Gambar hiasan
Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal
adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua
makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya
“MinalMunzharin”.
Seperti
halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit
dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula
keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah
AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya
sehingga hari kiamat nanti.
Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan Ibunya
pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.
Menurut Imam Al
Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman
as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus.
Lalu oleh Nabi Sulaiman
ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan
jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Dajjal
ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya
serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga
dan Syurganya pula ialah Neraka" (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa
ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw,
diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak
kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua:
1.
Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala
mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana
bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
2.
Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat
dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam
diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut
riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal
itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan
ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”.
Terdapat
hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang untuk ditulis.. anda boleh
membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa
Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt
untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu
ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal
akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama
empat puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun
dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu
dan hari-hari selanjutnya sama seperti hari-hari biasa.
Kami
bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka
bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari.
Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan
hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu
37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.
Lalu
kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti
setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja
(iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti
mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap
sembahyang..”
Maksud
Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita
lakukan.
Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada
hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor
itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib
kita sembahyang Asar.
Begitulah
seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga
habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan
bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang
setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal
telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana
itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di
antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda
beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan
diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun
berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari
biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga
hujan tidak akan turun langsung.
Umat
akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul
membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan
berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah
dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi
makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang
tidak mahu bersukutu dengan Dajjal..mereka akan tetap berada dalam kebuluran
dan kesusahan.
Dan
ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan)
sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan
kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi
apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu
wahai Rasulullah?” Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan
bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang
akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di
antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga
dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan
kedua-duanya ini untuk menguji iman
orang Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan.
Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya
Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan
yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini
maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet
tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada
kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer
dapat ditempuh dalam satu jam”…
Kami bertanya: Wahai Rasulullah!
Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi
menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist”
(hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam itu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan
juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa
yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
No comments:
Post a Comment