidak timbul malah PKR Perlis sudah tersusun
organisasinya untuk menghadapi PRU 13.
Semasa PRU 12, undi orang Cina meningkat
tapi terlalu kecil , tidak lebih 50% . Inilah sebabnya, DUN Indera Kayangan
masih dimenangi BN. Keadaaan berbeza kini apabila keyakinan pengundi bukan
Melayu kepada PR meningkat sama seperti negeri lain.
Pastinya memberi peluang PR amat cerah untuk
merampas DUN Indera Kayangan yang menpunyai pengundi bukan Melayu lebih 50%.
Jika berlaku lonjakan undi bukan Melayu
kepada PR lebih 65% , DUN Titi Tinggi
dan Baseri yang pengundi Bukan Melayunya
melebihi 20% juga akan jatuh ke tangan PR. Kedua DUN ini mempunyai jumlah sokongan
pengundi Melayu kepada PR antara 35 – 40 %.
Bagi kerusi DUN Kuala Perlis , walaupun
mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 25%. Kemenangan PR sukar kerana
sokongan pengundi Melayu kepada PR hanya sekitar 25 - 30% sahaja.
Justeru , BN berhadapan dengan bahaya
tumbang di 8 kerusi daripada 15 kerusi
DUN dan 2 kerusi parlimen Arau dan Padang Besar. DUN dalam bahaya ialah :
1. Sanglang
2. Simpang
Empat
3. Guar
Sanji
4. Santan
5. Kayang
6. Indera
Kayangan
7. Titi
Tinggi
8. Baseri
Bagaimanapun , PRU 13 sebenarnya terbuka kepada BN dan PR berikutan jumlah pengundi yang kecil. Perubahan
undi yang kecil sahaja mampu menumbangkan sama ada calon BN atau PR. Peluang BN dan PR di Perlis , sekarang ini
adalah 50 – 50.
Wassalam
No comments:
Post a Comment