Terdapat banyak riwayat tentang
beberapa permintaan Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- kepada
Allah -Ta'ala-. 3 permintaan untuk umat beliau -sholallahu 'alaihi
wasallam-. diantara riwayat-riwayat yang shahih adalah hadist pada
shahih Muslim yang diriwayatkan dari Sa'ad berkata :
"Bahawa
suatu ketika Rasulullah -sholallahu 'alaihi wasallam - datang dari
'Aliyah, dan ketika melalui masjid milik Bani Mu'awiyah beliau masuk
dan solat 2 rakaat, dan kamipun turut solat bersama
beliau. beliau berdoa sangat lama. setelah selesai, beliau berpaling
kepada kami dan bersabda : aku meminta kepada Tuhanku 3 permintaan, 2 dikabulkan dan 1 tidak.
aku meminta kepada Tuhanku agar tidak membinasakan umatku dalam
(adzab) satu tahun dan itu dikabulkan. dan aku meminta agar umatku
tidak dibinasakan dengan ditenggelamkan (dan sepertinya) dan itu
dikabulkan. kemudian aku meminta agar umatku tidak saling bermusuhan
dan itu tidak diberikan kepadaku."
Dalam
hadist tersebut terdapat mukjizat kenabian, bahawa beliau -sholallahu
'alaihi wasallam- telah mengkhabarkan akan hal yang akan terjadi. 2 hal
yang diminta agar tidak terjadi atas umatnya kelak dan itu dikabulkan iaitu agar umat ini tidak dibinasakan sebagaimana umat-umat terdahulu
dibinasakan hanya kerana mengurangi timbangan misalnya, dan semua kaum
dibinasakan dan digantikan dengan manusia yang baru. tapi itu tidak akan
terjadi pada umat ini.
Dan hal yang
terakhir adalah beliau meminta agar umat ini tidak saling bermusuhan
atau agar tetap bersatu, akan tetapi tidak diberikan.
faedah dalam hal
ini adalah adanya khabar dari beliau -sholallahu 'alaihi wasallam- bahawa
perpecahan umat benar-benar akan terjadi. Timbulnya banyak golongan dan
fitnah terjadi dimana-mana sehingga kebenaran terlihat samar-samar.
Hampir tidak boleh dibezakan antara mana yang benar dan mana yang salah
kecuali orang-orang yang dirahmati oleh Tuhannya.
Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- juga pernah bersabda :
لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ
Artinya : "Sungguh kalian akan mengikuti sunnah (adat/perilaku) umat sebelum kalian."
Yang
beliau maksud umat sebelum kalian adalah yahudi dan nasrani, bahawa
telah terjadi pada agama mereka perpecahan umat dan timbulnya
fitnah-fitnah dan hadist dalam shahih Muslim diatas, bahawa beliau
mengkhabarkan kembali bahawa perpecahan benar-benar akan terjadi pada
umat ini.
Maka kita diperintahkan untuk berpegang teguh dengan
Al-Qur'an dan As-Sunnah agar tidak terjerumus dalam fitnah. Juga agar
kita dapat bersiap-siap menghadapi badai perpecahan yang akan terjadi.
No comments:
Post a Comment