Dari
Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan:
“dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun).
Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan
pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”[1]
Hadits
di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat tenggelamnya
Fir’aun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: “Dan Kami
memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh
Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Qs. 10:90) .
Pada
detik-detik naza‘nya, malaikat Jibril melihat gelagat Fir’aun akan
mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta’ala memerintahkan
malaikat Jibril untuk mengambil nyawa Fir’aun dengan cara
menyumbat mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan
keimanan dan pertaubatannya. Akhirnya Fir’aun mati dengan mulut disumbat
dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.(Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan taubat pada pada masa ini, tiada guna sama sekali.
Mengutip Tafsir Syeikh Sa’di, ada dua keadaan di mana iman tidak berguna pada masa itu iaitu beriman di hujung sakaratul maut dan beriman menjelang hari Qiamat, sesuai firman Allah dalam surah Al-Mu’min:85.
Fir’aun mati
di Laut Merah atau laut Qalzum atau sebelumnya popular dengan nama FAM
AL-HAIRUTS, dekat terusan Suez, pada tanggal 10 Muharram dan kerana
itulah ada syari’at shaum ‘Asyura, setelah sebelumnya menyatakan taubat
dan yakin akan Tuhan Allah s.w.t. Dan inilah taubat yang tertolak (Qs.
10:90)
Fir’aun kafir sejak bayi
Di
antara perkara yang aneh dalam din Fir’aun adalah fitrah kejadiannya.
Umum-nya bayi diciptakan oleh Allah dalam keadaan fitrah, tapi nampaknya hadits ini dikecualikan terhadap bayi Fir’aun. Kerana sejak bayi sudah kafir di dalam perut ibunya.
Bunyi
hadits “wa khalaqa fir’aun fi bathni ummihi kafiran,” dan Fir’aun
dijadikan (oleh Allah) dalam perut ibunya dalam keadaan kafir. (HR. Ibnu
‘Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath). Semasa
menyampaikan hadits ini Rasulullah s.aw sedang berkhutbah di hadapan
para sahabat pada petang hari.
Ahli
sejarah terpecah dua; ada yang mengatakan Fir’aun itu nama orang (ismul
‘ajam), yang lain dan terbanyak mengatakan Fir’aun itu gelaran bagi raja
yang lupa daratan. Tapi yang jelas, nama ini pertama kali dipakai oleh
Walid bin Mush’ab bin Rayyan, keturunan Lois bin Sam bin Nuh.
Fir’aun
Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang Allah di
binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah
selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir Muqatil
(Qs. 10:90).
Lalu siapa Firaun Tutankhamun yang sering dikatakan sebagai Firaun yang Tenggelam di Laut Merah?
Mayatnya
diawetkan dengan pembalseman dalam bentuk mumi yang kini disimpan di
museum Mesir di Kaherah dengan berbagai macam hikmah sejarah. Mumi ini
ditemui pertama kali oleh ahli kaji purba Perancis, Loret, di Wadi
al-Muluk (lembah raja-raja) Thaba Luxor Mesir pada tahun 1896 M.
Pembalutnya dibuka oleh Eliot Smith, seorang ahli kaji purba Inggeris pada 8 Julai 1907.
Satu gelaran yang mengarah pada penghormatan. Pada masa inilah gelaran boleh makan
tuan. Gelaran menyeret pemiliknya pada kesombongan, sehingga boleh lupa
daratan. Fitnah ghuluw (penghormatan, fanatik) muncul dari pemujaan gelaran yang melewati batasan.
Perhatikanlah pesanan indah dari Imam as-Syafi’i rahimahullah berikut ini: Berkata Imam as-Syafi’i: “aku
benci orang yang terlalu mengagungkan makhluk, hingga menjadikan
kuburnya (di/sebagai) masjid. Aku khuatir terjadi fitnah atasnya dan
fitnah atas orang sesudahnya.”
[1]Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Thabari [11/163]; Ibnu Hibban [6215]; Nasa’i [6/363]. Dishahihkan oleh Syeikh Albani
dalam as-Shahihah [2015] dan Shahih Sunan Turmudzi [2484]. Dishahihkan
juga oleh Syeikh Syu’aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete