Jauh dari kenyataan yang biasa apabila ditemui seekor ular yang biasanya menelan seekor katak sebagai mangsanya. Kisah dalam rakaman foto ini menzahirkan persahabatan dari kedua haiwan di tengah bencana banjir yang melanda Queensland, Australia.
Keduanya meninggalkan sifat semulajadi masing-masing pada masa lalu, apabila katak hijau mendapatkan menumpang di atas badan seekor ular berwarna coklat yang merentasi gelombang air akibat banjir di Queensland, dekat Brisbane.
Juruteknik komputer Armin Gerlach berjaya mengabadikan persahabatan ini semasa sedang merakam sejumlah gambar kemusnahan harta benda akibat bencana banjir di Brisbane.
"Biasanya sejumlah haiwan akan berkumpul pada masa terjadi kebakaran hutan, banjir atau bencana alam lainnya. Namun, peristiwa yang terakam kali ini sungguh mengagumkan. Saya seperti tidak percaya apabila ini benar-benar terjadi," kata Armin Gerlach.
Bencana banjir di Queensland telah menelan 26 korban dan mengakibatkan kemusnahan harta benda hingga mencecah 5 milion dollar Australia.kompas
No comments:
Post a Comment