Saturday, February 5, 2011

Kisah seorang profesor Yahudi memeluk Islam


Sebut sahaja namanya Khadija, nama yang digunakannya setelah masuk Islam. Beliau seorang profesor keturunan Yahudi yang menemui cahaya Islam setelah menyaksikan kematian seorang sutradara/pengarah bernama Tony Richardson akibat penyakit AIDS. 

Khadija mengagumi Richardson sebagai sutradara panggung drama yang profesional, brilian dan diakui kalangan seniman antarabangsa.

Kehidupan Richardson sebagai homoseks menularkannya penyakit AIDS yang mematikannya. Dari situlah Khadija mulai memikirkan gaya hidup masyarakat Barat dan masyarakat Amerika terutama dalam masalah moral. Khadija akhirnya mulai mengkaji ajaran Islam.

Khadija mula dengan mempelajari sejarah Islam. Sebagai seorang Yahudi, ia masih mengingat sejarah nenek moyangnya, Yahudi Spanyol yang hidup di tengah masyarakat Muslim dan terusir pada masa inkuisisi pada tahun 1942. 

Khadija mempelajari bagaimana  pemerintahan khalifah Turki Ustmaniah melayani penduduk Yahudi dengan cara yang berperikemanusiaa pada masa pengusiran orang-orang Yahudi dari daratan Eropah.

25 bandar paling kotor di dunia



No. 25: Port Harcourt, Nigeria

Masalah pembuangan sampah terus mencemari sungai-sungai Nigeria, terutama yang mempengaruhi penduduk di Port Harcourt. Daerah ini tidak mempunyai strategi untuk mencegah tumpahan minyak dan pencemaran, dan kaedah pembersihan selepas bencana yang memerlukan usaha baik pulih yang banyak.



No. 24: New Delhi, India

Anda akan menemui hampir semua hidupan laut kecuali di
Sungai Yamuna New Delhi . Sampah dan aliran takungan secara bebas, menghasilkan kawasan kaya untuk pertumbuhan penyakit yang dibawa oleh air dan memberikan kontribusi ke tahap yang sangat tinggi morbiditas bayi.


No. 23: Maputo, Mozambique

Terletak di Samudra Hindia, negara Afrika Timur Mozambik menderita dari kurangnya proses sanitasi - sekutu spesifik kurangnya sistem pembuangan takungan penuh mahu pun pengolahan takungan. Ibukota Maputo merasai kesan terburuk ini.


No. 22: Luanda, Angola

Terletak di pantai Angola dengan Samudra Atlantik di barat, Luanda adalah bandar pelabuhan terbesar. Kajian dari beberapa institusi, termasuk UNICEF dan Oxfam, menunjukkan bahawa sebahagian besar penduduk di Luanda mendapat air minum yang kualitinya berbahaya dan dalam beberapa kasus.

Sebagian besar penduduknya tinggal di kawasan yang disebut musseques dibina di atas sampah yang sudah keras. Air datang ke kawasan ini di tangki swasta, yang secara konsisten menunjukkan tahap tentang kaporit.

200 ribu peluk Islam setiap tahun di Amerika Syarikat

Akhbar New York Times dalam sebuah laporannya, menyoroti perkembangan dan peningkatan pengaruh agama Islam di tengah berbagai lapisan masyarakat Amerika Syarikat.

Menurut akhbar ini, setiap tahun lebih dari 200 ribu orang di AS memeluk agama Islam.

Agama Islam terutama di kalangan imigran dari Republik Dominica, Mexico, Cuba dan Sepanyol, mengalami perkembangan signifikan dan majoriti orang-orang di AS yang memeluk Islam berasal dari Sepanyol.

Akhbar ini menjelaskan bahawa menurut sejumlah penelitian, lebih 200 ribu orang di AS memilih menjadi Muslim setiap tahunnya.

Friday, February 4, 2011

Wanita berjanggut panjang



Jangan salah! Bukan hanya lelaki yang dapat memiliki janggut, perempuan juga. Buktinya Vivian Wheeler. Nenek berusia 62 tahun berasal dari Bakersfield, California, Amerika Syarikat ini memiliki janggut, malah lebih lebat daripada yang dimiliki lelaki.

Melansir AOL News (27/9), sejak berumur tujuh tahun ia telah memiliki misai dan janggut yang tipis. Ayahnya sudah berusaha keras untuk mencabut, namun tetap tumbuh janggut di dagu Vivian.

Memasuki usia lima belas tahun, setelah berbagai usaha dilakukan, Vivian pun menyerah. Ia memutuskan membiarkan kumis dan janggutnya tumbuh lebat.

Keputusan itu pulalah yang mencatatkan nama Vivian dalam Guinness Book of World Record. Dia tercatat sebagai Wanita Berjanggut Terpanjang

Ajaib : Ayam masih hidup selepas empat hari disembelih


SUNGAI PENUH , INDONESIA : Afriadi, penduduk Semerah, Kecamatan Sitinjau Laut, pelik apabila sudah empat hari ayamnya disembelih, tidak juga mati. Keanehan itu membuat sejumlah doktor haiwan berkunjung ke rumahnya.

Namun, doktor haiwan pun juga dibuat merasa pelik. Ayam jantan yang baru berusia lapan bulan tersebut, disembelih oleh mertuanya pada hari minggu (30/1/2011).

Ini kerana di daerah itu, penduduk resah kerana semakin merebaknya wabak virus selsema burung. Rancangannya setelah disembelih, ayam jantannya itu akan dinikmati bersama keluarga.

Namun setelah disembelih, ayam tersebut masih berkeliaran mencari makanan.

6 tempat kebanggaan umat Islam

1. Masjid Agung Lumpur Bersahaja Kota Djenne


Djenne, itu nama sebuah kota tertua di sub-Sahara Afrika. Terletak di kawasan lahan banjir yang dilintasi dua sungai, yakni Niger dan Bani.

Namun bagi yang belum pernah bertandang ke kota berjarak 354 kilometer di barat daya Timbuktu, terutama muslim, tentu tak mengira ada sebuah masjid dengan arsitektur indah namun tak lazim, yakni Masjid Agung Djene.


Mengapa tak lazim? Bentuknya tak seperti masjid-masjid lain yang cenderung mengacu ke bentuk masjid atau bangunan di timur-tengah abad pertengahan hingga masa Kaisar Ottoman.

Polos dan minim ornamen, namun justru menunjukkan jika sang ahli bangunan paham benar bagaimana menghadirkan masjid dengan nafas lokal, rendah hati, namun tidak mengurangi aura sakral dan monumental sebuah masjid agung.

Thursday, February 3, 2011

Tiga manusia terpendek di dunia



Pingping dari china
Pingping memiliki tinggi badan 74,61 cm,Pingping lahir di Wulanchabu, China tahun 1988. Ia lahir dengan keadaan primordial dwarfism, dimana ukuran tubuhnya tidak boleh berkembang normal.
Menurut ayah Pingping, semasa ia dilahirkan, badannya sangat kecil. Begitu kecilnya sehingga boleh diletakkan di telapak tangan orangtuanya.

Ia tinggal bersama orang tuanya di Mongolia. Pada bulan bulan Mac 2008 Pingping dinobatkan sebagai manusia terpendek didunia oleh Guinness World Records, Pingping meninggal dunia pada usia 21 tahun akibat komplikasi jantung.

Ular menyelamatkan katak dari tenggelam semasa banjir


Jauh dari kenyataan yang biasa apabila ditemui seekor ular yang biasanya menelan seekor katak sebagai mangsanya. Kisah dalam rakaman foto ini menzahirkan persahabatan dari kedua haiwan di tengah bencana banjir yang melanda Queensland, Australia.

Keduanya meninggalkan sifat semulajadi masing-masing pada masa lalu, apabila katak hijau mendapatkan menumpang di atas badan seekor ular berwarna coklat yang merentasi gelombang air akibat banjir di Queensland, dekat Brisbane.

Wednesday, February 2, 2011

Masjid tidak roboh walaupun di bom atom dan gempa bumi


Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe berarti 'gate of God atau gerbang Tuhan'.

Pada tahun 1945, Jepun terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Serangan Jepun ke atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuatkan pemerintah Amerika memutuskan untuk melakukan pengeboman menggunakan bom atom pertama kali dalam peperangan.

Akhirnya Jepun kalah. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Pada masa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima kesannya. Bandar
Kobe menjadi rata dengan tanah.

Kenali orang tua bukan sebarang tua tetapi tua-tua menjadi


71 tahun – Lelaki tua yang mendaki Gunung Everest
Orang tertua dan lelaki tertua mendaki Gunung Everest bernama Katsusuke Yanagisawa (Jepun, lahir 20 Mac, 1936), seorang bekas guru sekolah, yang berjaya berada di puncak dari sisi utara gunung tertinggi di dunia bersama Tim Himex pada tarikh 22 Mei 2007, berumur 71 tahun 63 hari.

98 tahun – Lelaki tua menamatkan marathon
Orang tertua yang berjaya menamatkan maraton 26 KM , seorang Yunani pelari Dimitrion Yordanidis, di Athen, Greece pada tarikh 10 Oktober 1976. Pada usia 98 tahun, ia selesai dalam 7 jam 33 minit.

Tuesday, February 1, 2011

Ular besar mengejar pemuda menghina hadis Nabi Muhammad S.A.W


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheKjnGjp5jw_syp4SFVmKRH1iEfbLo0s1Q10iOiTKdJaspoEtxYhSYZuhzKyXA_6Cs1plyvMmNeuGb5W9SSWEvk3gexu_niiBHXl8E5RpuNFURcJEIpPRtCHnNX2m1j73aiEkZrn4j2hM/s400/SpittingCobra.jpg
Gambar hiasan

Berkata Al-Qadhiy Abu Thayyib:Kami pernah berada di majlis An-Nazharâ di Masjid Jamiâ Al-Manshur, maka tiba-tiba datanglah seorang pemuda Khurasan, kemudian bertanya tentang Al-Mushrahâ, dia meminta dengan dalil-dalilnya, sampai akhirnya diberikan dalil dengan hadits Abu Hurairah yang meriwayatkan dan menjelaskan permasalahan tersebut,

Kemudian pemuda tersebut mengatakan: -sedangkan dia adalah orang yang hanif (cenderung kepada kebenaran)- Abu Hurairah tidak boleh diterima hadisnya

Maka belum selesai pemuda itu selesai bercakap, tiba-tiba jatuh diatas pemuda tersebut seekor ular yang besar dari atas atap masjid tersebut, sehingga manusia terlompat-lompat terkejut dengan ular tersebut dan pemuda itu pun lari dari ular tersebut, namun ular tersebut terus mengejarnya.

Monday, January 31, 2011

Tulahan : Wacana Ilmu buku ' Menuju PAS Baru' - Dewan Ulama PAS Kedah jangan tak hadir

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglZaJHOUjKuzXnEhSvozxtvBQf6xRQlfi5mutYHb4FUFZxXGJmXvzzhBuLtYTL6rxoAvyXGEwQGR5LP5smupxn0Shs93k-R0h9uuhLNMnOJTfHTe8-Z1HycQlgRKIEuUyCxpMLdGQYz8c/s1600/Diskusi+Buku+%2527Menuju+Pas+Baru%2527%2528Dr.+Mujahid+Rawa%2529+bersama+DRMAZA+%2528IQ.JPG

Apabila buku ' Menuju PAS Baru' karangan Ust. Mujahid Yusuf Rawa ditolak oleh Dewan Ulama PAS Kedah, penulis dah bercadang nak menulis untuk beri sikit ulasan. Namun, penulis tangguh sampai habis PRK Tenang.

Penulis ada dengar beberapa sahabat memberitahu penulis bahawa semasa program Ijtima' Tarbawi pemuda di Terengganu . Ada seorang ustaz yang beri pengisian menyentuh mengenai buku ini dalam bentuk kritikan.

Ada sahabat yang tidak puas hati kerana program yang baik itu tidak sepatutnya digunakan untuk memperkecilkan tulisan pimpinan sendiri tanpa penjelasan pimpinan berkenaan bukunya.

Penulis tidak boleh nak ulas program pemuda tersebut sebab penulis tidak dapat hadir. Tidak lama kemudian ada pula perbincangan mengenai buku ini tanpa memangil penulisnya memberi penjelasan. Malah ada kesimpulan pula dari penganjur mengenai buku ini.

Sejarah kezaliman Hosni Mubarak dan Anwar Sadat


Mutakhir ini banyak peristiwa yang berlaku dalam negara kita menampakkan tanda-tanda yang Islam sedang menghadapi cabaran hebat.
Bukan setakat di Malaysia, malah di seluruh dunia. Di awal abad ke 21 ini, Islam bukan setakat menghadapi tentangan dari pihak musuh Yahudi dan Nasrani saja, malah ditentang dan dibenci oleh para pemerintah yang beragama Islam sendiri.

Lihat saja bagaimana tergamaknya Presiden Mesir Hosni Mubarak membina tembok besi antara sempadan Mesir - Gaza, Palestine.
Pada asasnya macam tak percaya bagaimana seorang Muslim sanggup bertindak sedemikian rupa sedangkan dia sendiri tahu Wilayah Gaza telah musnah teruk akibat serangan biadap Regim Zionis Yahudi pada tahun lalu.

Mengapa orang seperti Hosni Mubarak ini sanggup bertindak begitu ? Tergamak merelakan dirinya diperalatkan oleh Regim Zionis yang telah membunuh puluhan ribu saudara Islamnya sendiri di bumi Palestin. Di manakah letak duduknya iman dan Islam orang sepertinya ?

Ekoran tindakan zalim dan tak berperikemanusiaan Hosni terhadap rakyat Palestin ini, saya menjangkakan mungkin dia akan mengalami nasib yang serupa sebagaimana yang dialami oleh Presiden Anwar Sadat yang mati ditembak.
Samada partinya akan terus memerintah Mesir atau sebaliknya, itu bergantung kepada sikap dan kesedaran rakyat Mesir seluruhnya.

Namun hakikat yang perlu diakui fahaman sekular telah merosakkan sebahagian besar daripada rakyat Mesir. Kita lihat saja bagaimana telatah dan gaya berpakaian artis wanita Mesir hari ini. Seksi dan menjolok mata.

Seperkara lagi yang nyata adalah pemimpin sekular Mesir memang sangat benci dengan Gerakan Ikhwanul Muslimin.

Kebencian mereka ini jelas terbukti apabila Assyahid Imam Hasan Al-Bana mati ditembak di hadapan bangunan pejabat Ikhwan di Kaherah. Begitu juga dengan Assyahid Syed Qutb yang mati di tali gantung di penjara Mesir.

Tulahan : PAS kalah kerana salah PAS Kawasan Labis?

Salam,

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/01/cikgu-mala.jpg?w=400&h=266

PRK Tenang baru berlabuh dengan catatan kemenangan BN bertambah majoriti. Kemenangan ini sebenarnya bukanlah boleh dibanggakan kerana hampir 50 % pengundi Tionghua tidak dapat keluar mengundi akibat bantuan pengangkutan ke tempat mengundi lebih bertumpu ke kawasan majoriti pengundi BN.

Walaupun begitu, majoriti BN tetap gagal melepasi 4000 undi jauh sekali 5000 undi. Positifnya, pengundi Tionghua tetap menolak BN walaupun Presiden MCA menghina Islam secara terbuka. Maksudnya, masyarakat Tionghua lebih memahami budaya Islam sejak DAP berkawan dengan PAS.

Menang tetap BN menang , PAS perlu membuat bedah siasat faktor-faktor kekalahan terutama kegagalan menambah undi di kawasan Melayu.

Walaupun ada tunding menunding tetapi penulis harap semua itu akan membawa impak positif kepada perjuangan PAS menghadapi PRU 13. Penulis tidak akan menghalakan tundingan kepada Pengarah Pilihanraya, jentera pilihanraya dan calonnya Cikgu Mala.

Penulis lebih menghalakan tundingan ini kepada PAS Kawasan Labis, bukan untuk memperkecilkan tetapi lebih kepada penambahbaikan sebagai persediaan menghadapi PRU 13. Malah , tulisan ini juga sesuai untuk semua PAS Kawasan yang ada di Malaysia yang teruja untuk bertanding dalam PRU 13.

Apabila PAS masuk bertanding untuk PRK Tenang, asas pemilihan PAS adalah kerusi itu adalah kerusi yang ditandingi PAS semasa PRU 12. Sebagaimana juga di Bagan Pinang, Galas, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bukit Gantang.

Tahukah kita mengapa PAS boleh menang di Permatang Pasir dan Bukit Gantang ? kerana undi orang Melayu kepada PAS disitu melebihi 40%. Apabila ditambah undi bukan Melayu , PAS menang.

Sunday, January 30, 2011

Hujan di Tenang, mari baca kisah katak dan hujan

http://www.istockphoto.com/file_thumbview_approve/6316997/2/istockphoto_6316997-frog-in-the-rain.jpg

Hujan di Tenang begitu mengusarkan sesetengah pihak. Bagi kita umat Islam, hujan adalah rahmat dari Allah. Ada hikmah disebalik hujan di Tenang.

Bagi pejuang yang terus berjuang meredah air banjir, mengigil dibasahi hujan sehingga basah kuyup. Teruskan perjuangan hingga tamat pengundian. Memang ada dugaan kesukaran tetapi percayalah ada rahmat hujan lebat di Tenang.

Penulis akan paparkan sebuah cerita tentang anak katak dan hujan. Bacalah dan ambillah iktibar .

Ada kegelisahan tersendiri yang dirasakan seekor anak katak ketika langit tiba-tiba gelap.


“Bu, apa kita akan binasa. Kenapa langit tiba-tiba gelap?” ucap anak katak sambil merangkul erat lengan ibunya.