Rasulullah pada suatu waktu pernah menceritakan satu kisah. Pada zaman sebelum anda, pernah ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada
suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat.
Maka
seluruh tabib yang ada dalam kerajaan itu dikumpulkan. Dibawah ancaman
pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada
seorang tabib pun yang mampu menyembuhkannya.
Hingga akhirnya ada seorang Rahib yang mengatakan bahawa penyakit
raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu,
yang sayangnya semasa ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.
Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari
bahawa pada masa ini bukanlah musim ikan itu muncul kepermukaan namun
disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.
Aneh bin ajaib
walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemui.
Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di
lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal
kebijakannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja
yang bijaksana itu jatuh sakit.
Ternyata kesimpulan para tabib
sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang pada masa itu sangat
banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis
rajanya akan segera pulih kembali.
Tapi apa yang
terjadi? Ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu,
tidak ada seekor pun yang kelihatan..! Walaupun pihak kerajaan telah
mengirimkan para ahli selamnya, tetap sahaja ikan itu tidak berjaya
ditemui. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun meninggal…
Dikisahkan
para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka
menghadap Tuhan dan bertanya, “Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau
menggiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu
selamat; sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau
menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang
baik itu meninggal?”
Tuhan pun berfirman, “Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas
kebaikannya itu didunia, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,
tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan
tempatkan ia pada neraka yang paling bawah !
Sementara
raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum
dia didunia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia
akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit
pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan
seluruhnya di dunia!”
Kita dapat mengambil beberapa pengajaran dari kisah ini.
Pengajaran pertama
adalah: Ada kesalahan yang hukumannya terus ditunaikan Allah di
dunia ini juga; sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak
diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan perkara ini dapat menguatkan iman kita
bila sedang tertimpa musibah.
Pengajaran kedua
adalah: Bila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena.
Jangan-jangan Allah ‘menghabiskan’ tabungan kebaikan kita. Keyakinan
akan perkara ini dapat menjaga kita untuk tidak dibuai dengan lazatnya
kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.
Pengajaran ketiga
adalah: Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu
telah berbuat kesalahan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk
tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah
keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.
Pengajaran keempat adalah: Siapa yang tahu maksud Allah?
No comments:
Post a Comment